Followers

Friday, February 28, 2014

Cekapnya SPR ni buat kerja, memang ada ciri-ciri si 'anjing BN' sungguh laa...

Photo: Cekapnya SPR ni buat kerja, memang ada ciri-ciri si 'anjing BN' sungguh laa...

 
Kalau betul telahan aku ni memang tak salah kut aku kata aksi terbaru SPR yang cukup 'cekap' ni memang macam aksi si 'anjing Umno' atau dalam konteks Sarawak lebih tepat sebagai si 'anjing BN'.

mStar melaporkan:

    Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada 6 Mac bagi membincangkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian, Sarawak yang akan dikosongkan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Jumaat.

    Mesyuarat yang dijadual bermula 10 pagi itu akan dipengerusikan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di ibu pejabat SPR, Putrajaya.

    Ia akan diikuti dengan sidang akhbar selepas itu, kata Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh dalam kenyataan di sini, Khamis. - mStar.  
 
Hangpa nampak dah betapa 'anjing'nya aksi SPR kali ni. Taib Mahmud belum pun letak jawatan lagi tapi SPR dah sibuk tetap tarikh nak mesyuarat pasai PRK Balingan tu.

Biasanya kalau wakil Rakyat mati sekali pun SPR akan tunggu sampai Speaker DUN keluarkan surat pemakluman rasmi bagitau pasai kekosongan kerusi baru SPR pilih tarikh untuk mesyuarat.

Kalau tengok kes Kajang lagi CELAKA, nampak sangat SPR buat loi ja. Adun Kajang letak jawatan pada 27 Januari, lebih seminggu baru SPR buat mesyuarat pada 5 Februari, selepas 9 hari selepas tu.

Penamaan calon pulak ditetapkan pada 11 Mac dan hari mengundi pada 23 Mac, 55 hari selepas Adun Kajang meletak jawatan. memang la tak salah pasai kalau ikut peraturan PRK boleh dibuat dalam tempoh 60 hari tapi biasanya SPR tak pernah tunggu sampai lama tu.

Aku cukup yakin untuk PRK Balingan pulak SPR takkan ambil masa yang panjang macam PRK Kajang, malah aku dok rasa SPR akan pilih tarikh yang sama dengan tarikh PRK Kajang, hari penamaan calon pada 11 Mac dan hari pengundian pada 23 Mac, cuma 22 hari selepas Taib Mahmud letak jawatan.

Malah aku rasa Taib Mahmud saja pilih masa sekarang untuk letak jawatan pasai nak 'tumpang' tarikh PRKi yang sama dengan PRK Kajang supaya jentera PKR dan Pakatan Rakyat dari semenanjung tak dapat nak tumpu untuk kempen PRK di Balingan.

Kalau betul telahan aku ni memang tak salah kut aku kata aksi terbaru SPR yang cukup 'cekap' ni memang macam aksi si 'anjing Umno' atau dalam konteks Sarawak lebih tepat sebagai si 'anjing BN' pasai Umno sampai sekarang masih gagal nak 'menjajah' Sarawak.

Sumber: Cekapnya SPR ni buat kerja, memang ada ciri-ciri si 'anjing BN' sungguh laa... | Cenangau Daunkari http://cenangau.blogspot.com.

Kalau betul telahan aku ni memang tak salah kut aku kata aksi terbaru SPR yang cukup 'cekap' ni memang macam aksi si 'anjing Umno' atau dalam konteks Sarawak lebih tepat sebagai si 'anjing BN'.

mStar melaporkan:

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada 6 Mac bagi membincangkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian, Sarawak yang akan dikosongkan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Jumaat.

Mesyuarat yang dijadual bermula 10 pagi itu akan dipengerusikan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di ibu pejabat SPR, Putrajaya.

Ia akan diikuti dengan sidang akhbar selepas itu, kata Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh dalam kenyataan di sini, Khamis. - mStar.

Hangpa nampak dah betapa 'anjing'nya aksi SPR kali ni. Taib Mahmud belum pun letak jawatan lagi tapi SPR dah sibuk tetap tarikh nak mesyuarat pasai PRK Balingan tu.

