Monday, October 12, 2009

MB Haram & Speaker Haram Tak Tahu Malu!!

IPOH, 12 Okt (Bernama) -- Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata beliau yakin Anggota Dewan Undangan Negeri Perak daripada kalangan pembangkang akan menghadiri persidangan dewan itu yang akan diadakan tidak lama lagi bagi pembentangan Bajet 2010. Menurutnya, pakatan pembangkang sedang berusaha menjustifikasi kehadiran mereka dengan menyatakan akan hadir jika bekas Speaker V. Sivakumar yang mengeluarkan notis mesyuarat dan bukan notis daripada Speaker Datuk R. Ganesan. Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham yang juga Adun Sitiawan semalam menyatakan Adun pembangkang akan menghadiri sidang kecuali jika notis dikeluarkan oleh Sivakumar. Bercakap kepada pemberita di sini pada Isnin, Zambry berkata kenyataan itu dibuat kerana pembangkang terpaksa menanggung malu kerana sebelum ini pernah mengumumkan akan memboikot sidang. "Mereka kini hendak mencari jalan untuk justifikasi kehadiran...dulu cakap tak mahu hadir, kini hendak hadir jika Sivakumar yang keluarkan notis. (Selepas ini) mereka akan sebut kami datang kerana dipanggil oleh Sivakumar," katanya mengulas kenyataan Ngeh. Zambry berkata notis memanggil mesyuarat itu akan dikeluarkan oleh Ganesan dalam tempoh 14 hari selepas mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah. "Kita mengadakan sidang mengikut prosedur dan peratutan dan tidak akan memanggil sewenang-wernangnya," katanya.
Mengulas kemungkinan timbul kekecohan dan pembangkang dikatakan akan turut membentangkan bajet sendiri, beliau berkata kerajaan negeri sedia menghadapi sebarang tindakan pembangkang dan akan berusaha memastikan persidangan berjalan lancar mengikut peraturan. "Soal mereka nak buat apa terpulanglah, kita tidak kisah...budaya (kecoh) berkenaan sudah dimulakan oleh pembangkang dan akibatnya kini wujud suasana seperti itu. Bagi Barisan Nasional kita sentiasa menghormati susila dan lunas perundangan," kata Zambry.
sumber: bernama

p/s : Sape yang menghormati susila dan lunas perundangan??? Zambry ngok..
1. Sape yang angkut speaker dulu, itu ikur lunas undang2 ke?
2. Perlantikan Ganesan ikut lunas undang2 ke?
3. Zambry dan beberapa katak telah di gantung oleh speaker Sivakumar dulu, tapi kenapa BN nafikan.. tu ikut lunas undang2 gak ke?
4. Undang2 mane ajar boleh mengaku 'kerajaan pilihan rakyat' kalau bukan rakyat yang pilih?
5. Kuasa speaker tak boleh di cabar, tapi korang cabar, tu ikut lunas undang2 gak ke?

Semua ni undang2 hutan BN ja.. Bodoh

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.