Followers

Thursday, June 13, 2013

Kesan Ajinomoto Pada Kesihatan

JOM SHARE KAT KAWAN2 KTE :)

Kesan Ajinomoto Pada Kesihatan

Di bawah ni beberapa kesan MSG pada kesihatan;

Boleh menyebabkan tumor (ketumbuhan) pada paru-paru, usus kecil, usus besar, bawah kulit, perut dan otak. Ini adalah hasil kajian di Jepun pada 25 Oktober 1983 ke atas 84 ekor tikus. Kesannya dilihat selepas 16 bulan.
Boleh menyebabkan rasa kebas di tengkuk, lengan, belakang, lemah denyutan jantung setiap 15 - 20 minit. 

Ini fakta kes Chinese Restaurant Syndrome yang berlaku di US.
Boleh menyebabkan asma kronik. Ini adalah fakta kes berlaku di Sydney. Membantutkan kebolehan otak bayi dan kanak-kanak untuk menerima pelajaran. Ia menyerang secara halus.

Fakta di atas dari sebuah blog yang menulis artikel "Bahaya Ajinomoto" kesannya Pada Buah Pinggang

Dan saya rasa, mungkin inilah antara punca ramai orang umur 20-an dah kena sakit buah pinggang! Penat buah pinggang kita untuk filter racun yang kita makan hari-hari. Ajinomoto, pengawet, perasa, pewarna, itu semua adalah racun dalam makanan. Sumber racun paling famous dikalangan budak-budak asrama, kolej dan universiti ialah mee maggie! Ianya MUDAH, CEPAT, JIMAT dan SEDAP! Dan pakejnya ialah sakit buah pinggang! Nauzubillah...

Visit us here: https://www.facebook.com/pages/Branded-Handbags-Active-PAGE/409070762466057?ref=hl
HANDBAG COLLECTIONS 
Di bawah ni beberapa kesan MSG pada kesihatan;

Boleh menyebabkan tumor (ketumbuhan) pada paru-paru, usus kecil, usus besar, bawah kulit, perut dan otak. Ini adalah hasil kajian di Jepun pada 25 Oktober 1983 ke atas 84 ekor tikus. 

Kesannya dilihat selepas 16 bulan.

Boleh menyebabkan rasa kebas di tengkuk, lengan, belakang, lemah denyutan jantung setiap 15 - 20 minit. 


Ini fakta kes Chinese Restaurant Syndrome yang berlaku di US.

Boleh menyebabkan asma kronik. Ini adalah fakta kes berlaku di Sydney. Membantutkan kebolehan otak bayi dan kanak-kanak untuk menerima pelajaran. Ia menyerang secara halus.


Fakta di atas dari sebuah blog yang menulis artikel "Bahaya Ajinomoto" kesannya Pada Buah Pinggang

Dan saya rasa, mungkin inilah antara punca ramai orang umur 20-an dah kena sakit buah pinggang! 

Penat buah pinggang kita untuk filter racun yang kita makan hari-hari. Ajinomoto, pengawet, perasa, pewarna, itu semua adalah racun dalam makanan. 

Sumber racun paling famous dikalangan budak-budak asrama, kolej dan universiti ialah mee maggie! Ianya MUDAH, CEPAT, JIMAT dan SEDAP! 

Dan pakejnya ialah sakit buah pinggang! Nauzubillah...

Visit us here: https://www.facebook.com/pages/Branded-Handbags-Active-PAGE/409070762466057?ref=hl

VIDEO - Prof Agus : SPR Gagal Laksana Tugas - BULETIN 13


Pengkhianat Melayu....

Pengkhianat Melayu....

Agak2 korang la kenapa lori hantu trsbut d tahan polis trffik..??

Mahkamah Tinggi Miri : KeAdilan Baram membuat Petition PRU13.

Zulhaidah Suboh 
Mahkamah Tinggi Miri : KeAdilan Baram membuat Petition PRU13. Antara yg hadir mantan Calon sdr. Roland Engan,Kt. Cbg. Harrison,YB Baru Bian,YB SCH,YB Ali Biju,YB D.Teo.,YB Alan brsama ahli serta penyokong PRM
Antara yg hadir mantan Calon sdr. Roland Engan,Kt. Cbg. Harrison,YB Baru Bian,YB SCH,YB Ali Biju,YB D.Teo.,YB Alan brsama ahli serta penyokong PRM

Dakwat kekal: Rakyat ditipu hidup-hidup - Pejuang Tegar (PAKATAN RAKYAT)

Dakwat kekal: Rakyat ditipu hidup-hidup

KANGAR: Rakyat terus bangun untuk melawan penipuan di dalam pilihan raya umum ke 13 (PRU13)  yang lalu terutamanya selepas bertahun-tahun menuntut sistem pilihan raya yang bersih kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut beliau, dengan adanya Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) yang membuat lapan tuntutan termasuk dakwat kekal tetapi penipuan terus berlaku.

Berucap pada program Himpuan Black 505 peringkat negeri Perlis malam semalam, beliau berkata pada PRU13 yang lalu, semua rakyat yang turun mengundi telah ditipu oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Yang kita marah betul kali ini bukan apa, sejak beberapa tahun ini terutamanya sejak sejak tahun 2008 dengan adanya Bersih, seluruh kempen kita adalah tertumpu kepada sistem pilihan raya yang bersih. Setelah kempen-kempen yang kita buat, mereka masih tipu.

"Saudara tahu betapa susahnya kita nak dapat dakwat kekal? Dengan lapan tuntutan Bersih, berapa kali kita berhimpun dengan ratusan ribu yang turun ke Kuala Lumpur, kemudian jawatankuasa parlimen berbahas selama beberapa bulan, bertengkar dalam parlimen dan akhirnya Najib kata setuju dan SPR pun kata setuju dengan dakwat kekal. Tapi kekal atau tidak?

