Followers

Friday, May 4, 2012

ISU JIRAT CINA!!! Perkasa nak tembak PAS tapi UMNO yang kena ??

Sepatutnya serang BN, kerana jirat itu mereka yang luluskan.


Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

(Petikan Nota Utara, Harakah)

Foto: Ehsan jurugambar Warta Darul Aman


Selang dua hari selepas Himpunan Bersih 3.0, sekumpulan penduduk dari beberapa buah kampung di Mukim Karangan, Kulim mengadakan himpunan haram di hadapan Wisma Darul Aman. Mereka datang dengan empat buah bas yang membawa kanak-kanak (yang dipaksa ponteng sekolah), wanita, orang tua dan lain-lain untuk menyatakan bantahan terhadap pembinaan tanah perkuburan Cina (jirat) yang kononnya dibangunkan di atas tanah berstatus Simpanan Melayu.


Penulis tidak pasti benarkah mereka itu penduduk dari kawasan terbabit atau 'pemain import' dari kawasan lain sebab tidak kenal kesemuanya. Cuma sebahagian dari mereka yang dikenali adalah orang yang pernah mengaku sebagai ahli khariah Madrasah Salihiah Kanchut. 

Sewaktu demonstrasi membantah perobohan bangunan Salihiah dahulu mereka memegang hailer membelasah kerajaan negeri, sekarang pun orang yang sama juga yang menggalas hailer. Pelik juga ada manusia yang boleh bernaung di bawah dua buah khariah yang sama serentak, sedangkan antara Alor Setar dan Kulim jaraknya lebih dari 100 km.

(Kanak2 yg tidak berdosa dipaksa ponteng sekolah untuk berdemonstrasi secara haram, mujur polis tak tembak gas mokalau tidak teruklaa makcik2 tu selak kain buat lap muka)

Bersama-sama mereka juga adalah para lelaki yang memakai baju hitam ala Perkasa, duduk beramai-ramai di atas jalanraya di hadapan Wisma Darul Aman. 


Mereka turut menahan setiap kereta yang keluar dari Wisma Darul Aman, mengarahkan cermin kereta diturunkan kononnya untuk mempastikan supaya Menteri Besar tidak terlepas keluar. Lagaknya kira-kira macam samseng Kampung Dusun.


Apa yang diperjuangkan oleh kumpulan tersebut? Mereka menuntut supaya Kerajaan Negeri membatalkan projek pembinaan jirat Cina di atas tanah seluas 190 ekar di Sungai Kob. 


Hujah mereka tanah tersebut berstatus Simpanan Melayu serta jirat Cina tersebut tidak sesuai diadakan di kawasan yang terdapat ramai penduduk Melayu/Islam. 


Mereka menuduh projek tersebut diluluskan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Kedah. Asas penentangan mereka adalah berkaitan isu perkauman, selari benar dengan perjuangan Umno dan Perkasa.


Penulis pernah membuat penjelasan mengenai isu berkaitan dalam keluaran terdahulu. Persoalan paling pokok ialah benarkah jirat Cina itu diluluskan oleh kerajaan Pakatan Rakyat? Jawapannya, tidak benar! 


Projek pembinaan jirat Cina itu telah diluluskan pada 2007 di masa Menteri besarnya ialah Datuk Seri Mahdzir Khalid. Serentak dengan kelulusan tersebut, penduduk kampung sudah bangkit membantah. 


Sewaktu kerajaan negeri termanggu-manggu mencari penyelesaian tiba-tiba kerajaan BN tumbang di Kedah.

Maka macam biasa beban pun terpikul kepada kerajaan PR. Untuk tidak memberi kelulusan projek dari awal adalah lebih mudah dari membatalkan projek yang telah diluluskan. Maka kerajaan perlu memikirkan kaedah terbaik supaya kedua-dua pihak berpuas hati.

(Perancang kepada tindakan kumpulan tersebut ialah Sobri Sudin (foto atas, tengah). Yang pakai helmet kat bawah tu ialah Padi Jantan, blogger upahan UMNO)

Langkah pertama yang dilakukan oleh kerajaan negeri dalam mencari penyelesaian ialah Majlis Perbandaran Kulim menganjurkan dailog melibatkan pemaju dan penduduk. Rumusan terbaik dari dailog tersebut ialah perlu ada zon penampan (buffer zone) lebih lebar di antara tempat perkuburan dan perkampungan yang terdekat.


Jika di zaman BN zon penampan cuma melibatkan tanah seluas 20 ekar, tetapi hasil perbincangan semua bersetuju zon penampan dilebarkan sehingga melibatkan keluasan 80 ekar. Cadangan terbaru itu diluluskan oleh kerajaan negeri. 


Zon penampan mempunyai tembok dan ditanam pokok-pokok besar. Jaraknya hampir satu kilometer. Kira-kira tidak sampai 10 keluarga yang tinggal berhampiran sempadan zon penampan tidak akan nampak tapak perkuburan tersebut.

(Foto atas kanan sekali tu ialah Mansor pejuang Madrasah Salihiah, laa ni tukaq khariah dah kot pi dok Kulim pulak..keh, keh, keh. Foto bawah, Padi Jantan sedang sibuk ambik gambaq nak masuk blog dia untuk proses pemutarbelitan dan pembohongan)


Pembangkang dengan nada perkauman mendakwa kerajaan PAS lebih lunak dengan pemaju apabila menambahkan lagi keluasan tapak jirat Cina. Memang betul keluasan projek ditambah dengan tujuan melebarkan lagi zon penampan bukan menambah keluasan tapak perkuburan.


Projek yang diluluskan pada tahun 2007 itu adalah tanah milik bukan Melayu (Cina) tetapi berstatus Simpanan Melayu yang dibeli oleh datuk neneknya pada 18 April 1926.  


Penulis ingin membetulkan status tanah tersebut, di mana dalam keluaran terdahulu ianya didakwa sebagai bukan Tanah Simpanan Melayu. Memang di negara ini masih terdapat Tanah Simpanan Melayu yang menjadi milik bukan Melayu. 


