Followers

Friday, September 28, 2012

Mufti Perak Tak Bersalah.......

UMNGOK/BN LANGGAR SEMACAM...MUFTI DAH TEGUR PUN DORG TETAP KASI LULUS PUSAT PERJUDIAN BANYAK2..MAMPU NK PANTAU KER???
HASIL DUIT CUKAI JUDI TU DI ASINGKAN KER???
UMNGOK/BN LANGGAR SEMACAM...MUFTI DAH TEGUR PUN DIA ORG TETAP KASI LULUS PUSAT PERJUDIAN BANYAK2..MAMPU NK PANTAU KER???

HASIL DUIT CUKAI JUDI TU DI ASINGKAN KER???
— 

Huhu...sebarkan....

Dppk Parit's photo.
 

RM9 JUTA Bagi Sewa Pesawat PM Tahun Ini ?


Najib sewa pesawat RM9.1 juta bercuti ke Perth di Hari Merdeka...Takde Orang Bising Pun....


Walhal perbelanjaan sewa pesawat itu langsung tidak melibatkan wang pembayar cukai (wang rakyat). 


Sebaliknya percutian Najib Razak di Perth Australia tahun lalu menggunakan wang rakyat sebanyak RM9.1 juta..

Sumber http://milosuam.blogspot.com/2012/09/najib-sewa-pesawat-rm91-juta-bercuti-ke.html

Kerusi Parlimen Gopeng: Zambry tunduk kepada Soi Lek

Badan Perhubungan PAS Negeri Perak melihat krisis yang timbul berikutan penafian Datuk Hamzah Kassim, Ketua Umno Bahagian Gopeng yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Bahagian Gopeng terhadap isu ‘politik wang’ untuk melobi sebagai calon menunjukkan kelemahan Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abdul Kadir selaku Pengerusi BN Negeri Perak yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Perak sama sekali.

Ketua Penerangannya, Ustaz Nuri Al-Amin berkata, PAS melihat kenyataan segera Datuk Seri Zambry terhadap kedudukan kerusi Parlimen Kawasan Gopeng seolah-olah terus dimuktamad menjadi kepunyaan MCA menimbulkan tanda tanya.

“Jika kerusi MIC, Datuk Seri Zambry serius memastikan isu kerusi milik MIC pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 12 tahun 2008 dinilai semula, mengapa dalam krisis kerusi milik MCA ini Datuk Seri Zambry dilihat hanya ‘berdiam diri’ sahaja?

Adakah kerana kerusi Parlimen Gopeng akan ditandingi oleh Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek?,” soal beliau.


Menurutnya, perkara tersebut jelas menunjukkan ketidakmampuan Datuk Seri Zambry memastikan calon-calon BN yang bertanding di Negeri Perak ini ‘bersih’ dan mampu menggalas tugas mereka kelak.

“Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa Datuk Seri Zambry tidak mampu memperjuangan kerusi Parlimen Gopeng untuk diwakili oleh Umno pada PRU 13 nanti!,” jelasnya lagi.

Sumber: perakitedaily.blogspot.com


Warkah Daily 

Mampuih la Umno kali neh, NI BUKAN JANJI TAPI PASTI

Pakatan tubuh S’jaya siasat skandal BN jika tawan Putrajaya - INILAH YANG UMNO(BN) TAKUTKAN...

Pakatan Rakyat akan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja bagi menyelamatkan sebanyak mungkin wang rakyat yang dibazirkan Umno-BN sebaik gabungan KEADILAN, PAS dan DAP diberi mandat membentuk kerajaan.

Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, fokus suruhanjaya itu terarah kepada skandal pembaziran wang rakyat yang melibatkan pemimpin besar.
“Skandal PKFZ misalnya, ia melibatkan pembaziran wang rakyat RM14 bilion dan yang terbaru penyelesaian di luar mahkamah bagi kes hutang kroni Umno, Tajudin Ramli terhadap Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC). 
“Skandal besar seumpama ini mesti ada pihak yang bertanggungjawab dan sebab itu perlunya suruhanjaya bagi menyiasatnya,” katanya.
Beliau diminta mengulas isi ucapan beliau di Sungai Petani, Kedah 3 Mac yang menyatakan Pakatan Rakyat akan mengheret mereka yang melakukan rasuah ke mahkamah jika mengambil alih Putrajaya pada PRU akan datang.

