Followers

Tuesday, June 11, 2013

MB Johor Harapan Melayu Setinggan Negeri Johor ?

Angkatan Muda Keadilan Negeri JOHOR
Pegawai-pegawai MB Johor sibuk memuji langkah Khaled Nordin bertindak KONONNYA memberi amaran kepada Syarikat Hartanah di Johor agar jangan rakus dan tamak mengejar keuntungan. Persoalannya, apakah tindakan ini memberi kesan besar kepada dasar kerajaan Johor tentang prosedur pengambilan tanah? Bagaiamana dengan ratusan hektar tanah yang telah "diambil secara berhemah" dengan menggunakan "muka" KPRJ atau projek pembangunan? Kemudian dijual kepada pihak ketiga dan KPRJ membuat untung atas angin diatas kesengsaraan dan penderitaan peneroka bandar? Sedangkan mereka telah puluhan tahun memohon hakmilik. Kasihan orang2 Melayu yang duduk di sekitar Johor Bahru. Sokong BN bagai nak rak! Akhirnya dihalau keluar, tanah yang diteroka dirampas dan dihantar keceruk2 untuk tinggal dalam rumah PPR!!

Pegawai-pegawai MB Johor sibuk memuji langkah Khaled Nordin bertindak KONONNYA memberi amaran kepada Syarikat Hartanah di Johor agar jangan rakus dan tamak mengejar keuntungan. 

Persoalannya, apakah tindakan ini memberi kesan besar kepada dasar kerajaan Johor tentang prosedur pengambilan tanah? 

Bagaiamana dengan ratusan hektar tanah yang telah "diambil secara berhemah" dengan menggunakan "muka" KPRJ atau projek pembangunan? 

Kemudian dijual kepada pihak ketiga dan KPRJ membuat untung atas angin diatas kesengsaraan dan penderitaan peneroka bandar? Sedangkan mereka telah puluhan tahun memohon hakmilik. 

Kasihan orang2 Melayu yang duduk di sekitar Johor Bahru. Sokong BN bagai nak rak! 

Akhirnya dihalau keluar, tanah yang diteroka dirampas dan dihantar keceruk2 untuk tinggal dalam rumah PPR!!

Ceramah oleh Yb Sallehin Mukhyi Adun Sabak / Exco Agama Islam Selangor

Hamidun Ahmad
Ceramah oleh Yb Sallehin Mukhyi Adun Sabak / Exco Agama Islam Selangor 
16 Jun 2013 (Ahad) Selepas Maghrib. Mai ramai-ramai

 

YB Kit Siang & YB Tok Guru Pesuruhjaya PAS Kelantan

Multazam...Tempat paling dimakbulkan doa! - Ditulis oleh Mohar Yahya

 

Dengan izin Allah, berdoa dengan adab dan tingkahlaku yang tertib dan terjaga di hadapan Kaabah yang mulia, yakinlah bahawa doa pasti akan di makbulkan cepat atau lambat...

TERBAKAR!! Kita Tunggu Tsunami Ketiga Pulak?? [ Jom Terjah.... ]


Banyak media melaporkan keputusan PRU 13 menunjukkan tsunami kaum Cina. Ini kerana ramai orang Cina mengundi DAP. Saya berbeza pandangan dengan kenyataan di atas.
Yang jelas pada saya ialah PRU 13 merupakan gelombang kedua tsunami rakyat--dari bandar, semi bandar, desa, golongan muda, kelas menengah dan lain-lain yang bangkit untuk menuntut pembentukan sebuah kerajaan yang bersih, adil dan bertanggungjawab kepada semua rakyat.

Mereka bangkit kerana mahukan pendemokrasian diberikan ruang sewajarnya untuk mengambil tempat dalam negara kita.
Ringkasnya, keputusan PRU 13 menunjukkan tsunami rakyat Malaysia dan tiada kaitan dengan perkauman orang Cina atau sikap rasis DAP.

Sudah sampai masanya kita berhenti meniupkan api perkauman dalam politik kita.

Ramai bertanya sama ada saya puas hati atau tidak dengan keputusan PRU. Saya katakan saya kecewa kerana telahan awal saya bahawa BN akan tumbang dalam PRU ini meleset. Biarpun kalah, saya yakin kekalahan PR adalah kekalahan bermaruah yang mendokong semangat demokrasi.

Sahabat lain bertanya, apa yang perlu dilakukan jika tidak puas hati. Saya jawab setiap bantahan perlu dibuat mengikut saluran undang-undang. Maknanya ialah buat buat petisyen pilihan raya di Mahkamah Pilihan Raya dalam masa 21 hari dari tarikh keputusan digazet. Yakinlah jika PR di pihak yang benar, dalam kegelapan itu tetap ada harapan. Teruskan!

Sahabat juga bertanya apa pula yang saya puas dengan keputusan pilihan raya ini. Saya puas satu perkara: kita masih mempunyai pembangkang yang kuat. Moganya dengan cara ini mekanisme semak dan imbang dapat berjalan dengan baik untuk memastikan janji pilihan raya ditepati dan nasib rakyat terbela.

Sahabat yang lain pula bertanya, apa harapan saya dari pilihan raya ini? Saya berhasrat untuk melihat wujudnya sistem dua parti yang berdaftar, iaitu BN di satu pihak dan PR di satu pihak yang lain. Saya yakin sistem pakatan melalui sistem dua parti ini lebih sesuai dengan sistem politik permuafakatan yang kita amalkan selama ini. Harapnya selepas ini, Pendaftar Pertubuhan dapat meluluskan pendaftaran gabungan PR.

Saya katakan begini kerana sudah sampai masanya Malaysia perlu berubah ke arah satu politik baru yang lebih matang.