Biasanya kalau wakil Rakyat mati sekali pun SPR akan tunggu sampai Speaker DUN keluarkan surat pemakluman rasmi bagitau pasai kekosongan kerusi baru SPR pilih tarikh untuk mesyuarat.

Kalau tengok kes Kajang lagi CELAKA, nampak sangat SPR buat loi ja. Adun Kajang letak jawatan pada 27 Januari, lebih seminggu baru SPR buat mesyuarat pada 5 Februari, selepas 9 hari selepas tu.

Penamaan calon pulak ditetapkan pada 11 Mac dan hari mengundi pada 23 Mac, 55 hari selepas Adun Kajang meletak jawatan. memang la tak salah pasai kalau ikut peraturan PRK boleh dibuat dalam tempoh 60 hari tapi biasanya SPR tak pernah tunggu sampai lama tu.

Aku cukup yakin untuk PRK Balingan pulak SPR takkan ambil masa yang panjang macam PRK Kajang, malah aku dok rasa SPR akan pilih tarikh yang sama dengan tarikh PRK Kajang, hari penamaan calon pada 11 Mac dan hari pengundian pada 23 Mac, cuma 22 hari selepas Taib Mahmud letak jawatan.

Malah aku rasa Taib Mahmud saja pilih masa sekarang untuk letak jawatan pasai nak 'tumpang' tarikh PRKi yang sama dengan PRK Kajang supaya jentera PKR dan Pakatan Rakyat dari semenanjung tak dapat nak tumpu untuk kempen PRK di Balingan.

Kalau betul telahan aku ni memang tak salah kut aku kata aksi terbaru SPR yang cukup 'cekap' ni memang macam aksi si 'anjing Umno' atau dalam konteks Sarawak lebih tepat sebagai si 'anjing BN' pasai Umno sampai sekarang masih gagal nak 'menjajah' Sarawak.

Sumber: Cekapnya SPR ni buat kerja, memang ada ciri-ciri si 'anjing BN' sungguh laa... | Cenangau Daunkari http://cenangau.blogspot.com./

AWAS!!!! Taktik Penipuan Juruwang Di Kaunter Stesen Minyak - Pendedahan Pekerja Bangladesh

 

Salam, cuma nak kongsikan pengalaman saya mengisi minyak di stesen minyak Petronas Jalan Semambu, Kuantan. Pada jam 6.45 petang, saya berhajat mengisi minyak kereta di situ selepas selesai servis kereta untuk balik kampung. (servis kereta RM500 terbang. ..)

Selepas parking di pam, saya pergilah buat pembayaran kat cashier. Pada masa itu ada dua orang cashier perempuan. Seorang berkulit cerah dan seorang lagi berkulit agak gelap sedikit. Saya nak isi minyak RM60, jadi saya hulurlah sekeping RM50 dan sekeping RM10 pada cashier yang berkulit gelap sedikit tersebut.

Kemudian, datang seorang pekerja Bangladesh pakai kopiah tolong pam minyak kat kereta saya. Sambil tunggu minyak siap di pam, saya duduk tepi kereta tengok meter pam itu naik dan tiba-tiba berhenti di jumlah RM50. Saya hairan, terus tanya pekerja Bangladesh itu kenapa RM50 je.

Lelaki Bangladesh itu tanya, "abang bagi kat cashier yang mana?". Terus saya tunjuklah cashier perempuan yang berkulit gelap sikit itu tadi.

"Owh, itu perempuan tara guna punya melayu. Suka curi duit orang. Orang bagi RM30, dia tekan RM20 dan lagi RM10 dia sapu kalau driver tak perasan.

"Hari-hari banyak kali jadi ini macam abang. Ada customer perasan salah nombor macam abang, terus bagitau. Kalau jenis yang tak perasan, duduk dalam kereta, siap pam dan terus pergi, duit itu masuk dia punya poketlah.

"Saya pun islam, tapi saya tak suka makan duit orang. 1 sen pun itu duit orang tapi ini perempuan melayu la, kata islam tapi selalu makan duit orang.

Terkedu.. saya terus bertanya, "tak ada orang report ke kat bos you ke?"