"Dia tipu siapa? Dia tipu rakyat. Bolehkan kita begitu bodoh untuk ditipu, di mana maruah kita? Kalau tak selesai pilihan raya ini, penipuan ini tak diperbetulkan dan SPR tidak letak jawatan, percayalah bahawa tidak akan ada pilihan raya yang bersih selepas ini.
KANGAR: Rakyat terus bangun untuk melawan penipuan di dalam pilihan raya umum ke 13 (PRU13) yang lalu terutamanya selepas bertahun-tahun menuntut sistem pilihan raya yang bersih kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut beliau, dengan adanya Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) yang membuat lapan tuntutan termasuk dakwat kekal tetapi penipuan terus berlaku.

Berucap pada program Himpuan Black 505 peringkat negeri Perlis malam semalam, beliau berkata pada PRU13 yang lalu, semua rakyat yang turun mengundi telah ditipu oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Yang kita marah betul kali ini bukan apa, sejak beberapa tahun ini terutamanya sejak sejak tahun 2008 dengan adanya Bersih, seluruh kempen kita adalah tertumpu kepada sistem pilihan raya yang bersih. Setelah kempen-kempen yang kita buat, mereka masih tipu.

"Saudara tahu betapa susahnya kita nak dapat dakwat kekal? 

Dengan lapan tuntutan Bersih, berapa kali kita berhimpun dengan ratusan ribu yang turun ke Kuala Lumpur, kemudian jawatankuasa parlimen berbahas selama beberapa bulan, bertengkar dalam parlimen dan akhirnya Najib kata setuju dan SPR pun kata setuju dengan dakwat kekal. Tapi kekal atau tidak?

"Dia tipu siapa? Dia tipu rakyat. Bolehkan kita begitu bodoh untuk ditipu, di mana maruah kita? 

Kalau tak selesai pilihan raya ini, penipuan ini tak diperbetulkan dan SPR tidak letak jawatan, percayalah bahawa tidak akan ada pilihan raya yang bersih selepas ini.

SEMAKIN SUSUTNYA NILAI RM50 - 5 TAHUN LAGI HANYA UNTUK BELANJA ANAK PERGI SEKOLAH

WANG bukan la segalanya Tapi sekarang segalanya PERLU kan WANG !!
Supreme Biz Consultant (SBC)
WANG bukan la segalanya Tapi sekarang segalanya PERLU kan WANG !!

Bersama DYMM Tuanku Sultan Selangor menziarahi Makam Diraja Kota Melawati, Kuala Selangor.


YAB TSKL, Dato MB, dapat melapangkan masa turun ke Taman Permata Dengkil untuk melihat keadaan penduduk merana akibat keretakan tempat tinggal mereka iaitu flats yang dibina oleh BN.
Abdul Khalid Ibrahim's photo.
Abdul Khalid Ibrahim's photo.
Abdul Khalid Ibrahim's photo.

VIDEO - SADARLAH KALIAN MUSLIM, SAKSIKANLAH KENYATAAN INI... HARI KEMARIN, KINI DAN NANTI.



SAKSIKANLAH SAUDARA MUSLIMKU DAN INSTROPEKSILAH

PLEASE CHECK THIS OUT AND MUSLIM PLEASE SHARE

"TIDAK BERIMAN SALAH SEORANG DIANTARA KAMU HINGGA DIA MENCINTAI SAUDARANYA SEBAGAIMANA DIA MENCINTAI DIRINYA." (HR.Bukhori dan Muslim)

Wednesday, June 12, 2013

Rahsia Masjid Nabi Yang Di Sembunyikan - ismanusa

 
Tanda-tanda rahsia yang disembunyikan

Amat malang umat Islam hari ini apabila tidak lagi mengambil berat walaupun masjid yang amat dikasihi oleh Nabi s.a.w itu sendiri, iaitu Masjid an-Nabawi. Mereka tidak mahu mencungkil pengajaran yang terdapat di masjid nabi itu sendiri. 
 
Apakah umat Islam lalai atau ia sengaja di sembunyikan oleh pihak-pihak tertentu?

Umat Islam kini lebih mengambil tahu apakah Rahsia Da Vinci Code daripada mengambil pengajaran yang telah terpahat di tempat-temapt suci Islam terutama di Mekah dan Madinah. 
 
Da Vinci Code adalah cerita dongeng kisah Nabi Isa a.s yang direka oleh yahudi bagi memesongkan manusia tetapi segala tulisan yang terdapat disekeliling masjid an-Nabawi dan juga Masjidil Haram adalah bertujuan untuk memberi pengajaran kepada umat Islam. 
 
Tetapi kenapakah tiada usaha untuk memeliharanya, seperti di Masjid an-Nabawi sendiri banyak tulisan-tulisan itu sengaja di cat supaya tidak kelihatan dan banyak pula telah ditutup samasekali supaya tidak kelihatan, apakah rahsianya?

Janganlah ditanya tentang ayat-ayat yang terdapat di Masjidil Haram Mekah, semuanya telah hancur menjadi debu. 
 
Mereka menganggap pembangunan yang tersergam indahlah yang menawan berbanding ayat-ayat peringatan dan puisi-puisi yang memuji dan mengagungkan Allah yang dilahirkan dengan penuh tawadhuk oleh alim ulamak terdahulu dan diabadikan bagi penghayatan umat Islam yang kemudian. 
 
Itulah harapan oleh ulamak yang mulia yang hampir dengan zaman nabi terhadap umat Islam akhir zaman, tetapi sayangnya semua itu tidak dihargai oleh kita umat Islam.
 
 
Tidak seperti peninggalan Nabi s.a.w di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram, peninggalan kaum Thamud di Madain Saleh mendapat penjagaan rapi oleh pihak berkuasa Saudi (http://saudi-archaeology.com)
 
Tulisan piramid dipelihara dengan rapi tapi peninggalan Nabi s.a.w diabaikan

Umat Islam lebih mengkagumi Piramid dan berusaha memelihara sebaik mungkin tulisan-tulisan yang dibuat oleh Firaun kerana kononnya untuk mencari rahsia Piramid, padahal tulisan-tulisan tersebut hanyalah memuja Firaun yang di anggap tuhan oleh mereka seperti telah di terangkan dalam banyak ayat quran. Amat hairan kenapa langkah yang sedemikian tidak diambil terhadap segala peninggalan Rasulullah bukan setakat tempat tinggal Rasulullah tetapi tempat baginda bertahajjud dalam masjid nabi pun disembunyikan.
 
