Followers

Sunday, May 31, 2015

Derhaka tafsir Perlembagaan ikut selera sendiri, kata putera Negeri Sembilan - OLEH KC NAZARI

 

Pengerusi Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (Ideas) Tunku Zain Al Abidin Tuanku Mukhriz melahirkan kekhuatiran tindakan pihak yang mentafsir Perlembagaan dalam beberapa perkara dengan cara berlainan dan menganggap ia sebagai menderhaka.

Pengerusi Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (Ideas) Tunku Zain Al Abidin Tuanku Mukhriz melahirkan kekhuatiran tindakan pihak yang mentafsir Perlembagaan dalam beberapa perkara dengan cara berlainan dan menganggap ia sebagai menderhaka.

Pengerusi Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (Ideas) Tunku Zain Al Abidin Tuanku Mukhriz berpandangan mereka yang mentafsirkan Perlembagaan Persekutuan mengikut selera dan kepentingan sendiri sebagai penderhaka kerana maksudnya dilukiskan dengan jelas pengasas-pengasas negara ini.

Menurutnya, akhir-akhir ini beberapa perkara dalam Perlembagaan ditafsirkan dengan cara berlainan.
"Matlamat tafsiran ini adalah untuk menguatkan dakwaan (mereka) tentang tujuan dan matlamat Perlembagaan.

"Perkataan-perkataan ditafsir di luar konteks untuk berhujah bahawa negara ini dan institusinya adalah untuk mendahulukan kepentingan sesetengah pihak - yang meluas - mengatasi pihak lain.
"Cubaan ini perlu dikutuk sebagai menderhaka dan mengarut," kata Tunku Zain Al Abidin yang juga merupakan seorang putera raja dari Negeri Sembilan.

Namun, Tunku Zain Al Abidin dalam ucapan pada perbincangan bertajuk "Ke Mana, Malaysia” (Jalan di Hadapan) itu tidak pula memperincikan pihak yang dimaksudkan.

Sementara itu, seorang lagi panel perbincangan, bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Saifuddin Abdullah mengkritik tindakan sesetengah pihak yang menurutnya cuba "meregangkan" tafsiran Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 153 memperincikan tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk menjaga hak istimewa dan kedudukan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia yang dikenali sebagai Bumiputera.

"Sesetengah orang lupa Perkara 153 tidak meliputi segala-galanya," katanya sambil memberikan contoh diskaun 10% atas pembelian rumah oleh Bumiputera.

Menurut Saifuddin, orang Melayu yang mampu membeli rumah berharga RM3 juta pastinya tidak memerlukan diskaun tersebut.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Siapa kata perlu laporan polis siasat jenayah, soal Zaman Khan OLEH ELIZABETH ZACHARIAH



Bekas ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Tan Sri Zaman Khan tidak bersetuju dengan pendirian Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang laporan polis perlu dibuat sebelum siasatan jenayah dilakukan.

Bekas ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Tan Sri Zaman Khan tidak bersetuju dengan pendirian Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang laporan polis perlu dibuat sebelum siasatan jenayah dilakukan.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh menyiasat kes jenayah tanpa memerlukan laporan polis, kata bekas ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Tan Sri Zaman Khan, menafikan kenyataan ketua polis negara yang siasatan hanya dilakukan apabila laporan dibuat.

Zaman berkata, mana-mana pegawai polis yang mengatakan siasatan hanya boleh dilakukan jika laporan polis dibuat adalah "tidak masuk akal".

"Polis boleh menyiasat tanpa apa-apa laporan, selagi kesalahan itu boleh ditangkap," katanya, pada sebuah forum akauntabiliti polis di Kuala Lumpur, hari ini.

"Jika polis kata perlukan laporan untuk siasat jenayah, itu tak masuk akal."

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini berulang kali mengatakan polis hanya akan menjalankan penyiasatan kes jenayah sekiranya laporan polis dibuat.

Menerusi akaun Twitter beliau, Khalid meminta Speaker Selangor, Hannah Yeoh membuat laporan polis selepas dimaklumkan mengenai kes pecah masuk di rumahnya di Subang Jaya oleh lima perompak bertopeng.

Khalid juga dilaporkan memberitahu seorang pemberita yang mendakwa dikasari semasa protes di luar sebuah gereja di Taman Medan baru-baru ini, supaya membuat laporan sebelum dakwaannya disiasat polis, walaupun ia berlaku dengan kehadiran pihak polis.

Khalid dikritik hebat mengenai pendiriannya tidak akan menyiasat selagi ada laporan polis, dan dituduh mengamalkan siasatan terpilih yang tertumpu kepada pemimpin pembangkang dan mereka yang tidak menyokong kerajaan.

"Mereka (polis) boleh melancarkan siasatan walapun tiada laporan bagi kesalahan besar dan yang boleh membawa penangkapan. Ini dibenarkan Kanun Jenayah," kata Zaman.

Terdahulu, peguam dan aktivis Datuk Ambiga Sreenevasan yang hadir forum itu menanyakan ahli Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan, Leong May Chan, sama ada ia boleh bertindak tanpa aduan.

"Anda memperkasakan kuasa tetapi bolehkah bertindak tanpa menerima aduan, kerana ramai bimbang membuat aduan dan ini sesuatu yang perlu diterima," kata bekas pengerusi Bersih 2.0 itu.

Leong berkata suruhanjaya itu boleh memulakan penyiasatan terhadap mana-mana agensi penguatkuasaan sekiranya menerima aduan, seperti termaktub dalam Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan. – 30 Mei, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Penyeleweng tafsiran perlembagaan penderhaka

 
 

Tindakan mentafsir perlembagaan mengikut konteks tertentu demi keuntungan sempit seseorang boleh dianggap sebagai menderhaka, kata Pengerusi Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS), Tunku Zain Al-Abidir Tuanku Muhriz (gambar).

Bercakap dalam satu forum di Petaling Jaya hari ini, beliau berkata tindakan sedemikian mesti dikutuk.