Jawabnya, "bos ada di lagi 1 stesen pam. Sini jarang-jarang bos datang. Susah orang mau report. Ramai yang marah-marah, tetapi lepas dia masuk semula yang tak cukup itu, driver tu diam saja"
'Selepas mendengar cerita lelaki itu, saya terus pergi ke cashier semula dan memaklumkan pada dia pam minyak tak cukup RM10 .

Perempuan itu dengan selambanya, "Sorry silap tekan".

Jika melihat pada gaya dan lenggok dia bercakap, saya perasan yang dia pada awal sememangnya tahu yang saya bagi RM60. Tetapi dia masih nak cilok duit saya RM10 kalau saya tak perasan.

"Dah lama buat kerja HARAM macam ni? Bentak ku..

"Sorry bang, saya silap tekan tadi." - jawabnya.

Mujurlah saya perasan, kalau tak, confirm perempuan tu dah curi duit saya. Entah berapa ramai yang telah menjadi mangsa pekerja yang tidak bertanggungjawab ini.

"Nasib baik saya perasan, berapa ramai yang dah jadi mangsa kau?

Aku gertak untuk laporkan kejadian ini pada pihak berkuasa namun terbantut bilamana dia mula meminta maaf.

"Bukan minta maaf kat saya, awak patut minta maaf pada orang yang dah jadi mangsa awak."

Dia terus senyap dan saya terus blah sebab nak mengejar masa, nak ambil anak lagi di rumah pengasuh.

Nasib baiklah saya ni jenis yang duduk tepi kereta tengok meter pam setiap kali isi minyak. Kalau jenis yang suka duduk dalam kereta, sukalah perempuan tu curi duit orang. Entah berapa ramai yang dah jadi mangsa dia.

Jadi, untuk peringatan kepada para pembaca di laman ini, hati-hati bila isi minyak tak kira di mana-mana stesen minyak sekali pun. Pencuri boleh ada di mana-mana. 
 
 

TETIBA HARI NII TERINGAT TAIB MAHMUD wkaaaaakaaa~~~!!!

Wow! 'Kalau mahu lobi, saya terus jumpa MB' - Zaid

 
PETALING JAYA - Calon Bebas PRK Dun Kajang, Datuk Zaid Ibrahim hari ini menyangkal dakwaan bahawa beliau mengamalkan salah guna kuasa seperti mana yang didakwa oleh Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, semalam.

"Hari ini sukacita saya maklumkan bahawa kedua-dua syarikat ini tidak ada kena mengena dengan saya atau keluarga saya.

"Malah mereka bukan juga kawan saya. Mereka ini adalah orang bisnes yang datang meminta pertolongan kerana mereka fikir saya boleh menolong," ujarnya dalam satu sidang media di kediamannya, di sini, hari ini.

Bekas menteri undang-undang itu merujuk kepada dakwaan Pengarah Strategi PKR itu bahawa beliau pernah meminta bantuan Rafizi untuk menyalurkan beberapa projek kepada individu berkaitan dengannya.

"Amalan orang bisness meminta pertolongan atau sokongan daripada ahli politik adalah amalan biasa dalam sistem kita dan diamalkan oleh Umno, Pas, DAP dan lebih-lebih lagi PKR," ujar Zaid.

Malah menurut Zaid, jika beliau ingin melobi projek bagi pihak rakan-rakan atau ahli keluarganya, beliau tidak perlu merujuk kepada Rafizi yang disifatkan sebagai "budak Anwar yang tiada jawatan".

"Bagi saya mungkin Rafizi berfikir dia seorang yang bersih, tetapi dia lupa fakta di mana kalangan pengawai tertinggi dalam pejabat Menteri Besar (ahli PKR) sendiri yang terbabit sehingga tersingkir daripada jawatan.

"Jika saya memajukan dua e-mel kepada Rafizi, ia bukan bererti saya melobi. Ketika itu Rafizi hanya budak Anwar yang tiada jawatan. 

Jika saya hendak melobi untuk kepentingan saya, saya boleh terus berjumpa dengan MB atau Exco, bukan dengan budak pejabat," tegas Zaid.

Ulasnya lagi, beliau tidak menganggap perbuatannya itu menjejaskan kredibilitinya sebagai seorang ahli politik.

"Sebagai orang politik, bagi saya, meminta pertimbangan kerajaan bagi pihak orang ramai atau ahli perniagaan yang tidak saya kenali, tidak menjejaskan integriti saya. 