Saifuddin berkata, turut tidak terlepas dari fokus Pakatan ialah penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) bertujuan mereformasikan institusi polis.
“Skandal NFC juga tidak akan terlepas kerana wang rakyat turut dibazirkan keluarga pemimpin Umno dengan menggunakan dana awam RM250 juta itu. 
“Malah rakyat yang juga pembayar cukai sangat berharap wang mereka dikembalikan ekoran salahguna kuasa yang dilakukan keluarga menteri dalam projek ini,” tegasnya.
Dalam pada itu, beliau berkata, ucapan maaf Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini adalah taktik berlepas diri dengan meletakan kesalahan di bahu pemimpin lain.
“Sepatutnya Najib mengakui salah beliau, kerana beliau menteri Umno sejak puluhan tahun, malah mewarisi sistem Umno yang mengekalkan rasuah dalam pentadbirannya dan Najib sudah menjadi PM hampir tiga tahun,” ujarnya.
Oleh itu, beliau mengingatkan Najib bahawa rakyat sudahpun membuat pendirian dan yakin pengundi akan memastikan Umno BN tersungkur pada PRU akan datang.
 
 
Shalehudin

Bila Kena Batang Hidung, Alasan Kisah Lama....

Senang betul gaya puak2 ni memerintah... rugi berbilion2 pun bole rilek...cerita lama... memang cerita lama tapi tu duit rakyat Malaysia.... Jawab secara fakta le sikit....
 
 

Isu Talam: [VIDEO] PKNS Buat Laporan Polis Terhadap NGO Mesra UMNO



Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa pihak yang mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap syarikat tersebut.

Peguam mewakili PKNS, Sankara Nair berkata beliau telah menasihati PKNS untuk membuat laporan polis terhadap Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) dan Presidennya, Azwanddin Hamzah.

“Kami menegaskan bahawa anak guam kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana media atau organisasi yang membuat kenyataan fitnah mengaitkan PKNS dan penyelesaian hutang Talam,” katanya di luar Ibu Pejabat Daerah Polis Shah Alam di sini hari ini.

PKNS turut membuat laporan polis hari ini ke atas JMM berhubung risalah berbau hasutan dan fitnah yang didakwa menyalahi undang-undang.

Laporan polis itu menyebut bahawa risalah dengan logo JMM menghasut pemilik-pemilik rumah yang telah membeli rumah dari PKNS atau Selangor Industrial Corporation (SIC) agar memohon kepada kerajaan negeri melupuskan hutang tertunggak.

Dasar ini kononnya atas sama seperti diambil kerajaan negeri Selangor dalam melupuskan hutang Talam Corporation Berhad.

Salinan risalah bertarikh 15 September 2012 itu antara lain turut disertakan borang bertajuk “Pembelian Hutang PKNS”.

Penulis risalah – Azwanddin didakwa berniat jahat dengan menulis, menerbitkan dan mengedar risalah mengaitkan PKNS dengan isu Talam sedangkan hal tersebut tidak mempunyai kaitan.

“Saya juga melaporkan bahawa motif penulisan, penerbitan dan pengedaran risalah itu mencetuskan perasaan takut,rungsing dan gusar dalam minda orang ramai terhadap PKNS serta mengaibkan dan menjatuhkan reputasi,” kata Pegawai Undang-undang PKNS, Silawati Mat Jusoh yang membaca laporan polis itu kepada media.

Pada 21 September lalu, satu laporan polis turut dibuat ke atas organisasi media dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) berkenaan laporan berita palsu yang mengaitkan anak syarikat PKNS- PKNS Infra Sdn Bhd terlibat dalam kes kecurian air.


GAPS lapor polis tentang bas Dalam perkembangan lain, Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) turut membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 6, berhubung dakwaan penyelewengan pemilikan pembelian bas oleh Menteri Besar Selangor,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Presiden GAPS, Hamidzun Khairuddin mendakwa Menteri Besar mengaku bas dimiliki beliau dan disewa kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk tujuan pilihan raya akan datang.

Maka beliau mahu siasatan terperinci dibuat kerana mensyaki pembelian bas mewah itu yang didakwa bernilai RM900 ribu.


Laporan berhubung hal tersebut juga akan dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). -FMT



Kelab Greenboc

The Good The Bad & The Ugly ! - by Abd Ghani B.Hashib.



Hassan Ali Dakwa Anwar Ibrahim Hina Islam Di London - Posted by Addin


 
KUALA LUMPUR, 26 Sept ― Presiden JATI, Datuk Dr Hasan Ali mendakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghina Islam dengan kenyataannya mengatakan “umat Islam mempunyai masalah dalam jiwa mereka” dua hari lalu di London.Hasan dalam sidang medianya hari ini mengecam Anwar dan melabel pemimpin Pakatan Rakyat (PR) itu sendiri yang bermasalah dengan kecelaruan emosi di pihak beliau.

"Saya rasa ini satu kenyataan yang tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang pemimpin Islam.“Sebenarnya dialah (Anwar) yang sedang mengalami masalah jiwa,” kata Hasan (gambar).“Rakyat Malaysia faham tentang tekanan emosi yang sedia beliau hadapi berikutan dengan beberapa kes melibatkan moral beliau,” katanya.