"Dalam tempoh beberapa tahun lalu, peruntukan diambil di luar konteks bagi membolehkan ia menjadi hujah menunjukkan negara  dan matlamat insitusinya ditubuhkan demi kepentingan pihak tertentu mengatasi yang lain.

"Cubaan ini patut dikutuk sebagai menderhaka dan mengarut," katanya.

Putera kepada Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan itu bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut bagaimana peruntukan perlembagaan negara disalah guna untuk kepentingan pihak yang dimaksudkan.

Katanya, pengasas dan perdana menteri pertama negara, Tunku Abdul Rahman sudah menjelaskan bentuk negara yang diimpikannya.

Agenda bumiputera tak patut ada dalam RMK-11


 

Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) tidak sepatutnya memasukkan agenda bumiputera, kata bekas ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah hari ini.

Sebaliknya, kata beliau, kerajaan perlu memberi lebih fokus kepada dasar berasaskan keperluan.

"Saya menyambut baik bahagian penyertaan menyeluruh dalam pelan RMK-11 yang dilancarkan baru-baru ini tetapi saya ada masalah dengan agenda bumiputera, kerana saya sangka sudah sampai masanya kita melaksanakan dasar berasaskan keperluan berbanding dasar berasaskan bangsa," katanya dalam ucapan di sebuah forum anjuran pertubuhan Harmony Malaysia di Petaling Jaya hari ini.

Diminta menjelaskan maksud kenyataan itu kemudian, bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi itu berkata, kesamaan ekonomi di Malaysia tidak lagi berdasarkan kepada kumpulan etnik, sebaliknya rentas kaum.

Laman web uji minda 'anak permata'

 
 
Permata Negara akan memperkenalkan laman web mengandungi soalan yang menguji kecergasan minda kanak-kanak di bawah umur lima tahun menjelang November ini, kata Penaung Program Permata Negara Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau berkata, projek itu yang dibangunkan dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Pembangunan Kanak-kanak Kebangsaan (NCDRC) Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Universiti Kebangsaan Malaysia, bertujuan membolehkan pengurusan dan pembangunan anak-anak cemerlang dan pintar dapat dibuat dari tahap awal lagi.

Rosmah yang juga isteri perdana menteri berkata projek itu kini di peringkat dibangunkan dalam bentuk web, sekaligus membolehkan capaian lebih luas dan tidak terhad kepada anak-anak Permata.

"Ini akan membolehkan kita mengenal pasti tahap intelektual anak-anak seawal di bawah umur lima tahun, lepas tu senanglah untuk kita menguruskan pembangunan anak-anak cemerlang atau pintar ini," katanya pada Majlis Ramah Mesra bersama ibu bapa dan pendidik di Pusat Anak Permata Negara Beseri, Perlis hari ini.

Katanya projek perintis ujian IQ atau minda itu telah dilaksanakan baru-baru ini membabitkan 47 anak-anak Permata seluruh negara dan hasilnya tiga daripada mereka mendapat skor melebihi 129 iaitu pintar, dan lapan lagi daripada mereka memperoleh skor atas tahap purata.

Jelasnya mereka yang mendapat skor cemerlang ataupun skor melebihi yang ditetapkan dalam peperiksaan terbabit akan dibawa mengikuti kem khas pada Disember ini di UKM.

Dalam pada itu, Rosmah berkata beliau berhasrat untuk mewujudkan pusat anak Permata di setiap parlimen di seluruh negara, bagaimanapun ia tertakluk kepada kemampuan perbelanjaan dan kewujudan tapak tanah untuk tujuan itu.

Sehingga kini, terdapat hampir 800 pusat Permata seluruh negara dengan bilangan anak berjumlah lebih 17,000 orang.

Rosmah yang tiba di Pusat Anak Permata Negara Beseri pada kira-kira jam 11.50 pagi diiringi isteri menteri besar Perlis, Datin Seri Nor Aswana Omar, meluangkan masa kira-kira satu setengah jam beramah mesra dengan ibu bapa serta menyertai sesi soal jawab.

Program Permata Negara yang memasuki lapan tahun pelaksanaannya, merupakan cetusan idea Rosmah bagi memastikan setiap anak  diberikan peluang pelajaran yang terbaik agar mereka dapat menyumbang sebagai modal insan negara.

Setiap program Permata diperincikan dengan teliti pelaksanaannya termasuk mengambil kira pelbagai aspek seperti peringkat  umur, kebolehan, keupayaan, kelainan dan bakat semulajadi yang ada pada setiap kanak-kanak.

- Bernama
 

Najib kini tidur lena, tak keseorangan

   

Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau boleh tidur lena apabila mengetahui mendapat sokongan daripada pemimpin utama di Perlis walaupun Tun Dr Mahathir Mohamad terus menyerangnya supaya berundur.

Pengakuan Najib itu dibuat dua pemimpin utama negeri paling utara di semenanjung itu, Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menyatakan sokongan kepadanya.

Perdana menteri juga menganggap kedua-dua mereka sebagai "dua harimau" Perlis dengan Shahidan menjadi "orang kuat politik" manakala menteri besar sebagai "orang kuat kerajaan".

Kata Najib, Shahidan (kiri) sudah menyatakan sokongan tidak berbelah baginya sebelum ini dan hanya sebulan lalu, Azlan mengambil tindakan sama dengan berikrar tetap menyokong di belakang perdana menteri.

"Dengan ini, saya boleh tidur lena dan tidak berasa kesunyian. Sokongan ini penting kerana kita perlukan kerajaan yang kuat," katanya di depan kira-kira 5,000 orang di Kangar, Perlis hari ini.

Sebelum itu dalam ucapannya, Azlan menyatakan sokongan padu kepada Najib dan kerajaan.

Shahidan adalah bekas Menteri Besar Perlis yang kini berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Arau.