Saya hanya meminta pertimbangan, bukan memaksa kerajaan mengikut kehendak saya. Adakah itu pun Rafizi tidak tahu membezakannya?

"Oleh itu suka saya tegaskan bahawa saya langsung tidak terlibat dan mempunyai apa-apa kepentingan di dalam kedua-dua kes itu," katanya.

Semalam Rafizi mendakwa Zaid semasa dalam PKR telah menghantar e-mel dan mendatanginya, yang ketika itu sebagai Ketua Eksekutif Penasihat Ekonomi Selangor, supaya campur tangan dalam projek membabitkan Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB).

Sehubungan itu, Rafizi menggesa Zaid untuk mencermin dirinya dahulu sebelum menghentam parti lain berkaitan isu integriti.-Sinar harian

Rafizi dedah emel lobi projek Zaid masih terbawa-bawa perangai Umno...


PETALING JAYA 26 FEB: Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa bekas Menteri Kehakiman, Datuk Zaid Ibrahim pernah mencuba mempengaruhi keputusan Kerajaan Selangor berhubung beberapa projek diusahakan rakan atau pihak bersabit Zaid sendiri.

Bagaimanapun Rafizi ketika itu bertugas sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor berkata, cubaan untuk melobi itu tidak dilayan selepas Rafizi mengadakan perbincangan dengan Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar.
 

ABU JAHAL MODEN PUNYA FATWA BEB! kah...kah..kah...kah


Undi calon PKR, DS anwar ibrahim dalam PRK dun kajang adalah haram bagi umat islam. Tapi halal undi MCA ?

Semasa MCA secara jelas mahu menghalang selangor menjadi negeri islamik, tiada pula pesatuan atau NGO pondok bersuara.

Apabila kena pada lawan politik umno, cepat pula keluarkan fatwa. Ini lah abu jahal moden. Abu jahal pun dulu hebat juga. 
 
Berserban juga, orang mengaji, dia pun mengaji, orang hadiri kuliah, dia juga hadiri kuliah. Tidak hairan jika abu jahal melayu abad ke 21 ini lebih hebat dari abu jahal arab.

Kah..kah..kah..kah

Apabila pemimpin umno mempersenda hukum hudud, tidak pula bersuara. Apabila video lakonan memperlekeh undang2 Islam, senyap sunyi. 
 
Kamu ingat rakyat malaysia nak dengar fatwa kamu itu? Siapa kamu? Apa sumbangan kamu pada pejuangan islam di Malaysia?

Tidak kira ulama mana pun, bahkam ulama saudi pun, apabila sokong umno, sah abu jahal moden...kah..kah..kah..kah

Orang arab pun banyak yang jadi penipu, inikan pula orang melayu... hidup mati asyik menipu.. sebab itu umno ditubuhkan oleh british. Sebab untuk menipu bukan untuk apa pun..


CUBA BACA DIBAWAH :

"UNTUK MENIPU NO ONE" -UMNO-

Fakta tu.. kah...kah..kah..kah

Lagi berita politik, terkini, terbaru, ternow, Like pages >>> https://www.facebook.com/pages/Jeneral-Yakuza-Ogawa

Kenyataan Terbaru Tun Mahathir, Ulama'-Ulama' Umno Tolong Beri Pencerahan


Itu antara Kenyataan TERBARU dari Tun Mahathir Muhammad MANTAN Ulul Amri Umno merangkap Pemimpin yang pernah dianggap seperti Khalifah Alaf  Baru oleh Spesis Umno, gua tak nak Ulama'-Ulama' dalam Parti Pas yang dikatakan ULAMA TEROMPAH KAYU untuk memberi PENCERAHAN. 
 
Biar Ulama'-Ulama' Umno memberi Pencerahan dengan SOALAN dari Tun Mahathir tersebut.

Cuma yang gua PELIK BIN AJAIB ialah kenapa Soalan tersebut DITANYA setelah hampir 90 Tahun beliau Hidup di atas Dunia ini, atau kalau nak BERBUDI BAHASA lagi kenapa Soalan tersebut ditanya hanya selepas beliau yang boleh dikatakan HAMPIR NAK MAMPOS kalau mengikut Umur Manusia sekarang, kenapa tidak dari dulu  semasa Umur Muda beliau Soalan tersebut tidak ditanyakan.

