Followers

Saturday, March 1, 2014

Rupanya Ini Musuh Politik Khalid Ibrahim Yang Sebenar.. Ikuti Pendedahannya

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bersetuju dengan penasihat DAP, Lim Kit Siang yang berkata musuh sebenar calon PKR di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, adalah daripada kalangan dalam PKR dan Pakatan Rakyat (PR) yang bercakaran sesama sendiri.

Khalid mengakui beliau juga turut mempunyai ramai musuh politik dalam PKR, tetapi menyifatkannya sebagai perkara biasa dalam arena politik, sama seperti parti politik lain di negara ini.

"Saya juga ramai mursuh, tetapi kita patut terima hakikat politik bahawa ia bersifat dinamik, kalau kita melihat DAP, mereka juga mempunyai pergelutan dalaman.

"PAS juga sama, termasuk Umno dan komponen Barisan Nasional (BN) seperti MCA, mereka masih lagi berusaha dalam proses pemulihan, dan MIC kadang-kala berpecah kemudian bersatu, jadi semuanya sama," katanya kepada media selepas program seni silat di Shah Alam, Selangor hari ini.

Khalid, yang mengumumkan akan bertanding untuk jawatan timbalan presiden PKR menjelang pemilihan parti yang akan datang, berkata beliau tidak pernah mendengar mana-mana parti politik di dunia yang tidak mempunyai pergelutan dalaman dan yang stabil sepanjang masa.

Semalam, Lim, merujuk kepada perbalahan di kalangan pemimpin PKR,mengingatkan parti komponen PR untuk bersama-sama memastikan Anwar bukan sahaja memperoleh kemenangan, tetapi juga kemenangan besar.

"Musuh sebenar di Kajang bukanlah daripada MCA atau Umno, tetapi daripada dalam PKR dan Pakatan."Kemenangan 'simple majority' di Kajang adalah kekalahan. 

Kita perlu menyasarkan kemenangan besar untuk menyampaikan mesej Putrajaya menanti perubahan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)," kata Ahli Parlimen Gelang Patah itu.  ~kd

Ketua Wanita cawangan DIBUNUH

KOTA TINGGI  - Ketua Wanita UMNO Cawangan Felda Semenchu, Zalifah Jamaluddin ditemui mati dipercayai dibunuh selepas disamun di kediamannya di sini hari ini.

Kejadian itu disedari anak mangsa yang datang ke rumahya di Blok 2, Felda berkenaan pada pukul 12.20 tengah hari setelah panggilannya tidak dijawab oleh ibunya.

Anak mangsa yang mengesyaki sesuatu berlaku setelah mendapati pintu dapur rumah terbuka dan keadaan rumah yang berselerak, menemukan mangsa terbaring tidak sedarkan diri di dalam bilik tidurnya sebelum menghubungi pihak polis.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Rahmat Othman yang dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan kejadian itu dan mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat.

Beliau berkata, motif kejadian dan punca kematian sedang disiasat selain menunggu laporan bedah siasat daripada pihak hospital.

"Dari segi luaran, tidak terdapat sebarang tanda-tanda luka, cedera atau sebarang serangan fizikal dilakukan terhadap mangsa," katanya.

Rahmat berkata, pihaknya mengesyaki kejadian itu ada kaitan dengan penagih dadah yang pernah dilaporkan kelihatan di kawasan tersebut.

"Kita sedang menyiasat barangan yang disamun dan anggaran kerugian yang dialami mangsa. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya. -Utusan

Selepas Papagomo Kini Giliran Marina Mahathir Pula Saman Kaki Fitnah..

KUALA LUMPUR: Aktivis sosial Datin Paduka Marina Mahathir menyaman Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan 15 anggota jawatankuasa (AJK) pertubuhan itu berhubung pernyataan berunsur fitnah mengaitkannya dengan aktiviti Gabungan Badan Bukan Kerajaan (Ngo) Hak Asasi Manusia (Comango).

Dalam saman itu, Marina, yang juga anggota Lembaga Pengarah Sisters in Islam (SiS) menamakan presiden pertubuhan itu Abdullah Zaik Abd Rahman, timbalan presidennya Aminuddin Yahaya dan naib presiden Abdul Rahman Mat Dali serta 13 AJK pertubuhan itu sebagai defendan.

Marina, yang diwakili peguam Muhammad Faizal Faiz Mohd Hasani memfailkan saman itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini melalui Tetuan Lee Hishammuddin Allen & Gledhill pada 16 Jan lepas.  Media memperoleh salinan pernyataan tuntutan itu hari ini ketika kes disebut di dalam kamar di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop.

Peguam Azad Bashir, yang mewakili kesemua defendan, memberitahu pemberita bahawa Rosilah menetapkan 10 Mac ini untuk kesemua defendan memfailkan pernyataan pembelaan mereka.

Dalam pernyataan tuntutannya, Marina mendakwa ISMA mengedarkan 70,000 risalah bertajuk “Antara 54 NGO dalam Comango” di masjid-masjid sekitar Lembah Klang, Kuala Lumpur, Shah Alam, Putrajaya, Seremban, Samarahan (Sarawak), Melaka, Kuantan dan Kuala Terengganu pada 8 Nov tahun lepas.

Bekas Pengerusi Yayasan Aids Malaysia (MAF) itu mendakwa ISMA juga menerbitkan artikel lain bertajuk “ISMA edar 70,000 risalah dedah dalang Comango” di dalam laman web ISMA di http://www.ismaweb.net dengan pautan laman web ISMA facebook di https://wwww.facebook.com/isma.malaysia pada tarikh yang sama (8 Nov).

Beliau mendakwa pernyataan-pernyataan fitnah itu membawa maksud bahawa beliau dikaitkan dalam aktiviti Comango, terlibat secara peribadi di dalam laporan yang diterbitkan Comango dan menjadi dalang di sebalik Comango serta tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan.

Marina mendakwa pada 11 Nov tahun lepas beliau mengeluarkan satu kenyataan akhbar dengan menjelaskan bahawa tuduhan itu adalah palsu dan beliau langsung tidak terlibat dalam proses mengeluarkan laporan Comango serta memberi peluang kepada kesemua defendan untuk menarik balik tuduhan terbabit.