Pemilikan terhadap tanah tersebut berlaku sebelum zon Tanah Simpanan Melayu diwartakan pada 4 April 1933 oleh penjajah British. Tuan tanah bukan Melayu masih berhak ke atas tanah tersebut cuma mereka tidak berhak menukar status tanah serta mesti mematuhi syarat-syarat ke atas tanah tersebut seperti yang termaktub dalam syarat-syarat Tanah Simpanan Melayu. 



Timbul persoalan, jika dari awal sudah tahu statusnya Tanah Simpanan Melayu mengapa kerajaan negeri luluskan juga untuk projek pembinaan jirat Cina yang bertentangan sama sekali dengan roh sebenar kewujudan Tanah Simpanan Melayu? Jawapannya, kena bertanya kepada kerajaan BN dahulu kerana mereka yang luluskan!

Kumpulan yang berdemonstrasi itu membantah tindakan kerajaan meluluskan tanah berstatus Simpanan Melayu yang cuma seluas 190 ekar untuk dijadikan jirat Cina. 


Yang meluluskan BN, yang diserang ialah PR. Tetapi bagaimana pula tentang kehilangan 1280.5 hektar Tanah Simpanan Melayu yang hilang di zaman BN. Terdapat 4845.22 Tanah Simpanan Melayu yang ditukar ganti (swapping) menjadi tanah Pegangan Bebas untuk tujuan perumahan, hanya 3564.72 yang berganti. Mengapa kumpulan tersebut tidak mengadakan himpunan mengecam kerajaan negeri BN dahulu?

(Buka tingkap kami nak cek tengok sapa, jangan melawan mokalau tak mau kami kalih kreta mcm Bersih nuu.. pak gad hang pi dok tepi, hari ni kami berkuasa)

Bagi perjuangan kumpulan yang terlebih Melayu itu, kekesalan atau kemarahan mereka bukan terhadap hak Melayu yang hilang (atau dianggap hilang) tetapi pihak mana yang menghilangkan. 


Jika pihak yang telah menghilangkan hak Melayu itu BN maka mereka buat pekak badak, tetapi jika yang (dianggap) menghilangkan itu PR, maka mereka pun meracau macam orang meroyan.

(Wakil penduduk diberi penjelasan panjang lebar oleh YAB Menteri Besar mengenai isu sebenar sehingga fahamlah mereka apa yang telah berlaku)
(Wakil penduduk yang telah faham isu sebenar memberi penjelasan pula kepada anak-anak buahnya,sehingga fahamlah akan anak2 buahnya. Alhamdulillah segalanya selesai dengan baik)

 

Suntingan oleh: Pak Dee Jantan
PASPB

SABAH STANDS OUT!


IT HAS been a hectic 10 days in Sabah, starting with a whirlwind visit of Prime Minister Najib Razak who was followed by his deputy Muhyiddin Yassin and former Prime Minister Mahathir Mohamed. 
 
Throughout this short period, a consensus is reached: Rich Sabah is poised to be Malaysia’s richest. And the credit goes to Chief Minister Musa Aman.
 
Najib has made it clear that he will continue to work with Musa to develop Sabah. Muhyddin says that investors are attracted to Sabah because of Musa’s business friendly policies. 
 
And during a public lecture at the Universiti Malaysia Sabah on May 1, Mahathir told his audience that Sabah will soon become Malaysia’s richest as it develops its oil and gas industries.

Sabahans showed their wealth at the week-long Malaysia’s unit trust fair which was held in Kota Kinabalu for the first time from April 20 to 28. It was launched 13 years ago by Permodalan Nasional Berhad, the country’s investment company. 
 
Sabahans in fact need little education on investment. About 1.08m of them, roughly a third of the state’s population, have invested 12 billion ringgit ($4 billion) in PNB’s trust funds. This makes them the fifth largest group of investors in the country.

Najib was moved to tell PNB to invest in Sabah’s tourism, agro and marine-industries which his government has earmarked under his massive 1.4-trillion ringgit economic transformation programme to turn Malaysia into a developed country by 2020.

And by the time Muhyiddin came to close the fair, a record of almost 270,000 people have visited it – all eager to find out what they can do with their money sitting in the bank.

Foreign investors are flocking to Sabah as they have confidence in Musa’s administration, according to Muhyddin. In fact Sabah had the third largest foreign direct investments last year at 13.7 billion ringgit.

Recently, Sabah scored a coup with a 2-billion ringgit joint-venture with America’s Darden Restaurants to build the world’s biggest lobster farm off Semporna on the southeastern Sabah coast. Insight Sabah can confirm that the project was headed for Singapore if not for Musa Aman. 
 
Bill Herzig, Darden's senior vice-president, says his company is attracted by the Sabah government policy that encourages economic growth. Sabah’s marine environment is also well suited to lobster farming.

Mahathir notes that Sabah is well poised for a booming oil and gas industry with spin-offs from the Sabah Oil and Gas Terminal in Kimanis and the 4.7-billion ringgit Sabah ammonia and urea project (samur) in Sipitang which is turning into an oil and gas industrial park.
 
The first 45-billion ringgit worth of projects is taking off. They include a 500-km (313-mile) undersea pipeline from Kimanis to Bintulu that costs 5.5 billion ringgit, a 1-billion ringgit 300-megawatt gas-fired power plant and a 1-billion regasification terminal in Lahad Datu on the east coast. (Insight Sabah)

Thursday, May 3, 2012

RAKYAT JUGA KUMPULKAN GAMBAR POLIS YANG MENGGANAS


SIAPA ORANG JAHAT INI?













