Tuesday, December 8, 2009

MPAJ Edar Laporan Tanah Runtuh Mulai Pagi Ini

Mulai hari ini penduduk Bukit Antarabangsa boleh mendapatkan Salinan Laporan Tanah Runtuh yang berlaku pada 6 Disember tahun lalu di Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).
Salinan berkenaan boleh dibeli dengan harga RM80 di tingkat 7 Menara MPAJ. Terdahulu, Ahli Parlimen Ampang YB Zuraidah mengeluarkan gesaan terhadap Kementerian Kerja Raya (JKR) kerana sehingga semalam, kementerian berkenaan gagal menyerahkan arahan bertulis kepada MPAJ untuk pengedaran salinan laporan itu.
Menterinya, Datuk Shaziman Abu Mansor minggu lalu menyatakan bahawa kabinet bersetuju mendedahkan laporan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) setelah didesak Kerajaan Negeri Selangor.
sumber: tvselangor

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.