Kenapa Tidak Soalan tersebut ditanya semasa beliau menjadi Perdana Menteri selama 22 Tahun KENAPA..? 
 
Kalau nak lagi CANTIK sepatut nya Soalan tersebut keluar dari MULUT LONGKANG beliau sewaktu ISU Kassim Ahmad Anti Hadis POPULAR di Tahun-Tahun 80an sewaktu menjadi Perdana Menteri. 
 
Apakah semasa itu beliau tidak mahu MENAMPAKKAN WAJAH Syaitan Yang Dikenali beliau beb.

Yang mana sebenarnya beliau dan Kassim Ahmad Anti adalah SATU WAJAH, SATU JIWA dan SATU PEMIKIRAN.
 
 
Sebab itu bila SEMINAR berkenaan Kassim Ahmad yang diadakan baru-baru ini di Putrajaya beliau tanpa SEGAN SILU sanggup untuk MERASMIKAN seminar tersebut serta mengeluarkan Kenyataan yang menggambarkan bahawa Kassim Anti Hadis berada dipihak yang Benar.

Kalau mengikut dari tulisan beliau yang gua baca ada banyak Persoalan yang dilontarkan oleh beliau, pada gua segala persoalan tersebut tidak jauh persoalan yang DITIMBULKAN oleh Kassim Ahmad Anti Hadis. 
 
Dalam hampir semua Persoalan yang beliau LONTARKAN rasanya Persoalan yang gua WAR-WARKAN diatas adalah IBU segala Persoalan didalam Tulisan beliau tersebut.

Untuk itu gua minta Ulama'-Ulama' yang ada didalam Umno And The Gang menjawap Persoalan tersebut, jangan lu orang yang BERSTATUS Ulama' tak kira ULAMA" TUA mahu pun ULAMA MUDA mengalihkan Persoalan yang DIAJUKAN oleh Tun Mahathir tersebut dengan SPIN 360 Darjah dari Persoalan POKOK. 
 
Lu orang kena JAWAP beb apa yang di soal oleh Tun Mahathir ok. 


hemmmmm..... kalau soalan tersebut keluar dari mulut longkang kassim ahmad anti biasa nya ulama' muda mahu pun tua akan cepat-cepat cakap yang kassim adalah sesat... walaupun sebenarnya hanya berlakon saja beb... kah kah kah... A B U.


Sibuknya Kak Mah Demi Rakyat... Masih Jugak Orang Kutuk...Kahkahkah...

Photo: sibuknya kak mah demi rakyat...
masih jugak orang kutuk...kahkahkah...

"Demi rakyat, tiada masa lagi untuk hobi'
Kesibukan berkhidmat untuk rakyat membuatkan isteri perdana menteri Rosmah Mansor tidak lagi mempunyai masa untuk melayan hobinya sendiri.

Perkara itu diluahkannya ketika berucap dalam sebuah majlis perasmian Hari Kraf Kebangsaan 2014 di Kompleks Kraf di Kuala Lumpur hari ini.

"Semua telah diambil (rakyat) dari saya termasuk masa saya, hobi saya.

"Saya sampai tiada masa untuk bermain badminton sekarang.
Saya hanya luangkan masa untuk rakyat," katanya.

"Demi rakyat, tiada masa lagi untuk hobi'

Kesibukan berkhidmat untuk rakyat membuatkan isteri perdana menteri Rosmah Mansor tidak lagi mempunyai masa untuk melayan hobinya sendiri.

Perkara itu diluahkannya ketika berucap dalam sebuah majlis perasmian Hari Kraf Kebangsaan 2014 di Kompleks Kraf di Kuala Lumpur hari ini.

"Semua telah diambil (rakyat) dari saya termasuk masa saya, hobi saya.

"Saya sampai tiada masa untuk bermain badminton sekarang.

Saya hanya luangkan masa untuk rakyat," katanya.

Surat Dr Mahathir Semasa Tunku Lemah Menghadapi Kebiadapan Orang-Orang Cina.




