Tuesday, December 8, 2009

DUN Selangor lulus RM391 juta beli hutang Talam ?

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dijemput memberi penerangan kepada peserta wacana “Menyelamatkan Hutang Kerajaan Selangor”, bertempat di Unisel, Shah Alam petang tadi.
Dalam ucapan beliau kepada 200 peserta Dewan Undangan Negeri bersetuju meluluskan belanjawan tambahan sebanyak RM391 juta kepada MBI untuk mengutip hutang dari Talam Corporation kepada kerajaan negeri. Geran ini membolehkan Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) membeli hutang RM391 juta daripada kerajaan negeri sekaligus mengambil alih pengutipan hutang daripada Talam sepanjang 10 tahun lepas.
"Menyusun semula hutang hutang anak syarikat untuk dikumpulkan dibawah kawalan kerjaaan negeri dan akan diuruskan oleh Menteri Besar Incorporated," kata beliau. Menurut beliau lagi, mulai sekarang MBI akan melaksanakan rancangan bagi memastikan Talam membayar hutang dan kutipan tersebut dijangkakan mampu mengukuhkan dana kerajaan negeri."Buat masa ini fokus kita ialah untuk menentukan aset-aset negeri dan anak-anak syarikat dalam bentuk hutang-hutang ini dapat dikutip semula," katanya. Menurut beliau, kerajaan Pakatan rakyat di Selangor bertekad meneruskan usaha bagi memastikan semua urusan perniagaan akan memeberi keuntungan maksimum kepada rakyat dan usaha ini termasuk perlunasan hutang. Khalid turut bercadang mengadakan bengkel untuk meningkatkan pemahamam mengenai isu ketelusan.
sumber: tvselangor

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.