Followers

Tuesday, June 29, 2010

TERKINI PANAS...!!! ULAMA MUDA KATA MEREKA DITIPU

بسم الله الرحمن الرحيم

Terkejut sungguh aku. Tak sangka dalam 40 orang Ulama muda yang dicanang UMNO menyertai mrk baru2 ini rupanya dipermainkan oleh UMNO. Komen Ustaz Hosni Mubarak (photo), salah seorang yang dikatakan memasuki UMNO :

“Kami dibawa masuk melalui bangunan sebelah Mall, naik escala...tor, pusing-pusing tiba-tiba sudah berada di dalam Bangunan Umno di PWTC, diminta beratur menyambut Najib datang dan bersalaman, ketika itu gambar diambil bertalu-talu.

“Kemudian diumumkan kepada media bahawa inilah 40 ulama muda yang menyertai Umno, benar ada yang menyertai Umno tetapi ramai yang tertipu melihat kepada reaksi mereka yang asyik menunduk sahaja,”.

“Saya dan tiga lagi sahabat lepasan Jordan, Mohd Fakhruzzaman, 37, dari Shah Alam, Mohd Akram An-Nazilin, 27, (Putrajaya) dan Mohd Jalaluddin Tahir, 26 (Sungai Petani) menafikan kami berbuat demikian sebaliknya Umno yang menipu,” tegasnya.

Aduh, penipuan apa ini wahai Datuk Seri Najib Tun Razak? Penipuan apa ini wahai Datuk Seri Shahidan Kassim? Penipuan apa ini wahai UMNO Cawangan Dataran Merdeka? Jeliknya permainan politik kamu.

( e-mail dari ustaz Hosni Mubarak) - TT

Note: Umno Cawangan Dataran Merdeka... hehehe

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.