Namun, Marina mendakwa pada tarikh yang sama, ISMA melalui Aminuddin selaku defendan kedua membuat kenyataan akhbar dan turut mengulangi tuduhan palsu terhadapnya dan Marina mendakwa beliau sekali lagi mengeluarkan kenyataan akhbar dua hari selepas itu untuk membalas tuduhan itu.

Marina mendakwa kesemua defendan gagal untuk menarik balik pernyataan-pernyataan fitnah itu walaupun tiga surat bertarikh 19 Nov, 27 Nov dan 12 Dis 2013 dihantar kepada mereka.

Akibat pernyataan fitnah itu, Marina mendakwa reputasinya tercemar dan beliau menuntut ganti rugi teladan, ganti rugi teruk, satu injunksi untuk menghalang kesemua defendan daripada menerbitkan semula pernyataan fitnah itu dan permohonan maaf daripada kesemua defendan berserta faedah, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

- Bernama

Faekah perjelas punca MoU tidak diuar-uar.....

SHAH ALAM – Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) pengambilalihan ekuiti empat syarikat konsesi di Selangor tidak diberitahu kepada semua pemimpin PR disebabkan ketidakpastian perjanjian sebelum ia diputuskan dan beberapa perkara lain.

Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated (MBI) Faekah Husin menjelaskan, persefahaman yang dicapai antara kerajaan negeri dan Pusat itu boleh dikatakan ‘mengejut’ hasil perbincangan pada Rabu lalu setelah beberapa siri pertemuan dan perbincangan diadakan antara kedua belah pihak.

“Saya ditugaskan untuk mewakili Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hadir pada mesyuarat hari berkenaan dan  sekitar 11.30 pagi, keputusan itu dicapai kemudian kita maklumkan kepada menteri besar, tapi beliau berada dalam majlis protokol Diraja dan dalam sekitar 12 tengah hari, kita berjaya untuk memberitahu beliau, Exco dan pegawai penting kerajaan negeri termasuk Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (Upens).

“Kira-kira jam 1.30 petang perjanjian itu berjaya dimeterai. Jadi, kita mengaku memang tiada siapa tahu kerana ketidaktentuan atau ketidakpastian sama ada ia akan ditandatangani atau tidak pada hari berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, sejak September tahun lalu lagi beberapa siri pertemuan antara Abdul Khalid dengan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili tidak kurang daripada lapan kali dilakukan bagi membincangkan cadangan penstrukturan air di Selangor secara eksklusif.

Beliau yang turut dilantik perunding penstrukturan air berkata, proses perbincangan sehingga mencapai MoU tersebut juga tidak diuar-uarkan berikutan tidak mahu perbincangan terganggu oleh anasir luar yang boleh menggagalkan penstrukturan yang amat diperlukan oleh rakyat di Selangor yang terbeban dengan krisis air.

Tabung Bantu Papagomo Dilancar...

KAHKAHKAH...

Biar apa orang nak kata, saya akan mati tidak lama lagi --Luah Tun Dr M.

Photo: Saturday, March 1, 2014.

Biar apa orang nak kata, saya akan mati tidak lama lagi --Luah Tun Dr M.

Anti Hadis

1.      Saya tahu tulisan saya ini tidak akan dibaca oleh orang yang menghukum saya sebagai anti-hadis. Orang lain juga akan dilarang membaca tulisan ini. 

Mereka yang menghukum saya takut kalau-kalau hukuman mereka dipersoal. Mereka hendak segala-gala yang diperkatakan oleh mereka diterima bulat-bulat sebagai fatwa yang wajib diterima seperti firman Allah s.w.t. dalam Al-Quran.

2.      Orang yang benar, berani. Orang yang takut, takut kerana salah atau mungkin didapati salah.

3.      Memberi label dan mengecap orang apabila kita tidak bersetuju dengannya memanglah satu cara orang yang tidak sanggup berhujah. 

Terima sahajalah apa yang didakwa oleh mereka tanpa berfikir. Jangan guna akal fikiran yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. kerana ini kononnya  dilarang oleh agama Islam.

4.      Saya sekarang dilabel, iaitu diberi gelaran atau dicap anti-hadis kerana kononnya saya sudah jadi penyokong Kassim Ahmad yang telah diberi gelaran yang sama.

5.      Saya juga diberitahu bahawa sebagai seorang yang tidak tahu bahasa Arab maka saya tidak berhak bercakap berkenaan agama Islam.

6.      Hari ini kita lihat ummat Islam berpecah, bermusuh sesama mereka, berperang dan membuat kerja orang Yahudi dan Nasrani. 

Siapakah yang membawa malapetaka ini kepada orang Islam dan Negara-negara mereka. Bukankah mereka fasih dalam bahasa Arab bahkan penasihat dan pemimpin mereka terpelajar dengan dalamnya ajaran Islam dalam Al-Quran dan hadis Nabi. 

Saya sendiri sering mendengar mereka dari kedua-dua belah, mengeluarkan ayat Quran dan hadis bagi menghalalkan perbuatan mereka.

7.      Ya, saya tak tahu bahasa Arab. Justeru itu saya terpaksa terima apa sahaja yang diajar kepada saya dalam bahasa Melayu sebagai ajaran Islam. Apakah kerana saya menerima Islam dalam bahasa Melayu maka ia bukan Islam. Apakah saya tidak Islam. 

Apakah lafaz dua kalimah syahadat oleh saya tidak boleh diterima.

8.      Selain dari khatam Quran semasa umur belasan tahun, saya baca terjemahan Quran dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Ya, memang terjemahan Quran bukan Quran. 

Tetapi bolehkah kita kata terjemahan ajaran Islam yang diajar kepada kita dalam bahasa Melayu bukan Islam? 

Jika apa yang disampaikan dlam bahasa Melayu berkenaan agama Islam bukan Islam, majoriti orang Melayu bukanlah Islam.

9.      Saya dan rakan-rakan saya pernah dihukum kafir kerana sebagai ahli parti tertentu telah bekerjasama dengan orang kafir. 

