Tuesday, November 3, 2009

BADRUL HISHAM Dibeli UMNO/BN : YB Kapar

Ahli Parlimen Kapar,YB S.Manikavasagam dengan lantang menyatakan kemungkinan besar bekas Adun Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah di beli UMNO-Barisan Nasional. Beliau yakin kerana dirinya turut pernah di tawar oleh ahli parti itu sebanyak 50 juta semasa mempunyai sedikit salah faham dengan PKR sebelum ini. “Saya rasa Badrul di beli 10 juta atau 20 juta...Umno ada belakang di sini, masa sidang media, tengok siapa disebelahnya....masa saya ada perbalahan sikit dulu, Aziz Samsudin offer saya 50 juta, bukan 1 ringgit, 2 ringgit, tapi 50 juta, tapi saya masih disini, rakyat pilih kita, Badrul adalah pengkhianat kepada pengundi di Port Klang,” katanya. Katanya, dakwaan ini menjadi lebih jelas apabila Badrul keluar dari parti itu dan menyertai parti bebas menyokong UMNO-BN. Beliau berkata demikian kepada media di Majlis Rumah Terbuka Deepavali di Kota Damansara hari ini. Beliau kesal Badrul gagal menjalankan tugas dengan baik dan kerana itu telah menyebab nama Parti Keadilan Rakyat tercemar. Jelas YB Mike, Badrul langsung tidak mahu menemui mana-mana wakil rakyat lain yang mahu berjumpa dan berbincang dengannya. Justeru itu, Manikavasagam setuju dengan cadangan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk memilih calon wakil rakyat dari parti itu yang benar-benar faham falsafah parti dan dengan semangat untuk memperjuangkan parti. “Kita kena skrin calon, betul-betul jiwa rakyat baru bertanding..bukan macam Badrul, yang lain takkan lompat parti, kita tengok apa yang dia lakukan, mana dapat wang? Peruntukan dari mana?,” katanya.
sumber: tvselangor

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.