KENALI DAN CARI MEREKA
PENGUMUMAN UNTUK SEMUA

orang ramai juga wajib
mengumpulkan muka muka
polis yang mengganas

telah bagitu lama
orang ramai di ganasi
masanya telah sampai
untuk orang ramai bertindak

anak anak muda yang cekap IT
sila kumpulkan muka muka
polis yang mengganas

orang ramai juga bolweh menyaman
kalau tak boleh disaman di malaysia
kita saman di eropah
macam najib kena saman sekarang

ngo ngo eropah
sedia menunggu
untuk membantu

KUMPULKAN GAMBAR ORANG JAHAT INI

BERSIH 3.0 : SENARAI 49 DIKHENDAKI POLIS - mkini

Polis hari ini mengeluarkan gambar senarai 49 yang dikehendaki ekoran penglibatan mereka dalam perhimpunan BERSIH 3.0 pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata, kenyataan mereka diperlukan untuk membantu siasatan dalam perbagai kesalahan bawah Kanun Keseksaan.

Dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini, Mohmad berkata, kesemua 49 nama itu diminta menyerahkan diri di balai polis berdekatan secepat mungkin.

Katanya, polis menerima 258 laporan berkaitan perhimpunan itu daripada pelbagai pihak.


layari radio bangsar utama:


EDISI LUCAH: Pengorek & 'Rasa' Taik Hidung

 

 
*Amaran: Untuk pembaca 18 tahun keatas sahaja. Untuk yang bawah umur sila dapatkan kebenaran ibubapa atau penjaga. Eeekekekeeee!!!
 
Syiooooooooooookkk!!! Apa yang syok? kah kah kaaaaaaaaaaaaahh!! Betul betul melampau, terlampau sangat.. Pada pembaca, andaikata aku ditangkap kerana menyiarkan gambar 'lucah' terlampau ni, maka aku nak korang desak polis tangkap gak puak puak lembu yang selalu posting gambar lucah.. heheheeee..
No wonder Kementerian Pelajaran macam kurang pelajaran je.... is that Datuk Wee Ka Siong behind there?   Dia korek taik hidung pas 2 dia makan, mungkin dia nak buat kajian kot, apa ubat boleh di buat dari taik hidung.. 


eeeiiiiii... 
Rasa assamm... masinnn!!
Waaaaaaaakakkakaaaa!!!


Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. 
 
Era Pasca 





Tun Mahathir turun padang berkempen? Oleh: anaabdullah


"Marah pada Tun Abdullah Ahmad Badawi, Tun Mahathir Mohamad  boikot kempen pilihanraya Dun Sungai Pinang negeri Sembilan tidak lama dulu.

Bukan setakat itu saja, Tun Mahathir Mohamad keluar umno dan masuk semula setelah Tun Abdullah meletakkan jawatan perdana menteri dan menyerah presiden umno kepada Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Demikianlah marahnya bekas perdana menteri kepada perdana Menteri ke 5 yang menggunakan alasan bahawa Tun Abdullah membenarkan  rasuah berleluasa zaman memerintahnya.

Kebetulan calon yang bertanding di DUN Sungai Pinang, Tan Sri Isa Samad yang terbabit dan telah disabit melakukan rasuah.

Betul ke begitu, sehingga Tun Mahathir bertindak keluar umno dan telah berikrar tidak akan masuk semula sekiranya Tun Abdullah tak letak jawatan.

Persoalan yang timbul Adakah zaman dia memerintah selama 22 tahun itu tiada rasuah atau rasuah zaman pemerintahan Datuk Seri Najib sudah hapus atau indeknya turun mendadak membuat Tun Mahathir turun berkempen.

Kini Tun Mahathir turun padang untuk berkempen bagi pihak perdana menteri 1 malaysia. Bukan setakat berkempen, malahan telah menfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim sedemikian rupa.

Kita tidak hairan dengan fitnah yang dibuat Tun Mahathir terhadap Anwar Ibrahim dikebanyakan bicara negarawan, kerana fitnah itu adalah ujian kepada seseorang manusia diatas muka bumi Allah ini.

Saya tengok Anwar sudah lulus beberapa ujian dan mungkin banyak lagi fitnah untuk menguji Anwar Ibrahim yang dikatakan bakal perdana menteri ke 7 selepas PRU 13 nanti.

Tun Mahathir Mohamad, dalam majlis bicara negarawan anjurkan Yayasan Islam Terengganu di Stadium tertutup Gong Badak Kuala Terengganu pada 3 Mei 2012 Jam 9.00 pagi mengulangi fitnah terhadap Anwar.

Tun Mahathir yang mengaku idolanya ialah Nabi Mohammad SAW tak wajar melakukan fitnah pada seseorang. Apa tah pada Anwar Ibrahim tokoh yang beliau sanjung dulu itu.

Nampak dengan jelas Tun Mahathir cuba dengan sedayaupaya dan bekerja keras berkempen untuk menburuk buruk reputasi Anwar dan membersihkan nama Najib yang tercalar imejnya.

Disamping itu, tidak ketinggalan disentuhnya  juga pasal hukum hudud yang diluluskan enakmennya oleh kerajan Kelantan.Kita tidak tahu mengapa Tun Mahahthir sangat tidak berkenan  dengan hukum Allah.


Tranungkite Online

Kenapa Mahathir Beriya-Iya Suruh Azmin Saman Utusan RM100 Juta?



Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali digesa mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman pihak yang memalukannya berhubung penyebaran gambar yang mengaitkan beliau dengan aksi panas bersama seorang wanita, baru-baru ini.

Bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad berkata tindakan saman oleh Azmin adalah langkah sewajarnya diambil untuk membersihkan namanya setelah dipalit kontroversi berkenaan.

"Dia boleh nafi itu bukan dia. Saya harap dia bawa orang itu ke mahkamahlah.

Kena saman malu, RM100 juta ke... RM500 juta ke...buat macam tu (penyebaran gambar) nak bagi malu Azmin saja, jadi dia patut bawa ke mahkamah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pihak media selepas program Bicara Negarawan bersama Tun Dr Mahathir Mohamad dengan tajuk 'Cabaran Umat Islam Masa Kini : Persepsi dan Realiti' anjuran kerajaan negeri Terengganu dengan kerjasama Institut Pengajian Strategik dan Integriti Terengganu di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Terengganu Ahmad Said dan dan lebih 5,000 peserta.