Tidak ada siapa yang fasih berbahasa Arab dan mendalami ajaran Islam yang mempertahankan saya apabila dituduh kafir. Mungkin sebabnya ialah mereka bersetuju saya kafir.

10.    Kemudian orang yang mengkafirkan saya bekerjasama dan berpeluk-peluk dengan orang kafir.

Tetapi tidak ada orang yang mendalami agama Islam yang fasih berbahasa Arab mendakwa mereka ini kafir. Saya tertanya-tanya apakah kelebihan mereka? Apakah mereka maksum?

11.    Orang yang fasih berbahasa Arab dan mengenal diri sendiri  sebagai ulama Islam dan mursyid telah berkata ia sanggup bekerjasama dengan syaitan jika syaitan menyokongnya. 

Orang yang fasih berbahasa Arab dan tahu larangan dalam Al-Quran terhadap bekerjasama dengan syaitan, tidak membuat tuduhan apa-apa, jauh sekali dari memberi apa-apa label kepadanya. Kenapa?

12.    Bukan sahaja orang Arab yang fasih bahasa Arab yang berpecah dan bermusuh sesama Islam, tetapi di Malaysia juga perpecahan berlaku apabila orang yang digelar ulama dan fasih dalam bahasa Arab memisahkan diri dan memecahkan perpaduan orang Islam kerana tidak dapat tempat di dunia, tidak dipilih jadi Yang Berhormat. 

Sehingga sekarang perpecahan ini berlaku. Maka lemahlah orang Islam dan terpaksalah mereka mengemis untuk mendapat sokongan orang bukan Islam. 

Maka berpeluk-peluklah mereka. Tidak ada ulama yang berkecuali yang mendesak supaya semua orang Islam bersatupadu dan bersaudara semula.

13.    Orang yang sama juga mendakwa bahawa Allah s.w.t. mencarut. Tiada siapa dari orang yang fasih berbahasa Arab dan tahu secara mendalam ajaran Islam yang menyangkal dakwaan ini. 

Mungkin ada hadis yang berkata demikian. Saya belum jumpa. Sila tunjuk kepada saya hadis yang berkata Tuhan mencarut.

14.    Dalam ajaran Islam, ada yang wajib dan ada yang sunnat. Kita diberitahu yang sunnat boleh kita terima dan tunaikan tetapi tidaklah kita bersalah jika kita tidak tunaikan. 

Tetapi ada gesaan bahawa yang sunnat itu wajib dan mesti diterima dan diamalkan walaupun bercanggah dengan firman Tuhan dalam Al-Quran.

15.    Hadis adalah sunnah Nabi. Saya ingin tahu samada hadis wajib dan mesti diterima. Betulkan saya.

16.    Apa pula dengan orang yang utamakan hadis dari firman Allah s.w.t. yang terdapat dalam Al-Quran yang kita terima sebagai wahyu dari Allah s.w.t. Berkenaan dengan zina, apakah hukum yang terdapat dalam Al-Quran. Dan apakah yang terdapat dalam hadis. 

Yang manakah lebih utama, wahyu dan firman Allah s.w.t. atau hadis yang diriwayatkan oleh beberapa keturunan manusia biasa, yang dikaji, disah atau ditolak oleh pakar hadis yang juga manusia biasa 200 tahun kemudian. 

Salahkah jika kita pilih Al-Quran yang jelas dan satu yang tidak berbeza-beza dan oleh itu tidak merejam dan menembak mati dengan mesingun perempuan yang dituduh berzina.

17.    Bukankah Allah s.w.t. telah berpesan berpuluh kali bahawa “apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil”. Allah s.w.t. juga sebut sebagai tidak suka akan kezaliman.

18.    Apakah melabel iaitu menghukum seseorang selepas membaca akhbar atau mendengar lapuran T.V. mencerminkan keadilan yang dituntut dalam Islam. Apakah tanpa memberi peluang kepada yang tertuduh untuk mempertahankan diri, adil di sisi agama Islam. 

Apakah tanpa membincang dan membahas oleh badan yang dipertanggungjawabkan seperti mahkamah, yang terdiri dari orang yang tidak berkepentingan, adalah cara Islam mengadil.

19.    Kita lihat akan betapa buruknya keadaan umat Islam sekarang. Apakah ini kerana sudah ditakdirkan bahawa orang Islam akan ditindas dan agama Islam dihina.

20.    Tidakkah Allah s.w.t. berfirman dalam Al-Quran bahawa Allah tidak akan menukar nasib sesiapa jika ia tidak berusaha menukar nasibnya sendiri.

21.    Jika kita ingin menukar nasib dan kita berusaha sehingga terselamat diri kita, bolehkah kita kata ini bukan takdir, atau ini bertentangan dengan kehendak Allah s.w.t.

22.    Kita tahu adanya hadis yang sahih dan yang lemah Apabila hadis berbeza atau bertentangan dengan firman Allah s.w.t. dalam Al-Quran, yang mana satukah yang kita harus terima? Jika kita pegang kepada Al-Quran, apakah ini salah.

23.    Apakah kita wajib terima apa saja yang disampaikan oleh orang yang berbahasa Arab yang mempelajari agama walaupun jelas bertentangan dengan ajaran Islam dalam Al-Quran dan hadis. 

Apakah kita mesti iktiraf siapa sahaja yang mendakwa dirinya sebagai ulama. Apakah semua ahli persatuan ulama benar-benar ulama.

24.    Amatlah merbahaya dan mengelirukan apabila sesiapa sahaja, hanya kerana fasih dalam bahasa Arab dan mendapat ijazah sarjana dalam bidang agama Islam, diberi gelaran ulama.

25.    Perpecahan umat Islam kepada berbagai mazhab adalah disebabkan oleh orang seperti ini. Pengikut mereka turun temurun bermusuh dan membunuh. 

Tidak ada toleransi di kalangan mereka sedangkan Al-Quran tidak suruh kita bermusuh walaupun dengan penganut agama lain, melainkan mereka bermusuh dengan kita. 

Kepada mereka agama mereka. Lemahnya umat Islam dan terhinanya agama Islam ialah kerana ajaran mereka yang tidak boleh ditegur, yang tuntut kesetiaan yang tidak berbelah-bahagi hanya kepada mereka.