Sebagai penutup, dalam bahang pilihan raya yang masih hangat ini, saya inigin katakan satu perkara: sama ada kita penyokong BN atau PR, kita tetap rakyat MALAYSIA.

Anwar Ibrahim sedang memperlahankan zaman kejatuhannya !!

 
Anwar Ibrahim
Anwar sedang memperlahankan zaman kejatuhannya!

Mungkin ramai sahabat Kerajaan Rakyat dikalangan PKR, terutamanya penyokong dan peminat tegar Anwar Ibrahim tidak bersetuju, tetapi saya berpendapat karier politik Anwar Ibrahim memuncak ketika era Reformasi 1998, bukan sekarang!! Masakini Anwar Ibrahim sedang berusaha bersungguh memperlahankan zaman kejatuhannya !!
Mengukur berdasarkan bacaan politik semasa dan beberapa kesilapan besar partinya yang kerap dikesampingkan dan dianggap remeh oleh Anwar Ibrahim, Kerajaan Rakyat kira untuk Anwar Ibrahim bangkit semula amat samar apa tah lagi untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Kerajaan Rakyat adalah antara jutaan rakyat Malaysia yang mengharapkan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia agar dapat baginya mengangkat martabat rakyat marhean, tetapi saya juga adalah pemerhati politik yang tidak taksub, malah saya menilai irama politik politikus bersendikan alunan badai politik semasa.

Walau bagaimanapun Anwar Ibrahim akan tetap dikenang sebagai politikus dan pemidato politik terbaik negara disamping bekas pemimpin pelajar yang amat glamour di eranya.

Salaam Persaudaraan Islam,
Salam Perjuangan buat Saudaraku. Anwar Ibrahim.
Ikhlas dari: Mohd Sofi Yasssin, Kerajaan Rakyat.

Apa Dia?? Peti Undi Di Jumpai Di Belakang Hotel??.. Posted by Addin Deen

Pada pagi 10hb June 2013 seorang bekas guru besar Cornalius Gugkang terjumpa bag peti undi SPR di belakang Hotel Pedana Lawas Sarawak.
Selepas beberapa minit bag peti undi hilang dari tempat tersebut. Encik Cornalius telah menghubungi pejabat PKR dan DAP di Lawas dan telah memaklumkan perkara ini.

Beliau juga akan membuat satu laporan Polis di balai Polis Lawas mengenai insident tersebut.

~FB Kedahkini

Rafizi Dakwa DBKL Tunduk Tekanan Politik Umno-BN

 
rafizi perhimpunan

SHAH ALAM 11 JUN : Tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang tidak memberikan jawapan jelas mengenai penggunaan Padang Merbok pada 23 Jun depan didakwa kerana terpaksa tunduk kepada tekanan politik Umno-BN.

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata, acara pada 23 Jun tidak melibatkan Padang Merbok dengan bermula dan berakhir di Dataran Merdeka, maka tidak ada alasan untuk tidak membenarkan himpunan aman #black505 berlangsung di Padang Merbok pada 22 Jun.

Katanya, Sekretariat Pakatan mendapat makluman bahawa DBKL menolak permohonan menggunakan padang itu melalui surat yang difakskan.

“Saya dan rakan-rakan Pakatan Rakyat akan hadir berbincang dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur pada 14 Jun, tetapi kami tidak akan berganjak dari keputusan mengadakannya di Padang Merbok pada 22 Jun.

“Apatah lagi apabila terbukti padang itu tidak digunakan pada hari Sabtu dan Ahad minggu itu,” kata Rafizi dalam kenyataan medianya.

route
Katanya, sebelum ini alasan permohonan itu ditolak bahawa Padang Merbok diperlukan pada 22 Jun sebagai persiapan kepada satu acara yang dianjurkan oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) pada keesokan harinya iaitu 23 Jun.

Ujarnya, pendirian pimpinan Umno-BN bahawa perhimpunan aman hanya boleh diadakan di tempat tertutup seperti stadium adalah tidak masuk akal dan bertentangan dengan hak berhimpun secara aman di semua tempat-tempat awam.

olympiccouncilfbJika pendirian pimpinan Umno-BN ini digunapakai, maka tidak ada majlis atau acara yang boleh dibuat di tempat terbuka dan akta itu perlulah ditukar namanya menjadi ‘Akta Perhimpunan Aman Dalam Stadium Sahaja’.

“Alasan bahawa perhimpunan akan menyebabkan kesesakan jalan raya tidak boleh dipakai kerana Larian Olimpik McDonald akan menyebabkan jalan-jalan ditutup di sekitar kawasan.

“Jika pihak berkuasa boleh menutup jalan untuk mempermudahkan larian itu, saya pasti pihak berkuasa juga boleh menutup jalan untuk perhimpunan aman #black505 pada 22 Jun,” kata Rafizi.


Hatta diugut dipenjarakan, Perhimpunan #Black 505 tetap di Padang Merbok pada 22 Jun 2013

 
Perhimpunan #Black505 tetap di Padang Merbok pada 22 Jun 2013
 
Sekretariat Pakatan mendapat makluman bahawa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menolak permohonan menggunakan Padang Merbok pada 22 Jun 2013, melalui surat yang difakskan semalam.

Melalui sidang media dan laporan berita berikutnya, saya mendapat tahu alasan-alasan kenapa permohonan itu ditolak, termasuklah alasan bahawa Padang Merbok diperlukan pada 22 Jun 2013 sebagai persiapan kepada satu acara yang dianjurkan oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) pada keesokan harinya iaitu 23 Jun 2013.