Dalam laporan Utusan hari ini, Anwar dikatakan mengakui terdapat masalah dalam jiwa umat Islam seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar Britain, The Scotsman.Penulis artikel Eddie Barnes berkata, “Dalam reaksi umat Islam terhadap filem yang menghina Islam, beliau (Anwar) bersetuju bahawa ada masalah dengan jiwa orang Islam, mereka mudah marah dan beremosi’’.

Hasan juga menyamakan kenyataan Anwar tersebut sama seperti yang telah dilakukan oleh ahli parlimen DAP, Ngeh Koo Ham yang menulis di dalam laman mikro Twitter yang mengatakan umat Islam membuang masa menyertai demonstrasi bagi menyuarakan bantahan terhadap filem “Innocence of Muslims” pada minggu lalu.

Pada pendapat saya, kenyataan Anwar ini dilihat sama dari segi nada dan pengertiannya dengan apa yang disebutkan oleh Ngeh,” kata Hasan.Hasan turut meluahkan rasa kesal ke atas kenyataan Anwar tersebut dan menggesa para ulama untuk menyatakan pendirian terhadapi isu ini dan mahu orang ramai menilai sejauh mana kenyataan tersebut menjejaskan aqidah dan keimanan seseorang muslim atau tidak.

Jesteru, Hasan menggesa Anwar meminta maaf kepada seluruh umat Islam di Malaysia dan bertanggungjawab ke atas kenyataannya tersebut. ~tmi

Addin :

Yang jiwa kacau adalah Hassan Ali setelah di buang oleh PAS. Umum mengetahui, dari pendedahan yang dilakukan oleh Khalid Samad bahawa Hassan Ali cukup teringin untuk menjadi MB Selangor. Tetapi hasrat beliau tidak tercapai sehingga saat pemecatan beliau.

Penyanyi lagenda meninggal dunia - ANDY WILLIAMS - LOVE STORY


Penyanyi lagenda meninggal dunia

Penyanyi yang terkenal dengan lagu-lagunya seperti  “Moon River” and “Born Free”, Andy Williams meninggal dunia pada umur 84 tahun di rumahnya di Branson, Missouri, keluarganya memaklumkan hari ini. 
Menurut keluarganya, Williams, menderita kanser paru-paru setahun lalu dan meninggal dunia petang kelmarin. 
Williams menjadi host “The Andy Williams Show” di NBC hampir sepuluh tahun. Pertunjukan tersebut kemudiannya menjadi acara tahunan pada setiap Hari Krismas Istimewa.

Karier nyanyiannya bermula ketika beliau berumur 8 tahun bersama tiga lagi abangnya dalam  kumpulan Williams Brothers Quartet.

Thursday, September 27, 2012

Anak Bekas Ketua Cawangan Umno Pohon Maaf Kesalahan Ayahnya

SETIU - "Saya bagi pihak arwah Cikgu Mat memohon ribuan kemaafan kepada semua ahli PAS dalam DUN Batu Rakit, sekiranya semasa arwah memegang (jawatan) pengerusi JKKK,  ketua umno(Kampung) Balai Maras dan pengerusi masjid ada melakukan kesilapan kepada saudara-saudara,

"Kata Zulhairi Haji Che Mat ketika mengumumkan secara rasminya beliau meninggalkan umno.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ceramah yang diadakan di Kampung Maras dekat sini, Isnin malam, 24 September.
Pada Majlis tersebut Zulhairi adalah antara 70 orang yang telah menyerahkan borang keahlian menjadi ahli PAS.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada semua rakan-rakan yang seangkatan dengan ayahnya, yang masih duduk dalam umno agar meninggalkan perjuangan parti tersebut.

"saya merayu kepada ahli-ahli umno yang sama usia dengan (arwah) saya, apa lagi yang kita hendak dengan pembangunan, umur sudah 50, 60, 70, kita masih bercerita tentang pembangunan dunia, sedangkan pembangunan akhirat di mana?,

"(walau pun umur sudah lanjut) masih tidak menjenguk masjid, kalau ada (pergi) pun (hanya) sembahyang Jumaat,"ujarnya.

Mengungkap tentang pembangunan negeri Terengganu yang didakwa 'hebat' oleh sesetengah pihak, anak muda ini berkata, beliau cukup benci dengan pembaziran yang telah dilakukan oleh kerajaan umno-BN Terengganu.

"benda yang membazir, yang saya lalu hari-hari, saya benci tengok (iaitu) stadium runtuh, (sebanyak) RM292 juta...gitu dia buat (jadinya), kalau buat rumah kepada orang-orang miskin (dengan) RM292 juta....berapa ribu boleh dapat,"luahnya.

