Tuesday, May 18, 2010

PM Baru Britain Potong Gaji..PM Cap Ayam M'sia Bagi Isteri 100 Juta

LONDON - Gaji Perdana Menteri baru Britain dan menteri-menterinya dipotong sebanyak lima peratus dalam usaha untuk mengurangkan rekod bajet defisit negara berkenaan. Pengumuman pemotongan gaji itu dibuat sebelum mesyuarat Kabinet pertama kerajaan baru bermula semalam.

Perdana Menteri Britain, David Cameron kini akan menerima gaji sebanyak £142,500 (RM668,165) setahun daripada gaji yang sepatutnya diperolehinya iaitu £150,000 (RM703,325).

Gaji itu kurang £7,500 (RM35,129) daripada gaji bekas Perdana Menteri, Gordon Brown yang meletakkan jawatan selepas Parti Buruh pimpinannya sebelum ini tewas pada pilihan raya umum minggu lalu.

Sementara itu, gaji menteri kanan telah dipotong daripada £141,647 (RM663,970) setahun kepada £134,565 (RM630,823).

Gaji menteri biasa pula dikurangkan kepada £89,435 (RM419,307) setahun daripada £94,142 (RM441,456).

Namun, jumlah itu tidak termasuk gaji mereka sebagai Ahli Parlimen sebanyak £64,766 (RM303,333) setahun.

Parti Konservatif berkuasa selepas ia membentuk perikatan dengan Parti Liberal Demokrat sekali gus menamatkan penguasaan Parti Buruh selama 13 tahun. - Agensi

Bagus betul kerajaan baru Konservatif ini. Potong gaji demi rakyat. Konservatif boleh ibarat PR di negara kita. Melakukan reformasi demi rakyat. Di Malaysia? Tentu nak tahu kan gaji PM Najib monggol kita. Ini dia..

Gaji dan elauns untuk Perdana Menteri, Menteri dan Ahli Parlimen

Ini semua adalah dibawah Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) pindaan 2005

Gaji untuk Perdana Menteri, Menteri, MP adalah seperti berikut:

Perdana Menteri – RM 22,826.65 sebulan

Timbalan Perdana Menteri – RM 18,168.15 sebulan

Menteri-Menteri Kabinet - RM 14,907.20 sebulan.

Timbalan Menteri-Menteri - RM 10,847.65 sebulan

Setiausaha Parlimen - RM 7,187.40 sebulan

Ahli Dewan Negara – RM 6,508.59

Ahli Dewan Rakyat – RM 4,112.79

Najib sebagai Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan dan juga dia adalah Ahli Parlimen, maka pendapatan sebulan beliau adalah:

= RM 22,826.65 + RM 14,907.20 + RM 4,112.79

= RM 41,846.64 sebulan

Tu belum dicampur dengan elaun perjalanan, baiki rumah, elaun macam-macamlah. Gaji Najib kalau ikut setahun, adalah RM 502,159.68..wowwww, banyaknya. Tu tak campur dengan rasuah dan pelbagai lagi sumber haram. Apapun, ada berani ke Najib nak potong elaun atau gaji diorang. Aci kerat jari pun mereka tak mahu. Dah la bagi bini keduanya, Roswah 100 juta buat projek budak-budak..Malaysia..malaysia..bilalah negara ini nak berfikiran matang..selalu je diperbodohkan oleh pentekedarah-pentekedarah duit rakyat ini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.