 
Tulisan didinding timur makam dihapuskan - dalam petak merah
 
 
Tulisan didinding sebelah dinding barat juga dihapuskan
 
Tulisan khat asal telah ditutup dengan bingkai besi
 
Tulisan asal sebelum diletakkan bingkai berada dibelakang tirai
 
 
Kotak bertanda hijau dalam gambar diatas merupakan tempat yang paling disukai oleh baginda Nabi s.a.w mengerjakan solat tahajjud. Tetapi pihak berkuasa Saudi telah menutupnya Mehrab Tahajjud ini dengan rak-rak buku. Timbul persoalan apakah tujuan menyembunyikan tempat yang mempunyai nilai yang tinggi untuk umat Islam dalam menghayati perjalanan hidup Rasulullah s.a.w.
 
Mehrab Tahajjud ditutupi dengan rak buku

http://www.islamiclandmarks.com
Inilah Mehrab Tahajjud yang asal sebelum ditutup 
oleh pihak berkuasa Saudi

VIDEO - Ucapan Mat Sabu di Perlis Black 505






HOT ! ZAHID ' KANTOI ' KATA RAFIZI , 2 VIDEO SEBAGAI BUKTI Zahid 'kantoi', kata Rafizi

 



 PKR hari ini mendedahkan video yang menunjukkan Ahli Parlimen Bagan Datok, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dalam sidang media di Ibu Pejabat parti itu di sini.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata daripada video itu, dua petisyen difailkan secara berasingan untuk mengisytiharkan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) bagi  kerusi itu sebagai tidak sah.
Petisyen berasingan itu difailkan di Mahkamah Tinggi Malaya di Ipoh pagi tadi oleh bekas calon parlimen Bagan Datok, Madhi Hasan dan pengundi, Azmi Sulaiman.
Hadir sama Mahdi dan peguam bela , Edmund Bon Tai Soon.
Mereka turut menyiarkan tiga video yang berkaitan  Zahid Hamidi melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Dalam video terbabit, pada 19 April menunjukkan bukti bahawa responden secara tidak langsung melalui seseorang, S.Ramalingam memberikan wang tunai RM100 dan lima kampit beras satu kilogram (KG) dengan logo cetakan Barisan Nasional kepada 1,000 orang yang hadir di Dewan Sanmarka, Hutan Melintang.
Manakala dua video lain Zahid mengakui melantik dan mengambil 24,000 orang jentera dengan bayaran wang tunai dan pemberian beras.

Rafizi mendakwa bagi kesalahan-kesalahan itu, responden (Zahid) dikatakan menyalahi undang-undang di bawah Seksyen 21 (1), Seksyen 21 (2) Bahagian IV atas pengambilan kerja dan Seksyen 10 (a) bahagian III serta Seksyen 32 (c) atas kesalahan menyogok dan rasuah.
” Video yang ditunjukkan itu jelas membuktikan bahawa responden melanggar kesalahan pilihan raya.
“Zahid merasakan beliau pandai kononnya mengatakan memberikan duit kepada jentera, walhal undi yang beliau dapat hanya 17,000, maknanya 7,000 undi lagi menunjukkan jenteranya tidak mengundi beliau,” sindir Rafizi.
Rafizi menambah bukti-bukti itu sebenarnya menunjukkan bahawa Zahid membelanjakan lebih RM2 juta untuk memberi ‘gula-gula’ itu.
“Setakat hari ini, PKR memfailkan 19 petisyen, kita akan berkongsi maklumat berkenaan petisyen dari masa ke semasa. Bukti-bukti ini akan dibawa ke mahkamah,” katanya.
Dalam PRU 13 lalu, Zahid memenangi kerusi parlimen itu dengan undian sebanyak 17,176 sekaligus  menewaskan Madhi dengan majoriti 2,108.
Difahamkan petisyen itu akan juga akan dihantar kepada Zahid pada masa yang akan ditentukan kelak.
 
Kedahkini.

GST PUNYA CERITA: RAKYAT DULUKAN... PENDAPATAN DIBAHAGI SESAMA SAYA...

Ketua Pembangkang - Umno Mula Meroyan

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak harus diberikan peluang untuk mengetuai pembangkang di negara ini kerana telah menunjukkan sikap biadap terhadap Parlimen apabila "memulaukan" Majlis Taklimat ahli Dewan Rakyat, semalam.


Ahli Parlimen Papar, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menegaskan, jawatan ketua pembangkang harus diisi oleh individu yang bertanggungjawab, bukannya seperti Anwar.

"Saya mencadangkan supaya pembangkang memberikan tanggungjawab sebagai ketua pembangkang kepada ahli Parlimen Bakri, yang saya lihat beliau lebih bertanggungjawab daripada rakan-rakan beliau yang tidak hadir pada hari ini (semalam)," katanya kepada Sinar Harian Online.

Teck Hwa semalam satu-satunya ahli Parlimen pembangkang yang hadir pada sesi taklimat selama lebih dua jam itu kerana merasakan ia majlis yang penting kepada dirinya.

Beberapa jam selepas memberi kenyataan itu, beliau meminta maaf kepada partinya kerana hadir ke majlis berkenaan kerana tidak meneliti mesej mahupun arahan supaya semua ahli Parlimen pembangkang memulaukan majlis berkenaan.

Tindakan Teck Hwa hadir ke majlis tersebut menerima pujian banyak pihak.

Dalam pada itu, Anwar turut dilaporkan mahu ahli Parlimen pembangkang memboikot upacara angkat sumpah yang akan diadakan pada 24 Jun ini.

Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata, ia sebagai simbolik terhadap bantahan keputusan PRU13 yang didakwa berlaku penipuan dan penyelewengan, sekali gus menyumbang kepada kemenangan mudah BN.