Saya telah membuat semakan seperti berikut untuk menentukan apakah acara yang akan dianjurkan oleh MOM seperti yang disebut oleh Dato’ Bandar Kuala Lumpur:


1.      Menyemak kalendar acara MOM di laman rasmi MOM www.olympic.org.my seperti paparan skrin yang disertakan. Mengikut kalendar acara MOM, pada 23 Jun 2013 MOM akan menganjurkan Larian Olimpik McDonald (McDonald’s Olympic Run)

2.      Menyemak laman Facebook MOM untuk mendapat maklumat lanjut mengenai Larian Olimpik McDonald ini. Didapati bahawa larian ini bukanlah berlangsung di Padang Merbok tetapi bermula dan berakhir di Dataran Merdeka (sila rujuk paparan skrin di bawah)

3.      Untuk memastikan acara ini benar-benar diadakan di Dataran Merdeka dan bukannya Padang Merbok, saya menyemak pula laman Pacesetters Athletic Club Malaysia (PACM) yang turut sama akan terlibat di laman rasminya www.pacesetters.com.my (sila rujuk paparan skrin). Disahkan bahawa acara anjuran MOM ini akan diadakan di Dataran Merdeka, bukannya Padang Merbok.

4.      Akhir sekali, saya menyemak sendiri laluan larian dari borang pendaftaran yang disertakan. Berdasarkan laluan larian seperti yang ditunjukan di paparan skrin, jelas bahawa larian tersebut tidak menggunakan Padang Merbok sebagai tapak dan ia bermula dan berakhir di Dataran Merdeka.

Saya kesal dengan tindakan DBKL yang tidak memberikan jawapan yang jelas mengenai kepenggunaan Padang Merbok pada 23 Jun 2013 semata-mata kerana terpaksa tunduk kepada tekanan politik Umno/Barisan Nasional. Jelasnya, acara pada 23 Jun 2013 tidak melibatkan Padang Merbok dan bermula/berakhir di Dataran Merdeka – maka tidak ada alasan untuk tidak membenarkan himpunan aman #black505 berlangsung di Padang Merbok pada 22 Jun 2013.

Saya juga ingin menjawab alasan-alasan lain yang diberikan oleh Dato’ Bandar Kuala Lumpur terutamanya ekoran pendedahan bahawa acara pada 23 Jun 2013 anjuran MOM tidak menggunakan Padang Merbok:

1.      Pendirian pimpinan Umno/Barisan Nasional bahawa perhimpunan aman hanya boleh diadakan di tempat tertutup seperti stadium adalah tidak masuk akal dan bertentangan dengan hak berhimpun secara aman di semua tempat-tempat awam mengikut peruntukan Akta Perhimpunan Aman. Jika pendirian pimpinan Umno/Barisan Nasional ini digunapakai, maka tidak ada apa-apa majlis atau acara yang boleh dibuat di tempat terbuka dan akta perlulah ditukar namanya menjadi “Akta Perhimpunan Aman Dalam Stadium Sahaja”

2.      Alasan bahawa penggunaan stadium akan memudahkan penjaja juga tidak masuk akal kerana semua perhimpunan aman yang dibuat di tempat terbuka sebelum ini berjaya menempat penjaja dengan baik. Malah, penggunaan stadium menyempit ruang untuk penjaja berniaga

3.      Alasan bahawa perhimpunan di Padang Merbok akan menjejaskan perhiasan sekitar kawasan sudah tentu tidak masuk akal kerana acara Larian Olimpik McDonald mengambil ruang yang lebih besar dan melalui semua kawasan-kawasan berhampiran Parlimen

4.      Alasan bahawa perhimpunan akan menyebabkan kesesakan jalan raya tidak boleh dipakai kerana Larian Olimpik McDonald akan menyebabkan jalan-jalan ditutup di sekitar kawasan. Jika pihak berkuasa boleh menutup jalan untuk mempermudahkan larian itu, saya pasti pihak berkuasa juga boleh menutup jalan untuk perhimpunan aman #black505 pada 22 Jun 2013.

Saya dan rakan-rakan Pakatan Rakyat akan hadir berbincang dengan Dato’ Bandar Kuala Lumpur pada 14 Jun 2013 tetapi kami tidak akan berganjak dari keputusan mengadakannya di Padang Merbok pada 22 Jun 2013, apatah lagi apabila terbukti padang itu tidak digunakan pada hari Sabtu dan Ahad minggu itu.

Pengarah Strategi KEADILAN
Ahli Parlimen Pandan

Speaker Dewan Rakyat pun nak boikot majlis angkat sumpah? Abdul Rahim Sabri

 
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata ahli dewan yang tidak mengangkat sumpah dalam tempoh enam selepas hari pertama persidangan Dewan Rakyat tanpa alasan akan gugur kelayakan sebagai ahli parlimen.

"Mengikut perlembagaan, artikel 59 (1) kalau Ahli Yang Berhormat yang tidak mengangkat sumpah dalam tempoh enam bulan selepas persidangan pertama selepas pilihan raya, maka dia akan disqualified (sebagai ahli parlimen)," katanya.

Beliau mengulas rancangan yang disuarakan oleh NGO tertentu agar wakil Pakatan Rakyat memulaukan majlis angkat sumpah sebagai ahli parlimen.

Mengulas lanjut, Pandikat berkata anggota dewan masih boleh mengangkat sumpah pada hari lain selepas majlis berkenaan, dengan alasan tertentu.

"Ya, boleh mengangkat sumpah tetapi bagi mereka yang mempunyai alasan tidak boleh mengangkat sumpah pada hari pertama.