Ahli PAS bebas pilih 'kata dua' Hadi

 
 
Menjelang Muktamar Tahunan PAS di Kuala Selangor Khamis ini, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tampil mengemukakan formula mudah untuk perwakilan membuat pilihan pelbagai jawatan yang dipertandingkan.

Bagi Abdul Hadi, calon yang bertanding dalam muktamar kali ini terbahagi kepada dua, iaitu yang ingin mengikut telunjuk DAP atau  sebaliknya.

Sambil menyatakan perwakilan "bebas" membuat pilihan, bekas Menteri Besar Terangganu selama satu penggal itu berkata, barisan calon yang menawarkan diri untuk diundi perwakilan kali ini tidak lagi boleh dibahagikan kepada kumpulan ulama dan bukan ulama.

Memetik laporan Harakahdaily, Abdul Hadi berkata, kedua-dua kumpulan mempunyai ulama.

"Cuma satunya yang DAP hendak, satunya DAP tak nak... pilihlah," katanya.

Muktamar kali ini dianggap antara yang paling panas pernah dialami PAS sejak ia ditubuhkan pada 1951.

Berlaku pertembungan di antara kumpulan dikenali sebagai proulama yang semakin jelas  menjarakkan diri dengan gabungan Pakatan Rakyat.

Satu kumpulan lagi ialah beraliran sederhana - kebanyakannya disokong golongan profesional.

Abdul Hadi sendiri berdepan dengan bekas Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia, Ahmad Awang.

Berdasarkan kenyataan Abdul Hadi disiarkan Harakahdaily, secara tidak langsung Ahmad dilabelnya sebagai ulama yang mengikut telunjuk DAP.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, jika ada mana-mana parti lain - termasuk DAP - yang mempunyai  pandangan mengenai PAS dan mahu  kehendaknya diikuti, terpulang kepada ahli  PAS sendiri untuk membuat keputusan.

"Terpulang kepada ahli-ahli PAS hendak pilih. Hendak ikut dasar dia atau hendak ikut DAP,” tegasnya kepada media di Marang, Terengganu, semalam.

MAHATHIR TURUN JALAN RAYA


'Boleh guling k'jaan dengan demo jika...'

Bekas perdana menteri  Mahathir Mohamad berkata pemimpin yang menindas boleh digulingkan melalui demonstrasi besar sekiranya ia tidak boleh dilakukan melalui undian.

Katanya, pemimpin yang tidak boleh dikritik akan "sedia melakukan perkara salah", dan proses demokrasi juga boleh disalahguna walau proses tersebut memberi ruang bagi rakyat menolak pemimpin melalui pilihan raya.

“Hanya dengan mengundi saja anda boleh menggulingkan seorang pemimpin, namun apabila demokrasi disalahguna dan mereka tidak begitu mengamalkan demokrasi, kita tiada cara lain untuk menggulingkan seorang pemimpin melalui pilihan raya.


Demonstrasi bukan budaya rakyat Malaysia? | Jom Kita Baca

https://jomkitabaca.wordpress.com/2012/05/14/1306/
Translate this page
May 14, 2012 - UMNO dan BN mengatakan bahawa demontrasi bukan budaya ...Demonstrasi BERSIH 2.0 menuntut ketelusan perjalananan proses pilihanraya umum 2011 ... Batalkan GST atau BN akan kalah dalam PRU 14: Tun Mahathir 


MAHATHIR TURUN JALAN RAYA
Tun tak payah turun ke jalan raya Tun boleh mintak SIRUL buat press conference cakap saja siapa suroh kaboommmmmmm!!!!!! altantoye cukup dah Kalau Mat Mongol orang nya ,

semua rakyat sudah tahu kebenaran senang Mat Mongol chabut ke Zakarstan dengan Tandok Padang peganti Keris Bugis Mohideen boleh jad PM buang GST dan Zahid jadi TPM Ikang Al-Tolol boleh ikut Mat Mongol tolong bersih kontol nya Bodoh betul orang orang Melayu ini on BILA LAGI TUN?
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 5/30/15






 

Nik Aziz iktiraf Mat Sabu sebagai pejuang!! - Oleh Zul Hilmei Mohamad Rohani.

Apakah Anda Sudah Lupa Pesanan Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat 4 Tahun Lalu??? Kata Tok Guru:- Aku nak mati dah sekarang ni.

Aku tinggal ke Mu dua perkara selagi kamu berpegang kepada dua perkara ini kamu tidak akan sesat. Pertama, kitabullah yang Kedua, Sunnah Rasulullah SAW.

Yang Mulia Tuan Pengerusi al fadhil ahli ahli yang telah dilantik Timbalan Presiden Saudara Mat Sabu. Naib-Naib Presiden termasuk seorang exco kerajaan Kelantan, ahli Jawatan Kuasa termasuk seorang exco Kelantan.

Pada hadirin sekelian, saya pagi tadi tak boleh datang sini kerana masalah kesihatan. Pada malam ini pun saya minta bercakap awal sikit kerana kurang sihat.

Mula-mula sekali saya ucapkan tahniah di atas perlantikan yang dibuat oleh tuan-puan semua. Ramai dari penulis khususnya daripada Utusan Malaysia lagakan antara Ulamak dan Professional. Para hadirin semua, Ulamak Profesional sengaja diadakan-adakan oleh UMNO dan saya minta kepada tuan-puan semua jika hendak tahu mengenai PAS ini tak usah baca surat khabar dia.

Dengarlah dari mulut orang PAS sendiri. Khalid Ibnu Walid r.a tak mengaji mana-mana pun, selepas 3 bulan dia masuk Islam, terus dilantik jadi panglima perang. Mohamad Sabu ni lama dah.

Mohamad Sabu ni menang bukan kerana My Card palsu. Bukan undi orang Bangladesh, Bukan undi orang Burma, Bukan undi orang Pakistan, Undi dari orang Pas.