"Politik adalah perkara persepsi dan persepsi yang meluas bahawa PRU13 telah dicemari oleh penipuan dan beri peluang kepada kita memikirkan pilihan sama ada untuk memboikot sesi pembukaan," kata Anwar lapor Malaysiakini.

Tindakan Anwar tidak menghantar sebarang soalan untuk jawapan menteri juga dilihat sebagai tanda-tanda awal boikot itu.

Laporan Sinar Harian hari ini memetik Pas dan DAP yang memutuskan tidak akan memboikot upacara angkat sumpah itu.

PKR bagaimanapun masih berbincang mengenai perkara itu.

Sementara itu, Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya turut melahirkan kekecewaanya apabila pemimpin pembangkang sanggup mempermainkan dan merendah rendahkan kemuliaan Parlimen yang berperanan membentuk Perlembagaan negara.

"Mereka perlu melihat perundangan yang menjurus kepada ketidakhadiran atau sikap mereka untuk mengambil pendekatan boikot majlis mengangkat sumpah bukan sahaja satu penghinaan institusi Parlimen tetapi juga satu perbuatan yang melanggar perlembagaan.

"...ini adalah satu signal kepada rakyat Malaysia betapa mereka ini tidak harus diberikan kepercayaan untuk menjadi barisan pembangkang yang efektif kerana semua perkara perlu harus mereka politikkan sehinggalah tugas dan tanggungjawab mereka sebagai ahli Parlimen yang telah dipilih rakyat yang diwakili tidak dapat dilunaskan dengan baik," tegasnya.


 

VIDEO - Ucapan Mat Sabu Di Blackout 505 Di Sg. Petani, Kedah.



Ketibaan Anwar Ibrahim ke Sg Petani Black 505 


Watch out for 22nd, 23rd and 24th key dates - Johari Abdul 

 

 

 

Ali Rustam Ada Bukti Bergambar...... Posted by Addin Deen

 
AYER KEROH - BN Melaka memfailkan dua petisyen pilihan raya bagi membantah keputusan PRU13 membabitkan kerusi Parlimen Bukit Katil dan Dun Bukit Baru.

Petisyen berkenaan difailkan Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam di mahkamah tinggi di sini menerusi Rosfinah Rahmat dari Tetuan Rosfinah & Co serta Adli Ithnin dari Adli & Co kira-kira jam 3 petang semalam.

Sementara itu, Mohd Ali, ketika dihubungi Sinar Harian, mengesahkan telah memfailkan dua petisyen pilihan raya bagi membantah keputusan PRU13 membabitkan dua kerusi berkenaan.

Menurutnya, petisyen itu dibuat selepas ada individu daripada PR didakwa berkempen sehingga ke depan pintu bilik mengundi.

Selain itu, katanya, pihak terbabit juga didakwa telah mengambil barang yang tertinggal di dalam beg peti undi yang dibawa pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ketika dalam perjalanan.

“Kita ada gambar sebagai membuktikan tindakan ini. Mengikut undang-undang beg peti undi tidak dibenarkan dibuka ketika pegawai SPR sedang membawanya,” katanya.

Pada PRU13 lepas, Mohd Ali, yang juga bekas Ketua Menteri, tewas di Parlimen Bukit Katil kepada Pengerusi PKR Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin, yang mendapat majoriti 5,477 undi.


Di Dun Bukit Baru pula, Karim Yaacob, yang juga Ketua Pemuda Umno Melaka, tewas kepada Dr Md Khalid Kassim dari Pas, yang mendapat majoriti 48 undi. ~sinar harian

Addin :

Ezam ada kotak, kini Ali ada gambar pulak..

Najib Mahu Singkir "5 Jahanam" Bilik Perang Yang Kalah PRU

 
 
Atas dari kiri: Datuk Latt Shariman Abdullah, Datuk Shahlan Ismail, Datuk Mohd Shafei Abdullah. Bawah dari kiri: Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh dan Datuk Mohamed Suffian Awang

Kesemua pembantu politik kepada Datuk Seri Najib Razak akan digugurkan daripada jawatan masing-masing kerana dikatakan meletakkan kepentingan diri melebihi perdana menteri dalam langkah dilihat untuk menyingkirkan tunggul-tunggul tidak berguna dari pejabat beliau menjelang pemilihan Umno tahun ini, kata sumber-sumber dari Barisan Nasional (BN) kepada The Malaysian Insider.

Dipilih untuk bertanding dalam pilihan raya 5 Mei, Datuk Latt Shariman Abdullah, Datuk Shahlan Ismail, Datuk Mohd Shafei Abdullah, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh dan Datuk Mohamed Suffian Awang telah diserang oleh penulis-penulis blog Umno dan pengkritik pro-kerajaan kerana kekalahan memalukan mereka dalam pilihan raya umum ke 13.

Kelima-lima dilihat oleh ahli strategi “bilik perang” Najib mempunyai peluang terbaik untuk menang membantu gabungan pemerintah itu mendapatkan semula majoriti tradisi dua pertiga di Parlimen yang mereka hilang semasa Pilihan Raya 2008.

Akan tetapi penulis-penulis blog Umno telah mengecam Najib (gambar) kerana membenarkan pembantu-pembantunya untuk bertanding, berhujah kelima-lima lelaki itu mempunyai sedikit sokongan akar umbi di kawasan pilihan raya mereka.

BN menang 133 kerusi daripada 222 anggota Dewan Rakyat dan Umno, tunjang kepada gabungan itu mendapat 88 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya 2013 – meningkat sembilan kerusi berbanding 2008.

Akan tetapi sesetengah veteran parti telah menyalahkan prestasi kurang memberangsangkan parti itu dan BN kepada ahli strategi “bilik perang” Najib, dan memberikan petunjuk perdana menteri mungkin ditunjukkan pintu keluar jika tidak menyingkirkan ahli strateginya kerana nasihat buruk.