"Kalau sengaja dengan alasan memboikot tidak mahu mengangkat sumpah dalam temph enam bulan, maka gugur kelayakan, menurut perlembagaan. Itu tafsiran saya," katanya.

Pandikar berkata sekiranya ahli parlimen Pakatan Rakyat tidak mengangkat sumpah, ia juga disifatkan sebagai "penghinaan" terhadap sistem di negara ini.

"Oleh kerana takut dilucut selepas enam bulan dan dia failkan ada hari alternatif untuk angkat sumpah, kenapa buat begitu. Kenapa?

"Kalau mereka mahu buat begitu, barangkali saya sebagai speaker, saya juga mungkin boleh boikot waktu mereka mengangkat sumpah pada hari berlainan.

"Kalau (MP) boleh boikot sistem demokrasi, saya juga sebagai speaker barangkali mungkin saya membuat pendirian saya akan boikot, pada hari mereka mengangkat sumpah.

"Jadi timbalan-timbalan saya juga akan boikot. Tidakkah begitu jadinya?," katanya sambil menambah tindakan tersebut dilihat sebagai satu penghinaan terhadap parlimen dan Yang Dipertuan Agong.
 
Kerengga.

PANAS ! SATU LAGI TAMPARAN BUAT BN DAN SPR, TAKLIMAT DEWAT RAKYAT LENGANG !!!



Taklimat Dewan Rakyat 'Lengang', Hanya Seorang MP Pakatan Rakyat Hadir

KUALA LUMPUR - Seolah-olah mengotakan apa yang dihebohkan sebelum ini, hanya seorang ahli Parlimen pembangkang hadir taklimat ahli Dewan Rakyat hari ini.

Majlis taklimat yang bermula kira-kira jam 9.30 pagi menyaksikan hanya ahli Parlimen Bakri dari DAP, Er Teck Hwa sahaja yang hadir ke upacara rasmi itu.

Menulis dalam laman mikro Twitter, Menteri Komunikasi dan Multimedia yang juga ahli Parlimen Kemaman, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, " hanya satu orang MP pembangkang yang hadir majlis taklimat Parlimen. Yg lain tak iktiraf?".

Pembangkang sebelum ini menegaskan mereka mahu boikot sesi Parlimen ke-13 yang akan bermula 24 Jun ini selagi tuntutan mereka tidak dipenuhi.

Antaranya, mereka mendesak supaya pengerusi dan timbalan pengerui Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletak jawatan kerana didakwa bersekongkol dalam penipuan PRU13. 


INI PULA KOMEN SPEAKER DEWAN RAKYAT :
Hina Agong jika boikot Dewan Rakyat

Tan Sri Pandikar Amin Mulia

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen yang tidak hadir pada hari pertama tanpa sebab munasabah dianggap sebagai penghinaan kepada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Rakyat serta negara ini.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, kehadiran hari pertama pada sesi Parlimen adalah penting kerana mengikut peraturan mesyuarat, akan diadakan pelantikan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Menurutnya, semua ahli Parlimen perlu mengikut lima peraturan mesyuarat dan hanya surat pengesahan (sebab) boleh diterima jika gagal hadir.

"Jika mereka tidak mengikut peraturan pertama, bagaimana mahu yang seterusnya? Alasan memboikot tidak boleh diterima sama sekali dan menurut Akta 59, mana-mana ahli Parlimen tidak mengangkat sumpah dalam tempoh enam bulan, mandat sebagai ahli Parlimen akan digugurkan secara automatik.

"Pada pendapat saya, jika ada mana-mana yang tidak hadir, pastilah ada sebab tertentu dan bukannya boikot," katanya dalam sidang media selepas merasmikan majlis taklimat kepada ahli-ahli Dewan Rakyat Parlimen Ke-13, di sini, pagi ini.

Sementara itu, beliau turut mengesahkan hanya seorang seorang ahli Parlimen pembangkang hadir ke sesi taklimat Dewan Rakyat hari ini.

Daripada 89 ahli Parlimen PR kesemuanya, hanya ahli Parlimen Bakri dari DAP, Er Teck 
 Hwa yang hadir ke sesi berkenaan.


"Kita mengamalkan demokrasi. Orang yang datang, datang. Yang tidak datang, tidak datang.

"Saya menganggap semua yang tidak hadir mempunyai alasan mereka tersendiri dan bukan untuk memboikot," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Menurut Pandikar, kehadiran pada majlis taklimat ini bukanlah suatu yang diwajibkan.

"Ini (sesi) adalah untuk ahli Parlimen yang baru. Bagi yang senior, mereka akan hadir jika mereka menghormati tempat di mana mereka bekerja. Tetapi kita faham yang ada sesetengah daripada mereka mempunyai alasan kenapa mereka tidak datang," katanya lagi.

Tambah Pandikar, mereka yang tidak hadir akan menimbulkan masalah di kemudian hari di mana ahli Parlimen perlu mengambil tempahan untuk baju uniform serta memohon kad pengenalan ahli Parlimen
. ~SH 

Kerajaan baru terbentuk 16 September? Cepat Umno bawak lari MP Sabah, Sarawak pi Taiwan

 

Najib Goyang, Ahli Parlimen Sabah & Sarawak Jumpa Ku Li



 Ahli Parlimen BN yang tidak gembira bertemu selepas kemenangan PRU13

KUALA LUMPUR, 11 Jun — Beberapa ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Parlimen dari Malaysia Timur yang tidak berpuas hati bertemu ahli Parlimen veteran Tengku Razaleigh Hamzah malam tadi bagi membincangkan kedudukan mereka kerana tidak mendapat apa-apa selepas kemenangan pertempuran sengit dalam Pilihan Raya 2013.

