Followers

Sunday, October 11, 2009

Penyokong Baling Botol Minuman






Beberapa insiden kekasaran antara penyokong parti-parti yang bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang dilaporkan berlaku pagi ini. Satu daripadanya berlaku di SK Teluk Kemang pada jam 11.20 pagi tadi, manakala satu lagi insiden berlaku di pusat pengundian SK Panglima Adnan. Insiden di SK Teluk Kemang membabitkan perbuatan membaling batu dan botol air mineral. Bagaimanapun, anggota polis berjaya mengawal dan meredakan keadaan antara penyokong BN dan PAS. Ketua Puteri Umno bahagian Teluk Kemang, Mimi Fadzury Md Tahir berkata kejadian itu berlaku kira-kira jam 11.20 pagi tadi.
Bagaimanapun, katanya, tiada yang cedera dalam insiden tersebut dan ia dapat diredakand oleh anggota polis yang berada di situ. Mimi Fadzury bagaimanapun tidak pasti pihak manakah yang membaling batu dan botol minuman mineral itu. Katanya, beliau dimaklumkan mengenai insiden itu ketika dalam perjalanan ke sekolah tersebut. Bagaimanapun, setibanya di situ, keadaan sudah terkawal walaupun masih berlaku laungan mengejek satu sama lain antara penyokong parti-parti yang bertanding. Menurutnya, Pemuda Umno kini berada di barisan hadapan untuk mengawal keadaan di situ. Sementara kira-kira jam 10.10 pagi tadi, keadaan di pusat pengundian di SK Panglima Adnan riuh rendah dengan penyokong BN dan PAS melaung mengejek antara satu sama lain.
Kira-kira 5,000 orang berhimpun di situ. Penyokong sebuah parti kelihatan membaling botol air mineral melintasi jalan ke arah tempat penyokong PAS berhimpun.


sumber: malaysiakini

Kalau Bodoh JANGAN Bagitahu Orang Ramai !


MB PAHANG TIDAK PERLU BAYAR GANTI RUGI RM63 JUTA ?

Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan bahawa Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob tidak perlu membayar ganti rugi hampir RM63 juta kepada syarikat Seruan Gemilang Makmur Sdn. Bhd. berhubung perlanggaran perjanjian konsesi pembalakan.
Panel tiga hakim diketuai oleh Zaleha Zahari sebulat suara berpendapat, beliau selaku Menteri Besar bukan pihak yang sesuai dinamakan dalam prosiding semakan kehakiman yang dikemukakan oleh syarikat pembalakan tersebut. Bagaimanapun, panel berkenaan menegaskan, keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan yang memerintahkan Kerajaan Pahang membayar syarikat itu sebanyak RM37,127,471.60 beserta faedah lapan peratus setahun mulai 31 Disember 2000, masih kekal dan perlu dipatuhi. Mahkamah memutuskan demikian ketika membenarkan dengan kos rayuan Menteri Besar terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 20 April lalu yang mengarahkan beliau menjelaskan hutang berjumlah hampir RM63 juta melalui perintah mandamus yang dipohon oleh syarikat tersebut.

KAH KAH KAH…

woi… MAMPUS LAAA RAKYAT PAHANG…. kah kah kah…

woit… AWOK DAPAT MUNKEEE BANGANG…. kah kah kah…

kah kah kah… MUNKEE AWOK NI BUAT TAIK… RAKYAT KENA BAYAR…kah kah

kah kah kah… NAK BAYAR HUTANG… TEBANG LAGI HUTAN….kah kah kah…

woit… BILA BANJIR… SALAHKAN TUHAN… MACAM LIM GO TONG… kah kah kah

kah kah kah... KAWE KETAWA KAH KAH KAH... kah kah kah
sumber: tukartiub

Saturday, October 10, 2009

FITNAH 3 BILLION

Polis perlu juga siasat pemimpin BN yang punya ‘kekayaan melampau’

PORT DICKSON – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sedia disiasat berhubung dakwaan mempunyai simpanan sebanyak RM3 bilion seperti mana didedahkan bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid 10 tahun lalu. Anwar yang juga Ketua UMUM Pakatan Rakyat (PR) berkata, beliau tidak gentar dengan dakwaan itu, tetapi mahu siasatan turut dijalankan terhadap beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) yang memiliki ‘kekayaan melampau’ “Sila siasat, saya tidak takut, saya juga minta diwujudkan satu suruhanjaya bebas untuk menyiasat kesemua harta yang hilang secara bebas termasuklah siasatan terhadap diri Khairy (Ketua Pemuda UMNO) sendiri terutamanya. “Fitnah ini dibuat sejak 1998 lagi tetapi sehingga sekarang mereka tidak boleh membuktikan apa-apa pun,” katanya kepada Sinar Harian selepas menghadiri program bersama masyarakat India di Estet Sua Betong di sini, semalam. Ahli Parlimen Permatang Pauh itu turut menolak dakwaan Khairy bahawa beliau memiliki simpanan dalam beberapa ‘master accounts’ dan pernah disiasat Badan Pencegahan Rasuah (BPR) tetapi tidak menemui sebarang bukti.
“Selama 11 tahun dakwaan seperti ini dibuat, saya tidak takut kerana saya tidak bersalah, yang perlu berasa takut adalah Khairy sebab beliau mampu mengumpul kekayaan sehingga beratus-ratus juta, di mana beliau dapat kekayaan tersebut?” katanya.
Khairy sebelum ini meminta polis menyiasat Anwar susulan kenyataan Datuk S Nallakarupan yang mendakwa Anwar mempunyai pelbagai sumber kewangan yang besar seperti mana didedahkan Abdul Murad Khalid dalam kenyataan pada tahun 1999.
Diminta mengulas peluang calon Pas, Zulkefly Mohd Omar memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Anwar yakin dapat menembusi kubu kuat BN kerana sokongan yang ditunjukkan pengundi di situ amat baik sekali.
sumber: sinarharian

Tamparan Buat UMNO - 279 Ahli UMNO masuk PKR!













Pak Ngah Zainal, bekas ahli UMNO selama 15 tahun menyerahkan 279 borang keahlian PKR kepada YB Azmin dalam satu majlis ceramah di Bagan Pinang malam tadi
Sah. 279 bekas ahli UMNO telah menyertai PKR di DUN Bagan Pinang malam tadi.
Pak Ngah Zainal yang sudah 15 tahun berada dalam UMNO malam ini membawa bersama-sama nya 278 lagi ahli UMNO untuk menyertai PKR. Beliau telah menyerahkan borang permohonan keahlian kepada YB Azmin dengan di saksikan oleh TGNA, DSAI, Datuk Kamarul Bahrin, YB Titiwangsa Dr Lo Lo, Bendahari Agung PKR William Leong, Che Gu Bard, Shamsul Azhar dan lain-lain pimpinan Pakatan Rakyat. Upacara penyerahan borang tersebut saksikan oleh kira-kira 2,000 penyokong yang membanjiri sekitar rumah Pak Ngah Zainal untuk mendengar ucapan dari pemimpin tertinggi PR. Acara dimulakan dengan ucapan oleh Prof Shahril dari sebuah pertubuhan bukan kerajaan NGO dan diikuti dengan Dr Lo Lo, Sdra William Leong, calon Pas Bagan Pinang, Ahli Parlimen Teluk Kemang, Datuk Kamarul Bahrin dan DSAI dengan seterusnya menerima borang permohonan keahlian dari Pak Ngah Zainal. Selepas menerima borang-borang keahlian baru dari Pak Ngah Zainal, DSAI meninggalkan majlis untuk ke satu lagi ceramah di Bt 9 Jln Pantai, iaitu di Bangunan DAP. Selepas DSAI, TGNA pula mengambil tempat dengan pesanan-pesanan nya yang cukup memberi erti buat yang mendengar. Alhamdullillah, setakat jam 11.15 semasa saya meninggalkan majlis, segala-galanya berjalan dengan lancar, tanpa ada lagi gangguan dari samseng-samseng seperti apa yang berlaku malam sebelumnya semasa ceramah di markaz Ulama'.
sumber: muslimeenunited

