Terbaru, syarikat perusahaan Perancis dengan kepakaran oleokimia memilih Halal Hub Selangor sebagai pusat perusahaan bertaraf antarabangsa.
Dengan berlangsungnya perasmian kilang Oleon Sdn Bhd, anak syarikat Sofiproteol Group dari Perancis oleh Menteri Besar Selangor, Tan Seri Abdul Khalid Ibrahim, diyakini dapat mewujudkan alternatif baru dalam industri kelapa sawit. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sofiproteol, Philippe Tillous-Borde berkata dalam ucapannya berbahasa Perancis, anak syarikatnya memilih negeri Selangor sebagai tempat yang strategik untuk mengembangkan sektor oleokimia. Ini berdasarkan faktor bahan mentah yang berkualiti tinggi serta mudah diperolehi di sini. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyarankan Syarikat Oleon Sdn Bhd bekerjasama dengan Universiti Putra Malaysia untuk menjalankan penyelidikan dalam sektor biokimia yang menjadi penjana utama dalam pertumbuhan ekonomi di negeri ini. Beliau berkata demikian dalam sidang media di Kilang Oleon Sdn Bhd yang berlangsung di Taman Perindustrian Pulau Indah, Klang petang tadi. Katanya, "Ini adalah sebab mengapa saya berasa gembira dengan saintis dari Perancis untuk mendalami penyelidikan kelapa sawit.
sumber: tvselangor
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.