Followers

Monday, February 14, 2011

Liwat II bersambung, doktor HKL di kandang saksi - Hafiz Yatim

azlanPerbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan peguam Karpal Singh dijangka terus menyoal balas ahli patologi Hospital Kuala Lumpur, Dr Siew Sheue Feng berhubung borang perubatan pro-forma.

Borang pro-forma itu adalah soalan lazim yang digunakan semasa pemeriksaan penderaan seksual.
Dalam kes ini, ia membabitkan pengadu kes tersebut, Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang juga merupakan bekas pembantu ketua pembangkang itu.

Pada sesi mahkamah yang lalu, Siew hanya mengemukakan borang pro-forma yang kosong untuk rujukan pihak pembelaan.

Doktor itu juga enggan merujuk kepada nota-nota perubatannya ketika disoal balas oleh pihak pembelaan.

Beliau bagaimanapun sering-kali merujuk nota berkenaan ketika mahkamah berhenti rehat.

Susulan itu, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah mengarahkan Siew supaya menyerahkan nota itu kepada pihak pembelaan.

Turut hadir dalam perbicaraan hari ini ialah Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden.

Perbicaraan hari ini menarik perhatian perwakilan asing di negara ini termasuk daripada Finland.
LAPORAN LANGSUNG

9.50am: Siew berkata borang yang digunakan mempunyai gambarajah termasuk kemaluan dan bahagian lain tubuh wanita. Justeru, ia tidak sesuai untuk kes liwat.

Katanya, seorang lagi doktor telah membantunya mengisi borang pro-forma itu.

"Juga pegawai penyiasat Jude Pereira mengisikan satu halaman (borang itu),"kata Siew.
NONE9.48am: Siew (kiri) berkata tidak ada borang pro-forma yang spesifik untuk kes liwat. "Hanya sekarang, baru ada."

Pertengkaran mulut berlaku antara saksi dan Sankara.

Siew berkata dia tidak mengisi halaman 4 borang itu kerana ia membabitkan mangsa yang dirogol dan memerlukan persetujuan mangsa.

9.43am: Sankara memulakan soal balas dengan bertanya kepada Siew mengenai borang pro-forma.

Doktor HKL itu menjawab beliau mengisi halaman 3, 5 dan 6 dokumen itu dan borang itu adalah untuk mangsa yang dirogol.

"Tidak ada borang pro-forma spesifik untuk kes liwat di HKL," kata Siew.

9.41am: Perbicaraan dimulakan tanpa kehadiran Karpal.

Ahli patologi Hospital Kuala Lumpur, Dr Siew Sheue Feng tampil sebagai saksi. Peguam Sankara Nair ditugaskan menyoal balas.

Seorang perwakilan dari pejabat kedutaan Amerika Syarikat tiba.

9.37am:
Perbicaraan masih belum dimulakan kerana menunggu ketibaan Karpal yang dipercayai masih berada di inkuiri Suruhanjaya Diraja Teoh.

sankara nair bukit aman teresea kok isa arrest pc 170908 01Jurubahasa mahkamah telah dua kali bertanyakan bila Karpal akan hadir.

9.07am: Perbicaraan ditangguhkan atas permintaan peguam Param Cumaraswamy dan Sankara Nair (kanan) supaya hakim menunggu selama 10 minit lagi bagi membolehkan Karpal turut serta dalam perbicaraan.

"Dia ada sekitar ini dan dijadualkan meneruskan soal balas kerana ini adalah bahagiannya,” kata Param.

Difahamkan, Karpal berada di mahkamah berasingan bagi mengikuti inkuiri Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai Teoh Beng Hock.

9.05am:
Mahkamah mula bersidang dengan hakim Mohd Zabidin mengambil tempatnya.

Peguam Karpal Singh masih belum tiba, Galeri awam agak penuh dengan kehadiran kira-kira 70 orang.

9.01am: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim masuk dan bersalaman dengan orang ramai.

Juga berada di galeri awam adalah ahli parlimen Machang yang juga setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution.

NONE8.41am: Peguam Sankara Nair tiba dengan ahli patologi Australian, Dr David Wells, yang ditugaskan membantu pihak pembelaan.

8.39am: Anwar tiba bersama isterinya yang juga presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama puluhan penyokongnya.

Turut berada di mahkamah adalah bekas ahli parlimen Jeli, Mohd Apandi Mohamad dari PAS.

8.36am: Seorang perwakilan dari pejabat Suruhanjaya Tinggi australia juga hadir bersama ahli parlimen PKR, Johari Abdul, yang mewakili kerusi Sungai Petani, Kedah.

Tidak ramai wartawan, khususnya dari media berbahasa Cina, yang hadir bagi membuat liputan hari ini.

8.35am: Tidak ramai orang di mahkamah setakat ini. Ini mungkin kerana Diasatan Diraja mengenai kes Teoh bermula hari ini juga diadakan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Wartawan dan orang ramai dibenarkan masuk ke mahkamah. Pihak pendakawaan diketuai oleh Peguam Cara II Negara, DatukMohd Yusof Zainal Abiden yang masuk melalui pintu yang berasingan.

8.29am: Pengadu kes ini, Mohd Saiful Bukhari Azlan bersama bapanya, Mohd Lazim berada di Kompleks Mahkamah, Jalan Duta, Kuala Lumpur. 

malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.