Dia menang!!!! Sejak daripada dia terlibat dengan politik masa universiti lagi, masa di ITM lagi, dia terus bersama dengan PAS.Tak pernah terlibat dengan UMNO, ini kelebihan Mat Sabu. Dua kali Mohamad Sabu disumbat dalam ISA.

Dia tunduk kepada Umno kah? Dia sujud pada Umno kah?

Tidak!!! Bermakna, baik antara Mohamad Sabu dengan balik Azhar hok jadi Pemuda Umno, Mana baik? Sidang hadirin sekalian, masalahnya kita menumpang atas bumi Allah. Bila kita menumpang sebagaimana kita semua tahu, kita mesti patuh kepada tuan punya bumi.

Dan manusia untuk manusia hidup di bumi ini, Allah Taala buat langit, kalau bumi sahaja tak dak langit, tak ada matahari, manusia tak boleh hidup. Siapa yang buat bumi? Allah. Siapa yang buat langit? Allah. Siapa yang membuat kita?

Allah. Manusia atas dunia ni, atau pun kita panggil haiwan. Burung, dia boleh berkokok jer.Kucing boleh mengiong jer. Anjing boleh menyalak jer. Lembu boleh mengeboh jer.

Manusia boleh belaka.. Ada manusia boleh menyalak, ada manusia boleh berkokok, ada manusia boleh mengeboh.

Yang tentukan manusia ni cakap saja tidak mengeboh, dia meong, tidak ada cara lain melainkan melalui Islam. Islam mengajar manusia, manusia kenal diri. الذي خلف الموت والحياة ليبلوكم ايكم احسن عمل Allah yang menjadikan manusia mati hidup liyabluwakum supaya di antara manusia yang lebih baik dari segi amalanya.

Jadi oleh yang demikian, saya berasa bangga mendapat seorang Timbalan Presiden seperti Mohamad Sabu. Dia sangat dibenci oleh musuh.

Alhamdullah, insya Allah kita doa mudah-mudahan Mohamad Sabu dirahmati oleh Allah dengan taufikNya, hidayatNya, dan dia insya Allah ke mana dia pergi sebelum dia jadi Timbalan Presiden lagi orang ramai suka.

Dimana Mohamad Sabu ceramah di Kelantan orangnya ramai sebagaimana Pesuruhjaya PAS Kelantan pergi ramai orang. Mohamad Sabu lebih mesra dengan Non Muslim, dengan watak dia, dengan penampilan dia.

Dengan non Muslim, Cina baik, India baik, amat mesra dengan dia. Kalau saya pergi tu, Cina masuk jugak tapi malu-malu. Boleh jadi penampilan saya lain sikit tapi Mohamad Sabu lebih rapat.

Insya Allah UMNO tak boleh nak tidur selepas ini. Insya Allah saya mintak Mohamad Sabu diletak portfolio dia golongan Non Muslim supaya non Muslim lebih mesra dengan Pas dan Mohamad Sabu Insya Allah kita doalah mudah-mudahan Allah menyebarkan fahaman Islam lebih cepat daripada biasa.Kerana Mohamad Sabu ni jenis orang turun padang, bukan dok kalut atas surau saja.

Para hadirin semua, saya mengucapkan tahniah Jika ada kesilapan nasihatkan saya, tolong maafkan saya, saya nak berhenti setakat tu.

Takbir!

Ucapan Tuan Guru Hj Nik Abd Aziz Nik Mat di Di Muktamar Pas ke 57 Markas Tarbiyah PAS, Taman Melewar 4 Jun 2011

al-Husseyn.

Dr. Zuhdi Buat Onar Lagi?

 

Dr. Zuhdi Buat Onar Lagi? Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Ahmad Zuhdi Marzuki sekali lagi menimbulkan kontroversi kali ini memperlekehkan anak bekas Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengatakan ayahnya lebih mengutamakan Pakatan Rakyat (PR) daripada anak-anaknya sendiri.

Melalui perbualan di sebuah kumpulan WhatsApp, Zuhdi dikatakan mengkritik Nik Omar Nik Abdul Aziz yang bercakap pada sebuah forum malam tadi.

"Bila TGNA meninggal dunia, yang solatkan dia dan menguruskan jenazahnya adalah anak-anak dia, tak nampak pula Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng lakukan semua itu," kata Zuhdi, di dalam kumpulan WhatsApp tersebut.


Beliau berkata demikian sebagai respons kepada anggota kumpulan WhatsApp tersebut yang hanya dikenali sebagai “Sayuti Shah Alam” yang memuat naik "Tok Guru Nik Aziz tatang Pakatan Rakyat lebih dari tatang anak sendiri, Nik Omar Nik Aziz," rentetan forum bertajuk “PAS dan Masa Depan Politik Islam Malaysia” yang dianjurkan di Shah Alam semalam.

Dr. Zuhdi Buat Onar Lagi? 

"Eloklah kamu buat wasiat dari sekarang Sayuti, kalau kami mati nanti, minta Shaykh Kit Siang atau Sidi Guan Eng jadi imam, sebab kamu tatang mereka lebih dari anak sendiri," kata Zuhdi dalam kumpulan WhatsApp tersebut.

Sumber daripada Pemuda PAS berkata kepada The Malaysian Insider, kenyataan Zuhdi itu menunjukkan sikap sebenar pemimpin PAS tersebut.

"Secara peribadi saya tidak bersetuju, tetapi saya enggan respons," katanya.

The Malaysian Insider turut difahamkan, petikan kenyataan Zuhdi itu turut tersebar apabila ada anggota kumpulan WhatsApp itu menyebarkannya kepada pihak lain.

"Zuhdi sudah marah, dia kata ada pengkhianat yang sebar isi kandungan kumpulan WhatsApp," katanya, dan menambah, kumpulan khidmat pesanan mesej itu adalah kumpulan terbuka.

Zuhdi sebelum ini mencetuskan kontroversi melalui khidmat pesanan sama, apabila mencadangkan PAS bekerjasama dengan Umno bagi mengekalkan kepimpinan susulan krisis menteri besar Selangor ketika itu.