 
 
 
 
KENAPA ORANG CINA PERLU TOLAK BEE END DI PRK KAJANG INI RAHSIA BESAR...
 
MAHATHIR MEMANG RASIS SEJAK LAHIR heheee..MADDEY KUTTEY ADA DUA SUDU KETURUNAN DARAH PAKISTAN.???....CUBA BACA SURAT INI...

 

Batu 6, Titi Gajah,
Alor Star,
17 hb. Jun 1969

Y.T.M. Tunku,

Patek berasa dukachita kerana tujuan patek membuat kenyataan kepada akhbar telah di-salah faham oleh Y.T.M. Tunku. 
 
Sa-benar-nya tujuan patek sama-lah juga dengan tujuan Tunku, ia-itu untok menyelamatkan negara ini daripada bahaya yang menganchamkan-nya. 
 
Pendapat-pendapat Tunku berasaskan kepada cherita-cherita yang di-bawa kepada telinga Tunku oleh orang-orang yang mengelilingi Tunku yang chuma suka mencherita kepada Tunku perkara2 yang mereka fikir Tunku suka atau patut dengar sahaja. 
 
Benarkan-lah patek bercherita berkenaan dengan keadaan, fikiran dan pendapat2 rakyat yang sa-benar-nya supaya Tunku dapat faham tujuan patek membuat kenyataan yang di-tegor itu.

Tunku biasa cherita kepada patek sendiri ia-itu Tunku mengelakkan rusohan dengan menahan hukum bunoh yang di-jatohkan kepada 11 orang subversif China. 
 
Sabenar-nya tindakan Tunku ini-lah yang mengakibatkan rusohan dan kematian yang berpuloh kali banyak yang terjadi semenjak 13 Mei.

Tunku selalu "bertolak-ansor," ia-itu memberi kepada orang2 China apa yang mereka tuntut. 
 
Punchak tolak-ansur ini ia-lah pembatalan hukum bunoh tadi. Pembatalan ini menimbulkan kemarahan yang besar oleh orang2 Melayu. 
 
Orang2 China pula menganggap Tunku dan Kerajaan Perikatan sebagai pengechut dan lemah dan boleh di-tolak ke-sana ke-mari. 
 
Sebab itu orang2 China tidak takut lagi menolak Perikatan dan orang2 Melayu pula tidak ingin kepada Perikatan. 
 
Sebab itu orang2 China dan India membuat kurang ajar pada 12 Mei kepada orang Melayu.

Kalau Tunku biasa di-ludah di-muka, di-maki dan di-tunjok kemaluan, boleh-lah Tunku faham perasaan orang Melayu. 
 
Orang2 Melayu yang Tunku fikir tidak memberontak telah-pun menjadi gila dan mengamok sehingga mengorbankan nyawa mereka dan membunoh orang yang mereka benchi kerana Tunku terlangsong bagi muka. 
 
Tanggong-jawab tentang mati-nya orang2 ini, Islam dan kafir, terpaksa di-letak di-atas bahu pemimpin yang salah pendapat. 
 
Patek mohon ma’af tetapi patek ingin sampaikan perasaan orang-orang Melayu kepada Y.T.M. Tunku. 
 
Sabenar-nya, orang2 Melayu sekarang, baik PAS baik Umno, betul2 benchi pada Tunku, terutama orang2 yang di-hina-kan oleh orang China dan yang kehilangan rumah-tangga, anak-pinak, saudara-mara kerana tolak ansur Tunku. 
 
Mereka kata Tunku chuma ingin di-kenal-kan sebagai "The Happy Prime Minister" walau-pun ra’ayat menderita. 
 
Mereka tahu bahawa dalam keadaan dharurat-pun Tunku ashek bermain poker dengan kawan2 China Tunku. 
 
Budak2 polis mencherita yang Tunku mengguna-kan kenderaan dan eskot Polis untuk menchari kaki poker. 
 
Sa-balek-nya pula orang2 China tidak ada sedikit-pun hormat kepada Tunku. Mereka berkata Tunku "naïve" dan tidak ada kaliber. 
 
Ada lagi yang mereka kata yang tak dapat patek sebut-kan. 
 
Kata2 itu datang dari semua golongan orang China, dari intelek sa-hinggga China becha.