Dua pegawai khas Najib, Shahlan dan Latt Shariman,
dikalahkan oleh calon PAS di Kedah, walaupun BN berjaya merampas semula negeri jelapang padi itu dari Pakatan Rakyat (PR).

Shahlan kalah dengan 3,935 undi kepada Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar di kerusi Parlimen Pokok Sena manakala Latt Shariman dikalahkan oleh Mohd Nasir Mustafa dengan 1,044 undi di kerusi Dewan Undangan Rakyat (DUN) Kubang Rotan.

Mohd Shafei yang merupakan setiausaha politik Najib di Kementerian Kewangan, kalah kepada Datuk Dr. Tan Kee Kwong dari PKR dengan 5,511 undi di kerusi Parlimen Kuala Lumpur, lebih besar dari kekalahan 2008.

Mohamad Fatmi dan Mohamed Suffian
 masing-masing kalah di kerusi Parlimen Kota Baru dan Kuantan.

Penyingkiran mereka yang kalah, adalah petanda pertama Najib serius menyingkirkan penasihatnya, ramai telah dipersalahkan kerana salah baca akar umbi menjelang pilihan raya paling sengit itu.

Bilik perang BN ditugaskan untuk memilih calon dan memberikan beberapa nasihat tentang strategi untuk menang pilihan raya.

Diantara ahli bilik perang BN termasuklah ahli Parlimen Rompin Datuk Seri Jamaluddin Jarjis, Pengerusi Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Datuk Seri Alies Anor Abdul, Pengarah Petronas Omar Mustapha Ong, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan dan bekas menteri Datuk Seri Idris Jusoh sebagai sebahagian daripada ahlinya.

Bilik perang meramalkan BN akan menang diantara 145 hingga 150 kerusi Parlimen dan akan merampas kembali Selangor dalam Pilihan Raya 2013 walaupun sesetengah pemimpin kanan BN meragui angka itu.

Pada tengah hari mengundi, bilik perang mengeluarkan “senarai putih” 118 kerusi dijamin menang akan tetapi sesetengahnya seperti Pasir Mas, Shah Alam dan Lembah Pantai kalah, dimana sebahagian ketua bahagian Umno mengatakan terdapat jurang diantara kepimpinan dengan akar umbi.

Perdana menteri keenam turut diberi tekanan dari Umno untuk menjauhkan dirinya daripada perancang bilik perang seperti Alies Anor, Omar dan Jamaluddin, kata sumber dalaman parti kepada The Malaysian Insider.

Beberapa ahli Parlimen BN dari Malaysia Timur yang tidak berpuas hati bertemu ahli Parlimen veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah dua hari lalu bagi membincangkan kedudukan mereka kerana tidak mendapat apa-apa selepas kemenangan pertempuran sengit dalam Pilihan Raya 2013 menegaskan mahu memberikan tekanan kepada Najib selepas beliau memenangi mandat pertama peribadi dengan kerusi kurang daripada pendahulunya Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Penganalisis dan pemerhati politik telah mengatakan kepimpinan Najib dalam Umno mungkin akan dicabar dalam pemilihan akhir tahun ini, yang boleh menggugat kedudukannya untuk mempimpin gabungan 13 parti itu sekaligus kehilangan jawatan. -TMI 

Betoi ka Mukhriz dok sibuk renovate pejabat?


"Jahanam pulak dah duit rakyat!"
"Awat aaa?"
 
"Tu orang tua tu dok renovate pejabat pulak dah"
"Takpa laah, MB baru pejabat pun kena barulah"
 
"Cuihh, Ustaz Azizan dulu lima tahun tak pernah peduli pun pasai nak renovate pejabat, dia pakai apa yang ada, tu pun kerja merelit elok.."
 
"Ustaz Azizan anak orang bendang, yang ni bekas anak PM.."
 
Ha Ha Ha... pakat gelak riuh rendah.
 
Itu dailog yang aku dengaq kat kafe Wisma. Kepada siapa dialog itu dimaksudkan aku tak berapa jelas. Mungkin depa sapa nak buat fitnah kat MB Kedah yang dok ada la ni.

Jadi untuk mencari jawapan aku nak minta, pegawai MB bahagian jawab menjawab yang didatangkan khas dari Kola Lompo tolong jawab sat soalan ni: Betoi ka Mukhriz dok sibuk renovate pejabat guna duit rakyat?

Nangoi-nangoi dari Team Mabok Ketum tak payah jawablah, Mukhriz tak lantik pun hangpa jadi jurucakap dia pasai hangpa orang Kedah. Kihkihkih...


Prestasi macam hampeh.. Najib akan singkirkan kesemua Pembantu Politik nya?


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkemungkinan akan menggugurkan kesemua pembantu politiknya atas prestasi mereka yang kurang memberangsangkan.

Menurut laporan The Malaysian Insider hari ini, kesemua dari mereka digugurkan daripada jawatan masing-masing kerana dikatakan ‘meletakkan kepentingan diri melebihi Perdana Menteri’.

Memetik dari kenyataan dari ‘sumber’, portal itu melaporkan bahawa langkah tersebut dibuat menjelang pemilihan Umno tahun ini.

Sebelum ini, pembantu-pembantu politik PM itu telah mendapat kritikan dalam blog-blog pro Barisan Nasional (BN) kerana tewas dalam pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei lalu meskipun di negeri yang telah ditawan semula BN.

Antara yang disenaraikan sebagai pembantu politik yang bakal digugurkan termasuk Datuk Latt Shariman Abdullah, Datuk Shahlan Ismail, Datuk Mohd Shafei Abdullah, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh dan Datuk Mohamed Suffian Awang.

Menurut portal itu lagi, kelima-lima mereka dilihat sebagai strategis bilik perang pilihan raya Najib dan mempunyai peluang mengembalikan kemenangan majoriti dua pertiga kepada BN.

Terdahulu, Tun Daim Zainuddin, dalam satu wawancara akhbar berbahasa Cina, China Press, membidas penasihat-penasihat PM yang menjadi salah satu faktor BN kalah teruk di dalam PRU-13.

