Thursday, December 31, 2009

Ketakutan BN..Kini Penamaan Calon Hanya 3 Hari dan Tempoh Bertenang 24 Jam.

Tempoh bertenang selama 24 jam dan proses penamaan calon selama tiga hari merupakan antara cadangan kepada pindaan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981 bagi membendung kekecohan dan keganasan yang ditimbulkan oleh penyokong-penyokong parti bertanding.

Jika cadangan itu diluluskan maka tempoh bertenang akan bermula sehari sebelum hari pembuangan undi berbanding bermula pada pukul 12 tengah malam sebelum hari pengundian sekarang ini.


Cadangan supaya tempoh penamaan calon dipanjangkan selama tiga hari pula untuk mengelakkan pertembungan penyokong parti-parti bertanding yang datang secara serentak.


Bercakap kepada Utusan Malaysia hari ini, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, kedua-dua perkara itu sedang diteliti secara serius untuk dimasukkan dalam cadangan pindaan tersebut yang akan dibentangkan di Parlimen pada tahun depan.


Jika cadangan itu diluluskan, maka mereka yang melanggarnya boleh didakwa di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM5,000 dan penjara tidak lebih setahun.


“Kita dapati sepanjang sembilan kali Pilihan Raya Kecil (PRK) sejak Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 Mac tahun lalu, para penyokong parti bertanding masih berdegil dengan terus menjalankan kerja meraih undi semasa hari pengundian.


“Padahal SPR sudah tetapkan mulai 12 tengah malam menjelang pengundian sehinggalah malam keputusan pilihan raya itu tidak dibenarkan langsung berbuat demikian.


“Justeru, menerusi pindaan ini nanti, selepas kempen, keesokannya belum ada pengundian lagi dan urusan itu (pembuangan undi) hanya akan dilaksanakan hari berikutnya,” kata beliau ketika dihubungi di sini.


Berhubung pindaan dalam memanjangkan proses penamaan calon, Abdul Aziz berkata, ia bertujuan mengelakkan kekecohan ekoran pertembungan ribuan penyokong parti-parti bertanding yang datang serentak dan saling menunjukkan kekuatan.


“SPR sedang meneliti kemungkinan membenarkan calon sebuah parti berserta para penyokong mereka menyerahkan borang pencalonan pada sebelah pagi, satu lagi calon pada petangnya pula, manakala kalau ada lagi calon-calon lain, mereka akan berbuat demikian keesokannya dan begitulah seterusnya,” katanya

sumber: sendirimauingat

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.