The Malaysian Insider difahamkan, lebih kurang sedozen ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak yang tidak mahu menyeberang menyertai Pakatan Rakyat (PR) tetapi turut tidak gembira dengan Putrajaya kerana tidak diberikan apa-apa kepada mereka selepas menang.

“Ahli Parlimen Malaysia Timur bertemu Ku Li di rumahnya untuk membincangkan langkah seterusnya kerana mereka tidak gembira dengan Putrajaya,” kata sumber kepada The Malaysian Insider, merujuk kepada nama samaran putera raja itu.

Ahli-ahli Parlimen yang dipilih pada pilihan raya umum 5 Mei berada di sini selama dua hari untuk diterangkan tentang prosedur dan etika Parlimen.

BN mendapat 47 daripada 56 kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak, menyumbangkan satu pertiga dari 133 kerusi mereka menangi daripada 222 jumlah kerusi di Parlimen.

Walau bagaimanapun, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hanya memberikan 20 jawatan menteri dan timbalan menteri kepada ahli Parlimen Malaysia Timur, menyebabkan parti seperti SPDP dari Sarawak hanya mempunyai satu wakil walaupun menang empat kerusi Parlimen.

Sebaliknya MIC dari semenanjung Malaysia menyaksikan empat ahli Parlimen mereka mendapat jawatan menteri dan timbalan menteri dalam pentadbiran Najib – yang mempunyai 32 menteri penuh termasuk lapan di Jabatan Perdana Menteri.

“Ahli Parlimen dari Malaysia Timur tidak mahu meninggalkan BN akan tetapi mahukan sesuatu dari kemenangan mereka.

“Mereka bertemu Ku Li untuk melihat apa yang mereka boleh lakukan untuk meluahkan kekecewaan mereka,” tambah sumber itu.

Putera raja Kelantan itu mahu mencabar Najib untuk jawatan presiden Umno dalam pemilihan parti lalu akan tetapi tidak mendapatkan pencalonan cukup untuk layak, di mana pemenangnya kebiasaannya menjadi perdana menteri dalam kerajaan BN.

Beliau mewakili Gua Musang semenjak 1974 dan sudah beberapa kali cuba untuk mendapatkan jawatan perdana menteri tetapi tidak berjaya.

Satu lagi sumber memberitahu ahli Parlimen Malaysia Timur adalah yang terbaruuntuk memberikan tekanan kepada Najib selepas beliau memenangi mandat pertama peribadi dengan kerusi kurang daripada pendahulunya Tun Abdullah Ahmad Badawi.

“Najib sudah diberikan tekanan dalam Umno dan sekarang ini, selepas keputusan buruk dalam pilihan raya,” tambah beliau.

Umno memenangi 88 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya 2013, meningkat sembilan berbanding 2008 akan tetapi beberapa veteran parti menyalahkan parti itu dan prestasi buruk BN kepada ahli strategi “bilik perang”, dan membayangkan perdana menteri mungkin perlu ditunjukkan pintu keluar jika dia tidak membuang ahli strateginya kerana nasihat buruk mereka.

“Ahli-ahli Parlimen ini tidak boleh melakukan banyak kecuali memanggil untuk undi tidak percaya. Menjadikannya sebagai agenda sudah satu kejayaan untuk menzahirkan kekecewaan mereka.

“Atau mereka boleh biarkan ahli Umno semasa pemilihan parti akhir tahun menunjukkan kepada PM bagaimana mereka rasa,” tambah sumber tersebut.

Sumber itu juga memberitahu, ahli Parlimen BN yang bertemu Tengku Razaleigh tidak dijangkakan untuk menunjukkan perasaan mereka sehingga Parlimen bermula pada 24 Jun.

“Apa pun, ini hanyalah lebih tekanan kepada Najib untuk memuaskan hati semua pihak dalam BN, “katanya.

Hujah konkrit untuk pecat Wan Ahmad dari SPR Oleh Ahmad Lutfi Othman





Semasa saya bercuti di Cameron Highland hujung minggu lalu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, menelefon saya beberapa kali. Talian kurang baik menghalang kami berkomunikasi dengan lancar. Saya jangkakan tentu ada hal mustahak yang mahu dikongsinya.

Beliau yang kembali menulis di Harakah dalam kolumnya, Membedah Demokrasi, menimbulkan soal bedah siasat PRU13. "Kita bukan saja boleh menyediakan hasil post mortem PRU13, malah sudah boleh menyiapkan laporan post mortem kekalahan Pakatan dalam PRU14," ujarnya. Saya mulanya agak kehairanan tetapi turut ketawa kecil apabila memahami makna tersirat.


Kunci kata Mat Sabu, jika sistem dan proses pilihan raya sekarang terus berjalan sehingga PRU14, tidak sukar untuk menjangka BN dapat mengekalkan kuasa meskipun undi popularnya mungkin terus merosot, dengan pelbagai taktik licik, tipu muslihat, penggunaan kemudahan kerajaan, manipulasi media dan politik wang, apatah lagi melalui proses persempadanan semula kawasan pilihan raya yang bakal diadakan tidak lama lagi.


Segera saya teringat pengumuman Perdana Menteri, Najib Razak, bahawa SPR bakal diletakkan di bawah kawal selia jawatankuasa terpilih khas Parlimen.

Sekurang-kurangnya Najib terpaksa memberi respons kepada suara rakyat yang bergema kuat dalam siri jelajah Blackout 505 yang dianjurkan di seluruh negara, antara lain mendesak semua anggota SPR yang diterajui Abd Aziz Mohd Yusof dan Wan Ahmad Wan Omar meletakkan jawatan, selain menangguhkan proses persempadanan semula kawasan pilihan raya sehinggalah anggota SPR baru yang berwibawa dan dipersetujui semua pihak, mengikut konsensus rakyat.