ISA SAMAD BIADAP terhadap wanita !

Sebentar tadi, ISA Samad telah menghina kaum perempuan dan mengatakan kata - kata lucah. Dia mengatakan "Itu bulan (PAS) tak baik, masa perempuan "bulan" datang, tak boleh kacau." Info ini saudara - saudari boleh sahkan daripada YB Elizabeth Wong. Buat pengundi - pengundi kaum hawa di Bagan Pinang.

BUKALAH HATI MU..BUKALAH AKAL MU..

SUDAHLAH DIA NI KAKI RASUAH...SEKARANG JUGA SUDAH MENJADI JUARA MENGHINA KAUM HAWA...

JANGAN UNDI BN



sumber: dragsuper

Friday, October 9, 2009

DS Anwar Tiba: Pukulan KO buat UMNO !

DIKHABARKAN ceramah perdana DS Anwar Ibrahim bersama tokoh utama Pas dan DAP yang bakal berlangsung malam ini di Batu 4, Jalan Pantai, Port Dickson akan memberi pukulan KO pada Umno. Setelah terbukti Muhyiddin begitu kecut untuk menyahut cabaran dari AMK untuk mengadakan debat terbuka di antara beliau dengan DS Anwar, malam ini DS Anwar akan Justify Fullmembuktikan siapa pengkhianat Melayu sebenarnya dan siapa tokoh rasuah yang diangkat oleh Umno sebagai calon mereka..
Lebih menarik lagi, dikatakan pada malam ini satu pengistiharan beramai-ramai ahli Umno menyertai PAS dan PKR.
"MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH"
sumber: wanfauzdin

RM3 BILLION: UMNO tak berani sahut cabaran ANWAR

Maka bermula lagi..satu putaran tuduhan, taburan fitnah, malah membuat laporan polis terhadap Anwar Ibrahim. Kerana ketandusan isu, maka diungkitkan semula kenyataan bersumpah bekas Penolong Gabenor Bank Negara Dato Abdul Murad Khalid, kononnya Anwar mempunyai dana haram RM3 billion. Dakwaan itu bukan baru. Ia lahir pada bibit-bibit awal Anwar dipecat oleh Mahathir Mohamad pada tahun 1998 dan sebahagian daripada perancangan halus untuk mengaibkan Anwar di mata rakyat, selain daripada tuduhan liwat. Namun tuduhan yang dibuat oleh Dato Murad Khalid itu begitu cetek, tanpa bukti dan tidak mampu bertahan jika diuji kesahihannya di mahkamah.
Oleh kerana itu Dato Murad cepat-cepat menarik balik kenyataan bersumpah itu dan tuduhan berkenaan terbenam begitu sahaja…sehinggalah ia diungkit semula oleh Khairy Jamaluddin dan konco-konconya. . Hakikat bahawa ia tiba-tiba timbul menjelang pilihanraya kecil Bagan Pinang Ahad ini bukan satu kebetulan. Ia tidak lebih daripada modal politik murahan Umno untuk menimbulkan kesangsian terhadap kewibawaan Anwar.
Namun rakyat berdepan dakwaan itu dengan persoalan mudah – jika Anwar melakukan sebarang salah laku, pecah amanah, rasuah atau sebagainya – bagaimanakah Umno boleh membiarkan beliau terlepas begitu sahaja sekian lama. Tentunya Anwar telah disiasat dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. RM3 billion bukan sedikit dan bukan sukar dikesan, biarpun di simpan di luar negara . Hakikatnya ialah, sehingga hari ini, lebih 10 tahun sejak dipecat kerana dianggap “melawan” Mahathir, pihak berkenaan gagal membawa sebarang bukti yang boleh mensabitkan Anwar dengan tuduhan menyalahgunakan wang rakyat. Tuduhan “rasuah” yang dibawa terhadap Anwar pada tahun 1998 membabitkan campurtangan berhubung siasatan polis tuduhan seksual dan BUKAN kewangan. Rasanya tidak perlu diulas latar belakang dan kredibiliti tuduhan seksual terhadap Anwar itu. Hakikatnya ialah, jika wujud bukti mengenai wang gelap RM3 bilion, pastinya Anwar masih terperosok di penjara … dan, pihak yang paling gembira jika ia berlaku ialah Umno sendiri. Hakikatnya juga ialah segala rekod Anwar selaku Timbalan Perdana Menteri (1993-1998) dan lebih penting lagi sebagai Menteri Kewangan (1990-1998 ) tentunya telah diperinci dengan “kanta pembesar” oleh polis dan SPRM (dulunya BPR).
Memandangkan Anwar adalah musuh politik utama Umno sekian lama, adakah rakyat harus percaya bahawa polis di bawah telunjuk Mahathir dan kepemimpinan Umno yang mewarisi kekejaman beliau tidak akan menyiasat Anwar ‘hingga ke lubang cacing”?
Namun INIlah yang cuba dilakukan oleh ahli-ahli politik seperti Khairy, konco-konconya seperti Lokman Adam dan Nallakarupan dengan mengungkit semula tuduhan lapuk berfitnah. Yang mendukacitakan ialah Khairy sendiri tidak mempunyai kesungguhan moral atau pun keberanian untuk membuat laporan polis terhadap Anwar berhubung dakwaan RM3 bilion itu. Tugas itu diserahkan kepada Bekas Ketua Pemuda MIC S.Vigneswaran.
Apakah dividen politik yang diharapkan oleh “pemimpin-pemimpin” kerdil seperti Khairy apabila menimbulkan semua tuduhan lapuk yang tidak berasas terhadap Anwar?
Tentunya faktor pendorong ialah pilihanraya kecil Bagan Pinang Ahad ini dan keperluan meraih sokongan pengundi dengan merosakkan kredibiliti Ketua Pembangkang. .
Tetapi lebih menjengkelkan ialah sikap akhbar arus perdana seperti Utusan Malaysia dan The Star yang sekali lagi memperbesar-besarkan tuduhan Dato Abdul Murad itu tanpa memberikan fakta sepenuhnya berhubung kenyataan bersumpah itu. Sekali lagi Khairy Jamaluddin dan konco-konconya menjadikan politik murahan melontar tuduhan kosong sebagai pegangan hidup, atas anggapan apa yang diucapkan mereka akan ditelan bulat-bulat oleh rakyat. Untuk rekod disiarkan petikan kenyataan Anwar sejurus selepas Dato Murad membuat tuduhan yang kini digunakan sebagai modal politik Khairy Jamaluddin. Kenyataan ini disiarkan pada 7 November 1999.
“Merujuk kepada Akuan Berkanun tersebut, saya ulangi cabaran kepada Dato Seri Dr. Mahathir dan Kerajaan Barisan Nasional supaya segera menubuhkan Badan Siasatan Bebas menyiasat tuduhan tersebut. Siasatan tersebut seharusnya mencakup persoalan rasuah, penyalahgunaan kuasa yang mengaitkan semua pemimpin tanpa kecuali termasuk Dato Seri Dr. Mahathir Mohammad dan Tun Daim Zainuddin. Semua kekayaan terkumpul di dalam dan luar negeri; semua kelulusan saham, kontrak, lesen, penswastaan kepada keluarga, sanak saudara dan kroni perlu disiasat teliti dan rapi. Pihak saya bukan sahaja mengalu-alukan siasatan tetapi akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Badan tersebut. Janganlah berdalih lagi. Tubuh segera Badan tersebut. Rakyat berhak mengetahui keadaan sebenarnya. Mana pemimpin yang berpura-pura menjadi jaguh tetapi memunggah khazanah negara untuk kepentingan peribadi, keluarga dan kroni akan diketahui juga akhirnya.” Untuk makluman, Umno-BN sehingga sekarang belum bersedia menubuhkan Badan Siasatan Bebas sedemikian, dan tidak ada tanda-tanda ia akan menyahut cabaran Anwar buat masa terdekat ini. Mungkin Khairy boleh menjadikan fakta ini sebagai modal politik baru pada pilihanraya seterusnya?
sumber: tvantara