Ketika ditanya pendapatnya tentang kesahihan gambar berkenaan, Dr Mahathir berkata beliau tidak percaya kepada gambar, namun tidak ada apa yang mustahil dalam dunia ini.

"Kadang-kadang kamera dalam tandas pun orang letak juga," katanya.
  
Berikutan penyebaran gambar berkenaan, Azmin yang juga Anggota Parlimen kawasan Gombak, dilaporkan berkata imej lelaki dalam gambar lucah itu bukanlah dirinya dan menganggap ia sebagai fitnah terhadap beliau menjelang pilihan raya umum ke-13.

DI KEPALA BATAS, Ketua Penerangan Pemuda Umno Reezal Merican Naina Merican mahu Azmin membuktikan bahawa gambar lelaki dalam aksi panas dengan seorang wanita yang tersiar dalam akhbar dan beberapa laman blog bukan dirinya.

Reezal berkata Anggota Parlimen Gombak itu perlu tampil membuktikan bahawa gambar itu bukan beliau dan bukan hanya menafikannya sahaja.

"Bukan penafian yang orang mahu tahu sebaliknya beliau (Azmin) perlu tampil buktikan bahawa gambar lelaki itu bukan dia dan jangan hanya mahu tuduh kita (Umno) yang sebarkan gambar berkenaan.

"Ini bukan agenda kita (penyebaran gambar Azmin) kerana Pemuda Umno lebih fokus untuk mendekati golongan muda dan membantu rakyat, kita tidak ada masa untuk sebar gambar beliau," katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan bersama pemimpin Persatuan Ibu Bapa dan Guru Kawasan Parlimen Kepala Batas.

Reezal berkata demikian bagi mengulas kenyataan Azmin yang mengaitkan Umno dalam penyebaran fitnah berkenaan untuk mengaibkan beliau dan keluarga.

Beliau dilaporkan berkata fitnah jelik ini disebarkan oleh media yang dikuasai Umno yang memetik sumber blog pro Umno,fitnah itu memaparkan seorang lelaki yang mereka tohmah sebagai beliau bersama seorang wanita dalam tandas.

Reezal yang juga Ketua Pemuda Umno Kepala Batas berkata beliau tidak menolak kemungkinan penyebaran gambar berkenaan itu dibuat oleh 'orang rapat Azmin' yang tidak suka dengannya.

"Tidak mustahil rakan-rakannya yang sebarkan kerana ramai  dikalangan mereka tidak suka dengan beliau (Azmin), jadi jangan hanya mahu menuduh Umno," katanya.


Jalan Pulang

[DASYAT] Anggota Polis Dituduh Cabul Remaja 15 Tahun Dalam Kereta Peronda


Kota Bharu - Seorang anggota polis trafik berpangkat Cif Inspektor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan melakukan seks di luar tabii dan mencabul seorang pelajar perempuan tingkatan tiga di dalam sebuah kereta peronda, dua tahun lalu.

Tertuduh Ishak Mahmud, 45, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Azman Mustapha dan minta dibicarakan selepas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, Ishak didakwa melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan luar tabii dengan menyuruh seorang remaja perempuan berusia 15 tahun melakukan perbuatan tidak senonoh tanpa kerelaan mangsa di dalam sebuah kereta peronda polis jenis Proton Perdana di kawasan Kampung Air Terjun, Pasir Puteh pada jam 2 pagi, 2 Oktober 2009.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Pada tarikh, waktu dan tempat sama, Ishak yang berasal dari Pasir Puteh turut didakwa melakukan kekerasan jenayah dengan niat mencabul mangsa yang sama.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan.

Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya Intan Nur Hilwani Mat Rifin tidak menawarkan sebarang jaminan berikutan kesalahan serius yang dilakukan tertuduh membabitkan kepentingan awam.

Bagaimanapun, peguam bela, Rosmizan Sulaiman memohon tertuduh dibenarkan dilepas dengan jaminan yang munasabah dengan mengambil kira latar belakang keluarga, kesihatan tertuduh serta rekod bersihnya sepanjang berkhidmat.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan mengenakan syarat tambahan iaitu tertuduh serta ahli keluarga terdekat tidak boleh mendekati mangsa sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 12 Jun depan untuk sebutan semula kes. -SH


Ulasan GB

Hukum kebenaran dan keadilan tetap berjalan. Apabila polis tidak mahu mengaku keganasan dan kezalimannya, Allah sendiri akan dedahkan perlakuan jijik anggota polis.

GB sudah ulas dahulu:

Inilah senario yang hodoh berlaku di dalam KDN & PDRM.

Kejadian jenayah menjadi-jadi di kalangan anggota PDRM kerana ada menteri yang membelanya - bahawa bilangan anggota polis yang melakukan jenayah adalah kecil berbanding jumlah anggota PDRM keseluruhannya.

Sindrom memberikan alasan sedemikian amat-amat tidak wajar kerana ia persis menggalakkan lagi perbuatan jenayah dan salahlaku polis yang sepatutnya bertindak membenteras jenayah - tetapi kini, mereka sebenarnya penjenayah.

Sebelum ini GB sudah ulas di dalam kes seorang anggota polis ditahan kerana merogol pelajar tingkatan 5 di dalam balai polis. Petikan:

Semakin banyak kita temui kisah polis merompak, mengugut, membunuh, merogol dan melakukan hal-hal mengejutkan yang menyebabkan jenayah terus berleluasa kerana ia dilakukan oleh orang yang ada pistol...

Dalam balai polis pun boleh berlaku kejadian rogol. Apakah ini juga bererti perempuan jangan dekati balai polis? (Tambahan: Dan kini di dalam kereta peronda pun boleh berlaku kejadian rogol. Apakah ini bererti perempuan jangan naik kereta peronda apabila diminta?)

Atau semua balai polis perlu letak signboard besar-besar, "KAMI JAMIN TIADA PEROGOL & PENJENAYAH DISINI!" supaya orangramai berani ke Balai Polis?

