Thursday, December 31, 2009

Kerajaan Negeri Selangor Dahulukan Rakyat

Kerajaan Negeri menyokong cadangan menaikkan bantuan saraan bulanan untuk Orang Kurang Upaya (OKU) diselaraskan mengikut keperluan hidup semasa.

Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata demikian ketika diminta mengulas saranan MIC kepada Kerajaan Pusat supaya bantuan saraan bulanan untuk golongan terpinggir ini dinaikkan dari RM350 ringgit kepada RM500 ringgit.

Xavier menjelaskan kerajaan negeri Selangor meletakkan kepentingan rakyat mengatasi parti politik.


Sehubungan itu, kata beliau, pihaknya amat mengalu-alukan pembabitan semua pihak memajukan kebajikan rakyat Selangor..


"Kalau mereka memang serius untuk berbuat demikian dan turun dengan JKM dan sebagainya kita berikan sebab yang penting rakyat dapat faedah.


"Saya harap orang-orang yang berkenaan akan dapat faedah dan negeri akan bantu bila-bila masa untuk sasaran di akar umbi,"katanya


Agensi berita Bernama melaporkan 22 bahagian Pemuda MIC seluruh Selangor akan dikerah bersama-sama Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor dan Unit Penyelarasan dan Perlaksanaan Jabatan Perdana Menteri untuk membantu golongan sasaran dari kalangan masyarakat India di Selangor.


Xavier berkata kerajaan negeri telah mengambil inisiatif untuk membantu masyarakat miskin dan terpinggir dengan pelbagai skim dibawah Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor.


Beliau menambah rakyat sedar setelah 50 tahun baru kini MIC turut sama turun padang membantu rakyat.


Bagi Xavier, Kerajaan Negeri Selangor tidak memilih bulu asalkan rakyat dibela.


“Tetapi MIC adalah parti Barisan Nasional yang memerintah Putrajaya, jadi dia (Shanker) jumpa menteri berkenaan dan buat menteri itu bersetuju dengan kenaikan bantuan yang diminta dan kita akan bersetuju dengan kenaikan itu. Sebab mereka tunggu 50 tahun untuk berbuat demikian dan ia menguntungkan rakyat secara keseluruhannya,”katanya.

sumber: tvselangor

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.