Tun Daim dalam kenyataan beliau telah mendesak Najib Razak memecat penasihat-penasihat tersebut. Katanya BN kalah dalam pilihan raya 5 Mei kerana kesilapan strategi digunakan oleh penasihat Perdana Menteri serta pergaduhan dalaman parti.

“Betul, anda perlu tanya BN. Tetapi pada pandangan saya, ia adalah strategi salah. Seperti yang saya katakan sebelum ini, ini adalah pilihan raya Parlimen dan bukannya pilihan raya presiden,” tambah bekas menteri itu ~ Astroawani.com

Mahathir pelopor hina Agong - Tamrin


KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan individu pelopor yang mengaibkan institusi beraja di negara ini, tegas Tamrin Tun Ghafar (gambar).

Anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghafar Baba itu mempersoalkan mengapa Mahathir yang suatu masa dahulu melakukan tindakan berupa penghinaan ke atas sultan tidak pula dikatakan menderhaka.

Beliau membangkitkan kisah Mahathir “membelasah” institusi beraja ekoran muncul semula isu Kerajaan Umno-BN yang galak mengaitkan kenyataan beberapa orang awam di laman sosial sebagai kononnya menderhaka kepada sultan atau Yang di-Pertuan Agong.


AL-Kisahnya....UngKapan Kata dr Bekas PM Kita..



 

Tak Kisah La Kan Dengan Ulasan yg diUngkapKan...

Betapa HebatnyaChe Det..HinggaKan PahLawan Barisan Keris Hanya Diam Tak Betah Langsung...


Mana Dia Para Mufti dr Parti Timbang KATI..yg Berwibawa untukTerjemahan Keramat ini..


Tiada Apa2 Tindakan Pun yg Berani DiKenakan..


Melayu Jarang MempersoalKan Hanya PaduKang Je yg MemPertiKaiKan...!!

[VIDEO]: Upacara Mencuci Kaabah Sempena Kedatangan Ramadan




Smelam berlangsung upacara membersihkan Kaabah sempena kehadiran bulan Ramadan tak berapa lama lagi.

Kaabah dicuci dengan campuran khas air zam-zam dan air mawar.

Upacara itu diketuai Gabenor Makkah, Putera Khaled A-Faisal dan imam Sheikh Abdul Rahman as Sudais dan penolongnya, Muhammad A-Khozaim.

Turut hadir beberapa diplomat asing dari beberapa buah negara Islam. -mynewshub 


Kelab Greenboc.

BN Memperbodohkan Rakyat Lagi ??

Suara Rakyatposted toKerajaan Rakyat
KANTOL LAGI !!! adeiii asyik kene tipu je. mana boleh jadi ni. ingat kami rakyat ni senang2 jer diperbodohkannya. sebab tu lah KERAjaan BN takut sgt dgn informasi dari internet & IT. kat mediamassa mana ada semua ni. semua maklumat boleh kita selongkar.. kikikihh~

Share gambar ni. Jangan TAK SHARE! Kantoikan mereka!!!!...
KANTOL LAGI !!! adeiii asyik kene tipu je. mana boleh jadi ni. ingat kami rakyat ni senang2 jer diperbodohkannya,  sebab tu lah KERAjaan BN takut sangat dengan informasi dari internet & IT. kat mediamassa mana ada semua ni. semua maklumat boleh kita selongkar.. kikikihh~
 

Turun Harga Kereta - Rakyat Kena Tipu.. Ini Penjelasan Dari Volkswagen

Soalnya sekarang macam mana tanah tersebut boleh di miliki oleh Tebrau Teguh ?

Isu tanah Kampung Senibong, MB Johor yang baru kata kerajaan negeri menerusi  Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) sedang mengumpul dana sebanyak RM23 juta bagi pengambilan balik tanah seluas 14 hektar daripada syarikat Tebrau Teguh Bhd untuk di serahkan semula kepada penduduk.

Soalnya sekarang macam mana tanah tersebut boleh di miliki oleh Tebrau Teguh ?
56 tahun UMNO tak boleh settle??  Kau pergi belajar dengan YAB Tan Sri Khalid kerajaan PR Selangor masuk penggal kedua rekod baik..  UMNO kalau suruh samun=no1...suruh settle=no corot..poodah umno!!
Pas Johor Bahru
Isu tanah Kampung Senibong, MB Johor yang baru kata kerajaan negeri menerusi Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) sedang mengumpul dana sebanyak RM23 juta bagi pengambilan balik tanah seluas 14 hektar daripada syarikat Tebrau Teguh Bhd untuk di serahkan semula kepada penduduk.

Berita Yang Tidak Mahu Di Dengari Oleh Najib Dan Rosmah..

Berita Yang Tidak Mahu Di Dengari Oleh Najib Dan Rosmah..

KUALA LUMPUR, 11 JUN: Permohonan perbicaraan salah bekas pegawai polis, Sirul Azhar Umar yang dijatuhi hukuman mati kerana membunuh Altantuya Shariibuu sekiranya diluluskan mahkamah, boleh membawa implikasi perbicaraan semula ke atas kes tersebut, sekali gus mengesan lebih banyak pihak yang terlibat dalam kes pembunuhan wanita Mongolia itu.

“Sirul dan Azilah boleh terlepas. Perbicaraan semula boleh dibuat untuk mendapat tahu siapa sebenarnya yang bersalah,” kata biro guaman KEADIILAN, Latheefa Koya kepada Keadilandaily.

Jelasnya, seseorang boleh bebas atas sebab salah tuduhan, dakwaan dibawah seksyen yang silap, atau hakim belum ‘swearing-in’ (mengangkat sumpah jawatan)

“Apa yang penting dalam kes ini terdapat pembunuhan dan kematian. Rakyat nak tahu siapa yang diadili,” kata Latheefa lagi. Semalam, Mahkamah Rayuan Putrajaya membenarkan permohonan perbicaraan silap oleh Sirul untuk mengisytiharkan perbicaraan salah dalam kesbeliau membunuh warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Dalam notis usulnya difail pada 3 Jun, Sirul Azhar memohon diisytihar sebagai perbicaraan salah oleh Mahkamah Tinggi kerana mendakwa terdedah kepada publisiti buruk secara meluas dan prejudis terhadap dirinya, dengan itu dinafikan perbicaraan yang adil.

