Saturday, April 9, 2011

Kesian Kat Puteri UMNO - Orang Umno Sendiri Tak Suka !

I tak suka lah !Bekas ketua Puteri Umno mendedahkan hari ini yang Rafidah dan Pak Lah tak suka kat Puteri Umno, nasib baik Mahathir ok, maka dapatlah jugak dia merasa menjadi ketua Puteri. Walau macam manapun selepas umur lanjut taraf puteri dah lucut, Wanita Umno pulak tak terima mereka.

Kesian kat mereka, dalam setiap pilihan raya kecil atau besar, mereka bertungkus lumus dengan penuh glamour sekali merayu dan buat kerja parti dengan pakaian "pink color" trade mark mereka itu.

Apa nak buat, bukan tak suka dengan matlamat puteri yang mahu menarik sokongan golongan pemudi, tapi apabila adanya satu lagi sayap Umno bermakna bertambah kewujudan ketua-ketua, makin ramai projek yang perlu dibahagikan, bertambah kecillah saiz kek projek. Sebab itulah Umno tak suka.

Rafidah, Pak Lah tak suka Puteri, dedah bekas ketua
April 9, 2011

Kalau Datuk Najib tidak sayang Puteri, siapa nak cari pengundi Melayu muda.

SHAH ALAM: Bekas orang nombor satu  Puteri Umno  hari ini mendedahkan  Tun Rafidah Aziz menentang penubuhan sayap Umno itu.

Datuk Seri Azalina Othman Said juga mendakwa mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi juga cuba mengekang penubuhan Puteri Umno.

Azalina berkata,“ maklumlah Pak Lah lebih sayang kepada Khairy (Jamaluddin), menantunya.”
Katanya, hanya mantan  perdana menteri. Tun Dr Mahathir Mohomad yang menyokong  Puteri Umno.

“Mereka mempersoalkan mengapa mesti ada Puteri sedangkan sudah ada Wanita Umno.

“Ketua bahagian dan ketua cawangan pun tidak sokong Puteri Umno.

“Kalau Datuk Najib (Tun Razak) tidak sayang Puteri, siapa nak cari pengundi Melayu muda,? katanya di majlis bicara tokoh anjuran Puteri Umno Selangor hari ini.

Azalina berkata, beliau yang paling dibenci oleh pergerakan Wanita Umno ekoran penubuhan Puteri Umno,
Bagaimanapun, katanya beliau menjadi ketua Puteri Umno yang pertama pada 2001 kerana dipilih oleh Dr Mahathir.

Beliau juga mendakwa ahli Puteri yang sudah habis tempoh iaitu mencapai usia 35 tahun tidak diterima di peringkat Wanita.

“Yang dapat jawatan ketua bahagian saya seorang saja,” kata Ketua Umno Pengerang itu.

Free Malaysia Today

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.