Bagi saya, jaminan Najib di hari keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong itu seharusnya tidak mengendurkan tuntutan rakyat, yang marah dan kecewa dengan sistem dan amalan pilihan raya di Malaysia, khususnya dalam PRU13. Cadangannya -- walaupun disambut baik banyak pihak -- seolah-olah mahu menutup atau membiarkan saja segala ketempangan PRU13 berlalu.



Tekanan mesti ditingkatkan lagi, termasuk melalui rapat umum dan perarakan besar-besaran, sekurang-kurangnya dalam waktu terdekat agar tercapai hasrat untuk melantik anggota SPR yang baru, selaras dengan Perkara 114(2), bahawa Agong, "pada melantik ahli-ahli SPR hendaklah memandangkan kepada mustahaknya suatu Suruhanjaya Pilihan Raya yang mendapat KEPERCAYAAN AWAM".

Ketujuh-tujuh anggota SPR berdepan krisis kepercayaan yang begitu serius. Hampir semua mereka tidak dilihat mempunyai integriti tinggi, yang dikira mampu bertindak bebas daripada pengaruh elit penguasa. Kadang-kadang dua penjawat paling kanannya dilihat bertindak melebihi pemimpin Umno-BN sendiri, manakala SPR dianggap umpama komponen BN.


Oleh itu, kenyataan Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad bahawa proses persempadanan semula kawasan pilihan raya akan dibuat secara telus hanya akan diketawakan terutama bagi mereka yang mengikuti amalan sama pada 2003. Wan Ahmad ketika itu menjadi perancang utama yang melakarkan kawasan pilihan raya semata-mata demi keuntungan politik Umno-BN, selepas Umno mendapat tamparan hebat dalam pilihan raya 1999. Dalam PRU10 itu, majoriti pengundi Melayu bangkit protes Dr Mahathir Mohamad dan Umno-BN.


Menurut pengkaji pilihan raya, Dr Ong Kian Ming, yang juga Ahli Parlimen Serdang, pada 2003 itu, prinsip-prinsip seperti rural weightage -- di mana kawasan pedalaman, dengan jaringan pengangkutan yang lemah dan luas kawasannya, perlu mempunyai jumlah pengundi yang lebih kecil daripada kawasan bandar yang lebih tepu dan mudah dihubungi -- telah dilanggar dengan jelas oleh SPR, terutama di Kedah.


"Undi bukan Melayu dikeluarkan daripada kawasan selamat Alor Setar dan dimasukkan ke kawasan PAS, Kuala Kedah dan Pokok Sena. Pengundi bukan Melayu juga dikeluarkan dari kawasan kerusi selamat BN di Merbok ke kerusi PAS di Jerai. Kawasan majoriti Umno-Bn di Padang Serai dipindahkan ke kerusi PAS di Baling," tegasnya.


Jadual 1: Perbedaan di kawasan jumlah pengundi antara kawasan bandar dan pedalaman di Kedah selepas persempadanan semula pada 2003


Kerusi Parlimen    Keluasan (km2)  Pengundi 2003   Pengundi 2013
 
P8 Pokok Sena                    320                             64,192                      80,916
P9 Alor Setar                       109                             56,007                       80,916
P10 Kuala Kedah                232                             73,942                       95,534
P16 Baling                            1,544                           73,942                      93,376
P17 Padang Serai                352                              51,778                       74,245

 

Menurut analisis Kian Ming, di kerusi Alor Setar, walaupun kawasan bandar yang maju dengan keluasan kawasan terkecil di antara semua parlimen di Kedah, sebenarnya mempunyai jumlah pengundi (56,007) yang lebih kecil berbanding kawasan jiran yang lebih besar seperti Pokok Sena (64,912) dan Kuala Kedah (73,942).

Perbedaan ini masih kelihatan dalam PRU13, di mana Alor Setar mempunyai 69,189 pengundi berbanding 80,916 di Pokok Senan dan 95,534 di Kuala Kedah.


Kes paling melampau ialah Baling, kawasan pedalaman di Kedah. Persempadanan semula 2003 meningkatkan jumlah keluasan Baling dari 1,107 km2 ke 1,544 km2, sedikit kecil daripada Melaka. Ini kerana salah satu kawasan kuat Umno di kerusi jiran Padang Serai – Kuala Ketil – dipindahkan ke Baling.


Akibatnya, Padang Serai, yang lebih bersifat bandar mempunyai jumlah pengundi lebih kecil (51,778) dibandingkan dengan Baling (73,942). Baling sekarang mempunyai 93,386 pengundi (kedua terbesar di Kedah) dibandingkan 74,425 di kawasan bandar Padang Serai.


Jadual ke-13 Perlembagaan, Bahagian 1, mengenai prinsip berhubung persempadanan bahagian pilihan raya, antara lain menegaskan "prinsip-prinsip berikut hendaklah dengan seberapa boleh diambil kira ... bilangan pemilih dalam tiap-tiap satu bahagian pilihan raya dalam sesuatu negeri patutlah lebih kurang sama banyaknya kecuali bahawa memandang kepada lebih besar kesulitan untuk sampai kepada pemilih dalam daerah kampung dan lain-lain kesukaran yang dihadapi bahagian-bahagian pilihan raya di luar bandar, luasnya bahagian itu patutlah diberi pertimbangan."


Namun, yang menjadi pertimbangan serius SPR pada 2003, terutama oleh Wan Ahmad, adalah keupayaan Umno-BN untuk menang dalam PRU2004, dengan menjangkakan pengundi Melayu akan membawa masalah besar kepada BN, seperti ditunjukkan dalam PRU1999.