Publisiti buruk diterimanya menimbulkan kebarangkalian bahawa hakim mahkamah tinggi bersikap berat sebelah dan dengan itu sabitannya boleh dipertikaikan.

Sirul mendakwa publisiti buruk itu menerusi tiga akuan bersumpah, iaitu dua oleh Balasubramaniam dan satu lagi oleh Raja Petra Kamarudin. ~keadilandaily

Sumber: http://networkedblogs.com/M401K
KUALA LUMPUR, 11 JUN: 

Permohonan perbicaraan salah bekas pegawai polis, Sirul Azhar Umar yang dijatuhi hukuman mati kerana membunuh Altantuya Shariibuu sekiranya diluluskan mahkamah, boleh membawa implikasi perbicaraan semula ke atas kes tersebut, sekali gus mengesan lebih banyak pihak yang terlibat dalam kes pembunuhan wanita Mongolia itu.


“Sirul dan Azilah boleh terlepas. Perbicaraan semula boleh dibuat untuk mendapat tahu siapa sebenarnya yang bersalah,” kata biro guaman KEADIILAN, Latheefa Koya kepada Keadilandaily.

Jelasnya, seseorang boleh bebas atas sebab salah tuduhan, dakwaan dibawah seksyen yang silap, atau hakim belum ‘swearing-in’ (mengangkat sumpah jawatan)

“Apa yang penting dalam kes ini terdapat pembunuhan dan kematian. Rakyat nak tahu siapa yang diadili,” kata Latheefa lagi. Semalam, Mahkamah Rayuan Putrajaya membenarkan permohonan perbicaraan silap oleh Sirul untuk mengisytiharkan perbicaraan salah dalam kesbeliau membunuh warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Dalam notis usulnya difail pada 3 Jun, Sirul Azhar memohon diisytihar sebagai perbicaraan salah oleh Mahkamah Tinggi kerana mendakwa terdedah kepada publisiti buruk secara meluas dan prejudis terhadap dirinya, dengan itu dinafikan perbicaraan yang adil.

Publisiti buruk diterimanya menimbulkan kebarangkalian bahawa hakim mahkamah tinggi bersikap berat sebelah dan dengan itu sabitannya boleh dipertikaikan.

Sirul mendakwa publisiti buruk itu menerusi tiga akuan bersumpah, iaitu dua oleh Balasubramaniam dan satu lagi oleh Raja Petra Kamarudin. 


~keadilandaily
Sumber: http://networkedblogs.com/M401K

DBKL Penipu.. Macam Cilaka..!

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) semalam menyatakan bahawa Padang Merbok akan digunakan untuk acara Larian Olimpik McDonalds anjuran Majlis Olimpik Malaysia, pada 23 Jun.

Oleh itu DBKL menolak permohonan Pakatan Rakyat untuk mengadakan perhimpunan Black505 di padang tersebut kerana kononnya MOM telah menempah tempat itu sejak tahun lalu lagi.

Saya telah membuat semakan seperti berikut untuk menentukan apakah acara yang akan dianjurkan oleh MOM seperti yang disebut oleh Dato’ Bandar Kuala Lumpur:


1. Menyemak kalendar acara MOM di laman rasmi MOM www.olympic.org.my seperti paparan skrin yang disertakan. Mengikut kalendar acara MOM, pada 23 Jun 2013 MOM akan menganjurkan Larian Olimpik McDonald (McDonald’s Olympic Run)



2. Menyemak laman Facebook MOM untuk mendapat maklumat lanjut mengenai Larian Olimpik McDonald ini. Didapati bahawa larian ini bukanlah berlangsung di Padang Merbok tetapi bermula dan berakhir di Dataran Merdeka (sila rujuk paparan skrin di bawah)



3. Untuk memastikan acara ini benar-benar diadakan di Dataran Merdeka dan bukannya Padang Merbok, saya menyemak pula laman Pacesetters Athletic Club Malaysia (PACM) yang turut sama akan terlibat di laman rasminya www.pacesetters.com.my (sila rujuk paparan skrin). Disahkan bahawa acara anjuran MOM ini akan diadakan di Dataran Merdeka, bukannya Padang Merbok.



4. Akhir sekali, saya menyemak sendiri laluan larian dari borang pendaftaran yang disertakan. Berdasarkan laluan larian seperti yang ditunjukan di paparan skrin, jelas bahawa larian tersebut tidak menggunakan Padang Merbok sebagai tapak dan ia bermula dan berakhir di Dataran Merdeka.


Saya kesal dengan tindakan DBKL yang tidak memberikan jawapan yang jelas mengenai kepenggunaan Padang Merbok pada 23 Jun 2013 semata-mata kerana terpaksa tunduk kepada tekanan politik Umno/Barisan Nasional.

Jelasnya, acara pada 23 Jun 2013 tidak melibatkan Padang Merbok dan bermula/berakhir di Dataran Merdeka – maka tidak ada alasan untuk tidak membenarkan himpunan aman #black505 berlangsung di Padang Merbok pada 22 Jun 2013.