Pelakun NASHA AZIZ Diperintah Bayar Bapa $10 Ribu

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan aktres dan model Nasha Aziz membayar ganti rugi am RM10,000 kepada bapanya Abdul Aziz Mohd Ali dalam kes saman fitnah yang difailkan bapanya
terhadapnya. Hakim Datuk Abdul Wahab Patail membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Abdul Aziz bagi membuat penghakiman selepas Nasha dan peguamnya tidak hadir pada perbicaraan kes itu Rabu lepas.
Bagaimanapun, Nasha hadir hari ini ke mahkamah tanpa peguam yang mewakilinya dalam kes itu Rashid Mokhtar. Hakim Abdul Wahab juga memerintahkan Nasha membayar faedah lapan peratus setahun kepada bapanya dari tarikh saman difailkan iaitu pada 31 Mac 2005 sehingga penyelesaian penuh saman itu.
Beliau bagaimanapun tidak memberi ganti rugi tambahan seperti yang diminta oleh Abdul Aziz kerana saman itu melibatkan perkara dalam keluarga.
Hakim Abdul Wahab dalam penghakimannya berkata beliau mendapati Abdul Aziz selaku plaintif berjaya membuktikan dia telah difitnah oleh Nasha selaku defendan apabila Nasha dalam artikel yang diterbitkan Utusan Malaysia pada 24 Okt 2004, menyatakan dia (Nasha) hanya mempunyai seorang ayah sahaja. Hakim Abdul Wahab berkata mahkamah menerima pernyataan tuntutan Abdul Aziz bahawa akibat perkataan itu, Abdul Aziz telah dipandang rendah dan dikatakan berbohong bahawa Nasha itu adalah anak kandungnya.
Abdul Aziz, 61, seorang guru silat, yang hadir di mahkamah, mengemukakan saman terhadap Nasha, yang nama sebenarnya Noraishah Abdul Aziz, berhubung artikel dalam akhbar Mingguan Malaysia yang mendakwa Abdul Aziz bukan bapa kandungnya.
Abdul Aziz dalam pernyataan tuntutannya berkata beliau adalah bapa kandung Nasha dan mendakwa perkataan fitnah di dalam artikel itu bertajuk "Jangan tanya hal peribadi", dalam keluaran akhbar bertarikh 24 Okt, 2004 telah menyebabkan perasaan beliau terseksa, memalukan dan mencemarkan maruahnya. Beliau memohon ganti rugi, faedah, kos dan faedah lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah dengan mendakwa artikel itu boleh difahamkan sebagai bermaksud yang beliau sudah meninggal dunia.
Nasha, dalam pernyataan pembelaannya menjelaskan bahawa perkataan "bapa" dalam temu bual dengan akhbar itu adalah merujuk kepada bapa saudaranya Abdul Aziz Hathim yang membesarkannya. Pelakon itu tidak menafikan bahawa Abdul Aziz ialah bapa kandungnya tetapi beliau menganggap bapa saudaranya sebagai bapa dalam hidupnya.
sumber: malaysiakini

Bongkar Kegiatan Calon UMNO/BN

Bongkar lagi. Tanah Rizab melayu seluas 20 ekar berhadapan Bilik Gerakan Induk BN di Batu 6, Telok Kemang telah berpindah tangan kepada pihak swasta dan kroni-kroni yg rapat dengan beliau ketika itu. Ketuanan Melayu tumpas lagi !!
Tanah Rizab Melayu yg dimaksudkan adalah di kawasan Marina Bay Resort yg telah pun tergadai semasa era pemerintahan Tan Sri Isa Samad yg ketika itu menjadi MB Negeri Sembilan. Isa tentu bisu untuk membicarakan isu ini yang korup! Beranikah Isa untuk bersuara ? Nak cari nahas, bukalah isu ini untuk didebatkan !!
Isa Oh Isa !! Jangan marah jika penduduk Bagan Pinang menjadikan Isa sebagai IKON KEPALSUAN dan MASKOT RASUAH, dan ia sangat releven untuk Tan Sri Isa Samad.
Edisi BONGKAR 'tanah rezab melayu' ini didedahkan ketika Sidang Akhbar pada pagi tadi oleh YB Salahuddin Ayub. Laporan lengkap akan menyusul.
umber: albanjari

PAS Dedah Rakaman Suara Menteri Merasuah ATM


Pemuda PAS hari ini mendedahkan rakaman suara dua pemimpin BN yang didakwa menawarkan rasuah politik kepada tentera dengan berselindung di sebalik majlis sambutan Aidilfitri menjelang pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.
Di Institut Kejuruteraan Tentera Darat (IJED) di Port Dickson pagi kelmarin, Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi berjanji menawarkan bantuan pendidikan untuk anak tentera, pembinaan kolam renang, gelanggang futsal dan perkhidmatan internet tanpa wayar jika mereka menyokong BN.
Menurut rakaman tersebut lagi, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan pula berjanji kepada pemilih undi pos ini untuk menghulurkan bantuan RM100,000 untuk menaiktaraf sebuah surau di IJED.


sumber: malaysiakini

Undi BN Dapat Kolam Renang ?