Melalui paparan skrin mesej WhatsApp dalam kumpulan AJK PAS Pusat yang bocor itu adalah:"Kalau kita keluar PR kita boleh retain Selangor malah untuk seterusnya. Kita 15 kerusi+TSKI+seorang lagi Adun PKR+12 Umno dalam kenyataannya mutakhir ini boleh terima TSKI jadi MB.

"Lepas ini kalau DAP, gereja dan non Muslim melalak isu serban, kalimah Allah, kita boleh jentik saja mereka. Hujung tahun ini ubah sempadan kembalikan semula kuasa politik Melayu Islam. So, mana-mana suara non Muslim, gereja, kita boleh sergah macam sebelum ini," katanya,\ dalam mesej tersebut.

 
Addin

Telanjangkan Mahathir - Anda Berpeluang Jadi Jutawan

 


Pertubuhan Warga Untuk Tata Kelola Pemerintahan Bertanggungjawab (CAGM) menawarkan habuan sehingga RM1 juta kepada mana-mana pihak yang tampil memberi maklumat mengenai wang tunai dan aset tersembunyi  Tun Dr Mahathir Mohamad .

Jika itu tidak cukup menggiurkan, CAGM sebenarnya berjanji untuk memberikan habuan lumayan itu kepada setiap individu yang membantu menemukan harta milik bekas perdana menteri selama 22 tahun itu.

Pengerusinya, Md Zainal Abidin berkata, pihaknya akan merahsiakan segala butiran identiti pemberi maklumat terbabit.

"CAGM menjalankan penyelidikan dan merujuk kepada laporan media, Dr Mahathir mampu menjadi perdana menteri selama 22 tahun kerana memiliki kemewahan yang banyak.

"Kebanyakannya disembunyi di luar pesisir pantai melalui pelbagai lapisan proksi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kelmarin, pertubuhan sama menyatakan rancangan mereka untuk menyaman Dr Mahathirsebanyak RM50 bilion kerana membazirkan wang pembayar cukai.

Tidak banyak yang diketahui mengenai pertubuhan itu dan Md Zainol mendakwa, ia baru ditubuhkan sebulanlalu namun mempunyai kira-kira 2,000 ahli.

Kata Md Zainol semakan di Wikipedia pada Disember 2012 juga menunjukkan Dr Mahathir adalah bekas pemimpin negara yang kedua terkaya di dunia selepas Hosni Mubarak.

Kenyataan CAGM bagaimanapun mengingatkan, mereka meletakkan beberapa syarat kepada pemberi maklumat sebelum habuan RM1 juta itu boleh diserahkan.

 

Amaran Untuk Dr. Zuhdi - Hentikan Fitnah Jahat Kamu Itu.

 Kenyataan media

KEMUKAKAN BUKTI ATAU HENTI FITNAH, PASMA NASIHAT ZUHDI MARZUKI

Saya kesal dengan kenyataan berbaur fitnah Dr Zuhdi Marzuki baru-baru ini yang menuduh PasMa terbabit dalam 'grand design' satu-satu calon pada musim saingan Muktamar PAS kali ini.

Dari awal lagi, telah saya tegaskan bahawa PasMa tidak akan mencampuri proses pemilihan dalam Muktamar PAS, kerana kami adalah NGO penyokong Pakatan Rakyat sahaja.

Lagipun, semua tuduhan Zuhdi kepada mana-mana pemimpin PAS yang menawarkan diri pada muktamar PAS ini adalah tidak adil kepada mereka yang berkenaan.

Tuduhan Zuhdi ini yang mensasarkan kepada calon-calon berkenaan dilihat lebih pada memberi reputasi buruk kepada mereka. Ini suatu tindakan terancang di saat-saat akhir menjelang muktamar.

Kalau ada ahli PasMa menunaikan kewajipannya sebagai ahli PAS sempena musim pemilihan kali ini sekalipun, itu hak peribadi mereka yang PasMa sendiri tidak boleh larang.

Seperti gambar sahabat baik saya, Tuan Haji Razman Zakaria yang menyertai majlis jelajah Tun Dr Mahathir Mohamad menghentam Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini banyak tersebar di facebook, tetapi tak bolehlah pesuruhjaya PAS Perak itu difitnah menyokong Dr Mahathir pula. Itu tidak adil untuk sahabat saya.

"...janganlah sesekali kebencian kamu kepada satu-satu puak mendorong kami untuk berlaku tidak adil. Berlaku adil lah kerana keadilan itu lebih mendekati ketakwaan..." (Surah Al-Maidah: 8)

Berlaku adil lah Zuhdi. Jangan menyemarakkan fitnah dalam PAS, kerana fitnah itu sekaligus akan memburukkan imej Islam sebagai agama adil, serta imej Pakatan Rakyat sendiri.

Justeru, saya ingin menasihatkan Zuhdi supaya mengemukakan bukti atas tuduhannya itu, atau segera berhenti melakukan fitnah ke atas PasMa.

Sekian.

Dato' Hj Phahrolrazi bin Mohd Zawawi

Presiden PasMa


Jho Low hanya wayang Faiz Zainudin

Nur-Jazlan-Mohamed_jho-low_1mdb_600
Berdasarkan kenyataan Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed sebelum ini bahawa tiada keperluan untuk memanggil Jho Low berhubung siasatan 1MDB

Nur-Jazlan-Mohamed_jho-low_1mdb_600

PETALING JAYA: Kepulangan ahli perniagaan dan juga jutawan kontroversi yang dikaitkan dengan Skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Low Taek Jho atau dikenal sebagai Jho Low ke Malaysia pada petang Jumaat menimbulkan tanda tanya.

Bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Wangsa Maju Shahbudin Husin mendakwa kepulangan Jho Low ke Malaysia tidak menampakkan bahawa dia akan hadir untuk memberi keterangan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Ia berdasarkan kenyataan Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed sebelum ini bahawa tiada keperluan untuk memanggil Jho Low berhubung siasatan 1MDB.

