sumber: wfaudzin
Wednesday, October 14, 2009
Mesti ADIL kepada semua KEM Tentera !
Adalah wajar dan adil jika semua kem penempatan tentera memohon kepada Menteri Pertahanan untuk mendapatkan apa yang diperolehi oleh warga tentera di Port Dickson. Jika untuk berlaku adil kepada warga tentera pun sukar, bagaimana untuk berlaku adil kepada rakyat keseluruhannya? Apakah tentera ini hanya alat untuk dipergunakan sahaja? Jika benar, mengapa sanggup warga tentera menjual maruah diri semurah itu? Rakyat percaya tentera mempunyai semangat jati diri yang kuat tetapi apa yang berlaku di Port Dickson membuatkan rakyat berfikir dua tiga kali untuk menyatakan tentera itu berani dan gagah serta setia bersama rakyat. Apa pun, tahniah kepada 600 orang tentera yang mengundi Pas baru-baru ini. Sekiranya berlaku situasi perang di negara ini, ini lah jumlah yang boleh diharapkan untuk mempertahankan ugama, bangsa dan negara. Manakala yang lainnya mungkin boleh mewakili negara ke pertandingan futsal atau renang setahun dua nanti. Jangan mati beragan sudahlah...
Perjuangan kita ini agak sama.Teruskan.
ReplyDelete