Sekaligus bekas Pemuda Umno itu berikrar, bahawa beliau dan beberapa rakannya yang lain akan menjadi 'tulang belakang' menggerakkan kempen PAS menghadapi pilihan raya umum ke-13.

"dan saya berjanji akan menjadi tulang belakang bagi menjatuhkan Umno dan Baisan nasional pada pilihanraya umum ke 13,"tegasnya.

Borang permohonan menjadi ahli PA tersebut diterima oleh penceramah jemputan yang juga Speaker DUN Kelantan, Datuk Ustaz Nasaruddin Daud.BO



Penuntut Kolej Bawa Teman Lelaki ke Rumah Setiap Hujung Minggu Dicekup Khalwat

 

[SH] DUNGUN - Tindakan seorang penuntut kolej membawa pulang teman lelaki ke rumah sewa setiap hujung minggu sehingga mendatangkan syak wasangka dalam kalangan jiran tetangga sehingga perbuatan tidak bermoral itu berjaya dihidu pihak berkuasa.

Susulan itu, satu serbuan dilakukan penguat kuasa syariah kira-kira jam 10.45 malam Ahad lalu, berjaya menahan sepasang kekasih yang berada berdua-duaan di sebuah rumah flat, dekat sini.


Ketika ditahan, gadis berusia 21 tahun yang sedang menuntut di salah sebuah kolej swasta itu difahamkan hanya berseluar pendek dan memakai baju singlet tanpa pakaian dalam.

Ketika serbuan, pasangan itu mengaku mempunyai hubungan sebagai sepupu, namun setelah disoal siasat kedua-duanya tidak mempunyai hubungan muhrim.


Gadis berasal dari Bukit Tunggal dikatakan sedang menjalani latihan amali di Pejabat Kesihatan Dungun, manakala teman lelakinya yang berasal dari Padang Nenas, Kuala Terengganu, kemudiannya dibawa ke Pejabat Agama Dungun untuk diambil keterangan selepas diikat jamin oleh keluarga masing-masing.

Pasangan yang mengaku bakal mengikat tali pertunangan itu akan dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Dungun, 29 Oktober nanti atas dakwaan khalwat mengikut Seksyen 31(a) (b), Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
 
 
Duniacacamarba

Akhirnya SPR Telah Insaf?


 Sila klik gambo
gi website spr.gov.my... check no IC 781220135703
maka keluarlah nama pengundi tersebut.. 
Jangan mimpilah nak tawan Sarawak! hahahaha!
Cepat try sebelum SPR delete nama ni... suka hati abah depa je nak buang nama2 pengundi derr!
 
budakbalun 27092012

Panas!! Tian Chua Dedah Pemilik Sebenar Jet - Posted by Addin


 
Naib Presiden PKR, Tian Chua mencabar kerajaan menyemak status jet peribadi dinaiki Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) semasa lawatan ke Sabah baru-baru ini untuk pengesahan kerana beliau tidak mempunyai kuasa untuk nyatakan perkara itu.

Menurutnya, kerajaan dan orang ramai yang ingin mengetahui status jet tersebut perlu menyemaknya dengan pihak yang sepatutnya.

Katanya,"kita cabar kerajaan untuk semak daripada pihak berkuasa, tanya Menteri Pengangkutan, pergi DCA kalau nak tahu, siapa yang sewa, dan siapa yang uruskan.”Sehubungan itu Ahli Parlimen Batu ini berkata: 

“Saya tak menyesal memuat naik gambar-gambar jet yang dinaiki Anwar kerana kita telus.Beliau berkata demikian kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Dalam laporan media tempatan hari ini, Tian Chua dibidas kerana mengeluarkan kenyataan bertentangan dengan Anwar berhubung isu beberapa pemimpin pembangkang menaiki sebuah jet eksekutif ke Sabah baru-baru ini.

Teguran itu dibuat oleh Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang memberitahu wakil rakyat itu sepatutnya memastikan maklumat yang tepat berhubung jet berkenaan sama ada disewa atau ditaja sebelum membuat sebarang kenyataan.

"Anwar Ibrahim menjelaskannya dan membuat kenyataan mengenai perkara ini. Jadi kita ikut kenyataan itu,” katanya.

Apabila ditanya sama ada beliau mengetahui siapa pemilik jet tersebut, Tian Chua berkata: “Saya tahu tapi saya tak ada kuasa untuk  nyatakannya...pergi tanya pihak yang lebih berkuasalah.

"Sehingga kini, kerajaan enggan mendedahkan pemilik sebenar jet peribadi yang turut digunakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Baharom untuk menunaikan haji ke Makkah, Arab Saudi tahun lalu, namun  janjinya untuk menjelaskan siapa pemiliknya tidak ditunaikan sehingga kini. 