“Sehingga hari ini pun, Nur Jazlan dilaporkan masih berpendirian sama dan tidak menyenaraikan Jho Low untuk mengadap jawatankuasa itu.

“Lantaran itu, adalah tidak mungkin kepulangan Jho Low ini untuk memberikan keterangan kepada PAC,” tulisnya di shahbudindotcom.blogspot.com pada Sabtu.

Katanya, berdasarkan kenyatan yang dibuat Nur Jazlan, kepulangan Jho Low ke Malaysia bukanlah untuk membantu memberi keterangan, sebaliknya mempunyai agenda lain.

Shahbudin tidak menolak kemungkinan untuk bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak atau Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy bagi membincangkan isu yang membabitkan mereka bertiga.

“Apakah urusannya datang ke Malaysia dan siapakah yang bakal ditemuinya di sini? Mungkinkah beliau akan bertemu dengan wanita yang sangat dihormatinya dan dipanggilnya “mummy” iaitu Rosmah Mansor?.

“Atau beliau pulang kerana urusan keluarga dan sekadar ingin melepaskan rindu kepada ibu bapanya di Pulau Pinang saja?,” soalnya.

Katanya, kepulangan Jho Low mungkin juga untuk menujukkan sikap ‘jantannya’ setelah isu 1MDB semakin hangat diperkatakan dan namanya sentiasa menjadi sebutan termasukklah oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Ia seolah-olah beliau ingin menunjukkan sikap “jantannya”, sedia berdepan dan tidak takut sama sekali dengan sebarang kesalahan yang mungkin dikaitkan terhadap dirinya,” katanya.

Terdahulu berita kepulangan Jho Low dilaporkan portal sebuah berita The Ant Daily.

Kepulangan Jho Low hanya wayang Faiz Zainudin

 
Nur-Jazlan-Mohamed_jho-low_1mdb_600

Berdasarkan kenyataan Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed sebelum ini bahawa tiada keperluan untuk memanggil Jho Low berhubung siasatan 1MDB

PETALING JAYA: Kepulangan ahli perniagaan dan juga jutawan kontroversi yang dikaitkan dengan Skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Low Taek Jho atau dikenal sebagai Jho Low ke Malaysia pada petang Jumaat menimbulkan tanda tanya.

Bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Wangsa Maju Shahbudin Husin mendakwa kepulangan Jho Low ke Malaysia tidak menampakkan bahawa dia akan hadir untuk memberi keterangan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Ia berdasarkan kenyataan Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed sebelum ini bahawa tiada keperluan untuk memanggil Jho Low berhubung siasatan 1MDB.

“Sehingga hari ini pun, Nur Jazlan dilaporkan masih berpendirian sama dan tidak menyenaraikan Jho Low untuk mengadap jawatankuasa itu.

“Lantaran itu, adalah tidak mungkin kepulangan Jho Low ini untuk memberikan keterangan kepada PAC,” tulisnya di shahbudindotcom.blogspot.com pada Sabtu.

Katanya, berdasarkan kenyatan yang dibuat Nur Jazlan, kepulangan Jho Low ke Malaysia bukanlah untuk membantu memberi keterangan, sebaliknya mempunyai agenda lain.

Shahbudin tidak menolak kemungkinan untuk bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak atau Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy bagi membincangkan isu yang membabitkan mereka bertiga.

“Apakah urusannya datang ke Malaysia dan siapakah yang bakal ditemuinya di sini? Mungkinkah beliau akan bertemu dengan wanita yang sangat dihormatinya dan dipanggilnya “mummy” iaitu Rosmah Mansor?.

“Atau beliau pulang kerana urusan keluarga dan sekadar ingin melepaskan rindu kepada ibu bapanya di Pulau Pinang saja?,” soalnya.

Katanya, kepulangan Jho Low mungkin juga untuk menujukkan sikap ‘jantannya’ setelah isu 1MDB semakin hangat diperkatakan dan namanya sentiasa menjadi sebutan termasukklah oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Ia seolah-olah beliau ingin menunjukkan sikap “jantannya”, sedia berdepan dan tidak takut sama sekali dengan sebarang kesalahan yang mungkin dikaitkan terhadap dirinya,” katanya.

Terdahulu berita kepulangan Jho Low dilaporkan portal sebuah berita The Ant Daily.

Anwar masuk HKL Faiz Zainudin

 
anwar_hkl_600

Ahli keluarga meminta kebenaran untuk melantik doktor keluarga sepanjang beliau menerima rawatan

PETALING JAYA: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Selasa ini.

Perkara itu dimaklumkan anaknya, yang juga Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar di sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya pada Sabtu.

“Pihak keluarga turut meminta supaya dibenarkan untuk melantik doktor pilihan keluarga untuk memeriksa dan mengesahkan keadaan beliau. terus terang saya katakan kita beri kerjasama penuh. pada masa yang sama kalau ia memberi impak negatif kita akan bertindak,” katanya.

Jelas Izzah, sebelum ini, Anwar berulang kali membuat pemohonan supaya beliau dibenarkan untuk mendapat rawatan namun permintaan beliau dipenuhi agak lewat oleh pihak kerajaan.

Katanya sepanjang menerima rawatan, dia meminta pihak penjara supaya membenarkan ahli keluarga bertemu bapanya.

“Keluarga mendesak supaya dapat bertemu Datuk Sri Anwar di hospital, kerana mengikut praktis terdahulu semasa pemenjaraan sebelum dibebas pada 2004, kalau terdapat halangan itu saya kira arahan baru daripada pihak atasan.

Sementara itu, Ketua Whip PKR Datuk Johari Abdul menuntut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberikan jaminan Anwar dibenarkan berada di hospital selama mana diperlukan sehingga pulih.