Saya juga ingin menjawab alasan-alasan lain yang diberikan oleh Dato’ Bandar Kuala Lumpur terutamanya ekoran pendedahan bahawa acara pada 23 Jun 2013 anjuran MOM tidak menggunakan Padang Merbok:

1. Pendirian pimpinan Umno/Barisan Nasional bahawa perhimpunan aman hanya boleh diadakan di tempat tertutup seperti stadium adalah tidak masuk akal dan bertentangan dengan hak berhimpun secara aman di semua tempat-tempat awam mengikut peruntukan Akta Perhimpunan Aman. Jika pendirian pimpinan Umno/Barisan Nasional ini digunapakai, maka tidak ada apa-apa majlis atau acara yang boleh dibuat di tempat terbuka dan akta perlulah ditukar namanya menjadi “Akta Perhimpunan Aman Dalam Stadium Sahaja”

2. Alasan bahawa penggunaan stadium akan memudahkan penjaja juga tidak masuk akal kerana semua perhimpunan aman yang dibuat di tempat terbuka sebelum ini berjaya menempat penjaja dengan baik. Malah, penggunaan stadium menyempit ruang untuk penjaja berniaga

3. Alasan bahawa perhimpunan di Padang Merbok akan menjejaskan perhiasan sekitar kawasan sudah tentu tidak masuk akal kerana acara Larian Olimpik McDonald mengambil ruang yang lebih besar dan melalui semua kawasan-kawasan berhampiran Parlimen

4. Alasan bahawa perhimpunan akan menyebabkan kesesakan jalan raya tidak boleh dipakai kerana Larian Olimpik McDonald akan menyebabkan jalan-jalan ditutup di sekitar kawasan. Jika pihak berkuasa boleh menutup jalan untuk mempermudahkan larian itu, saya pasti pihak berkuasa juga boleh menutup jalan untuk perhimpunan aman #black505 pada 22 Jun 2013.

Saya dan rakan-rakan Pakatan Rakyat akan hadir berbincang dengan Dato’ Bandar Kuala Lumpur pada 14 Jun 2013 tetapi kami tidak akan berganjak dari keputusan mengadakannya di Padang Merbok pada 22 Jun 2013, apatah lagi apabila terbukti padang itu tidak digunakan pada hari Sabtu dan Ahad minggu itu.



RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi KEADILAN
Ahli Parlimen Pandan
11 JUN 2013



 

Tuesday, June 11, 2013

Bersama Datuk Lajim medaftarkan petition pilihraya dimahkamah mejestret KK..sebelah pagi sdra Isnin juga buat petition bagi DUN Klias..

Dulu Desak K'jaan PR Tutup... Sekarang Dah Ada Kuasa, TUTUPLAH!!!



Harap-harap Melayu tak mudah lupa bila Pengerusi UMNO Kedah Datuk Md Bashah Mat Hanipah buat sidang media khas membantah kewujudan pusat hiburan House Bar, Jalan Alor Mengkudu. UMNO mendesak supaya kerajaan PR Kedah menutup pusat hiburan tersebut.

Sekarang UMNO dah ada kuasa, so nak tunggu apa lagi pi tutuplah! Jangan dok bagi banyak alasan kerajaan UMNO Kedah hoiii.

Bagaimanapun rakyat Kedah bagi masa kepada UMNO Kedah untuk melaksanakan kerja penutupan semua pusat hiburan tu dalam masa 100 hari seperti yang mereka janjikan sewaktu kempen PRU lalu.
Kalau lepas 100 hari depa tak tutup jugak, maka kita turun buat demo depan Wisma Darul Aman. Kita ajak sekali Cot Salihiah, Sobri Sudin dan Mursyid Pekida... amacam, boleh? - Kedah La 
 
Chandra Lawan Tetap Lawan
June 11, 2013 
PETALING JAYA: PKR vice president N Surendran said today that the family of C Sugumar has given up on the crusade for a second autopsy but will continue to fight for justice.

“The family along with us lawyers had given the government a 48 hour ultimatum to allow a second autopsy. They have kept mum and refused it.

“The prime minister Najib Tun Razak and the health minister S Subramaniam have completely ignored the cries of a grieving family,” said the Padang Serai MP.

“The family has vowed not to give up in fighting for justice though. They want those responsible to be charged no matter who they are,” he added.

Sugumar, a 40 year old security guard was allegedly chased, handcuffed and beaten to death by police and members of the public.

Surendran said that although the second autopsy would have been useful, they are going to bank on the eyewitness’ statement and pressure those relevant to investigate.

“We will continue to pressure the government and the police to take action. They have still not investigated the case based on the eyewitness statements,” he said.

“We have three eyewitnesses altogether, all of which explained the whole scenario of the incident that took place. Yet, there has been no investigations,” he added.

According to Surendran, the family intends to perform prayers in front of the Kajang district police headquarters before the body is sent to the crematorium.

“The family is not satisfied, justice was never served till the very end. They want to show the authorities and the general public the amount of sufferings they had endured,” he said.

“The family will also make a final stand on their next cause of action after further discussion with the lawyers,”he added.

The funeral is to be held at the residence of Sugumar’s family in Taman Sri Nanding, Hulu Langat at 1pm tomorrow.June 11, 2013 
 
PETALING JAYA: PKR vice president N Surendran said today that the family of C Sugumar has given up on the crusade for a second autopsy but will continue to fight for justice.


“The family along with us lawyers had given the government a 48 hour ultimatum to allow a second autopsy. They have kept mum and refused it.

“The prime minister Najib Tun Razak and the health minister S Subramaniam have completely ignored the cries of a grieving family,” said the Padang Serai MP.

“The family has vowed not to give up in fighting for justice though. They want those responsible to be charged no matter who they are,” he added.

Sugumar, a 40 year old security guard was allegedly chased, handcuffed and beaten to death by police and members of the public.

Surendran said that although the second autopsy would have been useful, they are going to bank on the eyewitness’ statement and pressure those relevant to investigate.

“We will continue to pressure the government and the police to take action. They have still not investigated the case based on the eyewitness statements,” he said.

“We have three eyewitnesses altogether, all of which explained the whole scenario of the incident that took place. Yet, there has been no investigations,” he added.

According to Surendran, the family intends to perform prayers in front of the Kajang district police headquarters before the body is sent to the crematorium.

“The family is not satisfied, justice was never served till the very end. They want to show the authorities and the general public the amount of sufferings they had endured,” he said.

“The family will also make a final stand on their next cause of action after further discussion with the lawyers,”he added.

The funeral is to be held at the residence of Sugumar’s family in Taman Sri Nanding, Hulu Langat at 1pm tomorrow.