Followers

Friday, September 30, 2011

Ezam Mohd Nor hasut warga pendidik membenci Pakatan Rakyat

Regim Umno Barisan Nasional (BN) terbukti memperkudakan Kementerian Pendidikan apabila mengadakan program sesi ‘mencuci otak’ guru dengan memfitnah dan memburuk-burukkan Pakatan Rakyat, menggunakan wang rakyat.

Hal ini terbongkar apabila seorang guru mendedahkan hal itu kepada KeadilanDaily beserta bukti bergambar.
Mengikut guru berkenaan, mereka diarah guru besar ke sebuah hotel di Kuantan, Pahang walaupun mereka sedang sibuk dengan kursus KSSR Tahun 2 dan penandaan kertas Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).


Mengikut gambar yang diemel, sesi ‘cuci otak’ dilakukan atas nama Program Pengurusan Pementoran Perkhidmatan Awam Kementerian Pelajaran Malaysia: Seminar Pemantapan Warga Pendidikan Negeri Pahang.
Mengikut buku program, sesi yang berlangsung opada 28 September lalu, dijalankan Timbalan Menteri Pelajaran, Mohd Puad Zarkashi.

Antara risalah fitnah yang disebar kepada guru
Kata guru berkenaan, guru besar datang awal sebab ada sesi cuci otak yang dijalankan Senator Mohamad Ezam Mohd Nor pada malam sebelumnya.
“Memang Kementerian Pendidikan ditunggang sepenuhnya oleh balaci (Datuk Seri) Najib (Razak). Sampai hati pergunakan duit rakyat panggil untuk sesi mengukuhkan kuasa,” katanya.
Kerajaan Rakyat

1 comment:

  1. nak heran apa dgn mat kotak ni.sapa2 lagi percaya dgn dia dah kira spesis yg patut mampus dah.biarla kat dia bercakap pasai umno dah bagi upah senaak kat dia.kalau tuan boleh ingat manusia ni yang sebenarnya pembawa sial pd bn.tgk pilihanraya kuala terengganu,bukit selambau & bukit gantang dimana dia berkempen semua bn kalah.batang air bn menang sebab pembawa sial ni tak pi berkempen

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.