26.    Saya tahu bahawa jawapan kepada tulisan saya ini ialah saya anti-hadis, anti Al-Quran bahkan kafir.

27.    Saya tidak lama lagi akan pergi menemui Tuhan saya, Allah s.w.t. Saya akan diadili oleh Kadzi Rabbul Jalil. Saya tidak tahu apakah akan disahkan segala tuduhan terhadap saya atau tidak. 

Tetapi yang saya tahu dan yakin ialah pengadilan oleh Allah s.w.t. tetap adil. Dan saya terima apa sahaja hukum yang dijatuhkan ke atas saya. - Chedet (Tun Dr Mahathir Mohamad)

Malaysians Must Know The TRUTH. Anti Hadis

Malaysians Must Know The TRUTH.

Subhanallah!!! Aktiviti cari gali gas di selatan timur padang pasir Arab menjumpai tinggalan rangka manusia saiz luar biasa.

Roslin Ahmad 
Roslin Ahmad's photo.

Ini adalah kawasan Gurun Arab dipanggil kawasan kosong, atau dalam bahasa Arab, 'Rab-Ul-Khalee'. Penemuan itu telah dibuat oleh pasukan Aramco Exploration. 

Seperti negeri-negeri Allah dalam al-Quran bahawa Dia telah menjadikan manusia saiz luar biasa yang sama seperti yang pernah diwujudkan oleh Nya sebelum itu.

Mereka adalah dari Kaum Aad di mana Nabi HUD dihantar. Mereka sangat tinggi, besar, dan sangat kuat, sehinggakan mereka boleh meletakkan tangan mereka di sekitar batang pokok dan mencabut ia. 

Kemudian orang-orang ini, yang telah diberikan segala kuasa, berpaling menentang Allah dan Nabi dan melampaui semua sempadan yang ditetapkan oleh Allah. 

Hasilnya mereka telah dibinasakan. 

Ulama Arab Saudi percaya ini adalah mayat kaum Aad.

Roslin Ahmad's photo.

Tentera Arab mengawal ketat kawasan itu dan tiada siapa yang dibenarkan untuk memasuki kecuali kakitangan Aramco. 

Roslin Ahmad's photo.
Lihat lampiran dan nota saiz dua lelaki yang berdiri di dalam gambar berbanding dengan saiz tulang. Rangka berikut ditemui di Arab Saudi apabila Aramco memulakan pengerudian minyak.

Kenali Imam Kita......

 Nama penuh beliau ialah Muhammad bin Idris, dilahirkan di Gaza pada 150H, iaitu pada hari wafatnya Imam Abu Hanifah. Beliau Wafat di Fusthath, Mesir (pada malam Jumaat selepas Maghrib, hari terakhir bulan Rajab 204H). Imam Syafie tinggal di Makkah, bersama ibunya ketika berusia 2 tahun. Guru beliau yang utama ialah Imam Malik. Imam Syafie berperwatakan berkepala botak atau jika tidak mempunyai rambut panjang kusut, dan beliau sering memakai jubah lusuh.

Keilmuan al-Imam as-Syafie diiktiraf dalam ilmu al-Quran & hadith, ilmu feqah, ilmu bahasa, sastera, nahu, danbalaghah. Beliau juga mahir dalam bersajak & mencipta syair, di samping menguasai ilmu nujum. Beliau disegani di kalangan masyarakat Arab kerana kemahiran beliau menghafal dan mempunyai pengetahuan tentang Salasilah keturunan Arab.

Ramai tidak mengetahui akan kelebihan-kelebihan unik yang ada pada al-Imam as-Syafi’e. Antaranya beliau boleh menghafal pelajaran sebelum gurunya selesai mengajar. Perjalanan ilmu al-Imam as-Syafie amat sukar. Beliau bahkan menggunakan pecahan-pecahan genting, kulit-kulit binatang kering, pelepah-pelepah pohon kurma, dan tulang unta untuk menulis hadith. Perbuatan beliau disedari ibunya lalu ibunya mengumpulkan kesemua tulisan-tulisannya dalam satu bekas. 

Imam as-Syafie juga dikagumi akan kekuatan daya ingatannya sejak kecil. Beliau telah mula menghafaz al-Quran sejak umurnya 9 tahun, bahkan diberi kepercayaan untuk mengeluarkan fatwa pada usia beliau baru mnececah 15 tahun! Beliau bahkan mampu menghafal kitab al-Muwattha’ (karangan Gurunya, Imam Malik) selama 9 malam sahaja.

Kehebatan beliau dalam mengeluarkan fatwa, mencurahkan ilmu dan berda’wah kepada masyarakat menyebabkan beliau disegani seluruh masyarakat Arab di tempatnya pada ketika itu. Namun, kehebatan beliau tidak menjadikan beliau seorang yang sombong, bahkan menurut beberapa pendapat ulama’, beliau tidak pernah berdebat dengan seorang pun. Hal ini amat berbeza dengan metod yang digunakan oleh Imam Abu Hanifah yang lebih mengambil pendekatan berlawan hujah (memandangkan pada zaman Imam Abu Hanifah merupakan zaman kemasukan pelbagai ajaran dan dakyah bukan Islam).

Ketokohan Imam as-Syafie tidak terhad kepada ilmu dan sumbangan beliau terhadap dunia keilmuan Islam semata-mata. Hal ini dibuktikan melalui keperibadian Imam as-Syafie yang amat kuat beribadah kepada Allah. Beliau pernah mengkhatamkan al-Quran 60 kali dalam bulan Ramadhan, di luar solat. Menurut pendapat yang lain, Imam as-Syafie sekali beliau membuka lembaran al-Quran, beliau akan khatamkannya. Katanya, “Aku malu sekali pada al-Quran jika sudah ku buka, aku tidak sampai ke akhirnya (khatam).” Imam Syafi’e pada usianya tujuh tahun, tatkala beliau membaca Al-Quran, betapa ramainya orang yang mendengar menitiskan air mata. Meskipun beliau begitu banyak amalannya, namun beliau di penghujung riwayat hidupnya masih mengatakan yang beliau masih tidak dapat menjamin dirinya akan masuk syurga atau neraka. SubhanAllah!