Justeru, negeri-negeri majoriti Melayu seperti Kelantan, Kedah dan Terengganu langsung tidak mendapat sebarang kerusi Parlimen tambahan. SPR, seperti kehendak Perdana Menteri waktu itu, Dr Mahathir Mohamad, yang bertindak membanyakkan kerusi campuran, sebagai "ucapan terima kasih" kepada pengundi Cina yang menyelamatkan BN pada 1999, walaupun akhirnya memakan diri pada 2008 dan 2013!


Kesimpulannya, keanggotaan SPR yang tidak lagi mendapat KEPERCAYAAN AWAM ini mesti dirombak dan proses persempadanan semula harus ditangguhkan dahulu.


Kenyataan sinis Mat Sabu bahawa post mortem PRU14 pun boleh dibuat kembali menjentik fikiran saya. Apakah kita menyertai pilihan raya demi pilihan raya hanya untuk membuktikan negara ini mengamalkan demokrasi tetapi tidak akan sama sekali mengizinkan pertukaran kerajaan melalui sistem pilihan raya yang tempang dan songsang ini? 
Black 505 pada 15 Jun ini memang salah satu kaedah untuk menekan dan mempengaruhi kerajaan, tetapi ia bukan pertama kali kita anjurkan, dan kita sendiri boleh menilai impak positifnya. Lalu, apa pilihan lagi yang kita ada?
Shalehudin.

Gadis Sunti Mengaku Pernah Diraba Ustaz Azhar Idrus

 
Inilah pengakuan seorang gadis di akaun Facebooknya yang admin sendiri tidak pasti samada ianya benar atau tidak. Gadis ini dikenali sebagai Maryam Mazlieynna Mazlee kelihatan tidak berpuas hati dengan Ustaz Azhar Idrus dan telah membuat kenyataan terbuka di Facebooknya.
Persoalannya, jika apa yang diperkatakan oleh Maryam itu benar, kenapa tidak melaporkannya kepada polis sahaja? Perbuatan meraba dan mengajak berzina di hotel boleh dianggap satu jenayah besar. Kalau tak berani buat laporan dengan polis bermakna kenyataan gadis cantik ini adalah fitnah semata-mata untuk menjatuhkan imej Ustaz Azhar Idrus.
Berikut ialah printscreen kenyataan mengejut dari Maryam Mazlieynna Mazlee yang telah dikongsikan oleh laman blog popular. Admin ada cuba mengakses pemilik akaun Facebook ini namun gagal kerana telah pun di delete.

Read more: http://di-sini-bermula.blogspot.com/2013/06/gadis-sunti-mengaku-pernah-diraba-ustaz.html#ixzz2Vt3wyZo2

Bila Lagi Malaysia Akan Mengikut Jejak Brunei Darussalam ?

SYRIA DAN PALESTIN ADALAH SATU.........

Green Project
SYRIA DAN PALESTIN ADALAH SATU

PENGISYTIHARAN JUMAAT 14 Jun 2013 SEBAGAI HARI UNTUK SYRIA - PROF DR YUSUF AL QARDHAWI (PENGERUSI KESATUAN ULAMA ISLAM SEDUNIA) - SEBARKAN.

Pengisytiharan Jumaat Sebagai Hari Untuk Syria | 14 Jun 2013 Dipilih Hari Untuk Syria | Kesatuan Ulamak Islam Sedunia yang dipengerusikan oleh Prof. Dr.Yusuf Al-Qardhawi dalam kenyataan media terbaru menyeru seluruh umat Islam di dunia ini menjadikan hari Jumaat depan bersamaan 14 Jun 2013 sebagai "Hari untuk Syria".

Kenyataan tersebut menyeru umat Islam keluar di jalan-jalan raya menyatakan sokongan kepada rakyat Syria khasnya di El-Qosair serta mengutuk pembabitan tentera Hizbu Syaitan dan militia dari Iran serta pasukan bersenjata Syiah yang lain dalam memberikan bantuan kepada rejim Syria. 

Sementara Ikhwan Muslimin Mesir melalui sayap politiknya, Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) mengesahkan ulamak Islam seluruh dunia akan berhimpun di Kaherah selama dua hari, 13 dan 14 Jun ini bagi membincangkan isu Syria.

Perang saudara 26 bulan Syria tercetus selepas pasukan yang setia kepada Presiden Bashar al-Assad, yang tergolong dalam Mazhab Syiah Alawi, melancarkan tindakan keras ke atas bantahan demokrasi.

Konflik tentera rejim Bashar disokong oleh Iran dan Syiah Hizbullah Lubnan terhadap pemberontak (Mujahidin) , telah mengorbankan sekurang-kurangnya 94,000 orang.

Mufti Besar Arab Saudi Menyokong Al-Qaradhawi

Pada hari Khamis, mufti besar Arab Saudi menggesa pihak kerajaan dan ulama lain untuk menghukum Hezbollah untuk campur tangan dalam perang.

"Kami menyeru kepada semua ahli-ahli politik dan ulama mengambil langkah-langkah yang besar terhadap kumpulan mazhab yang menjijikkan ini (Hezbollah) dan semua orang-orang yang menyokongnya," kata al-Sheikh Abdulaziz al-Sheikh, Mufti Besar Arab Saudi.

Sebelum itu, beliau menyokong pendirian Qaradawi. Qaradawi "telah kembali kepada pendirian yang diambil oleh ulama atas kerajaan dan yang jelas mengenai pergerakan ini menjijikkan mazhab sejak ia diwujudkan," kata al-Sheikh.