Sekali lagi ingin GB tegaskan, kita tidak bermaksud untuk orang membenci polis, tetapi perbuatan polis itu sendiri mengundang kebencian rakyat terhadap mereka.
 
 


 

KERANA KUNING NAJIB PENING... KERANA INTERPOL NAJIB MAKIN HARU..HEHEHE


TERKINI! Najib Altantuya Boleh Kena Waran Tangkap Jika Tolak Sapina!!
Waran tangkap antarabangsa boleh dikeluarkan oleh hakim Perancis jika saksi enggan membantu sesuatu siasatan selepas sepina dikeluarkan.

Menurut peguam Perancis, Joseph Breham (gambar bawah), yang mewakili NGO Malaysia, Suaram, dalam aduan awam berhubung dakwaan membabitkan sogokan jutaan ringgit dalam urusniaga pembelian senjata, "amaran merah" boleh dihantar kepada Interpol sebagai langkah terakhir.

JANGAN BIARKAN PANDDY KUTTY INI TERUS TIPU MELAYU

 ANAK PANDDY KUTTY
RAKYAT PERLU LEBIH RASIONAL: MADEY - meloya

KUALA TERENGGANU 3 Mei - Rakyat negara ini perlu lebih rasional agar tidak terus diperbodoh dan diperalatkan pemimpin pembangkang yang tergamak menghalalkan demonstrasi ganas demi kepentingan tertentu dan cita-cita mereka untuk merebut kuasa.

Mahathir Mohamad berkata, jika rakyat berterusan terpedaya dengan usaha pembangkang itu, mereka sebenarnya turut sama bersubahat kerana perbuatan sedemikian jelas bercanggah dengan ajaran Islam.

"Saya harap rakyat tidak mudah diperalatkan orang lain. Jika tidak, kita (rakyat) pun bersubahat sama melakukan perbuatan keji (rusuhan ganas) yang bercanggah dengan ajaran Islam.
"Jangan biar diri kita terikut-ikut dan jadi ganas seperti mana dianjurkan pihak tertentu untuk menghancurkan negara. Negara kita akan sentiasa aman damai kalau kita tidak terpengaruh dengan perbuatan mereka ini," katanya

KAH KAH KAH.....KAH KAH KAH.....KAH KAH KAH
woit...BILA MADEY CAKAP HAL ISLAM... BABI MULA TERBANG.... kah kah kah..

kah kah kah...BILA MADEY CAKAP HAL ISLAM....BABI MULA NAIK HAJI...kah kah kah..

kah kah kah..BILA MADEY CAKAP HAL ISLAM...BABI MULA JUMPA ANAK MADEY...kah kah kah..

kah kah kah...BILA MADEY CAKAP HAL ISLAM...BABI MULA BINCANG DENGAN MIRZAN... kah kah kah..

kah kah kah...BILA MADEY CAKAP HAL ISLAM.. MIRZAN BELI KILANG ARAK...kah kah kah..

kah kah kah...BILA MADEY CAKAP HAL ISLAM TANDA GEROMBOLAN AKAN MAMPOOOS...kah kah kah









MALAM INI RADIO BANGSAR - TERUS MENERUS DARI DEWAN CHINA
sila layari radiobangsarutama.blogspot.com
malam ini dari jam 8.00 radiobangsar
akan membuat siaran langsung
forum keganasan polis dan duduk bantah

malam ini juga radiobangsar
akan melaporkan berita berita
dari paris tentang kes rasuah najib

sila layari sekarang:



Bob Kuman Meninggal Dunia Pukul 4.38 Petang Tadi - Dicatat oleh Tuk Kiyai

 

Kematian Bob Kuman disahkan oleh rakan karib beliau, Encik Razali Harun. Al-Fatihah....

Panas!!Darah Anwar Halal Dibunuh ??

 
Sumber gambar penuh di sini.

 Pencacai Rejim Najib nak bunuh Anwar Ibrahim? Sebenarnya, beginilah mentaliti kebanyakan pencacai dan penyokong Rejim UMCO, melulu tanpa mencari maklumat sebenar tentang sesuatu perkara. Akibat terlalu mempercayai berita di media perdana/blog, ada pencacai yang bertindak di luar jangka. Hal yang sama berlaku kepada pencacai yang tidak tahu atau gagal berhujah. Mereka memaki hamun dan mencaci sesuka hati tanpa memberikan hujah yang bernas. Banyak sangat spesis ini saya temukan di blog dan di kumpulan FB termasuk fanpage DCM.

Dalam kes ini (gambar), penjilat Rejim UMCO menulis "Darah Anwar Ibrahim Adalah HALAL Untuk DIBUNUH". Tulisan yang jelas berunsur ugutan jenayah!


P/s: Harap polis yang memantau FB dan laman sosial yang lain bertindak kerana tulisan seperti ini akan mempengaruhi orang yang berIQ rendah dan taksub kepada provokasi pihak tertentu.
 
 
Duniacacamerba

Islam itu Addin bukanya Religion - TG Hj Hadi interview reporter2 cap ayam, terkulat2 kena soal

Kisah Benar: Orang memaki Tok Guru akhirnya tak boleh bercakap ! - Wartautara.com

 
Dulu di kampungku terdapat sebuah surau separuh batu separuh kayu, menjadi tempat warga desa mendirikan solat fardu berjamaah, sekarang surau itu sudah tiada lagi kerana di atas tapaknya dibina sebuah masjid mukim.

Waktu itu seorang imam dengan sukarela mengetuai imam solat, sekaligus mengajar fardu ain untuk warga desa terutama muslimat. Bila ada majlis tahlil, sang imam ini dijemput mengetuai pembacaan tahlil. Justeru beliau layak dikatogerikan sebagai antara tok lebai yang disegani di desa ku.

