Followers

Monday, November 16, 2015

Gangguan bekalan air di Hulu Langat FMT Reporters


air

Kerja-kerja berkenaan menambah baik itu akan dilakukan selama tiga hari bermula hari ini sehingga 17 November

PETALING JAYA: Beberapa kawasan di Hulu Langat akan mengalami pengurangan bekalan air sebanyak lima peratus berikutan kerja-kerja menambah baik kecekapan sistem rawatan air di kawasan itu.

Syarikat Air Selangor (SAS) dalam kenyataan pada Ahad memberitahu, perkara lain yang turut dilakukan adalah kerja-kerja penggantian dan pembaikan pam di Loji Pembersihan Air Hulu Langat.

Kata kenyataan itu, kerja-kerja berkenaan akan dilakukan selama tiga hari bermula Ahad (hari ini) sehingga 17 November bermula 10 pagi hingga 10 malam.

Antara kawasan-kawasan di Wilayah Hulu Langat yang akan mengalami gangguan bekalan air ialah Taman Kota Cheras; Taman Orkid; Taman Rasa Sayang; Taman Sri Aman; Taman Cheras Mas; Taman Lagenda Mas 1 dan 2; Taman Tun Perak; Taman Tanming Jaya; Taman Putra Budiman; Taman Balakong Jaya; Taman Puncak Utama; Jade Hill; Taman Sri Timah; Taman Sungai Besi Indah 1 dan 2; Taman Harmoni Indah; Taman Bukit Belimbing dan Taman Juara Jaya.

“Segala usaha akan diambil untuk menyiapkan kerja-kerja pembaikan dan penggantian pam dengan secepat mungkin untuk pemulihan bekalan air lebih awal di kawasan yang terlibat,” kata SAS.


FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.