Umno Barisan Nasional (BN) meyalahguna kedudukan sebagai kerajaan dengan berjanji dan menyogok pengundi pos tentera di Kem Kampung Sawah, Port Dickson.
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan At-Tantawi mendakwa pengundi pos di kem tersebut diumpan dengan pelbagai projek pembangunan di dalam kes tersebut, termasuk kolam renang, wi-fi percuma dan padang futsal.
Menteri Pertahanan, Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohammad Hassan berkata askar-askar terbabit hanya dapat menikmati kemudahan-kemudahan ini sekiranya mereka memangkah calon mereka Tan Sri Mohd Isa Samad.
Isa pernah digantung keahlian parti selama tiga tahun selepas didapati terbabit rasuah.
Perbuatan ini jelas merupakan satu kesalahan pilihanraya dan melanggar peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 (Seksyen 10) dan AKP dan Dewan Pemuda PAS akan membuat laporan kepada pihak polis, SPRM dan SPR untuk membolehkan kita membatalkan keputusan pilihanraya sekiranya berpihak kepada BN,” katanya.
Dewan Pemuda Pas mempunyai bukti sogokan yang dibuat dan akan memfailkan laporan ke Suruhanjaya Pilihan Raya dan badan berwajib dalam masa terdekat.
Pengundian undi pos di Bagan Pinang akan bermula hari ini sehingga 10 haribulan ini membabitkan 4,604 pengundi.
Kata Nasrudin, Pakatan Rakyat dan pemantau pilihanraya serta NGO mempertikaikan sistem pengundian pos dan telah banyak kali mendesak SPR untuk meminda peraturan pengundian pos termasuk menghapuskannya. “Dewan Pemuda PAS mendapat maklumat bahawa wujud kemungkinan kertas-kertas undi tidak diposkan kepada pengundi-pengundi berdaftar sebaliknya dikeluarkan oleh pengendali pilihanraya dan diundi untuk memenangkan BN.
“Kami telah ditemui oleh beberapa bekas anggota tentera yang tidak mahu identiti mereka didedahkan dan mereka menceritakan pengalaman mereka memangkah kertas-kertas undi sedemikian untuk memenangkan calon BN dalam pilihanraya yang lepas,” katanya.
Beliau berkata PAS sedang mendirikan operasi mengenalpasti penipuan undi pos dengan menggunakan Sistem Pengesahan Kehadiran Pengundi POS.
Sistem ini membolehkan petugas pilihanraya PAS mengesan kesahihan pengundian pos.
Selain itu, PAS juga menyediakan khidmat guaman percuma kepada pengundi pos di Bagan Pinang sekiranya terdapat mana-mana anggota tentera yang dikenakan tindakan kerana mengundi PAS.
sumber: tvantara

Thursday, October 8, 2009

Umno Semakin GANAS - Apa nak jadi Politik Malaysia ni? Ah?

Petang semalam satu insident pergaduhan yang melibatkan antara petugas Pas dan juga Petugas UMNO di Taman Dato Hj Abdul Samad berhampiran Taman permainan. Mangsa Mohd Sahid dipukul beramai-ramai oleh lebih kurang 100 orang pemuda UMNO di Taman berkenaan. Beliau yang ketika itu cuba melarikan diri akan tetapi ia dihalang oleh pemuda UMNO Pulau Pinang dan mengakibatkan beliau mengalami kecederaan yang teruk. Beliau telah dibawa ke Hospital P.Dickson bagi menerima rawatan. Selesai itu bertempat di Markaz Induk Pas Yb Salahuddin Ayub membuat satu sidang akhbar bagi menyatakan kekesalan beliau berhubung apa yang berlaku. Mangsa juga akan membuat laporan Polis berhubung kejadian itu.sumber: perakexpress

Isu "ANWAR PENGKHIANAT"

Isu “Pengkhianat”: Muhyiddin harus berani berdebat dengan Anwar
Pemuda Pakatan Rakyat menggesa Muhyiddin Yassin menyahut cabaran Ketua Umum Keadilan Anwar Ibrahim untuk tampil berbahas mengenai tuduhan Timbalan Perdana Menteri kononnya Anwar pengkhianat Melayu. Ketua Pemuda Keadilan Samsul Iskandar berkata Anwar telah bersetuju perbahasan itu diadakan pada Jumaat ini di Bagan Pinang dan berharap Muhyiddin membuktikan kewibawaannya untuk hadir berdebat atas tuduhan yang dibuatnya. Samsul bersama pemimpin sayap pemuda PAS dan DAP petang tadi menyerahkan jemputan kepada Muhyiddin untuk turut berdebat supaya rakyat boleh dimaklumkan keadaan sebenar di sebalik tuduhan pengkhianat itu. “Kami merasakan sudah tiba masanya rakyat diberi peluang dan peranan yang sebenar menghayati proses demokrasi sepertimana tercatat di dalam perlembagaan negara. “Kami juga yakin program debat ini akan menjadi satu panduan serta bimbingan pendidikan politik yang sihat di negara ini dan dalam pada masa yang sama dapat mewujudkan suasana pilihanraya yang bebas, aman, adil dan harmoni serta membina ketemadunan bangsa Malaysia,” kata Samsul. Dalam pada itu, beliau berkata debat itu memberi peluang kepada Umno BN memperlihatkan keikhlasan dan kejujuran pemimpinnya.
“Kami yakin dan percaya bahawa kepimpinan tertinggi Umno Barisan Nasional akan merebut peluang ini untuk memperlihatkan kebenaran usaha gigih mereka. “Justeru, kami ingin melihat sejauh mana keberanian Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menyahut cabaran debat terbuka ini,” katanya, Tambah beliau, sekiranya Muhyiddin enggan menyahut cabaran ini, ia menambahkan lagi kelesuan rakyat terhadap Umno . Beliau berharap Umno Barisan Nasional akan memberi keputusan dalam masa terdekat dan jelasnya perdebatan yang diadakan adalah mengikut format ala perdebatan harga minyak secara terbuka yang diadakan terdahulu pada 16 Julai 2008. “Kita mengalu-alukan mana-mana media elektronik untuk membuat secara langsung liputan termasuk juga media web untuk membuat liputan tersebut. Kita akan dapat kan khidmat tokoh akademik dari Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai moderator supaya ianya benar-benar dianggap bebas,” katanya.
sumber: tvantara

Ceramah UMNO di Bagan Pinang

Sdr. Roslan Kassim sedang berucap - tapi kesian....budak budak yang ramai dikerusi hadapan mendengar. Dulu sewaktu beliau didalam PKR, ribuan rakyat datang mendengar ucapannya. APO KONO EHH JANG?
diciluk dari: tukartiub

