Followers

Saturday, April 9, 2011

Polis ganggu ceramah Anwar di Sarawak ?

BATU NIAH: Sebaik sahaja Hari Penamaan Calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak berakhir 6 April lalu, polis semakin galak mengganggu program ramah mesra yang dihadiri Datuk Seri Anwar Ibrahim..

Kejadian berlaku di Medan Selera Ngu dekat pekan Batu Niah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N60 Kemena.

Gangguan polis itu akhirnya dileraikan selepas campur tangan pimpinan KEADILAN termasuk Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam.

Polis kemudian membenarkan ucapan Ketua Umum KEADILAN itu diteruskan tetapi dihadkan kepada 15 minit sahaja.
Sebelum ini, polis melakukan tindakan sama terhadap tiga program yang dihadiri Anwar di Betong, di DUN Semariang dan Satok minggu lalu.

Dalam ucapannya, Anwar mengingatkan penduduk Sarawak untuk melakukan perubahan secara aman.

“Saya datang ke mari bukannya nak cari gaduh. Tak mengapa, kita dah biasa dengan perkara begini,” kata Anwar merujuk kepada gangguan polis yang menimbulkan ketegangan.


“Nanti kalau kita perintah, gaji dan elaun polis pun kita naikkan,” sindir Anwar disambut tepukan gemuruh kira-kira 1000
hadirin.


Terdahulu, Anwar singgah ke beberapa pekan kecil termasuk Batu Niah dan pekan Sepupok di sepanjang perjalanan
menuju ke Bintulu untuk bertemu pengundi.

Beliau memperkenalkan calon-calon KEADILAN mewakili DUN Kemena, Bernard Bina Bayang dan Ishak Mahwi bagi
DUN N61 Bekenu.

Turut hadir dalam program ramah mesra bersama pengundi ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Simpang Pulai,Chan Ming Kai dan Adun Kuala Kurau, Yunus Jamhari.Keadilandaily

Posted by TINTA HIJAU

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.