Wednesday, October 13, 2010

Bekas pembantu Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud di Amerika Syarikat ditemui mati ?

Bekas Pembantu Taib Mahmud ditemui mati di AS - Bekas pembantu Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud di Amerika Syarikat ditemui mati dalam bilik di sebuah hotel di Los Angeles minggu lalu.

Blog portal Sarawak Report melaporkan Ross Boyert, 60 tahun, bekas pembantu Taib ditemui mati dengan dengan beg diikat dikepalanya dan spekulasi timbul kemungkinan beliau membunuh diri.

Bagaimanapun, koroner di bandaraya berkenaan enggan mengesahkan punca kematiannya itu dan sedang menjalankan siasatan punca kematiannya.

Beliau meninggalkan seorang isteri seorang anak perempuan. Ross telah berkhidmat hampir 12 tahun sebagai pengurus kepada hartanah merangkumi blok pejabat dan perumahan milik keluarga Taib di San Francisco, California dan Seattle.

Hartanah milik keluarga yang diurusnya termasuk kompleks berkeselamatan tinggi Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) yang terletak di Bangunan Abraham Lincoln di Seattle di mana beliau diberikan pelepasan keselamatan peribadi maksimum untuk bebas keluar masuk bangunan tersebut.

Laporan Sarawak Report baru-baru ini mendedahkan bahawa Taib secara rahsia menjadi pemegang saham terbesar dalam syarikat Sakti International yang memiliki kebanyakan bangunan hartanah yang diuruskan oleh Ross Boyert.

Bagaimanapun senarai dafrtar rasmi pemegang saham syarikat berkenaan secara rasminya menamakan ahli keluarga Taib yang terdiri daripada Rahman, Mahmud dan Jamilah Taib bersama bapa saudaranya Arip dan Onn Mahmud.

Tugas Ross termasuk membaikpulih dan menyewakan hartanah milik Taib, terutamanya blok yang menempatkan ruang pejabat di 260 California Street yang terletak di tengah-tengah bandaraya San Francisco.

Beliau mula berkhidmat menggantikan Rahman Taib yang dikatakan gagal menguruskan dengan baik bangunan tersebut sehingga menanggung kerugian dan berjaya memajukan perniagaan hartanah milik Taib sehingga mencatatkan keuntungan sehinggan USD80 juta sehingalah beliau meninggalkan syarikat berkenaan pada 2006 lalu.

Posted by RAKYAT MARHAEN 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.