ATM Jangan Takut Mengundi PAS

PAS hari ini menggesa warga tentera supaya tidak tunduk kepada sebarang tekanan dan tidak khuathir memangkah calon pilihan mereka untuk Pilihanraya Kecil Bagan Pinang.
Parti itu berkata anggota tentera mempunyai hak sepenuhnya untuk memilih calon parti pembangkang dan tidak harus dipengaruhi oleh dakyah kononnya tindakan itu seolah- olah mengkhinati kerajaan. Dalam satu kenyataan, PAS berkata ia akan memberikan khidmat guaman percuma kepada mana - mana anggota tentera yang diambil tindakan semata - mata kerana ia mengundi PAS dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang kelak.
Anggota tentera yang merangkumi sebahagian besar daripada hampir 5000 pengundi pos akan mengundi esok samada memilih calon UMNO BN Isa Samad atau Zulkefly Mohamad Omar dari PAS sebagai Adun baru Bagan Pinang. PAS sebelum ini mempersoalkan ketelusan undi pos yang dilihat memberi tekanan kepada anggota tentera untuk mengundi calon UMNO.
Antara lain undi mereka harus dilengkapi dengan Borang 2 SPR yang memberikan segala maklumat pengundi secara terperinci dan mendedahkan mereka kepada tindakan jika tidak memangkah calon BN. Borang 2 memuatkan data dan latar belakang lengkap pengundi tersebut. PAS berkata mereka tidak akan teragak - agak untuk mengambil tindakan undang- undang ke atas mana- mana individu yang dikesan melakukan penyelewengan atau penipuan ke atas undi pos sekalipun melibatkan pegawai - pegawai dari kalangan pemerintah anggota tentera.
sumber: tvantara

Media Arus Perdana Ghairah Mengipas Najib

Rakyat Malaysia secara amnya menerima hakikat media arus perdana di negara ini di bawah kawalan Umno-Barisan Nasional. Ia diterajui oleh barisan editor yang akan berbuat apa sahaja untuk “mengipas” Perdana Menteri Najib Razak yang merestui pelantikan mereka.

RTM, misalnya, kini memulakan semua siarannya dengan slogan “Salam Satu Malaysia”. Ini agak melucukan. Bagaimanapun ia boleh diterima sebagai hak stesen itu. Begitu juga di TV3 dan NTV 7. Keghairahan untuk memastikan setiap acara Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri mendapat liputan luas dalam semua buletin juga adalah hak stesen berkenaan. Namun umum juga tahu motif mereka berbuat demikian jauh menyimpang dari nilai-nilai kewartawanan.

Yang memualkan ialah apabila media arus perdana yang sekian lama menolak tulisan-tulisan blog di internet, tiba-tiba menjadikannya sebagai bahan berita utama dalam akhbar atau siaran berita mereka. Yang di pilih tentunya ialah artikel yang dimuatkan untuk menghentam, melemparkan fitnah dan memburuk-burukkan pemimpin pembangkang dan parti yang mereka wakili.
sumber: tvantara

Wednesday, October 7, 2009

Undi Pos Beri Pertanda Buruk Pada Negara kita - Dato Zaid Ibrahim

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim menyifatkan undi pos sebagai bukti ketidakadilan dan kebebasan dalam sistem pilihan raya di negara ini. Menurutnya, pengundi pos dibayangi perasaan takut dan terpaksa mengundi Barisan Nasional (BN) kerana undian mereka diketahui majikan.
“Ada bekas perajurit kita mengakui bahawa mereka tidak boleh membuat pilihan secara bebas kerana perlu menyertakan nama dan nombor perkhidmatan dalam borang akuan yang disertakan bersama kertas undi apabila membuang undi. “Jadi undi mereka tidak lagi rahsia,” katanya bahawa kira-kira 5,000 atau 36 peratus daripada 14,192 pengundi di Bagan Pinang ialah pengundi pos.
Beliau berkata, sepatutnya undi pos hanya dihadkan kepada anggota dan pegawai tentera yang bertugas di hutan belantara sewaktu pilihan raya. “Takkan semua pengundi yang ada dalam senarai undi pos sekarang ini bertugas dalam hutan semasa hari mengundi.
“Malah kakitangan keselamatan tidak perlu membuang undi dalam kawasan “kawalan” mengikut sistem atau proses yang lain dari orang awam,” katanya yang dipetik dilaman blognya di sini, semalam. Zaid berkata, tidak ada negara demokrasi dalam dunia kini yang mengamalkan sistem pengundian berbeza antara orang awam dengan kakitangan keselamatan seperti di Malaysia. “Ini bererti BN tidak akan membenarkan sistem pengundian telus dan berintegriti bertapak di negara ini. “Sikap tidak berani membenarkan kakitangan keselamatan kita membuang undi secara bebas satu petanda buruk kepada negara,” katanya.
sumber: kedahlanie

Datuk Dr. Jeffrey: Musa Aman dikenali sebagai "Vacum Cleaner"

Penyeludupan wang haram RM16 juta membabitkan konco Ketua Menteri Sabah, Musa Aman, bukan sesuatu yang baru. Rakyat Sabah telah lama menjadi pemerhati kepada rentetan penyelewengan kekayaan sumber bumi Sabah.
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Dr Jeffrey Gapari Kitingan, berkata terlalu banyak wang ringgit milik rakyat Sabah disedut keluar ke kocek Musa Aman dan kroni, Michael Chia Tien Foh, yang mendalangi pembalakan haram di negeri itu.
" Kalau kita tanya siapa Musa Aman di Sabah ini, siapa sahaja, saya ingat 99 peratus mengatakan dia memang terlibat dengan rasuah. Dan dalam ahli-ahli UMNO sendiri telah menimbulkan rungutan dia sahaja yang menyapu semua. Sebab itu dikenali sebagai "vacum cleaner" ujarnya. Chia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada 14 Ogos tahun lalu oleh polis Hong Kong kerana menyeludup wang RM16 juta ringgit hasil pembalakan haram.
sumber: tvantara

