Followers

Saturday, April 28, 2012

Polis Sudah Mula Main Kasar ? - Orang Ramai Terbalikkan Kereta Polis??

4.19pm Jalan TAR - Sekumpulan orang ramai yang marah bertindak menterbalikkan kereta polis selepas ia didakwa melanggar peserta di situ.

4.10pm - Jalan TAR - Sekumpulan peserta duduk di sepanjang jalan TAR yang ditutup. Seorang penjual ais-krim laris perniagaannya apabila menjadi tumpuan peserta untuk menghilangkan dahaga mereka.

FRU melepas tembakan air bercampur kimia ke arah mereka di depan kedai Kamdar di Jalan TAR.

4.04pm Sebelum itu, beberapa wartawan yang berdiri di belakang FRU turut tertolak polis ke arah peserta ketika gas pemedih mata ditembak, mendedahkan mereka kepada gas yang memedihkan mata.

3.58pm Seorang lelaki berusia 35 tahun mengalami kesukaran bernafas berhampiran Dataran Maybank akibat gas pemedih mata. Dia pulih selepas diberi rawatan oleh pasukan perubatan.

3.58pm Masjid Jamek - Beratus-ratus peserta sedang berehat di taman di belakang Masjid Jamek untuk pulih daripada serangan meriam air dan gas pemedih mata.

3:49pm - JALAN RAJA LAUT Kira-kira 35 peserta BERSIH ditangkap dan dikumpulkan di hadapan bangunan DBKL.

Turut ditahan ialah seorang wartawan akhbar Cina Oriental Daily kerana disangka salah seorang penyokong.

Bagaimanapun, dia dilepaskan selepas polis mendapat dia sebenarnya wartawan akhbar berkenaan.

3:49pm Seorang peserta perhimpunan cedera di depan bangunan DBKL dan dibawa mendapatkan rawatan oleh St John Ambulance.

TERKINI! TEMBAKAN GAS & AIR BERMULA 3.05 PM- 100,000 PERSERTA MASIH BERTAHAN

3,30PM TG Presiden Berucap dihadapan ratusan ribu rakyat di Dataran MayBank

1523 hrs-Ribuan peserta #bersih melarikan diri ke Jln Masjid India dan kwsn sekitar

TERKINI 3.18PM : Kumpulan yg telah terpisah akibat serangan gas tadi telah berkumpul semula dlm anggaran 5,000 org menuju ke Dataran Merdeka

Orang ramai kembali berkumpul di harapan bangunan BSN, Jalan Melaka. Sebahagiannya berkumpul di Jalan Tun Perak

Water cannon sudah mula ditembak dan gas pemedih mata dilepaskan. Orang ramai berlari ke bangunan DBKL.

Keadilan_Daily-gas pemedih mata mula ditembak di Jalan Tun Perak. Orang ramai masih tidak berganjak! 

Kerabu Bersuara

TERKINI : DATARAN MERDEKA BERJAYA DITAWAN !!

Bersih 3 - Takbir !! Dataran Merdeka kini di 'tawan' !!

Gas disembur , polis berundur lari dan beri laluan kepada rakyat masuk ke dataran, Sejarah tercipta pada jam 2.54pm dan KINI Tembok Dat
aran Merdeka milik rakyat Malaysia -

Pagar PECAH, RATUSAN RIBU RAKYAT MASUK DAN POLIS LARI BERTABUR-TABUR dan mari kita raikan kenduri rakyat Bersih 3 di dataran dengan mesej dan bahasa tubuh dengan

DUDUK - BANTAH !

Apa macam ?

Albanjari Online
 
6 · ·

TERKINI: PERARAKAN SUDAH BERMULA MENUJU KE DATARAN MERDEKA !

Sambungan Lintas Lansung BERS✔H 3.0 - Perarakan Bermula!

Sambungan Lintas Lansung

2.00 pm: Para peserta Bersih dari CM sedang berarak menuju Dataran, bagaimanapun perarakan agak perlahan di depan Bangkok Bank kerana sekatan polis di hadapan BAR Council.

1.40 pm: Lokasi Masjid Negara - Perarakan bermula dan peserta dianggar seramai 10 ribu orang.

1.37 pm: Lokasi Masjid Negara - Presiden Pas TG Abdul Hadi tiba di lokasi dan akan bersama-sama berarak ke Dataran.

1.20 pm: Polis dalam keadaan bersedia melepaskan tembakan gas pemedih mata.

1.15 pm: Sebahagian besar masih tetap di persimpangan Jalan Tun Perak dan Jalan Tunku Abdul Rahman berhampiran Dataran.

1:13pm: Sejam menjelang perhimpunan BERSIH 3.0, jumlah peserta yang hadir setakat ini dianggarkan telah mencecah sekitar 50,000 orang.

