Thursday, December 3, 2009

PEMUDA PR Mengesa SPRM Siasat Adik Najib !

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menyiasat dakwaan P Balasubramaniam berhubung pembabitan adik perdana menteri dalam isu pertukaran akuan sumpahnya mengenai hubungan Altantuya Shaariibuu dengan Datuk Seri Najib Razak.
Aduan berkenaan yang dibuat oleh tiga pemimpin atasan Pemuda Pakatan Rakyat semalam menamakan Datuk Mohamed Nazim Razak dan seorang peniaga permaidani Deepak Jaikishan sebagai dua individu utama yang perlu disiasat. Deepak juga didakwa kenalan rapat Datin Seri Rosmah Mansor, isteri perdana menteri.
Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, laporan tersebut dibuat berdasarkan rakaman satu siri temuramah dengan Balasubramaniam, penyiasat persendirian yang pernah diupah oleh Abdul Razak Abdullah Baginda yang dituduh bersubahat membunuh wanita Mongolia tersebut.
Balasubramaniam, bekas seorang anggota polis Cawangan Khas, menggemparkan negara pada 3 Julai tahun lalu apabila mengumumkan akuan bersumpah awalnya yang mengaitkan Najib, waktu itu timbalan perdana menteri, dengan Altantuya. Keesokannya, 4 Julai tahun lalu, beliau menarik balik kenyataan dalam akuan sumpah awal melalui akuan kedua di sidang media yang diadakan secara tergesa-gesa dan kelam-kabut sebelum menghilangkan diri secara misteri di luar negara.
Balasubramaniam mendakwa beliau bertemu dengan Mohamed Nazim dan isterinya di sebuah pusat membeli-belah The Curve di Damansara pada malam sebelum mengubah akuan bersumpahnya.
sumber: mnalaysiakini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.