Pada awal beliau menjadi imam dan mengajar agama kepada warga, ramai jamaah datang mengikuti kuliahnya terutama kuliah Maghrib dengan menadah kitab. Tapi tiga atau empat tahun kemudian jamaah semakin berkurangan. Ramai yang tak mahu bersolat dengan berimamkan Tok Lebai itu lagi. Mengikuti kuliahnya juga tak mahu. Akhirnya tinggal beberapa orang saja yang “malu mata” untuk melarikan diri darinya.

Bila ditanya kepada warga, mengapa kalian tak ikut bersolat di surau Tok Lebai Pakcu, masing- masing menjawab “ Tok Lebai Pakcu Paie tu dah berubah, tidak lagi seperti mula-mula dulu. Dulu bagus. Sejak akhir-akhir ini beliau kutuk Tok Guru Nik Aziz Nik Mat habis-habisan dalam kuliahnya”.

Perubahan mendadak Tok Lebai Pakcu itu kononnya setelah beliau mendapat sedikit habuan daripada pemimpin UMNO setempat, sebelumnya tidak begitu. Ramai warga desa puji beliau. Ilmunya lumayan setakat untuk mengajar fardu ain warga desa.

Dari sehari ke sehari sumpah saranahnya kepada Tok Guru Nik Aziz semakin kuat dan lantang, sehinggalah suatu hari Tok Lebai Pakcu jatuh sakit. Permulaannya kurang selera makan, disertai dengan tak boleh bercakap.

Dibawa ke hospital, pernah tinggal di wad, tapi menurut keluarganya, doktor yang merawat memberitahu, masih belum dikenalpasti penyakit apa menyerang Tok Lebai Pakcu.

Saya sempat menjengok beliau. Saat itu tubuh badannya seperti papan sekeping, tersangat kurus. Suaranya hilang. Hanya dua biji mata bergerak-gerak sebagai tanda isyarat kepada keluarganya, meminta air.

Abang ipar saya yang kerap menziarahinya kerana kebetulan rumahnya berdekatan memberitahu; katanya kelmarin keluarga terdekat Tok Lebai Pakcu membisik kepada Pakcu “ Pakcu, kalau ambo gi minta air tawar (air doa) Tok Guru Nik Aziz lagumana, nak minum kah?. Pakcu banyak buat salah kepada dia, dok kata macam-macam kat Tok Guru, sedang Tok Guru tak buat salah apapun kepada Pakcu.”

Mendengar kata-kata keluarganya itu, serta merta terbuka biji matanya, kepalanya bergerak-gerak, seolah-olah bersetuju dengan cadangan keluarganya. Tapi saat itu Tok Lebai Pakcu hampir nazad. Beliau menutup usia beberapa jam selepas itu.

Saya tidak mahu meletakan sakit dan matinya dikeranakan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat. Sakit serta ajalnya sudah ditentukan Allah SWT.
 
 
 
 
 

UMNO pada PRU-13 Nanti - Blog Lensahandphone

 


Sebelum ini UMNO telah dibuka keahliannya agak diluar Melayu di Sabah. UMNO pada PRU-13 nanti akan menjadi lebih terbuka dengan SPR....

Tercapai juga cita-cita dan hasrat Tun Mahathir!!

Pemuda Dungun

KANTOI: Polis Ini Bangga Bercerita Tentang Dia Memukul Peserta BERSIH 3.0 di FB - Dicatat oleh Tuk Kiyai

 
Bukti printscreen kaki pukul berlesen. Kredit: JKKK FanClub

Polis ini berbangga dapat menibai peserta BERSIH 3.0 sehingga pecah kepala. Rupa-rupanya OCPD Dang Wangi yang mengarahkan mereka berbuat demikian. Bacalah kat wall polis ini...
Jom terjah FB Polis ini untuk sebarang pertanyaan mengenai pengalaman beliau pada BERSIH 3.0.

Read more: http://kafesantai.blogspot.com/2012/05/kantoi-polis-ini-bangga-bercerita.html#ixzz1tlD6xZ00

KANTOI! Najib Altantuya Tipu Gaji Mimima!!


Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, gaji minimum RM900 diumum kerajaan meliputi elaun sara hidup dan pekerja hanya memperoleh RM700 hingga RM800 gaji asas.

"Kajian Kementerian Sumber Manusia mendapati satu pertiga daripada pekerja Malaysia hidup dengan gaji RM700 iaitu di bawah garis kemiskinan.


"Upah kadar minimum RM900 dan RM800 sebenarnya termasuk elaun sedangkan gaji asas masih antara RM700 dan RM800.


"Ini bermakna, hampir tiada perubahan. Pakatan Rakyat pula mencadangkan gaji minimum sebanyak RM1,100 iaitu jumlah yang releven," katanya dalam satu kenyataan.


Rafizi turut mempertikai masa yang terlalu lama diambil kerajaan untuk mengumumkannya walaupun Parlimen meluluskan Akta Gaji Minimum pada Jun 2011.


"Kerajaan Persekutuan sepatutnya dijadual mengumumkannya pada Disember 2011. Namun kenyataan Najib semalam dibuat setengah tahun lewat, seolah-olah hanya sandiwara menjelang pilihan raya.

Piket seluruh negara

Sementara itu, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) merancang mengadakan piket di seluruh negara menyatakan rasa tidak puas hati terhadap jumlah tersebut.


Pengerusi MTUC Pulau Pinang, S Ravindran berkata, pekerja tertipu dengan RM900 bagi Semenanjung manakala di Sabah dan Sarawak mendapat RM800.


Beliau berkata, golongan pekerja kecewa apabila jumlah yang diumum Najib termasuk elaun tetap kepada gaji asas.


"MTUC mencadangkan RM900 gaji minimum ditambah RM300 elaun sara hidup atau RM1,200 sebagai gaji minimum," katanya.
 