- Pudu/Kotaraya/Petaling Street (orang ramai berarak dari KLCC) - 20,000

- Pasar Seni (bergabung dengan orang ramai dari Brickfields) - 15,000
- Masjid Jamek - 10,000
- TAR / Jalan Tun Perak / Jalan Parlimen - 10,000
- Masjid Negara - 5,000

1.05 pm: Lokasi Masjid Negara - pihak polis membuat sekatan ketat dilaluan menghala ke Dataran Merdeka dengan anggota melebihi 200 orang bagi tujuan menghalang kemaraan pemimpin PR dan peserta Bersih di Masjid Negara dianggar melebihi 10 ribu orang.

1.04 pm: Peserta di Dataran Merdeka mula berundur ke jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Tun Perak berhampiran Masjid Jamek.

1.02 pm: Pasukan FRU bersedia melepaskan tembakan.

12.59 pm: Amaran bersurai diumumkan pihak polis.

12.55 pm: Pemimpin-pemimpin utama, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan beberapa orang lagi memulakan ucapan semangat sementara menunggu masuknya waktu Zuhur di Masjid Negara.

12.43 thr Masjid Negara - PKR presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan ketua umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba bersama dengan pemerhati antarabangsa.

12.40 thr Pasar Seni - Pengerusi DAP Karpal Singh tiba di hadapan Majlis Peguam, disambut dengan laungan "BERSIH".

12.35 thr Jalan Tun Perak - Senator Australia Nicholas Xenophon hadir, untuk memerhatikan perhimpunan tersebut.

"Ini adalah satu suasana yang menarik dengan lebih daripada 10,000 orang. Setiap orang bersemangat tinggi," katanya.

"Ini adalah perhimpunan aman tanpa sebarang keganasan. Orang muda dan tua bersama-sama berada di sini. Saya pasti rakyat Australia dan rakyat Malaysia memahami bahawa ini adalah demonstrasi untuk pilihanraya yang bebas dan adil."

12.32pm Pasar Seni - Polis membentuk benteng manusia di Hang Kasturi Walk, laluan baru di sebelah Pasar Seni, walaupun beberapa peserta sudah lama melepasi mereka melalui satu kaki lima di situ

Peserta yang berdepan dengan benteng polis itu menyanyikan lagu Negaraku.

Sentiasa dikemaskinikan setiap 10 minit. Sila refresh

2:15 PM - Sambungan Lintas Lansung BERS✔H 3.0 - Perarakan Bermula!

Kelab Greenboc

Terkini - Lebih 35 ribu Sudah Banjiri Dataran Merdeka

12:03: Dua jam sebelum perhimpunan BERSIH 3.0, jumlah pesertanya dianggarkan kira-kira 35,000 orang di lokasi yang berlainan di pusat bandaraya di Kuala Lumpur.

Pudu (peserta berarak dari KLCC) - 20,000
Pasar Seni (bergabung dengan peserta dari Brickfields) - 10,000
Jalan Petaling - 3,000
Masjid Negara - 2,000

11.46am Pasar Seni - Peserta yang berarak dari Brickfields telah sampai ke Pasar Seni dan menerima sambutan gemuruh dari peserta di situ.

"Reformasi, reformasi Hidup BERSIH!" jerit mereka.

Berikutan itu, jumlah peserta itu di situ mencecah beberapa ribu orang.

11.40am Pasar Seni - Dari stesen LRT ke arah HSBC Bank Malaysia Berhad, kebanyakan kedai ditutup dan jalan-jalan kosong, nampak seperti zon perang atau kawasan dilanda bencana. Ratusan penyokong BERSIH dalam kumpulan yang bertaburan. Sesetengah restoran yang dibuka dipenuhi pelanggan berkemeja-T kuning.

Pak Samad tiba di LRT Pasar Seni dan bergambar di jambatan yang menghubungkan stesen Dayabumi dengan berlatar belakang anggota polis yang berkawal di situ. Stesen tersebut beroperasi tetapi mesin tiket tidak berfungsi.

11.38am Dataran Merdeka - Orang ramai di Persimpangan Jalan Tun Perak-Jalan Parlimen, berjumlah ribuan orang, sekarang berarak di sepanjang Jalan Kinabalu menuju ke arah Masjid Negara.

KUNING KUNING NAJIB PENING !!

Suasana di Jln Sultan skrg. Takkan lepak rumah je bro, branik turun
Di Jalan Parlimen ...
Masjed jamek Terkini. Ribuan manusia
KTM Subang Jaya...JAM PACKED till it stalled! -w.i.w.c Our collection of BERSIH 3.0 supporters Around the World and across Malaysia for everyone!
Hanya menuntut pilihanraya BERSIH & ADIL, hanya orang kotor sahaja yang menyukai benda yang kotor.