Pesanan Imam as-Syafi’e kepada semua penuntut ilmu:

“Selamanya tidak ada sesuatu pun yang patut disabitkan kepadaku. Tiada suatu ilmu di dalam kalbuku kecuali aku ingin ilmu itu menjadi milik semua orang.”

“Saya tidak pernah makan kenyang sejak usia enam belas tahun, kerana kekenyangan akan menambahkan berat badan, mengeraskan hati, menumpulkan otak, mudah mengantuk dan malas beribadah.”

“Pergilah merantau untuk mencari kemuliaan, kerana dalam perantauan itu ada lima kegunaan, iaitu menghilangkan kesedihan, mencari penghidupan, mendapatkan ilmu, megagungkan jiwa, dan dapat bergaul dengan orang ramai.”

“Kau tidak akan memiliki ilmu, kecuali dengan enam syarat, yang akan disebutkan seperti berikut: kecerdasan, semangat waja, rajin dan tabah, berkemampuan, bersahabat dengan guru dan waktu yang lama.”

“Orang yang diangkat darjat mulia kerana ilmunya, tidak mungkin diberi harta melimpah. Kerana ilmu dan harta tidak mungkin jalan bersama.”

“Aku terjaga di tengah malam untuk menekuni ilmu, lebih nikmat bagiku daripada mendengar lagu merdu atau mencium bau wangian.”

“Seseorang yang memiliki sifat wara’, tidak akan mempedulikan keburukan orang lain, oleh kerana ia sibuk dengan keaibannya sendiri. Ibarat orang sakit, ia tidak akan mungkin menghiraukan penyakit orang lain, kerana ia sibuk dengan penyakitnya sendiri.”

“Jadilah engkau sebagai seorang faqih sekaligus sufi. Demi Allah, dengan begitu aku hanya akan setia kepadamu. Faqih itu berhati keras, tidak ada rasa takut di dalam hatinya. Sedangkan sufi itu orang bodoh; mana mungkin orang yang bodoh itu boleh jadi benar?”

Nama penuh beliau ialah Muhammad bin Idris, dilahirkan di Gaza pada 150H, iaitu pada hari wafatnya Imam Abu Hanifah. 
Beliau Wafat di Fusthath, Mesir (pada malam Jumaat selepas Maghrib, hari terakhir bulan Rajab 204H). Imam Syafie tinggal di Makkah, bersama ibunya ketika berusia 2 tahun. Guru beliau yang utama ialah Imam Malik. 
Imam Syafie berperwatakan berkepala botak atau jika tidak mempunyai rambut panjang kusut, dan beliau sering memakai jubah lusuh.

Keilmuan al-Imam as-Syafie diiktiraf dalam ilmu al-Quran & hadith, ilmu feqah, ilmu bahasa, sastera, nahu, danbalaghah. Beliau juga mahir dalam bersajak & mencipta syair, di samping menguasai ilmu nujum. 
Beliau disegani di kalangan masyarakat Arab kerana kemahiran beliau menghafal dan mempunyai pengetahuan tentang Salasilah keturunan Arab.

Ramai tidak mengetahui akan kelebihan-kelebihan unik yang ada pada al-Imam as-Syafi’e. Antaranya beliau boleh menghafal pelajaran sebelum gurunya selesai mengajar. Perjalanan ilmu al-Imam as-Syafie amat sukar. 
Beliau bahkan menggunakan pecahan-pecahan genting, kulit-kulit binatang kering, pelepah-pelepah pohon kurma, dan tulang unta untuk menulis hadith. 
Perbuatan beliau disedari ibunya lalu ibunya mengumpulkan kesemua tulisan-tulisannya dalam satu bekas.

Imam as-Syafie juga dikagumi akan kekuatan daya ingatannya sejak kecil. 
Beliau telah mula menghafaz al-Quran sejak umurnya 9 tahun, bahkan diberi kepercayaan untuk mengeluarkan fatwa pada usia beliau baru mnececah 15 tahun! 
Beliau bahkan mampu menghafal kitab al-Muwattha’ (karangan Gurunya, Imam Malik) selama 9 malam sahaja.

Kehebatan beliau dalam mengeluarkan fatwa, mencurahkan ilmu dan berda’wah kepada masyarakat menyebabkan beliau disegani seluruh masyarakat Arab di tempatnya pada ketika itu. 
Namun, kehebatan beliau tidak menjadikan beliau seorang yang sombong, bahkan menurut beberapa pendapat ulama’, beliau tidak pernah berdebat dengan seorang pun. 
Hal ini amat berbeza dengan metod yang digunakan oleh Imam Abu Hanifah yang lebih mengambil pendekatan berlawan hujah (memandangkan pada zaman Imam Abu Hanifah merupakan zaman kemasukan pelbagai ajaran dan dakyah bukan Islam).

Ketokohan Imam as-Syafie tidak terhad kepada ilmu dan sumbangan beliau terhadap dunia keilmuan Islam semata-mata. Hal ini dibuktikan melalui keperibadian Imam as-Syafie yang amat kuat beribadah kepada Allah. 
Beliau pernah mengkhatamkan al-Quran 60 kali dalam bulan Ramadhan, di luar solat. 
Menurut pendapat yang lain, Imam as-Syafie sekali beliau membuka lembaran al-Quran, beliau akan khatamkannya. 
Katanya, “Aku malu sekali pada al-Quran jika sudah ku buka, aku tidak sampai ke akhirnya (khatam).” Imam Syafi’e pada usianya tujuh tahun, tatkala beliau membaca Al-Quran, betapa ramainya orang yang mendengar menitiskan air mata. 
Meskipun beliau begitu banyak amalannya, namun beliau di penghujung riwayat hidupnya masih mengatakan yang beliau masih tidak dapat menjamin dirinya akan masuk syurga atau neraka. SubhanAllah!

Pesanan Imam as-Syafi’e kepada semua penuntut ilmu:

“Selamanya tidak ada sesuatu pun yang patut disabitkan kepadaku. Tiada suatu ilmu di dalam kalbuku kecuali aku ingin ilmu itu menjadi milik semua orang.”