 
Jalan Pulang

Aksi Brutal Polis yang Wajib Ditonton!! Dicatat oleh Tuk Kiyai



Sedih melihat bangsa Malaysia diperlakukan sedemikian rupa oleh polis yang juga berbangsa Malaysia di tanah yang bebas daripada penjajah. Sudah hilangkah perasaan belas  kasihan dalam diri mereka? Ditibainya demostran beramai-ramai. Seolah-olah menjadi  'lauk' kepada mereka...Kalau begitulah kelakuan mereka ketika bertugas, maka tidak hairanlah apa yang berlaku kepada jasad Altantuya.

Apakah reaksi anda jika mangsa itu adalah anak/abang/adik/kakak/suami/isteri anda? 
Sedih, rakyat marhaen yang ingin menyatakan hak mereka di dalam negara yang kononnya mengamalkan demoKERASI diperlakukan sedemikan rupa...


Saya yakin masih ramai lagi polis yang baik dan berwibawa dalam menjalankan tugas mereka...

BERSIH 3.0 : Bersih 3.0 Paris [Video]

3,000 dijangka hadir debat PTPTN Khairy-Rafizi Berita Oleh: mahasiswa_united


"SHAH ALAM - Debat PTPTN antara Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli Khamis ini, yang dijangka dihadiri 3,000 orang, diharap akan muncul forum yang bakal menghasilkan input menarik untuk orang ramai khususnya kumpulan sasaran.

Debat bertemakan "Pemansuhan PTPTN & Hala Tuju Pendidikan Tinggi" akan berlangsung di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor di Seksyen 7 di sini, jam 8 malam.

Mengulas mengenai persiapan ke arah debat yang dilihat sebagai 'pertemuan bersejarah' dua pemimpin muda itu, Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Abdul Jalil Ali berkata, pihaknya menganggap debat kali ini sebagai wacana kali ke-14 - satu lagi ruang untuk membicarakan isu menyentuh kepentingan ramai.
Abdul Jalil juga yakin akan menerima sokongan dan sambutan baik daripada para hadirin yang bakal membanjiri Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor.

"Lagipun sepanjang 12 wacana yang telah diadakan sebelum ini, para hadirin telah memperlihatkan satu sikap yang matang, dan kami berharap mereka akan menunjukkan persekitaran yang sama ketika debat Khamis ini," kata beliau lagi.

Lagi pun, katanya, pendebat sendiri merupakan personaliti-personaliti yang ada kredibiliti dan "pendirian jelas tentang isu ini."

"Kami berharap kedua-dua mereka akan terbuka dalam memberikan pandangan dan pendirian mengenai isu PTPTN," katanya lagi.

Abdul Jalil menjangkakan 3,000 orang akan menghadiri debat kali ini.

"Mengambil kira ciri debat itu sendiri, sebanyak 2,000 kerusi masing-masing 1,000 kerusi dikhususkan kepada pengikut dan penyokong Khairy dan Rafizi manakala baki 1,000 untuk orang ramai.

"Oleh itu, kami mengharapkan kerjasama semua pihak bagi memastikan kelancaran sesi debat. Saya mengharapkan kerjasama daripada semua pihak ketika debat, dan mengikut arahan dan panduan pihak keselamatan dan sekretariat," katanya.

Sehubungan itu kata Abdul Jalil, pihak penganjur telah menerima kerjasama yang baik daripada pihak polis bagi memastikan tahap keselamatan terjamin sepanjang debat.

"Saya berharap hadirin akan datang awal untuk mendapatkan tempat duduk dalam dewan. Bagi hadirin beragama Islam, ada kemudahan surau untuk mereka menunaikan solat Maghrib dan Isyak, jadi diharap datang awal," kata beliau.

http://www.sinarharian.com.my/nasional/3-000-dijangka-hadir-debat-ptptn-khairy-rafizi-1.44560

GABUNGAN PEMINJAM PTPTN >>>>>>>  http://www.facebook.com/ptptpu
 

Wednesday, May 2, 2012

Gila!!!!!!!! Dana awam biaya ‘organisasi haram’ - PKR



KUALA LUMPUR: PKR hari ini mendakwa Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyalahgunakan dana awam untuk membiayai sebuah pertubuhan haram.

Mereka juga mendakwa mempunyai bukti bahawa kerajaan menyalurkan hampir RM5 juta setahun kepada pertubuhan haram itu yang dikenali sebagai Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) yang dianggotai ketua-ketua Wanita Umno di setiap kawasan parlimen.

"Semakan dengan Pendaftar Pertubuhan mengesahkan bahawa MPWK tidak berdaftar dan dikategorikan sebagai pertubuhan haram," kata Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin dalam satu kenyataan.

Menurut Zuraida lagi, pihaknya juga mempunyai bukti bagaimana kerajaan menanggung perbelanjaan satu program mewah di hotel mahal yang dihadiri oleh keseluruhan jentera kepimpinan Wanita Umno seluruh Malaysia, atas nama MPWK itu.

"Pembiayaan aktiviti parti dan perbelanjaan yang memberi manfaat kewangan kepada pimpinan parti dengan menggunakan wang rakyat dan dana kerajaan adalah satu kesalahan besar di sisi undang-undang.

"Ini adalah penyelewengan dan salahguna kuasa yang nyata yang telah dilakukan oleh Wanita Umno di bawah kepimpinan Datuk Seri Shahrizat Jalil," katanya lagi.

Bubar segera

Sehubungan itu beliau mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai pemangku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat membubarkan serta merta MPWK dan dan menghentikan semua perbelanjaan dan dana yang disalurkan kepada MPWK.

Beliau juga mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan penyiasatan serta merta untuk menentukan sejauh mana salahguna kuasa telah berlaku sejak 2001.

"Datuk Seri Shahrizat Jalil (perlu) meletak jawatan serta merta sebagai Ketua Wanita Umno kerana telah terbukti beliau terbabit di dalam penyalagunaan wang rakyat; dan

"Wanita Kkeadilan akan terus mengemukakan bukti sekiranya tidak ada maklumbalas dari Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Shahrizat Jalil dan SPRM," katanya./HarakahDaily

KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13

[Video] Azan Berkumandang, Orang Tidak Berdosa Disepak Terajang Macam Anjing

Tuntutan Lapan Perkara Harus Dilaksanakan Oleh SPR !!