“Datuk Zahid Hamidi mestilah memberikan jaminan bahawa Datuk Seri Anwar dibenarkan berada di hospital selama mana diperlukan untuk penilaian kesihatan beliau dilakukan dan rawatan yang diperlukan sehingga keadaan beliau pulih.

“Kegagalan kerajaan memenuhi tuntutan ini merupakan sebuah pencabulan hak asasi Anwar untuk mendapatkan rawatan perubatan yang adil dan saksama,” katanya.

Saturday, May 30, 2015

Mat Sabu bantah rancangan Hadi bawa PAS keluar Pakatan !!


Krisis dua pucuk pimpinan utama PAS dilihat terus meruncing menjelang pemilihan parti itu awal Jun ini, dengan timbalan presiden Mohamad Sabu semakin lantang mengkritik kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mohamad atau lebih dikenali Mat Sabu mempertikaikan kegagalan Abdul Hadi untuk menawan Terengganu, selain menyindir tindakan Abdul Hadi yang mahu keluar daripada pakatan pembangkang.

"Pidatonya (Abdul Hadi) begitu hebat, ceramahnya, kuliahnya, Rusila (nama tempat di kawasan Parlimen Marang), kereta parking berbatu, jadi macam pekan sehari bila Tok Guru Abdul Hadi beri kuliah, tapi bila pilihan raya umum (tetap) tak boleh ambil Terengganu (daripada BN).

"(Sehinggalah pada) tahun 1999 kita berpakat dengan Parti Keadilan (Rakyat), dapatlah kita memerintah Terengganu.

Ertinya kita ambil Terengganu pun melalui pakatan. Bagaimana nak kuasa? Kita kena berpakat," katanya pada ceramah isu semasa PAS di Tumpat, Kelantan malam tadi. Turut hadir pada ceramah itu ialah Ahmad Awang yang akan menentang Abdul Hadi bagi jawatan presiden pada pemilihan parti nanti.

Abdul Hadi sebelum ini dilaporkan berkata beliau akan membawa PAS keluar daripada pakatan pembangkang jika DAP mencetuskan provokasi ke atas parti itu selepas tidak bersetuju dengan usaha PAS untuk melaksanakan hudud di Kelantan.

Ramai pemerhati politik melihat pemilihan PAS pada muktamar tahunan pada 4 hingga 6 Jun itu nanti sebagai pertandingan antara golongan ulama dan bukan ulama atau "Erdogan".

Mat Sabu yang dilihat pemerhati politik sebagai pro kepada DAP, turut memberikan contoh senario di Kelantan sekitar 1980-an ketika Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memimpin PAS Kelantan, tapi gagal memerintah negeri itu kerana tidak bergabung dengan parti pembangkang.

"Bila lahir parti Semangat 46, PAS berpakat dengan Semangat 46 (untuk) lawan UMNO dan kita menang semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen (di Kelantan).

"Ertinya sehebat-hebat (Allahyarham) Nik Aziz, dalam hal pilihan raya umum, (tetap) tak boleh ambil Kelantan (dari BN) melainkan bila tahaluf (bekerjasama) dengan Semangat 46.

Ertinya dalam politik ini kita pakat, undi banyak, kita berpecah, undi kurang," katanya. Sementara itu, Ahmad ketika ditemui pemberita berkata beliau akan terus mengekalkan PAS dalam pakatan pembangkang jika dipilih menerajui parti itu nanti.- Bernama

malaysiakini

Mat Sabu Sindir Hadi Konon Hebat Dan Mahu Bawa Pas Keluar Pakatan



Krisis dua pucuk pimpinan utama PAS dilihat semakin meruncing menjelang pemilihan parti itu awal Jun ini, dengan Timbalan Presiden Mohamad Sabu semakin lantang mengkritik kepimpinan presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mohamad atau lebih dikenali Mat Sabu yang akan mempertahankan jawatannya pada Muktamar Tahunan PAS 2015, mempertikaikan kegagalan Hadi menawan Terengganu, selain menyindir tindakan presiden PAS itu yang mahu keluar Pakatan Rakyat (PR).


"Pidatonya begitu hebat, ceramahnya, kuliahnya di Rusila , kereta 'parking' berbatu, jadi macam pekan hari bila Tok Guru Abdul Hadi beri kuliah, tapi bila pilihan raya umum (tetap) tak boleh ambil Terengganu (daripada Barisan Nasional (BN)).

"(Sehinggalah pada) tahun 1999 kita berpakat dengan PKR, dapatlah kita memerintah Terengganu. Ertinya kita ambil Terengganu pun melalui pakatan. Bagaimana nak kuasa? Kita kena berpakat," katanya pada ceramah isu semasa PAS malam tadi.

Turut hadir pada ceramah itu ialah Ahmad Awang yang akan menentang Abdul Hadi bagi jawatan presiden pada pemilihan PAS nanti.

Hadi sebelum ini dilaporkan berkata beliau akan membawa PAS keluar daripada PR jika DAP mencetuskan provokasi ke atas parti itu selepas tidak bersetuju dengan usaha parti Islam itu untuk melaksanakan hudud di Kelantan.

Ramai pemerhati politik melihat pemilihan PAS pada muktamar tahunan pada 4 hingga 6 Jun itu nanti sebagai pertembungan antara golongan ulama dan bukan ulama atau "Erdogan".

Mohamad yang dilihat pemerhati politik sebagai pro kepada PR, turut memberikan contoh senario di Kelantan sekitar 80-an ketika Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memimpin PAS Kelantan, tapi gagal memerintah negeri itu kerana tidak bergabung dengan parti lain.

"Bila lahir parti Semangat 46. PAS berpakat dengan Semangat 46 (untuk) lawan Umno dan kita menang semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen (di Kelantan).

"Ertinya sehebat-hebat Nik Aziz, dalam hal pilihan raya umum, (tetap) tak boleh ambil Kelantan (dari BN) melainkan bila tahaluf (bekerjasama) dengan Semangat 46. Ertinya dalam politik ini kita pakat, undi banyak, kita berpecah, undi kurang," katanya.