Dato Kamarul : Ini Perang Psikologi UMNO/BN

Dakwaan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Pakatan Rakyat mengedarkan surat palsu sebenarnya adalah perang psikologi Umno-Barisan Nasional.
Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Sembilan Datuk Kamarul Baharin Abbas berkata ianya sengaja dibangkitkan Umno-Barisan Nasional untuk menuduh Pakatan Rakyat. "Ini mungkin satu perang psikologi dari pihak Barisan Nasional menuduh kita, semua yang kita buat palsu apa hal? "Kadang-kadang digunakan untuk perang psikologi. Ini cara dia, dia buat dia tuduhnya pembangkang," katanya. Semalam Muhyiddin mendedahkan taktik kotor pembangkang kononnya menyebarkan surat palsu Umno kini menghadapi konflik ketika pemilihan Tan Sri Isa Samad sebagai calon Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang. Berita Harian melaporkan Muhyiddin berkata pembangkang cuba mengelirukan pengundi bagi menunjukkan berlakunya perbalahan dalam Majlis Tertinggi Umno berhubung pencalonan Isa. Muhyiddin berkata taktik berkenaan digunakan pembangkang yang bimbang dengan pencalonan Isa. Kamarul berkata Umno-Barisan Nasional seharusnya terlebih dahulu membuktikan surat berkenaan adalah palsu sebelum membuat tuduhan. "Betul ke surat itu palsu bagaimana kita boleh dapat kepala surat itu dia kena siasat betul lah buktikan surat itu palsu. "Mungkin orang kita tidak buat benda ini, macam mana boleh dapat kepala surat? Kepala Surat bukan boleh buat-buat buktikan surat itu palsu. "Kalau boleh buktikan sekarang ada DNA buatlah. Carilah siapa yang bertanggungjawab. Dia hendak senang saja apa lagi dia hendak komen,"katanya. Menurut Kamarul Baharin, sekiranya surat berkenaan surat palsu itu diedarkan pembangkang, bagaimana pula kepala surat dan cop rasmi Umno diperoleh. Beliau menambah Umno-Barisan Nasional lebih tertekan berbanding Pakatan Rakyat. "Bagi Pakatan pertandingan ini bukan pertandingan hidup dan mati, kerana kita tidak boleh mengubah kerajaan negeri tetapi kesannya kalau isa kalah itu besar pada Barisan Nasional. "Yang pertama seorang tokoh bekas menteri besar kalah. Itu kesannya besar. Yang keduanya pengundi tolak Barisan Nasional, jadi kesannya pada Barisan Nasional, tamparannya pada Barisan Nasional kalau kalah lagi teruk dari Pakatan Rakyat," katanya.
Kamarul berkata Pakatan Rakyat berada dalam keadaan fokus untuk merampas kerusi Umno-Barisan Nasional. "Pakatan Rakyat kalau kalah tidak menjadi apa-apa kerana kerusi berkenaan kerusi Umno. Kita hanya boleh bertanding dengan harapan kita boleh merampas kerusi Umno.
"Yang tertekan Umno kerana kalau dia kehilangan kerusi di Bagan Pinang bermakna sokongan orang Melayu pada Umno makin kurang," katanya.
sumber: tvantara

Monday, October 5, 2009

Lihat Foto2 Dibawah, Ada Betul Ketua Putera UMNO dibelasah?




Kalau ya pun nak minta simpati rakyat.....jangan lah buat cerita katun, sangat memalukan.

Jangan Undi Isa Samad !

Kejahatan ISA SAMAD Ketika Jadi MB (2)
Harapan 500 peneroka Felda Sendayan , Labu, Negeri Sembilan untuk menjadi jutawan sepertimana peneroka di Felda LBJ Johnson, Labu hanya tinggal impian. Sebelumnya Isa Samad berusaha menukar status tanah peneroka itu agar lebih lumayan. LUPAKAH KITA KEPADA PENIPUAN ANGAN - ANGAN KEPADA RAKYAT BAWAHAN INI.
PENGUNDI BAGAN PINANG JANGAN TERTIPU LAGI.
SUATU HARI NANTI KAMPUNG ANDA SEMUA TERGADAI.
JANGAN UNDI ISA SAMAD



Posted by dragsuperstar at 08:13
Labels: Bagan Pinang, Pilihanraya Kecil

Zaman Dr. M sebagai PM


Seorang bekas sarjan hari ini mengakui pernah terlibat memangkah BN bagi pihak anggota-anggota tentera dalam dua pilihan raya umum semasa dibawah pentadbiran bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Abu Kassim, yang bertugas sebagai "sarjan gaji", berkata beliau dan beberapa kakitangan tentera dalam bahagian pentadbiran, seperti ketua kerani, mendapat arahan bagi memanipulasikan undi pos daripada pegawai pentadbir kem.
Abu, sudah kira-kira 10 tahun menyertai PAS, bagaimanapun tidak ingat tarikh tepat dan tempat peristiwa itu dengan alasan ia "sudah lama" berlaku. "Saya tidak ingat. Lama sudah. Tetapi dalam pilihan raya besar (umum), zaman Dr Mahathir dulu," katanya kepada Malaysiakini pagi ini.
Anak kelahiran Kuala Pilah itu menganggotai tentera darat selama 23 tahun daripada 1969 sehingga 1989. Beliau paling lama berkhidmat di Markas Stesen Staf Port Dickson.
Abu kini seorang ahli jawatankuasa undi pos Pemuda PAS yang diketuai oleh ketua penerangan dewan itu Suhaizan Kaiat.
sumber: malaysiakini

Sunday, October 4, 2009

Nizar : Antara Kueh Bulan dan BN

Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin mendakwa kerajaan BN lebih teruk daripada dinasti Mongol Yuan di China dan menggesa pengundi Cina di Bagan Pinang supaya mengikut 'jejak langkah' nenek moyang mereka dengan menolak calon BN.
Berucap di satu majlis sambutan pesta tanglung di Bagan Pinang malam tadi, menteri besar Pakatan Rakyat Perak itu berkata, festival tersebut adalah mengenai "menumbangkan satu rejim yang kejam".
Dan mengenai cerita mengenai bagaimana kaum Han pada Abad ke-14 menggunakan 'kuih bulan' untuk mengedarkan mesej menentang dinasti Yuan, Nizar menggesa penggundi Cina di Bagan Pinang untuk "menolak BN".
Nizar mendakwa, BN lebih kejam daripada dinasti Yan kerana mereka telah merampas hak rakyat di Perak. Beliau merujuk kepada tindakan BN mengambil alih pentadbiran kerajan negeri daripada Pakatan Rakyat Februari lalu, selepas tiga wakil rakyat Pakatan keluar parti dan menyokong BN, Nizar juga mengingatkan bahawa jika calon BN, Tan Sri Isa Samad menang dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang, ia boleh menjejaskan kestabilitan di Negeri Sembilan kerana beliau akan menjadi ancaman kepada Menteri Besar, Datuk Mohamad Hassan.
sumber: malaysiakini

Ketua Menteri Sabah Terlibat Kes RM16 Juta ?

Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman menghadapi satu pertuduhan serius selepas di dakwa terbabit dalam jenayah penyeludupan dan pengurupan wang haram berjumlah RM16 juta di Hong Kong. Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Md Akin berlepas ke Hong Kong semalam bagi membantu siasatan Badan Pencegah Rasuah Hong Kong (ICAC) keatas orang kanan Musa Aman, Micheal Chia Tien Foh. Chia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada 14 Ogos tahun lalu, selepas cuba menyeludup wang sejumlah RM16 juta dalam matawang dolar Singapura. Sayap pemuda Parti Keadilan Rakyat memfailkan laporan ke ICAC selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia enggan mengambil tindakan keatas orang kanan Ketua Menteri Sabah ini.
“ Saya baru tiba dari Hong Kong dalam rangka menghantar satu laporan dalam kes penyelewengan, rasuah dan wang haram yang membabitkan seorang ahli perniagaan Michael Chia dan juga ada kaitan dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman” ujarnya.
Menurut Shamsul, pihaknya difahamkan wang yang diseludup orang kanan Musa Aman itu adalah hasil sindiket pembalakan haram yang bermaharajalela di Sabah.
Wang-wang haram ini dipercayai masih tersimpan kemas dalam akaun-akaun bank di Hong Kong. ICAC memberikan komitmen bahawa pihaknya akan memburu dan menyiasat kes ini. ICAC juga telah memberi dua jaminan kepada Shamsul iaitu akan memberikan maklum balas dalam tempoh seminggu sama ada wujudnya kes dalam hal ini dan juga hak kerahsian kerana ia melibatkan isu kerajaan dengan kerajaan.
“ Saya mendakwa bahawa terdapat perlakuan rasuah di dalam negara Hong Kong. Saya juga membuat dakwaan duit-duit haram ini masih disimpan dalam akaun-akaun di Hong Kong dan meminta akaun-akaun itu dibekukan tetapi tidak ada komen sama ada setuju atau tidak dari pihak ICAC” tambahnya. Tambah Shamsul, Chia merancang untuk menyeludup RM16 juta wang haram ini ke Kuala Lumpur bagi memperkasa kempen Umno-BN menewaskan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dalam Pilihanraya Kecil Permatang Pauh. AMK telah memfailkan kes ini yang mendapat liputan meluas media antarabangsa ke SPRM, namun selepas setahun berlalu tiada sebarang tindakan diambil. “ Kita kecewa dengan sikap SPRM yang sampai sekarang tidak mengambil sebarang tindakan. Akhirnya kita terpaksa walaupun dengan berat hati menggunakan semua saluran yang ada kerana kita merasakan wang ini adalah wang rakyat. Wang ini perlu dikembalikan kepada rakyat Malaysia khususnya rakyat Sabah” tambahnya lagi.
Sementara itu, bagi Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff yang juga seorang peguam menyifatkan, penyeludupan dan pengurupan wang haram ini sebagai jenayah baru di Malaysia dan ia bersifat serius. “ Bagi saya apa yang dikatakan sebagai pengubahan wang haram politik ini satu perkara yang perlu ditangani segera kerana ia melibatkan satu jumlah yang besar. Lebih menarik pula, ia merupakan satu kesalahan di bawah akta yang baru diluluskan oleh kerajaan Malaysia iaitu di bawah AMLA” katanya.
sumber : tvantara

Isa Samad Selamatkan Kes Khalwat Najib & Ziana?

Mantan PM Tun Mahathir begitu lantang menolak Isa Samad menjadi calon Bagan Pinang. Beliau berulang kali menegaskan Isa tidak layak menjadi calon kerana pernah terlibat dengan politik wang. Beliau tidak mahu apa yang terjadi di Permatang Pasir berlaku pula di Bagan Pinang. Tetapi Najib akhirnya memilih juga Isa Samad sebagai calon Bagan Pinang. Beliau tidak menghiraukan saranan Tun Mahathir.
Mengapa Najib terpaksa memilih Isa Samad? Sebenarnya Isa Samad lah yang menjadi penyelamat ketika Najib ditangkap khalwal bersama Ziana Zain di Port Dickson. Itulah jasa terbesar Isa Samad kepada Najib. Sebab itu walaupun Najib tahu Isa Samad bukanlah calon terbaik namun beliau tidak ada pilihan. Beliau takut Isa Samad akan mendedahkan skandal tersebut. Isa Samad lah yang mengarah agar Mahkamah Syariah seremban 'off record' skandal tersebut.



sumber : sharpshooter

Bagan Pinang: Satu Lawan Satu




Bagan Pinang: Pertandingan satu lawan satu BN-PAS
Okt 3, 09 8:45am

10.23am: HPilihanraya kecil DUN Bagan Pinang akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN, Tan Sri Isa Samad dengan calon PAS Zulkefly Mohamad Omar. Pengumuman itu dibuat oleh pegawai pengurus pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang Abdul Wahab Shamsuddin 11am: Masa bantahan tamat 10.14am: Hanya calon BN, Tan Sri Isa Samad dan calon PAS Zulkefly Mohamad Omar yang menyerahkan borang pencalonan. Tempoh serah borang pencalonan tamat jam 10 pagi. Sebelum ini, Shahruddin tidak dapat menyerahkan kertas pencalonannya kepada penyokong bukan orang tempatan.
10.am: Ketegangan meningkat apabila kelihatan penyokong membaling botol air dari sebelah BN. Penyokong Pakatan Rakyat menjerit kepada pihak polis supaya mengambil tindakan.
9.42am: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa matlamat PAS adalah untuk menang bukan setakat mengurangkan majoriti BN di Bagan Pinang.
"Kita mahu menang," katanya kepada pemberita. Menurutnya, majoriti dalam pilihanraya umum 2008 adalah 2,000 lebih undi. Jadi tidak mustahil untuk pembangkang menang kali ini.
Bagaimanapun, beliau mengaku persaingan di Bagan Pinang adalah sengit bagi PAS, tetapi beliau yakin boleh menang. 9.40am: Penyokong kedua belah pihak semakin meningkat dan jumlahnya dianggar sama banyak. 9.33am: Calon bebas, Shahruddin Abdul Hamid keluar dari pusat penamaan calon selepas mendapati penyokongnya bukan dari Bagan Pinang. Pencadang penduduk Bagan Pinang. 9.31am: Keadaan menjadi agak tegang apabila penyokong kedua belah pihak bergerak hampir satu sama lain. Penyokogn BN dan Pakatan terus melaung antara satu sama lain. Polis cuba meredakan keadaan. 9.20am: Ketegangan meningkat. Kira-kira 50 anggota polis pencegah rusuhan membuat benteng antara penyokong BN dan Pakatan. Namun mereka terus melaung antara sama sama lain. 9.17am: Calon bebas, Shahruddin Abdul Hamid (foto bawah) memasuki pusat penamaan calon untuk menyerahkan pencalonannya.
9.16am: Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Dr Hatta Ramli ke kemah BN untuk bersalaman dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Hassan. Kelihatan pemimpin utama yang kelihatan berada dalam kemah BN termasuk Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat; Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu; Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon; Presiden PPP, Datuk M Kayveas, dan pemimpin utama Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Rais Yatim, Datuk Shahrizat Abdul Jalil, Datuk Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Mohd Ali Rustam.
9am: Calon BN, Tan Sri Isa Samad dan calon PAS Zulkefly Mohamad Omar masuk ke pusat penamaan calon. Calon bebas, Shahruddin Abdul Hamid belum kelihatan. Di luar, penyokong BN menyanyikan lagu 'Inilah barisan kita' manakala penyokong Pakatan melungkan 'rasuah, hidup rakyat dan hancur BN". 8.56am: Penyokong Pakatan seramai kira-kira 5,000 berkumpul di pintu masuk pusat penamaan calon, sambil melaung "julung rakyat, hancur BN, hancur ISA, hidup rakyat". 8.55am: Penyokong BN tiba di pusat penamaan calon. Mereka dipisahkan kira-kira 100 meter dari penyokong PAS. 8.45am: Penyokong BN dianggarkan seramai 3,000 mula bergerak ke pusat penamaan calon sejauh 1km. Hujan telah berhenti, tetapi orang ramai sudah basah lencun. 8.40am Hujan lebat menyebabkan orang ramai lari berlindung di bawah khemah yang disediakan di pusat penamaan calon. Ada yang menggunakan payung dan sesetengahnya menggunakan kain rentang untuk berlindung dari hujan. 8.30am: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin sudah sampai bersama calon BN, Tan Sri Isa Samad untuk bergerak ke pusat penamaan calon. Hujan mula turun
Manakala penyokong Pakatan sudah sampai ke pusat penamaan cal0n di pejabat daerah Port Dickson. 8.23am: Penyokong Pakatan mula bergerak ke pusat penamaan calon di pejabat daerah Port Dickson. Mereka melaung slogan "Tolak tolak rasuah, undi undi undi Islam" dan "Mansuhkan ISA". Ada penyokong yang memakai baju-T bertulis "Tak Nak ISA", dipercayai merujuk kepada calon BN, Tan Sri Isa Samad. Dengan dikawal oleh anggota unit keselamatan PAS, mereka berarak melalui kawasan perumahan menuju ke pusat penamaan calon .
Polis telah menyediakan dua tempat perhimpunan berasingan bagi penyokong Pakatan dan BN. Kedua-dua pihak juga menggunakan laluan yang berlainan menuju ke pusat penamaan calon bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini. 8.09am: Seorang penunggang motosikal yang memakai jaket biru BN tersilap tempat dan mendapati dirinya berada bersama sekumpulan penyokong PAS. Dia terus dikelilingi dan diboo oleh penyokong berkenaan di hadapan Sekolah Menengah Datuk Haji Abdul Samad - tempat perhimpunan untuk penyokong Pakatan Rakyat sebelum berarak ke pusat penamaan calon di pejabat daerah Port Dickson.
Turut kelihatan di situ ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan beberapa pemimpin PKR termasuk Azmin ALi (MP Gombak) dan S Manikavasagam (MP Kapar).
sumber: malaysiakini