Jamil juga menggunakan jet yang sama untuk membawa peserta rancangan realiti 'Solehah' terbitan sebuah stesen televisyen swasta tahun ini. 


~jalanpulang

Najib Altantuya Gadai Keselamatan Negara Demi Rosmah!


Seorang perunding keselamatan meminta kerajaan mempertimbangkan semula cadangan untuk menutup lapangan terbang TUDM Sungai Besi kerana ia sangat perlu kepada negara.

Bercakap kepada Harakahdaily, perunding itu berkata, kerajaan belum terlambat untuk menarik balik keputusan awalnya bagi membangunkan kawasan lapangan terbang itu.

Ini kerana, kontraknya masih dalam peringkat rundingan dan belum dianugerahkan sepenuhnya.

"Kita jangan ulangi kesilapan kerajaan menutup Kem Majidee yang menjadi perisai keselamatan kita di selatan tanah air," katanya.Pengkalan Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) Sungai Besi bakal hilang apabila kerajaan mahu membina kem baru menggantikannya iaitu di Labu, Negeri Sembilan.


  
Namun, ramai pihak yang mahir dengan stategi keselamatan tdak bersetuju dengan langkah ini kerana kedudukan lapangan terbang Sungai Besi itu sangat stategik dalam konteks keselamatan negara.

Selain landasan terbang, bahagian bawah lapangan ini mempunyai bunker yang menghubungkannya dengan beberapa tempat strategik negara.

Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Lapangan Terbang Tentera Udara Sungai Besi dipindahkan dan tapaknya dijual kepada 1MDB.

Penasihat 1MDB adalah Taek Jho Low, jutawan yang dilaporkan baik dengan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor. 

Kontrak pembangunan TUDM Sungai Besi itu yang dianggar bernilai kira-kira RM500 juta.

"Jika berlaku apa-apa di tengah bandaraya, bagaimana pasukan bantuan akan kita hantar dengan cepat kalau tiada landasan kapal terbang di tengah bandararaya seperti Sungai Besi ini," soal perunding keselamatan itu.

Sebelum ini, PAS meminta kerajaan mengkaji semula pembubaran kem Majidee di Johor Bharu untuk membolehkan projek pembangunan dijalankan di situ kerana ia melibatkan soal keselamatan negara.

Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub berkata, kedudukan kem Majidee di selatan tanah air adalah terlalu strategik dari segi keselamatan dan ia adalah warisan sejarah negara untuk dibubarkan.

"Saya mendesak agar rancangan untuk menjadikan kawasan itu kawasan komersial dibatalkan kerana Batu Pahat terlalu jauh dari sempadan untuk berfungsi dengan baik. Ianya dua jam perjalanan dari Johor Bharu ke Batu Pahat," kata Salahudin.


Kem ini akan dibangunkan dengan pusat komersial dan perumahan. Ia bakal dimajukan oleh anak syarikat kerajaan negeri Johor, Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) Sdn Bhd dengan Tasik Zamrud Sdn Bhd.

Yang menjadi isu adalah, kem Majidee adalah kem yang paling selatan di Semenanjung.

Ia sepatutnya dibubarkan selepas selesainya pembinaan Kem Skudai.


Projek itu belum bermula lagi, namun separuh dari tentera yang ada di situ, yang menempatkan Gerak Khas dan Briged Tujuh, telah dipindahkan ke kem di Kluang, Johor; sementara yang lain di Gemencheh dan Gemas di Negeri Sembilan.



Jalan Pulang

Ini Lah Pemimpin Islam Negara Malaysia ?


MELAYU MUDAH LUPA!

 

Adakah kita hendak terus menyokong UMNO setelah UMNO terbukti menghalalkan arak dan judi? 

Sokong UMNO atau PAS bukan lagi isu politik, tetapi isu yang bakal menentukan kita mati sebagai Islam ataupun kufur. 


NAUZUBILLAH MIN ZALIK

Najib rayu agar jangan saman AG dan bekas IGP? - Mohd Sayuti Omar

 
Malam kelmarin sekali lagi saya berjumpa dengan seorang wakil rakyat ini. Beliau menceritakan sesuatu agak sulit yang boleh menjadi bahan atau isu politik yang berlengas. Kes ini ada kena mengena dengan bekas pegawai tinggi polis yang dihadapkan mahkamah kemudian dilepaskan.

Pegawai polis itu bercadang untuk menyaman Peguam Negara dan bekas Ketua Polis Negara untuk membela penganiayaan ke atas dirinya. Katanya Najib telah memanggil bekas pegawai tinggi ini dan merayu agar pegawai tinggi itu tidak mengambil tindakan waktu ini.
 
