Followers

Friday, May 21, 2010

SPR mengancam demokrasi?


Berita Harakah Daily semalam bertajuk "Najib mungkin dikenang sebagai Bapa Judi" juga melaporkan bahawa:
Dalam perkembangan lain, Mohamad memberitahu beliau akan bertemu pelbagai pihak untuk meningkatkan lagi tekanan Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih) berikutan rasa tidak puas hati pelbagai pihak terhadap gelagat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) termasuk dalam pengendalian undi pos dalam pilihan raya kecil Sibu Ahad lalu .

"Pelbagai pihak kini semakin tidak mempercayai SPR dan adalah tidak adil jika kita tidak himpunkan rakyat yang tidak berpuas hati atau marah kepada SPR itu dalam satu suara yang lebih padu.

"Walaupun saya tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam Bersih, tetapi saya yakin akan dapat memainkan peranan ke arah itu," kata beliau yang pernah menjadi Pengarah Himpunan Bersih 10 November 2007 lalu.

Di dalam PAS sendiri, sebagai Pengerusi Jawatankuasa Mobilisasi Demokrasi PAS, Mohamad memberitahu, beberapa tindakan bagi menyatukan suara rakyat yang tidak berpuas hati atau marah kepada SPR sedang digerakkan.
Tadi, saya baca sekali lagi berita TV Selangor semalam bertajuk "Kit Siang: SPR jangan tuduh sebarangan". Setelah membaca berita-berita itu, timbul pertanyaaan dalam hati saya:
Adakah SPR hakikatnya adalah ancaman kepada demokrasi?
Tentulah SPR akan menggelejat dalam segala kemarahan kalau dikatakan "ya". Sebab itulah saya hanya jawab dalam hati sendiri. Anda juga diharapkan menjawab dalam hati sendiri.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.