AJK Dewan Pemuda PAS kawasan Tambun Saudara Mohd Hafez Sabri hari ini mengulangi desakannya supaya Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubarkan segera dan pilihanraya diadakan di negeri itu bagi membolehkan rakyat memilih kerajaan mereka.
Desakan ini adalah susulan daripada kekecohan yang berlaku di negeri Perak sejak krisis 12 Mac dan yang terbaru pada 2 September lalu apabila Speaker DUN Perak V. Sivakumar bersama 24 ADUN Pakatan Rakyat telah mengadakan Sidang DUN di Hotel Herittage selepas polis menghalang mereka masuk ke bangunan Sekretariat Kerajaan Negeri (SUK).
Beliau berkata, hanya dengan mengembalikan kuasa kepada rakyat, demokrasi dan ketertinggian perlembagaan dapat dikembalikan di Perak dan Malaysia.
Ia untuk membolehkan pemilihan semula, agar pengundi negeri Perak mengundi memilih kerajaan mereka.

Mohd Hafez Sabri turut berpendapat, kemelut politik negeri Perak itu telah membawa kesan dan risiko terhadap undang-undang Perlembagaan yang amat serius.
Pemuda PAS Tambun melihat krisis perlembagaan Perak telah menyebabkan sistem perundangan negara ini semakin hilang kehormatannya manakala doctrin separation of power (doktrin pengasingan kuasa) sudah berkecamuk yang mana badan kehakiman boleh mencampuri urusan badan perundangan”, ujarnya merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan 16 April lalu yang membatalkan penggantungan dilakukan oleh Speaker V. Sivakumar terhadap, Zambry Abdul Kadir.

Ia adalah satu perbuatan yang bercanggah dengan Perkara 72(1) Perlembagan Persekutuan dan keputusan mahkamah ini boleh menyebabkan persidangan Dewan Rakyat mahupun DUN boleh dicabar di mahkamah selepas ini. Sebab itulah menurut beliau, DUN perlu dibubarkan segera..
Sebelum ini dilaporkan bahawa sebanyak 97 peratus rakyat Perak mahukan DUN dibubarkan dan ia merupakan hasil kajian yang dilakukan oleh Penganalis Politik dan Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah terhadap penduduk di negeri itu yang bermula di Pasir Salak sehingga ke Kuala Gula.

“Bubarkan DUN adalah langkah paling bijaksana dan bertamadun kerana ia cara terbaik mengatasi kemelut politik di negeri itu serta memberi peluang mereka meraikan demokrasi selari dengan Artikel 21, Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 yang mengatakan bahawa rakyat harus menjadi teras kepada pembentukan sesebuah kerajaan”, tegasnya.
Katanya lagi bahawa Barisan Nasional Perak yang ada pada hari ini perlu malu untuk memerintah Perak secara tidak sah kerana walaupun ketiga-tiga ADUN Bebas menyokong Kerajaan Dr Zambry, tetapi undi popular masih tetap berpihak kepada Pakatan Rakyat iaitu kira-kira 442,660 undi manakala BN mendapat 399,565 undi, majoriti sebanyak 43,095 undi.

“Adakah BN Perak tidak malu memerintah Perak dengan cara gestapo (haram) walaupun seramai 400 ribu lebih rakyat Perak telah menolak mereka dan dalam konteks pemikiran masyarakat intelektual, sepatutnya kerajaan Perak perlu malu alah dan bubarkan DUN untuk menguji penerimaan rakyat terhadap mereka ini”, ujarnya.
“Kita tentu masih ingat keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mei lalu yang pernah mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sah bagi negeri Perak dan ini mewujudkan persepsi bahawa menteri besar yang ada pada hari ini adalah haram walaupun disucikan oleh Mahkamah Rayuan”, katanya lagi merujuk kepada pengiktirafan Mahkamah terhadap Dr Zambry sebagai menteri besar Perak.

Mengulas mengenai sidang DUN Rabu lalu sama ada sah dari segi Perlembagaan atau tidak, Ajk Dewan Pemuda PAS Tambun itu, berkata bahawa ia sah.
“Apa yang saya belajar serta menurut Pakar Perlembagaan, Prof Dr Aziz Bari serta undang-undang tubuh Negeri Perak itu sendiri, sejak dari mula lagi bahawa Speaker yang sah adalah V Sivakumar dan sudah menjadi bidang kuasanya untuk memanggil sidang DUN dan menggantung keahlian ADUN itu sendiri”

“Jadi tindakan melantik A Ganesan hingga kini masih lagi tidak sah dan tidak jelas bahkan beliau jelas melanggar Perlembagaan Negeri yang melarang seseorang memegang dua jawatan dalam satu masa,” ujarnya merujuk kepada jawatan Ganesan yang masih jadi peguam sewaktu dilantik jadi Speaker Dewan secara haram pada 7 Mei lalu. Jelas beliau.
Justeru katanya Dewan Pemuda PAS kawasan Tambun berharap agar Sultan yang juga bekas Ketua Hakim Negara menggunakan peruntukkan undang-undang untuk perkenankan pembubaran DUN demi kebajikan rakyat Perak dan juga memulihkan integriti badan kehakiman itu sendiri.

“Bubar DUN sebenarnya dapat mengelakkan rakyat Perak daripada terus ditindas kerana percakaran politik PR dan BN ibarat gajah sama gajah bergaduh, pelanduk mati tersepit”
“Dan kepada BN Perak, mereka sepatutnya menyahut seruan Perdana Menteri yang baru untuk mendahulukan rakyat dan dalam isu ini, jelas rakyat telah diterkebelakangkan dan kepentingan politik lebih diutamakan”, ujarnya lagi..

09.09.2009
M@RHAEN Twitter Updates
M@RHAEN Twitter Updates
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.