Pada masa lewat2 ini lagi satu kesan burok telah timbul. Orang2 Melayu dalam Civil Servis, dari Perm. Sec. ka-bawah, pegawai2 tentera dan polis Melayu tidak ada lagi kepercayaan dan respect kepada Tunku. 
 
Patek tahu kebanyakan mereka sokong PAS dalam undi pos. 
 
Pegawai Melayu dari Polis, tentera dan askar biasa maseh patoh kepada kerajaan oleh kerana arahan sekarang sesuai dengan kehendak mereka sendiri. 
 
Kalau Tunku membuat apa2 yang tidak di-ingini oleh mereka, patek perchaya mereka tidak akan menurut kata Tunku. 
 
Patek tahu Tunku takut kominis mengambil kesempatan kalau timbul kekachauan dalam negeri. Patek lebih takut kalau kerajaan mula "lose control over the armed forces".

Sa-kali ini terjadi, keadaan tidak akan puleh semula. Sampai bila-pun kerajaan civil mesti tundok kepada tentera. 
 
Tunku biasa jadi "Happy Prime Minister" tetapi orang yang akan turut ganti tak akan merasai "happiness" apa2. 
 
Patek harap Y.T.M. Tunku jangan-lah menipu diri dengan berkata "satu hari mereka akan bershukor dengan perbuatan saya". 
 
Ta’akan yang sa-orang itu selalu betul dan yang banyak selalu salah. Patek ingin sampaikan kepada Tunku fikiran ra’ayat yang sa-benar, ia-itu masa telah lampau untuk Tunku bersara dari menjadi perdana menteri dan Ketua Umno. 
 
Patek faham betul2 kuasa yang ada pada Tunku dan patek masih ingat nasib Aziz Ishak. 
 
Tapi patek tak akan jadi sa-orang yang bertanggong-jawab kalau patek tidak terangkan apa yang patek sebut-kan. 
 
Kalau di-penjara sa-kali-pun patek terpaksa kata apa yang patek telah kata-kan. 
 
Patek di-beritahu ia-itu Tunku berkata patek Pakistani. 
 
Patek tidak perchaya kata2 orang kerana patek tahu Y.T.M. Tunku tidak akan berkata begitu. 
 
Patek-lah yang selalu mempertahan-kan Tunku apabila orang2 PAS kata yang Tunku anak Siam yang ta’ berhak memimpin orang Melayu. 
 
Jadi Tunku juga akan mempertahan-kan patek walau-pun maseh ada dua sudu darah Pakistani dalam tubuh badan patek. 
 
Patek sa-kali lagi mengulangkan ia-itu kenyataan yang patek buat itu ia-lah menchegah kejadian yang akan menambah perasaan benchi orang2 Melayu terhadap kerajaan dan menggalak-kan orang2 China menjatohkan lagi maruah orang2 Melayu.

Rusohan yang lebeh besar akan berlaku jika ini di-biarkan. Tentera sendiri tidak akan dapat di-kawal. Dan lagi kalau T.H. Tan dan dewan orang China boleh membuat kenyataan, kenapa ketua2 Umno tidak boleh?
 
Patek menulis surat ini dengan hati yang ikhlas dan harapan bahawa Y.T.M. Tunku akan bacha surat ini dengan sa-penoh-nya sendiri. 
 
Patek berdo’a ke-hadhrat Allah subhanahuwataala supaya di-buka hati Tunku untok menerima kenyataan yang sa-benar ini walau-pun pahit dan pedas.

Patek Yang Ikhlas,

(Dr. Mahather bin Muhammad)

~AK

Thursday, February 27, 2014

Pentadbiran Najib diserang Daim dan Mahathir

 

Daim Zainuddin yang dilihat sebagai regu kepada Dr Mahathir Mohamad dan juga menjadi “jubir”, jurubicara untuk menghodohkan Najib Razak dan kerajaannya, tidak mudah diam. 

Daim terus bercakap tanpa melihat suasana dan memilih “cerlak” (masa dan ketika) untuk bercakap. Seperti sudah tidak ada simpati dan sokongan lagi daripada Daim kepada Najib sebagai perdana menteri.

