KULIM 6 OKT: Seorang Orang Kelainan Upaya dari Kumpulan OKU Setia Kulim
nekad mendaki tangga dengan mengengsot kerana mahu menyerahkan sendiri
memorandum kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di daerah itu hari
ini.
Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran berkata, OKU itu, dikenali
sebagai Gnana Pragasan, 53 berbuat demikian selepas Pengarah JKM Daerah
Kulim enggan menemui mereka dan menunggu lebih sejam.
OKUKatanya, memorandum itu berhubung kemudahan OKU di
pejabat JKM berkenaan yang didakwa tidak memuaskan hingga menyusahkan
mereka untuk berurusan.
Selain itu, kata Surendran, mereka juga mendakwa elaun antara RM150
hingga RM300 dipotong, serta layanan pegawai JKM yang disifatkan kurang
mesra.
“Pada mulanya lebih 50 OKU berkumpul di bawah (pejabat JKM Kulim) untuk menemui Pengarah JKM Kulim yang berada di tingkat atas.
“Selepas menunggu hampir sejam, seorang dari mereka nekad mengengsot
dengan mendaki satu demi satu anak tangga sambil menggigit memo itu.
“Pegawai JKM dikenali sebagai Rohana hanya membuka pintu beberapa ketika
selepas OKU itu berjaya naik ke tingkat satu dan menerima memorandum
tanpa memberi respon mengenainya,” katanya yang menyifatkan tindakan JKM
itu sebagai zalim.
Katanya, Gnana terpaksa menggunakan tangga disebabkan tiada lif dan
kemudahan laluan untuk kerusi roda ke tingkat satu pejabat yang terletak
di Kompleks Bangunan Majlis Perbandaran itu.
Sehubungan itu, Surendran berkata beliau akan membangkitkan insiden itu
pada sidang parlimen 21 Oktober ini dan kumpulan itu juga bersedia untuk
hadir. ~kd
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.