Followers

Monday, November 2, 2015

Pecat PAS, atau DAP keluar Selangor, pewakilan beri amaran kepada Azmin OLEH DIYANA IBRAHIM


Pimpinan tertinggi DAP didesak seorang perwakilan parti pada konvensyen hari ini supaya memberi tekanan kepada menteri besar Selangor memecat PAS daripada kerajaan negeri.

Pimpinan tertinggi DAP didesak seorang perwakilan parti pada konvensyen hari ini supaya memberi tekanan kepada menteri besar Selangor memecat PAS daripada kerajaan negeri.

Seorang perwakilan DAP mencadangkan pimpinan tertinggi parti itu memberi tempoh kepada Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali untuk memecat wakil rakyat PAS daripada kerajaan negeri.

Pengerusi DAP Kajang Baru, Chiong Yoke Kong, berkata sekiranya Azmin gagal memecat wakil rakyat PAS Selangor, pimpinan DAP harus tidak teragak-agak keluar daripada pentadbiran kerajaan negeri itu.

"Kita mendesak kerana PAS sudah memungkiri janji dalam Pakatan Harapan, jadi kita mahu pimpinan tertinggi DAP memberi tempoh kepada Azmin untuk pecat wakil rakyat PAS ataupun DAP perlu keluar dari pentadbiran tersebut," katanya semasa sesi bahas dalam Konvesyen Tahunan Negeri Selangor 2015 di Petaling Jaya hari ini.

Chiong bagaimanapun berkata terpulang kepada pimpinan tertinggi DAP menetapkan tempoh masa kepada Azmin, tetapi ia harus dilaksanakan dengan segera.‎

Chiong berkata, kegagalan menangani masalah itu di Selangor bukan sahaja menjejaskan akar umbi tetapi pimpinan DAP dalam pentadbiran negeri.

"Saya percaya hari ini kalau kita terus bekerjasama dengan parti sebegini di dalam kerajaan orang paling tercedera bukan kita akar umbi, tapi ialah mereka yang duduk dalam pimpinan Selangor. Kita tidak tahu macam mana orang lain tengok kita," katanya.



Sementara itu Naib Pengerusi DAP Selangor Datuk Teng Chang Kim dalam reaksi terhadap cadangan perwakilan itu menyeru anggota DAP melihat masalah di Selangor daripada sudut kemantangan politik.

Beliau berkata, cadangan memecat PAS atau DAP keluar daripada Selangor tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya hanya memberi manfaat kepada Barisan Nasional.

"Kita berada dalam kerajaan bukan nak ada jawatan tapi kita ada tanggungjawab. Kita diberi mandat untuk tadbir kerajaan. Ia diberikan rakyat dan atas manifesto ini kita akan terus tadbir negeri.

"Walaupun sekarang ini ada masalah dengan PAS tapi lihatlah dengan kematangan, kita ambil langkah pragmatik. Memang senang kita cakap nak keluar parti lepas itu letak jawatan namun adakah ia akan selesai masalah?

"Jikalau nama menjadi masalah, sebab dulu kita di Selangor kita ditabdir 3 parti yang dinamakan Pakatan Rakyat dan sekarang pentadbiran Selangor tidak ada nama, kita boleh letak nama Pakatan Harapan Rakyat.

"Tapi nama itu tidak penting, yang penting lepas 5 tahun kita akan bertanding dalam pilihan raya melawan PAS dalam semua kawasan," katanya pada penggulungan konvesyen tersebut.

Exco Selangor itu juga memberi jaminan masalah parti pembangkang tidak menjejaskan pentadbiran kerajaan negeri di mana semua parti menghormati tanggungjawab itu.

"Jangan risau kita tidak cipta krisis bila krisis tiada. Sekarang dalam mesyuarat exco kita tidak gaduh soal parti, kita ketepikan (letak luar). Dalam exco kita hanya bincang mengenai kepentingan rakyat. Semua pihak berbuat demikian. Kita hanya lawan di luar bilik exco," katanya.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.