Terbaru, Daim terus mengkritik Najib dengan mengulangi pandangan dan kesimpulan buruk ke atas kepimpinan Najib seperti dibuat beberapa kali sebelum ini. Dalam temuramah dengan sebuah saluran berita video, Daim mengusik dan mengkritik Najib mengenai beberapa perkara.

Beliau memberi pandangan bahawa Najib seorang pemimpin yang tidak tegas dan rapuh. Seorang perdana menteri yang lambat dan lembab. 

Menurutnya, penguatkuasaan untuk mengawal apa-apa keadaan yang timbul sekarang ini boleh diambil kerana undang-undang yang ada sudah mencukupi.

Tetapi kerana kerapuhan dan ketidaktegasan Najib, maka apa yang tidak sepatut berlaku, berlaku. Contohnya mengenai pergolakan kaum dan meletusnya isu agama, seperti kalimah Allah dan Kristianisasi.

Daim juga mempersoalkan Najib jangan sahaja mempertahankan mandat yang bersambungan turun temurun itu, tetapi kena memperkasakan kepimpinannya. 



Tidak ada guna ada kuasa tetapi kepimpinan lemah. Daim juga menyatakan kepimpin kerajana kini lemah kerana ia dipimpin oleh seorang yang lemah, tidak berani dan tidak tegas.

Selain itu, Daim mempersoalkan anggota Kabinet Najib yang tidak dilantik daripada kalangan mereka berpandangan jauh dan arif memahami sejarah Malaysia. Apa maksudnya itu? Ertinya mereka yang dipilih menganggotai Kabinet cetek pengetahuan, tidak berilmu dan tidak mempunyai semangat, patriotisme. Disebabkan keadaan itu maka pentadbiran menjadi huru-hara.

Ini memberi gambaran Najib dalam menyusun Kabinet, pakai tangkap muat sahaja. Ia juga menunjukkan mereka yang cerdik tidak diambil atau pun diberi kesempatan kerana Najib bimbang ia akan memakan dirinya.

Contohnya seperti Tengku Razaleigh Hamzah. Najib membiarkan sahaja seorang tokoh ekonomi berpengalaman daripada menyertai Kabinetnya. Atau pun Daim sediri yang berasa dirinya juara ekonomi negara ini.



Gara-gara anggota Kabinet yang sebegitulah menyebabkan kerajaan pimpinan Najib hari ini lemah dan tidak dapat mengatasi pelbagai masalah yang timbul.

Daim juga mengkritik pilihan raya Kajang di mana baginya tidak perlu kerana membazirkan wang. Pilihan raya itu hanya memberi publisiti kepada Anwar sahaja, katanya. 


Bagi Daim, Anwar bukan mudah untuk ditundukkan walaupun rakyat tidak memilih Pakatan Rakyat (PR) di dalam pilihan raya lalu, namun populariti Anwar masih hidup.

Daim tidak percaya dengan cara dan strategi Najib, dia dapat menewaskan Anwar.

Kalau dilihat keseluruhan aspek yang dikritik Daim itu, ia melihatkan pengurusan dan pentadbiran Najib menjadi mangsa. Ini berbeza dengan kritikan “bapa mertuanya”, Mahathir yang mengkritik atau menyerang kepimpinan bekas perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini, yang dibuat dari segi politik.

Mahathir memberi tekanan politik kepada Abdullah dengan keluar Umno dan menimbulkan masalah dan mengaitkan peranan menantunya, Khairy Jamaluddin dan juga peranan budak-budak di Tingkatan 4 yang mempengaruhi pentadbiran Abdullah.

Tampaknya untuk berdepan dengan Najib, Mahathir yang menggunakan Daim atau mereka bersekongkol tidak mengambil pendekatan politik, tetapi mereka menyerang pentadbiran Najib. Di bongkar dan disebutkan satu persatu aspek-aspek kelemahan dalam pentadbiran Najib.

Apapun cara dan kaedahnya, tindakan dan agenda Daim dan Mahathir sama sahaja iaitu untuk menjatuhkan Najib. Di sebalik itu tentulah ada orang yang hendak diangkat menjadi perdana menteri baru bagi menggantikan Najib. 

Siapakah tokoh itu yang sedang dipandang untuk menjadi penganti perdana menteri? – msomelayu.blogspot.com