Followers

Tuesday, February 15, 2011

Sibangang nie selalu kantoi .. .

Eh?? Pagi tadi ada.. Tengahhari dah hilang berita ni..


Hairan juga ni.. pagi tadi ada tengahhari dah hilang pula..

Sebenarnya berita mengenai isu Taman Pelangi ini aku dah baca di Sinar Harian Online Edisi Utara pagi tadi, malangnya bila aku cari semula untuk dicopy and paste di dalam blog ini tengahhari ini, berita itu telah tiada..

Berita dibawah ni aku copy dari blog Sharpshooter pasal Sinar Harian dah menghilangkannya.. aku copy sekali dengan gambar.

Hanya 10 gerai dirobohkan.

JURU – Hanya 10 gerai haram yang beroperasi di sekitar Taman Pelangi dirobohkan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) pada operasi fasa1 yang dibuat 7 Februari lalu, bukan 1,000 sepertimana yang dipaparkan akhbar sebelum ini.


Ahli Majlis, Amir Hj Ghazali berkata, 10 premis yang dirobohkan itu merupakan antara 22 gerai yang diberi notis MPSP, manakala 12 premis lagi diruntuhkan sendiri oleh pemiliknya.

Menurutnya, mungkin terdapat salah faham sebelum ini menyebabkan angka 1,000 itu digembar-gemburkan, namun tidak menolak jumlah premis termasuk peniaga yang melakukan penyambungan haram hampir 1,000 di kawasan perumahan tersebut.

“Jumlah yang diberikan itu adalah statistik sebenar yang dikeluarkan MPSP selepas operasi pada 7 Februari lalu. Berhubung dakwaan peniaga yang mengatakan premis mereka diroboh sebelum notis tamat tempoh, perlu diketahui bahawa Akta Jalan,Parit dan Bangunan 1974 dan notis yang diberikan adalah di bawah Undang-undang Kecil Penjaja MPSP 1991. “Sebanyak empat kali notis telah berikan sejak tiga bulan lalu.
Justeru, tindakan penguatkuasaan terpaksa dibuat selepas mereka gagal mengosongkan premis walaupun banyak kali notis telah dikeluarkan,” katanya pada satu sidang media yang diadakan di sini. Dalam pada itu, beliau yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMKPP) menyangkal dakwaan pihak yang mengatakan MPSP selektif dalam isu merobohkan gerai peniaga.

Jelasnya, bukan semua premis yang dirobohkan milik orang Melayu, tetapi, hanya empat sahaja, manakala sebuah gerai milik peniaga India, dua Cina dan selebihnya Indonesia yang berniaga secara haram. Katanya, terdapat juga premis yang dimiliki peniaga Melayu, tetapi, disewakan kepada warga asing turut dirobohkan.

Dalam masa sama, Amir turut mempersoalkan bagaimana premis-premis berkenaan boleh beroperasi melebihi 15 tahun tanpa lesen, dan tiada tindakan penguatkuasaan dibuat dalam tempoh tersebut.

“Majoriti daripada peniaga mengatakan mereka telah berniaga lebhi 15 tahun di sini, jadi siapa yang membenarkan mereka berbuat demikian selama ini? Siapa yang membenarkan mereka memiliki imuniti dari sebarang tindakan penguatkuasaan?

“Jika 15 tahun lalu mereka tidak dibenarkan menjalankan perniagaan, mana mungkin sekarang kita melihat majoriti yang berniaga terdiri dari warga asing. Dahulu, taman ini didiami majoriti rakyat tempatan, tetapi, apabila kerajaan membenarkan warga asing memasuki negara ini, taman ini dibanjiri dengan warga asing hingga ia diberi jolokan ‘Mini Hatyai’,” katanya.

Beliau berkata, sepatutnya tidak timbul isu dalam merobohkan gerai haram ini kerana ia memang patut dilakukan sejak dahulu lagi, sebelum kerajaan bertukar tangan, tetapi, apabila kerajaan kini mengambil alih ia telah dipolitikkan.

Tambahan, ia adalah isu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), justeru beliau berharap ia tidak lagi dipolitikkan dan membiarkan anggota penguatkuasa menjalankan tugas mereka. Katanya, operasi meroboh premis haram sekitar Taman Pelangi akan diteruskan selepas tempoh penangguhan selama sebulan itu tamat, namun tidak bila operasi akan disambung semula.

Sementara itu Timbalan Ketua AMKPP, Ahmad Azrizal Tahir berkata, pihaknya menyokong tindakan penguatkuasaan yang dibuat demi memberi keselesaan kepasa penghuni tetap di situ. Menurutnya, AMKPP sedang berusaha dalam mencari tapak sesuai untuk menepatkan semula peniaga untuk mereka meneruskan perniagaan mereka. Katanya, beberapa lokasi di sekitar Taman Pelangi telah pun dikenal pasti dan proposal mengenainya akan diusulkan kepada MPSP hari ini (Isnin).