"Kami menyokong Qaradawi dalam pendirian dan panggilan di atas "semua ulama di dunia Islam untuk bersatu padu dan bekerjasama dalam masa ini kritikal dalam sejarah," katanya.

www.facebook.com/aqsa.syarif

PENGISYTIHARAN JUMAAT 14 Jun 2013 SEBAGAI HARI UNTUK SYRIA - PROF DR YUSUF AL QARDHAWI (PENGERUSI KESATUAN ULAMA ISLAM SEDUNIA) - SEBARKAN.

Pengisytiharan Jumaat Sebagai Hari Untuk Syria | 14 Jun 2013 Dipilih Hari Untuk Syria | Kesatuan Ulamak Islam Sedunia yang dipengerusikan oleh Prof. Dr.Yusuf Al-Qardhawi dalam kenyataan media terbaru menyeru seluruh umat Islam di dunia ini menjadikan hari Jumaat depan bersamaan 14 Jun 2013 sebagai "Hari untuk Syria".

Kenyataan tersebut menyeru umat Islam keluar di jalan-jalan raya menyatakan sokongan kepada rakyat Syria khasnya di El-Qosair serta mengutuk pembabitan tentera Hizbu Syaitan dan militia dari Iran serta pasukan bersenjata Syiah yang lain dalam memberikan bantuan kepada rejim Syria.
Sementara Ikhwan Muslimin Mesir melalui sayap politiknya, Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) mengesahkan ulamak Islam seluruh dunia akan berhimpun di Kaherah selama dua hari, 13 dan 14 Jun ini bagi membincangkan isu Syria.

Perang saudara 26 bulan Syria tercetus selepas pasukan yang setia kepada Presiden Bashar al-Assad, yang tergolong dalam Mazhab Syiah Alawi, melancarkan tindakan keras ke atas bantahan demokrasi.
Konflik tentera rejim Bashar disokong oleh Iran dan Syiah Hizbullah Lubnan terhadap pemberontak (Mujahidin) , telah mengorbankan sekurang-kurangnya 94,000 orang.

Mufti Besar Arab Saudi Menyokong Al-Qaradhawi

Pada hari Khamis, mufti besar Arab Saudi menggesa pihak kerajaan dan ulama lain untuk menghukum Hezbollah untuk campur tangan dalam perang.

"Kami menyeru kepada semua ahli-ahli politik dan ulama mengambil langkah-langkah yang besar terhadap kumpulan mazhab yang menjijikkan ini (Hezbollah) dan semua orang-orang yang menyokongnya," kata al-Sheikh Abdulaziz al-Sheikh, Mufti Besar Arab Saudi.

Sebelum itu, beliau menyokong pendirian Qaradawi. Qaradawi "telah kembali kepada pendirian yang diambil oleh ulama atas kerajaan dan yang jelas mengenai pergerakan ini menjijikkan mazhab sejak ia diwujudkan," kata al-Sheikh.

"Kami menyokong Qaradawi dalam pendirian dan panggilan di atas "semua ulama di dunia Islam untuk bersatu padu dan bekerjasama dalam masa ini kritikal dalam sejarah," katanya.

www.facebook.com/aqsa.syarif

VIDEO - UMNO Juara Penderhaka...!!!!

 


Aduhai... umno... umno... lu oranglah raja segala laknatullah di mukabumi ini...., lu oranglah pelopor menghina institusi raja2... sekarang ini puak2 lu orang jugaklah yang mencadangkan undeng2 atau akta derhaka... akta celaka... dan ntah apa2 sajalah...
umno laknatullah adalah anak didik kepada yahudi laknatullah (APCO)..., kalau bab ludah kelangit umno laknatullah memang handal beb..., jika dah muka masing2 spesies dasar muka bertampal kulit babi 14 inci mana ada maruah dan perasaan malu...

Nak bukti umno laknatullah adalah pelopor menghina institusi raja2... check kat bawah tuuuu...;


 Yang ini DAP, PKR dan PAS punya kerja nih...
Ajar umno laknatullah jadi kurang ajar.!!!!

 Eeeeeeee..... siapa nih... lu orang kenal ke haramjadah nih...

Weeeiiii... ni akhbar tahun bila nih....

hahahahhaa..... gua setuju 101% dengan cadangan mangkuk2 hayun yang di antaranya dah jadi kupang tembaga dalam arena politik tapi masih nak cari publisiti dan glamouress... dan gua setuju jugak dengan bekas hakim mahkamah rayuan tuuuu....

Tapi dengan syarat.... tolong tangkap dulu muka2 yang terlibat dalam video tuuuu... dan yang dok menghina sejak zaman 1990an lagi... eerrrrr.... gua rasa nama Ibrahim Ali Al-Kataki wal Pasir Mas Kalahi pun terlibat sama dalam bab menghina raja2 kaaaannnnn....????

Gua merindui lawak2 bodoh dari Raja Katak Brahim Ali... hidup lagi ke katak nih..
 
senyap jer... ke dah mampus... mana kuburnya... muakakakakakaaaa...!!!!

Pemimpin2 Melayu dalam parti umno laknatullah sememangnya spesies yang tak sedar diri yang sentiasa berada dalam laknat Allah... apa yang Allah larang diorang suka buat sesangat... lepas tu salahkan orang lain... memang sialan haramjadah melayu2 yahudi umno laknatullah nih...!!!!

p/s: gua selalu nasihatkan anak2 gua... lebih baik bela/pelihara atau beri sedekah kepada anak2 yatim dapat jugak pahalanya, daripada bela sugar gliders, kucing, burung, biawak hidup, ikan.... dan apa2 saja puppets pets wa cakap luuuu... takda paedahnya.... hahahaha...