“Saya tidak pernah makan kenyang sejak usia enam belas tahun, kerana kekenyangan akan menambahkan berat badan, mengeraskan hati, menumpulkan otak, mudah mengantuk dan malas beribadah.”

“Pergilah merantau untuk mencari kemuliaan, kerana dalam perantauan itu ada lima kegunaan, iaitu menghilangkan kesedihan, mencari penghidupan, mendapatkan ilmu, megagungkan jiwa, dan dapat bergaul dengan orang ramai.”

“Kau tidak akan memiliki ilmu, kecuali dengan enam syarat, yang akan disebutkan seperti berikut: kecerdasan, semangat waja, rajin dan tabah, berkemampuan, bersahabat dengan guru dan waktu yang lama.”

“Orang yang diangkat darjat mulia kerana ilmunya, tidak mungkin diberi harta melimpah. Kerana ilmu dan harta tidak mungkin jalan bersama.”

“Aku terjaga di tengah malam untuk menekuni ilmu, lebih nikmat bagiku daripada mendengar lagu merdu atau mencium bau wangian.”

“Seseorang yang memiliki sifat wara’, tidak akan mempedulikan keburukan orang lain, oleh kerana ia sibuk dengan keaibannya sendiri. 
Ibarat orang sakit, ia tidak akan mungkin menghiraukan penyakit orang lain, kerana ia sibuk dengan penyakitnya sendiri.”

“Jadilah engkau sebagai seorang faqih sekaligus sufi. Demi Allah, dengan begitu aku hanya akan setia kepadamu. 
Faqih itu berhati keras, tidak ada rasa takut di dalam hatinya. Sedangkan sufi itu orang bodoh; mana mungkin orang yang bodoh itu boleh jadi benar?”
 
NAMPAK SANGAT LA NAJIB BEBAL..!!

Iman Shauqah
NAMPAK SANGAT LA NAJIB BEBAL..!!

Kih kih kih kih.. susun batu pun x reti.. (batu sepatutnya disusun berselang seli).. alamat roboh la rumah klau suruh najib yang susun batu.. kih kih kih kih... bebal..!!

Najib pandainya hanya menipu dan merompak harta rakyat..!! Pun macai tetap kata najib pandai.. 

Sebab apa? sebab syarat untuk menjadi macai mestilah BODOH..!!!

PAPAGOMO@PAPAKEDANA DINASIHAT BERTAUBAT....!!!

Guruyaya OK
BERITA YANG TIDAK AKAN DISIARKAN OLEH MEDIA DAN BLOG MACAI....
PAPAGOMO@PAPAKEDANA DINASIHAT BERTAUBAT....!!!
Berita Memalukan Ini Di Sembunyikan Oleh Blogger Pro UMNUU~~!!!

Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty menasihatkan Wan Mohd Azri Wan Deris yang disahkan mahkamah sebagai pemilik blog Papagomo supaya segera bertaubat dan meminta maaf atas tindakanya memfitnah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Muhammad ketika dihubungi menyatakan, walaupun mahkamah telah mengarahkan Wan Mohd Azri membayar RM800,000 sebagai ganti rugi atas tindakanya, namun hukuman itu hanya berlandaskan hukuman sivil.

Menurut Muhammad Nur, dosa yang dilakukan dengan memfitnah individu lain masih belum dikira selesai selagi individu tersebut tidak memohon maaf.

" Dosa fitnah ini berat, kesannya sangat besar lebih dari membunuh,' kata Muhammad, Ketua Biro Pemahaman Dan Pemantapan Agama KEADILAN (BIPPA)"Selagi individu tersebut belum minta maaf kepada orang yang difitnahnya, dosanya dianggap sebagai masih belum selesai.

"Menurut hukum Islam, dia perlu minta maaf dengan segera bagi melunaskan dosanya," ujar bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) itu lagi.

Muhammad Nur dalam pada itu melahirkan rasa gembira dan bersyukur dengan keputusan mahkamah yang akhirnya menyebelahi Anwar dan menasihatkan kepada orang ramai untuk mengambil iktibar.

"Alhamdullilah dengan keputusan tersebut."Semoga orang ramai mengambil iktibar bahawa budaya fitnah-memfitnah ini tidak sama sekali mendatangkan keuntungan, malah ianya hanya mendatangkan kerugian," ujarnya. Guruyaya OK.
BERITA YANG TIDAK AKAN DISIARKAN OLEH MEDIA DAN BLOG MACAI....
 
Berita Memalukan Ini Di Sembunyikan Oleh Blogger Pro UMNUU~~!!!

Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty menasihatkan Wan Mohd Azri Wan Deris yang disahkan mahkamah sebagai pemilik blog Papagomo supaya segera bertaubat dan meminta maaf atas tindakanya memfitnah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Muhammad ketika dihubungi menyatakan, walaupun mahkamah telah mengarahkan Wan Mohd Azri membayar RM800,000 sebagai ganti rugi atas tindakanya, namun hukuman itu hanya berlandaskan hukuman sivil.

Menurut Muhammad Nur, dosa yang dilakukan dengan memfitnah individu lain masih belum dikira selesai selagi individu tersebut tidak memohon maaf.

" Dosa fitnah ini berat, kesannya sangat besar lebih dari membunuh,' kata Muhammad, Ketua Biro Pemahaman Dan Pemantapan Agama KEADILAN (BIPPA)

"Selagi individu tersebut belum minta maaf kepada orang yang difitnahnya, dosanya dianggap sebagai masih belum selesai.

"Menurut hukum Islam, dia perlu minta maaf dengan segera bagi melunaskan dosanya," ujar bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) itu lagi.

Muhammad Nur dalam pada itu melahirkan rasa gembira dan bersyukur dengan keputusan mahkamah yang akhirnya menyebelahi Anwar dan menasihatkan kepada orang ramai untuk mengambil iktibar.

"Alhamdullilah dengan keputusan tersebut."Semoga orang ramai mengambil iktibar bahawa budaya fitnah-memfitnah ini tidak sama sekali mendatangkan keuntungan, malah ianya hanya mendatangkan kerugian," ujarnya. Guruyaya OK.

YB TERESA KOK - "PAS Tanjong Malim Jemput Saya berceramah tentang klip video saya"

Teresa Kok's photo.