“Kita tidak sesekali mengabaikan peniaga, tetapi, berusaha mencari tapak baru untuk mereka, namun ia akan diberikan kepada rakyat tempatan yang benar-benar ingin berniaga sahaja, bukan untuk disewa kepada warga asing. “Begitupun, keutamaan akan diberikan kepada peniaga yang telah lama berniaga dan dikenakan tindakan penguatkuasaan,” katanya.

Sinar Harian

BERITA SEMALAM:

10 bukan 1000

10 gerai terlibat operasi roboh


JURU – Hanya 10 gerai haram yang beroperasi di sekitar Taman Pelangi dirobohkan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) pada operasi fasa 1 yang dibuat 7 Februari lalu, bukan 1,000 sepertimana yang dipaparkan akhbar sebelum ini.

Ahli Majlis MPSP, Amir Md Ghazali berkata, kesemua 10 premis yang dirobohkan itu antara 22 gerai yang diberi notis MPSP, manakala 12 premis lagi dirobohkan sendiri oleh pemiliknya.

Menurutnya, mungkin terdapat salah faham sebelum ini menyebabkan angka 1,000 itu digembar-gemburkan, namun beliau tidak menolak jumlah premis termasuk peniaga yang melakukan penyambungan haram hampir 1,000 di kawasan perumahan tersebut.

“Jumlah yang diberikan itu adalah statistik sebenar yang dikeluarkan MPSP selepas operasi pada 7 Februari lalu. Berhubung dakwaan peniaga yang mengatakan premis mereka diroboh sebelum notis tamat tempoh, perlu diketahui bahawa Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 dan notis yang diberikan adalah di bawah Undang-undang Kecil Penjaja MPSP 1991.

“Sebanyak empat kali notis telah berikan sejak tiga bulan lalu. Justeru, tindakan penguatkuasaan terpaksa dibuat selepas mereka gagal mengosongkan premis walaupun banyak kali notis dikeluarkan,” katanya pada satu sidang media yang diadakan di sini.

Dalam pada itu, beliau yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMKPP) menyangkal dakwaan pihak yang mengatakan MPSP selektif dalam isu merobohkan gerai peniaga.

Katanya, bukan semua premis yang dirobohkan milik orang Melayu, tetapi hanya empat sahaja, manakala sebuah gerai milik peniaga India, dua Cina dan selebihnya Indonesia yang berniaga secara haram.

Menurutnya, terdapat juga premis yang dimiliki peniaga Melayu, tetapi disewakan kepada warga asing turut dirobohkan.

Dalam masa sama, Amir turut mempersoalkan bagaimana premis berkenaan boleh beroperasi melebihi 15 tahun tanpa lesen dan tiada tindakan penguatkuasaan dibuat dalam tempoh itu.

“Majoriti daripada peniaga mengatakan mereka telah berniaga lebih 15 tahun di sini, jadi siapa yang membenarkan mereka berbuat demikian selama ini? Siapa yang membenarkan mereka memiliki imuniti dari sebarang tindakan penguatkuasaan?

“Jika 15 tahun lalu mereka tidak dibenarkan menjalankan perniagaan, mana mungkin sekarang kita melihat majoriti yang berniaga terdiri dari warga asing. Dahulu, taman ini didiami majoriti rakyat tempatan, tetapi apabila kerajaan membenarkan warga asing memasuki negara ini, taman ini dibanjiri dengan warga asing hingga ia diberi jolokan ‘Mini Hatyai’,” katanya.

Beliau berkata, sepatutnya tidak timbul isu dalam merobohkan gerai haram ini kerana ia memang patut dilakukan sejak dahulu lagi, sebelum kerajaan bertukar tangan, tetapi apabila kerajaan kini mengambil alih ia telah

dipolitikkan.

Menurutnya, ia adalah isu pihak berkuasa tempatan (PBT), justeru beliau berharap ia tidak lagi dipolitikkan dan membiarkan anggota penguat kuasa menjalankan tugas mereka.

Katanya, operasi meroboh premis haram sekitar Taman Pelangi akan diteruskan selepas tempoh penangguhan selama sebulan itu tamat, namun tidak apabila operasi akan disambung semula.

Sementara itu Timbalan Ketua AMKPP, Ahmad Azrizal Tahir berkata, pihaknya menyokong tindakan penguatkuasaan yang dibuat demi memberi keselesaan kepasa penghuni tetap di situ.

Menurutnya, AMKPP sedang berusaha dalam mencari tapak sesuai untuk menepatkan semula peniaga untuk mereka meneruskan perniagaan mereka.

Katanya, beberapa lokasi di sekitar Taman Pelangi telah pun dikenal pasti dan kertas kerja mengenainya akan diusulkan kepada MPSP hari ini.

“Kita tidak sesekali mengabaikan peniaga, tetapi, berusaha mencari tapak baru untuk mereka, namun ia akan diberikan kepada rakyat tempatan yang benar-benar ingin berniaga sahaja. Bukan untuk disewa kepada warga asing.

“Begitu pun, keutamaan akan diberikan kepada peniaga yang telah lama berniaga dan dikenakan tindakan penguatkuasaan,” katanya.

usezworkshop

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.