 

Najib, katanya tidak menghalang tetapi biarlah selepas pilihan raya? Kita faham kenapa selepas pilihan raya. Tetapi apakah keperluan pegawai polis itu untuk akur dengan kehendak dan rayuan Najib. Apakah benafit yang beliau perolehi? Dan tidakkah bila memenuhi rayuan Najib itu ia dianggap membantu Najib?

Bukankah dengan melengakan tindakan itu satu persubahatan besar melindung orang yang kita rasakan melakukan jenayah? Hendaknya cerita wakil rakyat itu benar dan dia akan persampaikan apa yang saya pertikaikan ini.
 
 
Kalau kita sudah nekad untuk apa kita berundur lagi, teruskan. Rakyat sendiri menanti tindakan-tindakan berani ke atas orang yang juga berani. 
 
 
 

Kembalinya Madet Untuk Menyelamatkan Anak2 Nya....

Photo
 

Kemelut Krisis Identiti Di Sabah - MUTALIB M.D


 
BAK kata pepatah, diberikan betis, hendakkan peha. Tetapi Warga Asing Indonesia yang mendapat peluang keluar-masuk dari Nunukan ke Tawau setiap hari, bukan sahaja mahukan peha; tetapi yang berada 'dicelah peha'.

Kerakyatan songsang yang dimiliki oleh ADUN Sebatik, Abdul Muis Picho bukan rahsia lagi kepada rakyat perbatasan; terutama Anak Jati Sabah seperti Ketua Kampung Tanjung Batu Laut, Hamid Hassan yang tidak jemu-jemu menulis surat kepada Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan pemimpin Sabah.
 
Jika daripada seorang Warga Asing Indonesia yang pernah mendapat Taraf Penduduk Tetap, Abdul Muis kembali menjadi PATI setelah mengembalikan PR semata-mata untuk mengeluarkan wang KWSP; datang lagi sebagai PATI, mendapat IC Projek dan boleh terlepas tapisan keselamatan dan kini boleh menjadi Wakil Rakyat di Sabah; apakah ada halangan untuk menjadi Ketua Menteri Sabah kerana beliau juga memiliki MyKad Malaysia?

Oleh itu tidak hairan jika ramai Warga Indonesia yang selama ini menggunakan Pas Lintas Batas (PALIBA) kini sudah menjadi Warga Mi Segera; ehsan Kerajaan Berjaya dan UMNO; berbangga dengan 'Nyawa' (IC Projek) mereka yang dikurniakan 'Kerajaan Persekutuan' sehingga terlupa bahawa perbuatan mereka adalah subversif dan boleh dihukum pancung 'Tanpa Bicara!'

Salah satu daripada lebih 800,000 contoh orang yang menggunakan PALIBA sebelum ini telah menjadi 'Warga Dua Negara' kerana bebas keluar masuk untuk menghirup udara segar Malaysia dan membuang najis di sempadan negara melalui kegiatan haram termasuk penyeludupan, pelacuran dan kesalahan imigresen ialah Syarifah Laila Bt. S.Alwi.

Majoriti penduduk Kampung Pasir Putih, Tawau kenal siapa dan dari mana Syaripa Laila @ Syarifah Bt S Alwi ini berasal. Memang agak ganjil kerana lazimnya nama Syarifah ialah Kaum Suluk segangkan Syaripa berketurunan Bugis.

Sama ada beliau mendapat kad pengenalan biru 'Ready Made' atau memang miliknya, sukar untuk dipastikan tetapi memang sah beliau adalah PATI Bugis yang sebelum ini menggunakan PALIBA.
 
 
Saripah Laila mendapat Pas Lintas Batas bernombor W029905 pada 6 Januari 1978 bagi tempoh setahun sehingga 6 Januari 1979 dan direkodkan dibuku Daftar NNK/1C/118/78. Mengikut maklumat Pas Lintas Batas yang dikeluarkan Kerajaan Indonesia, Saripah dilahirkan di Nunukan pada 1956 menggunakan Kartu Penduduk Indonesia 3510/KND/76.

Pas Lintas Batas adalah Pas Melawat iaitu kebenaran masuk ke Malaysia di Tawau untuk melawat daerah Tawau Sahaja dalam negeri Sabah dalam jangka masa tidak lebih dari satu bulan berdasarkan Perjanjian Sempadan Dengan Indonesia. Tidak sah bagi memohon pekerjaan dan tidak boleh disambung.

Saripah telah mendapat kad pengenalan biru di era Kerajaan Berjaya tetapi semuanya palsu sehinggalah pada 1991 memperoleh Kad Pengenalan Biru bernombor H0498485 melalui Projek Gembleng; X-Files merekrut Warga Asing sebagai Warga Negara, Ahli UMNO dan Pemilih Berdaftar.