Photo: Semalam, saya dijemput oleh PAS Tanjong Malim untuk berceramah tentang klip video saya.

Semalam selepas itik dan cat merah dibuang ke Malaysiakini, saya dinasihati oleh seorang kawan supaya jangan datang ke ceramah tersebut kerana dia bimbang tentang keselamatan saya tetapi saya tetap pergi kerana saya telah janji untuk hadir.

Saya tayangkan klip video "Onederful Malaysia" dalam ceramah dan tanya penonton bahagian yang mana yang saya menghina Melayu, Islam, pemimpin negara dan YDP Agong, sebagaimana yang dituduh oleh UMNO dan NGO pro-UMNO.

Selepas ceramah, beberapa ahli PAS dan orang muda ambil gambar dengan saya. Saya juga makan supper dengan mereka di gerai kopi di hadapan pejabat PAS Tanjong Malim.

Pemimpin PAS tempatan berkata mereka sekarang lebih faham dengan klip video tersebut.

Saya beeterima kasih kepada mereka atas kesudian nereka untuk memberi peluang kepada saya untuk memberi penerangan kepada orang tempatan tentang isu ini. Inilah semangat muhibbah dan perpaduan yang wujud dalam Pakatan Rakyat.
 
kepada cybertrooper BN / PR... jangan membuat sebarang anggapan @ tuduhan sebelum melihat @ mendengar sendiri tuan punya diri... nanti anda akan menanggung segala fitnah yg disebarkan.......
Semalam, saya dijemput oleh PAS Tanjong Malim untuk berceramah tentang klip video saya.

Semalam selepas itik dan cat merah dibuang ke Malaysiakini, saya dinasihati oleh seorang kawan supaya jangan datang ke ceramah tersebut kerana dia bimbang tentang keselamatan saya tetapi saya tetap pergi kerana saya telah janji untuk hadir.

Saya tayangkan klip video "Onederful Malaysia" dalam ceramah dan tanya penonton bahagian yang mana yang saya menghina Melayu, Islam, pemimpin negara dan YDP Agong, sebagaimana yang dituduh oleh UMNO dan NGO pro-UMNO.

Selepas ceramah, beberapa ahli PAS dan orang muda ambil gambar dengan saya. Saya juga makan supper dengan mereka di gerai kopi di hadapan pejabat PAS Tanjong Malim.

Pemimpin PAS tempatan berkata mereka sekarang lebih faham dengan klip video tersebut.

Saya beeterima kasih kepada mereka atas kesudian nereka untuk memberi peluang kepada saya untuk memberi penerangan kepada orang tempatan tentang isu ini. Inilah semangat muhibbah dan perpaduan yang wujud dalam Pakatan Rakyat.

Ketika Ruh Dikeluarkan Dari Jasad ( Sakaratulmaut )

Semasa Ruh diperintahkan Masuk Ke dalam Jasad, ia masih bersih dari dosa dan senang mendapat perintah, kerana dulu dia sudah berjanji dengan Allah yg dia akan menanggung segala amanah Allah . Padahal Semua Makhluq lain tidak sanggup.... 

Sekarang bila saat sakaratulmaut, dia susah bergelumbang dengan segala dosa. Malang bagi kita kita (Ruh) semasa hidup bersama jasad, kita ditabirkan dan dilupakan kisah silam (semasa alam ruh Untuk menjadi fitnah dan ujian Allah) 

Sebab itulah dia menjadi gelabah, susah dan menyesal.... semasa di alam kubur pun dia (diri kita yg sebenar yakni ruh) memohon untuk kembali ke dunia (hidup semula) untuk memperbetulkan amalan semula..... 

Padahal kalau dia (ruh kita / diri kita yg sebenar) pulang semula ke dunia, kita masih lupa masa lalu, bahkan masa di alam kubur pun kita akan lupa.....
Semasa Ruh diperintahkan Masuk Ke dalam Jasad, ia masih bersih dari dosa dan senang mendapat perintah, kerana dulu dia sudah berjanji dengan Allah yg dia akan menanggung segala amanah Allah . 
Padahal Semua Makhluq lain tidak sanggup.... 

Sekarang bila saat sakaratulmaut, dia susah bergelumbang dengan segala dosa. Malang bagi kita kita (Ruh) semasa hidup bersama jasad, kita ditabirkan dan dilupakan kisah silam (semasa alam ruh Untuk menjadi fitnah dan ujian Allah) 

Sebab itulah dia menjadi gelabah, susah dan menyesal.... semasa di alam kubur pun dia (diri kita yg sebenar yakni ruh) memohon untuk kembali ke dunia (hidup semula) untuk memperbetulkan amalan semula..... 

Padahal kalau dia (ruh kita / diri kita yg sebenar) pulang semula ke dunia, kita masih lupa masa lalu, bahkan masa di alam kubur pun kita akan lupa.....

Khazinatul Asrar Hidayah ' Sunnah Suami Letak Tangan Di Ubun Isteri Dan Berdoa '

Ayob Hussin
Khazinatul Asrar Hidayah 

' Sunnah Suami Letak Tangan Di Ubun Isteri Dan Berdoa ' 

AMALAN Sunnah Nabi S.A.W yang jarang dipraktikkan oleh pasangan yang baru berkahwin pada hari ini ialah di mana Suami MELETAKKAN tangan di ubun kepala isteri sambil membaca doa : 

"Ya Allah, aku memohon kepada-Mu kebaikannya dan kebaikan 
segala yang Engkau ciptakan pada dirinya. Dan aku berlindung 
kepada-Mu daripada keburukannya dan segala keburukan yang Engkau ciptakan pada dirinya." ( Riwayat Abu Daud ) AMALAN Sunnah Nabi S.A.W yang jarang dipraktikkan oleh pasangan yang baru berkahwin pada hari ini ialah di mana Suami MELETAKKAN tangan di ubun kepala isteri sambil membaca doa : 

 "Ya Allah, aku memohon kepada-Mu kebaikannya dan kebaikan segala yang Engkau ciptakan pada dirinya. Dan aku berlindung kepada-Mu daripada keburukannya dan segala keburukan yang Engkau ciptakan pada dirinya." ( Riwayat Abu Daud )

Doa Perlindungan Buat Anak Anak Kita..................