Friday, October 2, 2009

UMNO GAGAL MEMBELA MELAYU

Melayu Mundur: Bukti Umno Gagal Bela Melayu
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mengalu-alukan hasrat Gagasan Melayu Perak (MGP) untuk turun padang ke seluruh negeri Perak untuk membuat penerangan isu semasa berkaitan suasana di Perak. DPPN Pk juga tidak hairan dengan kenyataan oleh Datuk Seri Mohd Hilmi Ismail Presiden MGP untuk memberikan penerangan seluruh negeri berkaitan kedudukan orang Melayu yang masih di lihat mundur di luar Bandar. DPPN Pk yakin GMP telah melihat sendiri keadaan sebenar rakyat di luar Bandar yang masih di lihat mundur walaupun UMNO / Barisan Nasional (BN) telah memerintah hampir 50 tahun dan di lihat masih gagal mengurangkan kekangan yang sepatutnya boleh dikurangkan atau dibaiki sebaiknya selama mana telah memerintah negeri Perak khasnya.
DPPN Pk bersedia untuk bersama-sama membantu GMP untuk memberikan penerangan kepada seluruh rakyat di Perak tentang sifat negeri berkebajikan yang telah di usahakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Perak telah memberikan sedikit nafas baru untuk membantu rakyat yang memerlukan dan bukanya kroni UMNO / BN semata-mata. DPPN Pk akan menyediakan pentas untuk berceramah kepada pimpinan GMP bagi majlis penerangan tersebut. DPPN Pk yakin usaha ini akan memperjuangkan pembelaan kepada orang melayu yang masih mundur di luar Bandar khasnya.

DR RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

PRK N31 - Satu TEST CARD buat Pakatan Rakyat

N31 Bagan Pinang.... UMNO/BN menang malu, kalah lagilah malu... Kenapa ? Sebab.... kalau menang... pasti bantuan undi pos yang banyak disana... dan sebab pengaruh Isa Samad di Teluk Kemang.... tapi malu pasal menang guna undi pos dan calon kaki rasuah, Kalau kalah pulak... lagilah malu.... sebab ... satu ... dalam ramai-ramai ahli UMNO/BN ... takkan takda sorang pun yang bersih dari rasuah... memang sah la UMNO/BN kaki rasuah... sampai tak dapat nak pilih yang bersih langsung, betul tak? Kalau kalah... ternyata Mat Sembab bukan sorang TPM yang bagus.. tak pandai pilih calun, Dr. M pun dah bagi amaran, jangan pilih Isa Samad, kenapa yang masih pilih Isa Samad, nah buang terbiat !
Kalau UMNO kalah, bersiap sedia lah untuk dikuburkan pada PRU 13, Insyallah.........
Mari kita lihat SIAPA YANG KENA.............

Si tua ni merajuk lah pulak

Tun Mahathir tidak akan berkempen di Bagan Pinang
KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan berkempen untuk calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.
“Beliau adalah calon parti, saya sokong. Pendapat peribadi saya tidak perlu diambil kira,” katanya apabila ditanya sama ada beliau kecewa dengan pencalonan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Isa Abdul Samad sebagai calon BN. Semalam, Isa, 59, diumumkan sebagai calon BN bagi kerusi DUN Bagan Pinang. Apabila ditanya adakah ia akan menjejaskan peluang BN untuk memenangi pilihan raya kecil kali ini, katanya, “Saya rasa kita ada peluang baik. Kita akan menang.” Bagaimanapun, apabila ditanya tentang majoriti, beliau berkata: “Saya tidak tahu. Mungkin boleh. Saya agak.”
BN memenangi kerusi DUN Bagan Pinang dengan majoriti 2,333 pada pilihan raya lepas bagaimanapun ia kosong selepas kematian penyandangnya, Azman Mohammad Noor.
Pengumuman berhubung pencalonan Isa dibuat Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di bilik operasi BN di Port Dickson, Negeri Sembilan semalam.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu pada Sabtu ini dengan pengundian pada 11 Oktober. BERNAMA

Thursday, October 1, 2009

SPR LARANG BENDERA PKR & DAP?

Dua parti yang bergabung dalam Pakatan Rakyat - DAP dan PKR tetap akan meneruskan berkempen dengan mengibarkan bendera, logo dan gambar pemimpin mereka masing-masing sepanjang kempen pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang bermula 3 Oktober ini. Kedua-dua parti tersebut juga mencabar Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) untuk menunjukkan peruntukan undang-undang yang melarang mana-mana pemimpin atau parti politik berkempen bagi seseorang calon di sesuatu pilihanraya kecil. Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke ketika dihubungi Malaysiakini berkata, arahan terbaru itu tidak masuk akal dan melampaui tugas SPR yang sebenarnya. "Mungkin SPR fobia dengan pemimpin Pakatan Rakyat dan logo DAP dan PKR. Mereka melampaui tugas. Mereka sepatutnya mengendalikan proses penamaan calon, proses pengundiaan dan pengiraan undi. "Soal kempen, serah kepada kepada parti-parti politik yang bertanding... Masa Tan Sri Abdul Rashid (Abdul Rahman) tidak ada peraturan macam ini," katanya.
Anthony yang juga ketua Pemuda DAP diminta mengulas berhubung arahan terbaru SPR yang melarang parti politik yang tidak bertanding dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang mengibarkan bendera, logo dan gambar pemimpin mereka sepanjang kempen. Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar semalam dilaporkan berkata kebenaran hanya diberikan kepada parti yang bertanding memasang bahan kempen seperti gambar calon, logo parti dan pemimpin mereka. 'Tidak faham demokrasi'
sumber: malaysiakini