Ramai rakan Saripah turut sama mendapat kad pengenalan projek berkenaan tetapi mereka tidak berjaya disebabkan Jabatan Pendaftaran menarik balik kad pengenalan lama bersiri H0492001 hingga H0494500; tidak termasuk yang dimiliki Saripah.

Dengan kad pengenalan projek H0498485, Saripah telah menukar namanya kepada Syarifah Laila Binti S Alwi setelah mendaftar sebagai Pemilih Berdaftar bagi DUN Apas (Tinagat) dan akhirnya mendapat MyKad 550403-12-5446.
 
 
Saripah Laila yang dilahirkan pada 1956 di Nunukan telah semula sebagai Syarifah Binti S Alwi di Tawau pada 03 April 1955 di Batu 8, Jalan Apas, Tawau.

Sebagai Warganegara Indonesia yang hidup mewah setelah mendapat Warganegara Segera Malaysia, Saripah kini duduk dan berdiri lebih tinggi daripada Anak Jati Sabah yang tembuninya ditanam di hadapan rumah Datuk Abu Bakar Titingan.

Jika Jawatankuasa RCI Sabah ingin mendapatkan bukti nyata, jejak bertapak tersedia di Jabatan Imigresen Tawau dan Pejabat Konsulat Indonesia Tawau dan mungkin jika diperlukan mengesan mereka, seramai 500,000 orang lagi yang menggunakan modus operandi yang sama masih boleh dikesan dengan mudah.

Jangan terkejut jika dilontarkan sebiji kacang kepada 10 orang Warganegara Malaysia di Tawau, sudah pasti terkena 30 batang hidung Warga Indonesia yang mendapat MyKad projek. Wallahualam!
 
 
 
 
 
 

PANAS! Tian Chua Cabar BN Dedah Pemilik Sebenar Jet!


 
Naib Presiden PKR, Tian Chua mencabar kerajaan menyemak status jet peribadi dinaiki Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) semasa lawatan ke Sabah baru-baru ini untuk pengesahan kerana beliau tidak mempunyai kuasa untuk nyatakan perkara itu.

Menurutnya, kerajaan dan orang ramai yang ingin mengetahui status jet tersebut perlu menyemaknya dengan pihak yang sepatutnya.


Katanya,"kita cabar kerajaan untuk semak daripada pihak berkuasa, tanya Menteri Pengangkutan, pergi DCA kalau nak tahu, siapa yang sewa, dan siapa yang uruskan.”

Sehubungan itu Ahli Parlimen Batu ini berkata: “Saya tak menyesal memuat naik gambar-gambar jet yang dinaiki Anwar kerana kita telus.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Dalam laporan media tempatan hari ini, Tian Chua dibidas kerana mengeluarkan kenyataan bertentangan dengan Anwar berhubung isu beberapa pemimpin pembangkang menaiki sebuah jet eksekutif ke Sabah baru-baru ini.

Teguran itu dibuat oleh Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang memberitahu wakil rakyat itu sepatutnya memastikan maklumat yang tepat berhubung jet berkenaan sama ada disewa atau ditaja sebelum membuat sebarang kenyataan.

“Anwar Ibrahim menjelaskannya dan membuat kenyataan mengenai perkara ini. Jadi kita ikut kenyataan itu,” katanya.

Apabila ditanya sama ada beliau mengetahui siapa pemilik jet tersebut, Tian Chua berkata: “Saya tahu tapi saya tak ada kuasa untuk  nyatakannya...pergi tanya pihak yang lebih berkuasalah.”


Sehingga kini, kerajaan enggan mendedahkan pemilik sebenar jet peribadi yang turut digunakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Baharom untuk menunaikan haji ke Makkah, Arab Saudi tahun lalu, namun  janjinya untuk menjelaskan siapa pemiliknya tidak ditunaikan sehingga kini.


Jamil juga menggunakan jet yang sama untuk membawa peserta rancangan realiti 'Solehah' terbitan sebuah stesen televisyen swasta tahun lalu.

Muslihat Penjualan Tanah Oleh Noh Terbongkar! - malaysiadaily


Belum pun reda isu mengenai sarang burung walit dan skandal kolam ternakan udang, nampaknya satu lagi pendedahan berkaitan dengan isu sensitif membabitkan tanah milik kerajaan terbongkar! 
 
Terbaru, Kerajaan Selangor mempertikaikan tindakan kerajaan persekutuan yang didakwa mahu menjual tanah tapak Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) di Serdang, Selangor untuk dibangunkan sebagai tapak sebuah universiti swasta.