Baca Pagi & Petang (lepas subuh dan lepas asar)

Sah: Tan Sri Khalid Cabar Azmin Ali Dalam Pemilihan PKR

Nampaknya keretakan dalam PKR semakin meluas apabila Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan malam ini akan mencabar Azmin Ali bagi jawatan Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan pucuk pimpinan parti itu.  

Bagaimanapun, katanya, kempen untuk jawatan tersebut akan bermula selepas pilihan raya kecil DUN Kajang.

Katanya, ia kerana beliau tidak mahu dilihat mengutamakan diri daripada parti.

"Sebab perjuangan parti kita ialah perjuangan bersama," katanya ketika berucap di 'Majlis Kasih Bertaut" di kediaman rasminya di Shah Alam malam ini.

Pengumuman Khalid itu mendapat tepukan gemuruh dari kira-kira 250 yang hadir.

Antara pimpinan yang hadir ialah Senator Syed Shahrir Syed Mohamud, Pakar Perlembagaan Prof Dr Abd Aziz Bari, bekas pengerusi PKR Perak Mustaffa Kamil Ayub, calon ketua AMK Nazree Yunos, ahli jawatankuasa pusat Dr Mohd Rafie Abdul Malik dan Timbalan Ketua AMK, Khairul Anwar Zainuddin.

Khalid turut berkata beliau telah mendapat restu untuk bertanding dari pimpinan tertinggi PKR.

"Saya dah cakap dengan pimpinan parti dan mereka tiada halangan saya bertanding," katanya ketika ditemui wartawan selepas itu.

Pemilihan kepimpinan PKR itu akan bermula pada 4 April hingga 11 Mei depan.

Setiausaha politik menteri besar, Azman Abidin ketika dihubungi petang tadi mengenai perrkara itu berkata: "Ya, betul. MB akan tawarkan diri bertanding jawatan timbalan presiden."

Jemputan rasmi ke majlis malam ini tidak menyebut apa-apa mengenai Khalid akan mengumumkan hasratnya untuk bertanding.

Bagaimanapun, terdapat satu "jemputan tidak rasmi" yang beredar di kalangan pemimpin parti, yang menyatakan menteri besar akan mengumumkan beliau sedia merebut jawatan nombor dua parti itu.

Ia merupakan rahsia terbuka bahawa Khalid dan Azmin, yang
dianggap sebagai 'anak emas' Datuk Seri Anwar Ibrahim, sentiasa bertelagah.

Azmin tidak dapat dihubungi, tetapi seorang pembantunya memaklumkan bahawa MP Gombak itu tidak ada sebarang komen.

Ditanya sama ada Azmin akan mempertahankan
jawatannya, pembantunya itu berkata: "Kami akan umumkan kemudian." 

Pahang Daily Online

Kes Kajang..24 jam kata Anwar Gila Kuasa..Yang Ini Apa cCerita.. Senyap Sunyi Cai UMNO Keparat..

Kes kajang..24 jam kata anwar gila kuasa..yang ini apa cerita..
senyap sunyi cai umno keparat..

HARI2 TERAKHIR SEORANG KM MENTERI YANG AKAN DI KENANG DAN DIINGATI OLEH RAKYAT SARAWAK....

HARI2 TERAKHIR SEORANG KM MENTERI YANG AKAN DI KENANG DAN DIINGATI OLEH RAKYAT SARAWAK....

Hukum hudud kejam,ketinggalan zaman & primitif... Kata-kata yang mengkafirkan diri seorang muslim...bukan munafik...bukan fasik...tapi KAFIR!!!

Hukum hudud kejam,ketinggalan zaman & primitif...

Kata-kata yang mengkafirkan diri seorang muslim...bukan munafik...bukan fasik...tapi KAFIR!!!

#UstazRock

Sapa yang kaya..??? bangsawan UMNOputra hasil dari dasar UMNO....

Sapa yang kaya..??? bangsawan UMNOputra hasil dari dasar UMNO....Melayu hanya perlu untuk meraih undi saja....

Rupanya Fathul Bari Tidak Tahu Membuat "PERBANDINGAN KUASA PUSAT DENGAN KUASA NEGERI"

@ustazfathulbari Tutup Rumah Urut Dulu Sebelum Tutup Giat MarA...
Alangkah baiknya jika ulamak muda ini jujur untuk menegor , kenapa tidak disyorkan penutupan rumah urut itu kepada kerajaan pusat..KDN , Imigresen dan majlis tempatan semuanya dibawah kuasa  BN..janganlah membuat perbandingan bodoh dan memalukan diri...

http://youtu.be/Gy5tyUOpvFY

@ustazfathulbari Tutup Rumah Urut Dulu Sebelum Tutup Giat MarA...

Alangkah baiknya jika ulamak muda ini jujur untuk menegor , kenapa tidak disyorkan penutupan rumah urut itu kepada Kerajaan Pusat..KDN , Imigresen dan Majlis Tempatan semuanya dibawah kuasa BN..janganlah membuat perbandingan bodoh dan memalukan diri...

WANG SAMAN PATUT DIBELANJA SELESAI MASAALAH AIR. Kata YB Rafizi Ramli

Roslin Ahmad
WANG SAMAN PATUT DIBELANJA SELESAI MASAALAH AIR.
"Cuma Syabas dan Puncak Niaga sanggup membazirkan wang membayar peguam menyaman wakil rakyat seperti saya (Rafizi), sedangkan wang itu lebih baik digunakan untuk menukar sistem penapisan di loji-lojinya supaya kegagalan yang memyebabkan penutupan dua loji dibatu 11 Cheras dan Bukit Tampoi dapat dielakkan di masa akan datang"

"Cuma Syabas dan Puncak Niaga sanggup membazirkan wang membayar peguam menyaman wakil rakyat seperti saya (Rafizi), sedangkan wang itu lebih baik digunakan untuk menukar sistem penapisan di loji-lojinya supaya kegagalan yang memyebabkan penutupan dua loji dibatu 11 Cheras dan Bukit Tampoi dapat dielakkan di masa akan datang."