Followers

Tuesday, June 29, 2010

Rombakan Kabinet Wisma Darul Iman merupakan amaran awal dan terakhir Ahmad Said terhadap Hishamuddin

Ahmad Said Rombak Kabinet, Hishamuddin Yang Karam..

Rombakan Kabinet Wisma Darul Iman merupakan amaran awal dan terakhir Ahmad Said terhadap Hishamuddin yang bukan sahaja gagal berfungsi malah tidak menyerlah di Terengganu.

Dato’ Ahmad Said mungkin tidak diklasifikasikan sebagai MB Pintar, namun beliau boleh dikategorikan sebagai MB licik yang susah untuk diramal tindakan beliau. Rombakan cabinet yang menyaksikan Lima exco Terengganu bertukar portfolio YB Datuk Rahin, YB Asha'ari, YB Yahya Khatib, YB Rozi dan YB Datuk Za'abar.

Tidak dapat dinafikan, Kenyataan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said yang mengumumkan pertukaran lima portfolio Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Terengganu yang berkuatkuasa 1 Julai 2010 adalah untuk Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri.

Rombakan ini sebenarnya adalah langkah awal pengukuhan berstrategi Kumpulan Penyokong Ahmad Said (PAS) untuk menghadapi pilihanraya umum yang akan datang.

Siapakah “mastermind” di belakang rombakan ini? Orang lama Senator Rosli atau lebih dikenali dengan panggilan Pok Rosli merupakan peneraju utama dalam setiap keputusan yang diputuskan Wisma Darul Iman.

Pertukaran YB Yahya Khatib Mohamad ke Portfolio Jawatan kuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita Negeri sememangnya sudah diduga kerana sebelum ini telah terdengar desas desus tentang pengumpulan tanda-tangan persetujuan untuk memilih beliau menggantikan Ahmad Said sebagai MB nanti.

Desas desus itu dikuatkan lagi dengan keingkaran beberapa Bahagian untuk hadir dalam pertemuan bersama MB di Sadium negeri tidak lama dulu.

Diperingkat Dungun, Ahli Parlimen Dungun, YB Matulidi telah lama disingkirkan dan beliau kini tidak ubah seperti Ahli Parlimen dalam buangan. Perpindahan YB Rozi Mamat pula ke Portfolio Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri tidak ubah seperti penyimpanan beliau ke bilik sejuk bagi menyelamatkan rakan "semastermind" Pok Rosli iaitu TengKu Putera bagi Parlimen Hulu Terengganu.

Pertukaran dua orang lagi exco dilihat relevan kerana mereka adalah kumpulan Pas. Dato’ Ahmad Said berani berkeputusan dan ternyata pertukaran ini sememangnya bertujuan untuk memantapkan peluang dan ruang dalam PRU yang akan datang.

Kumpulan Idris sememangnya telah lama dilenyapkan oleh kumpulan PAS dari awal lagi. Mereka bukan lagi menjadi saingan kepada Ahmad Said kerana mereka kini dilihat sebagai Kumpulan YB Gelap Gambor.

Namun begitu, kejayaan yang paling cemerlang dalam pertukaran Kabinet Ahmad Said ini merupakan satu persembelihan yang jelas dan terang terhadap kegagalan wakil kerajaan pusat untuk berfungsi dan nama beliau terus ditenggelami riuh pikuk penyokong PAS iaitu Penyokong Ahmad Said. Hasihamuddin terus tenggelam. Penyu ketawa terkekeh kekeh..

Sumber : Berita Lima portfolio Exco Terengganu bertukar Oleh : ESAH Bte ABDULLAH Portal Terengganu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.