Pertanian Negeri, Yaakob Sapari mendedahkan, selain harga yang sangat rendah, penjualan tanah milik Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) itu memberi keuntungan kepada beberapa kerat individu sahaja.

"Saya mendapat makluman dalam mesyuarat exco kerajaan negeri baru-baru ini bahawa tanah milik MARDI di Serdang sedang dalam usaha rundingan dengan beberapa pihak untuk dijadikan tapak universiti swasta yang berorientasikan keuntungan semata-mata," ujar Dr Yaakob.

Nilai jualan tidak dinyatakan dalam kenyataan medianya hari ini.

Bagaimanapun, media rasmi kerajaan negeri Selangorku melaporkan tanah itu ingin dijual dengan harga hanya RM14.50 sekaki persegi sedangkan harga pasaran sekitar RM80 hingga RM100 sekaki persegi.

Dr Yaakob mendesak Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani, Noh Omar tidak meneruskan penjualan tanah tersebut kerana tapak MAHA patut kekal sebagai pusat pertanian dan terus digunakan sebagai Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS).

Sebagai contoh, kata Yaakob, MAEPS yang akan berlangsung antara 23 November hingga 4 Disember depan atas tanah 200 ekar itu dijangka akan menarik kunjungan sehingga tiga juta orang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik itu juga berkata, jika ada pihak swasta yang mahukan tempat itu untuk pembangunan universiti atau hospital, kerajaan negeri bersedia menawarkan tanah lain.

"Ekoran dari itu, kerajaan negeri Selangor menolak permohonan yang dibuat oleh pihak MARDI bagi menukarkan status tanah tersebut dari pertanian kepada perniagaan.


"Diharapkan pihak MARDI membatalkan permohonan jual beli tanah tersebut", kata Dr Yaakob. -jalanpulang


Rakyat Malaysia Harus Berbangga Dengan Kecantikan Isteri PM Kita....

18SX! Fashion Rosmah terkini

Terima Kasih kepada King Jason

Hahahahahaha……

Seperti kata ini memang contoh terbaik “Wassatiyyah Abang Najib”.

Aku secara jujurnya tak suka sentuh peribadi orang. Tapi, bila umNO sibuk duk check moral pemimpin PR, maka aku terpaksa bongkar sikit.

Ostad Nasha, nak join umNO ke untuk mempertahankan Islam????


***Sumber Berita Dari: http://mediaperak.com/2012/09/27/18sx-fashion-rosmah-terkini/

Patutlah Bermati-matian Pertahankan Putrajaya, Ramai Yang Bakal Ke Penjara




Pakatan akan tubuh S’jaya siasat skandal BN jika tawan Putrajaya


Pakatan Rakyat akan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja bagi menyelamatkan sebanyak mungkin wang rakyat yang dibazirkan Umno-BN sebaik gabungan KEADILAN, PAS dan DAP diberi mandat membentuk kerajaan.

Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, fokus suruhanjaya itu terarah kepada skandal pembaziran wang rakyat yang melibatkan pemimpin besar.

“Skandal PKFZ misalnya, ia melibatkan pembaziran wang rakyat RM14 bilion dan yang terbaru penyelesaian di luar mahkamah bagi kes hutang kroni Umno, Tajudin Ramli terhadap Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).

“Skandal besar seumpama ini mesti ada pihak yang bertanggungjawab dan sebab itu perlunya suruhanjaya bagi menyiasatnya,” katanya.


Beliau diminta mengulas isi ucapan beliau di Sungai Petani, Kedah 3 Mac yang menyatakan Pakatan Rakyat akan mengheret mereka yang melakukan rasuah ke mahkamah jika mengambil alih Putrajaya pada PRU akan datang.

Saifuddin berkata, turut tidak terlepas dari fokus Pakatan ialah penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) bertujuan mereformasikan institusi polis.


“Skandal NFC juga tidak akan terlepas kerana wang rakyat turut dibazirkan keluarga pemimpin Umno dengan menggunakan dana awam RM250 juta itu.

“Malah rakyat yang juga pembayar cukai sangat berharap wang mereka dikembalikan ekoran salahguna kuasa yang dilakukan keluarga menteri dalam projek ini,” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, ucapan maaf Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini adalah taktik berlepas diri dengan meletakan kesalahan di bahu pemimpin lain.

“Sepatutnya Najib mengakui salah beliau, kerana beliau menteri Umno sejak puluhan tahun, malah mewarisi sistem Umno yang mengekalkan rasuah dalam pentadbirannya dan Najib sudah menjadi PM hampir tiga tahun,” ujarnya.

Oleh itu, beliau mengingatkan Najib bahawa rakyat sudahpun membuat pendirian dan yakin pengundi akan memastikan Umno BN tersungkur pada PRU akan datang.