BERSIH 3.0 MENINGGALKAN BERIBU KENANGAN..
TANGIS TAWA SEDIH PILU..
TUMBUK TERAJANG TAMPAR TEAR GAS..
BERSIH 4.0 MEMANGGIL PULA..
1000 RANCANGAN AKAN KUNJUNG TIBA..
AYUH SEMUA KITA TAWAN MALAYSIA

Bersih 3.0: Warga Emas Dakwa Ditumbuk Polis Wanita??

 


BERSIH 3.0: Wanita usia 71 tahun dakwa ditumbuk polis pada muka

Aunty Ah Mei, seorang makcik berusia 71 tahun mengadu bahawa dirinya ditumbuk oleh polis pada bahagian mukanya, dan lengan tangannya tercedera dipulas, malah diheret secara kasar ke dalam kereta.  Seorang lagi tahanan pula mendakwa bahawa jumlah tahanan yang dibawa ke Pusat Latihan Polis (PULAPOL) mencecah kira-kira 700 orang, dan bukannya 300 lebih sebagaimana yang diumumkan polis.

Dua orang tahanan, Aunty Ah Mei dan Liu Yang menghadiri sidang media yang diadakan ahli parlimen Cheras, Tan Kok Wai di stesen LRT Masjid Jamek.  Turut hadir bersama termasuk Teresa Kok, Tan Seng Giaw, Lim Lip Eng, Lau Weng San dan lain-lain.  Bilangan peserta perhimpunan BERSIH 3.0 mencapai kemuncaknya di Jalan Tun Perak, semalam.

Aunty Ah Mei mengadu bahawa polis mengheret bajunya, kemudian beliau ditumbuk seorang polis perempuan pada mukanya, di bahagian tengah-tengah antara hidung dengan mulut.  Ah Mei bimbang giginya gugur ditumbuk, lantas dengan marahnya menendang polis perempuan itu.  Pegawai polis dalam kereta polis pula menghalang polis wanita itu untuk terus memukul tahanan, barulah Aunty Ah Mei terselamat daripada dicederakan selanjutnya.


Aunty Ah Mei (gambar kanan) berasal dari Kuantan, pernah menarik perhatian media apabila berpuasa selama lima hari setelah doanya agar Anwar Ibrahim dibebaskan pada 9 Januari 2012 termakbul.  Aunty Ah Mei berjalan dari Jalan Raja Laut ke Jalan Tun Perak semalam, dua kali beliau nampak polis mengejar dan memukul peserta demonstrasi.  "Setengah mampus dibantai, sangat sedih saya lihatnya."

Aunty Ah Mei menangis di situ sebaik sahaja melihat buat kali pertama melihat polis memukul tiga orang.  Beliau bertutur dalam kantonis, menyifatkan polis sebagai "tidak berperikemanusiaan", kerana ramai antara yang dibelasah adalah anak muda yang kurus tubuh badannya.


Ah Mei menyaksikan sendiri bagaimana kira-kira 10 orang polis mengepung, menumbuk dan menerajang peserta perhimpunan.  Beliau mendapati polis menyasarkan bahagian kepala peserta, dan mengheret peserta ke kereta polis selepas memukulnya.


Ketika dirinya ditahan, beliau melihat ramai pemuda yang luka pada bahagian kepala sehingga berdarah.  Ah Mei mendakwa dirinya mampu mengecam wajah polis yang memukul dirinya dan orang lain, menawarkan dirinya untuk mengecam muka polis seandainya polis mahu menyiasat.

Selain itu, Liu Yang (gambar kiri), 55, tahanan pertama yang dibawa ke Royal Selangor Club untuk ditahan sementara, melihat kebanyakan tahanan dipukul sehingga bahagian kepalanya berdarah.  Malah, setelah ditahan, polis masih meneruskan serangan dengan menumbuk dan menendang tahanan.


Liu Yang berkata salah seorang tahanan cedera parah pada bahagian kepala, hanya dibalut dengan kain baju.  Tahanan tersebut separuh pengsan keadaannya.  Liu Yang meminta agar polis mendapatkan rawatan perubatan untuk tahanan tersebut, namun tidak dipedulikan.  Selepas dua jam, seluruh tubuh tahanan tersebut dibasahi darah.

*Chan Wei See ialah Ketua Pengarang MerdekaReview.

POLIS HARAM & BERDOSA PUKUL & KERAJAAN XDA HAK HALANG RAKYAT BERJALAN -...

Wednesday, May 2 - TERHOT: Dr Asri tibai sapa pulak dah nih... hehe...

Buat Encik-encik Polis yang mengganas masa BERSIH 3.0 tu.. cuba dengar apa Dr. Asri kata dalam Video ni..

Buat sesiapa saja yang mencetuskan kekecohan khasnya anggota-anggota Polis yang telah mengganas dalam Himpunan BERSIH 3.0 cuba dengar apa yang Dr. Asri kata ni..

Sedarlah jika anda rasakan anda berkuasa dengan memakai seragam Polis.. suatu masa nanti anda akan kehilangan kuasa tersebut..

Jika anda rasakan anda berkuasa untuk melakukan apa saja kepada peserta BERSIH 3.0… sedarlah Allah itu lebih berkuasa..

Ayat itu aku tujukan kepada anggota Polis yang telah mengganas dalam Himpunan BERSIH 3.0 sahaja.. sebabnya bukan semua anggota Polis boleh menerima perbuatan samseng teman seperjuangan mereka itu..


Buat yang telah mengganas tu… dengarlah apa Dr. Asri kata dalam video di bawah ni..

Tunaikan Lapan Tuntutan Sebelum PRU 13 !!


INI ZAMAN KEBANGKITAN RAKYAT..
BUKAN ZAMAN PENIPUAN UMNO LAGI..
KINI MASANYA TIBA UNTUK RAKYAT "UBAH" MALAYSIA DARI REJIM!!!