Followers

Wednesday, October 13, 2010

TERKINI & PANAS ! - SULTAN TARIK BALIK GELARAN DATUK PADUKA DARI IBRAHIM ALI ?

KOTA BHARU 13 Okt. – Selepas melucutkan gelaran `Temenggong' daripada adinda baginda, Tengku Muhammad Fakhry Petra, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V hari ini menarik balik pula anugerah bintang daripada empat individu. Baginda menarik balik semua darjah kebesaran termasuk Darjah Jiwa Mahkota Kelantan (DJMK) yang membawa gelaran Datuk Paduka daripada Presiden Perkasa,

Datuk Ibrahim Ali dan Seri Paduka Setia Mahkota Kelantan (SPSK) yang dianugerahkan kepada bekas Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Wan Hashim Wan Daud berkuat kuasa hari ini. Penarikan balik bintang dan darjah kebesaran tersebut diumumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd. Aiseri Alias pada satu sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini. - Utusan

APO NAK DIKATO....Sememangnya layak lah sebarang gelaran dari Ibrahim Ali ini ditarik balik. Jangan lah pisang berbuah dua kali.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.