Sementara itu, Ahmad ketika ditemui pemberita berkata beliau akan terus mengekalkan PAS dalam PR jika dipilih menerajui parti itu nanti. – Bernama

Memalukan : Hj Hadi gagal bawa rang undang-undang persendirian.

Calon presiden PAS, Ahmad Awang mempertikaikan keikhlasan Umno dalam menyokong hasrat Kelantan melaksanakan hudud di negeri pantai timur itu, mengatakan ia merupakan permainan politik parti Melayu itu.

Ahli politik veteran itu percaya, ketiadaan rang undang-undang persendirian PAS dalam aturan urusan mesyuarat sepanjang 2 minggu Dewan Rakyat bersidang sejak 18 Mei lalu, membuktikan Umno mempermainkan mereka.

"Dalam sidang Parlimen yang lepas, usul ini dikatakan akan dibincang dalam sidang kali ini.

Tetapi sehingga sekarang, ia tidak ada pun. Saya yakin, kita berjaya dipermainkan Umno," kata Ahmad kepada The Malaysian Insider. Sebelum ini, pada mesyuarat pertama penggal ketiga Parlimen ke-13 yang berakhir pada 9 April, alasan yang diberikan ialah banyak rang undang-undang perlu diutamakan.

Ia menyebabkan rang undang-undang persendirian yang dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu terpaksa diletakkan di hujung sekali, dan akhirnya tidak sempat dibincangkan.



 "Kali ini pula, kerana ada Rancangan Malaysia ke-11. Kesudahannya, langsung tiada dalam jadual," kata Ahmad yang menduga rancangan 5 tahun itu mungkin dijadikan alasan untuk sekali lagi rang undang-undang itu tidak berjaya dibentangkan.

 "Ada yang kata, speaker memaklumkan, atas arahan perdana menteri, rang undang-undang persendirian ini tidak boleh dibawa,” katanya. Katanya, keadaan itu mungkin juga berkaitan dengan pemimpin Barisan Nasional (BN) Sabah dan Sarawak yang tidak senang dengan tindakan Kelantan dan lantang bersuara menentang pelaksanaan hudud.

"Kesimpulannya, (sokongan kepada) hudud ini hanya permainan politik Umno dan tujuan politik, bukan untuk dilaksanakan," kata Ahmad. Bekas naib presiden PAS itu berkata, jika benar-benar ikhlas dalam isu hudud ini, wakil rakyat Umno sendiri perlu membawa cadangan pindaan tersebut ke Dewan Rakyat.

"Kalau Umno yang membentangkannya, kerja akan jadi lebih mudah, kerana ia mewakili kerajaan. Ia juga mengesahkan Umno memang menyokongnya. "Tetapi keadaan sekarang ini terkontang-kanting," kata Ahmad yang juga bekas pesuruhjaya PAS Perak.



Pada sesi Dewan Rakyat yang lepas, harapan Hadi agar rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 dibacakan, musnah apabila ia ditangguhkan ke mesyuarat kali ini.

Rang undang-undang itu bertujuan meminda akta yang juga dikenali sebagai Akta 355 itu, bagi membuka jalan kepada pelaksanaan hudud di Kelantan. Bagi membolehkan pelaksanaannya, Kelantan memerlukan sokongan daripada ahli Parlimen BN, yang hingga kini masih belum membuat pendirian rasmi mengenai perkara itu.

Pada Mac, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan sebulat suara meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) yang disokong semua penggubal undang-undang di negeri itu, termasuk daripada Umno. Ini membawa kepada perpecahan yang makin mendalam antara PAS dan rakan dalam Pakatan Rakyat (PR) - DAP dan PKR. Ahmad berkata, PAS terperangkap dalam isu ini kerana terlalu percaya dengan janji Umno.

"Saya ada pengalaman sendiri dengan Umno. Saya tidak percaya kepada mereka," kata bekas presiden Persatuan Ulama Malaysia itu. Ahmad pernah menjadi pengarah dakwah di Jabatan Perdana Menteri ketika Tun Hussein Onn menjadi perdana menteri.

Beliau pernah beberapa kali menyiapkan teks ucapan untuk Hussein pada majlis yang berkaitan dengan agama Islam. Bagaimanapun, katanya, apabila Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil alih jawatan itu, beliau diketepikan dan dipindahkan ke Kementerian Pelajaran, tanpa diberikan sebarang tugas yang berkaitan dengan bidangnya, iaitu hal ehwal agama. "Saya kenal sangat dengan Umno ini, tidak boleh dipercayai," katanya mengimbau kembali apa yang dialaminya ketika berkhidmat dengan kerajaan sebelum bersara.

"Hatta surat penghargaan untuk saya selepas bersara juga ditarik balik menjelang hari persaraan saya," kata Ahmad yang mendakwa beliau sepatutnya dilantik sebagai ketua pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang pertama berdasarkan kekananan perjawatannya.

Ahmad berkata hudud ialah perkara yang perlu diterima umat Islam sebagai sebahagian daripada tuntutan agama, sebagaimana umat Islam perlu menerima ibadat solat sebagai satu kewajipan.

"Solat ini wajib bagi umat Islam, tetapi ada syarat untuk solat. Begitu juga kewajipan hudud. Tetapi bagaimana ia hendak dilaksanakan, perlu ada syaratnya," katanya. Katanya, hudud juga, bukan keutamaan dalam Islam kerana berdasarkan ilmu fikah, ia terletak terkemudian berbanding yang lain.

"Fikah Islam disusun dengan memulakan ibadat. Ibadat yang utama ialah solat. Selepas itu, barulah muamalah, dan kemudian, undang-undang jenayah, yang termasuk di dalamnya hudud," katanya. Semalam dilaporkan pemimpin PAS mengadakan pertemuan dengan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengenai rang undang-undang ahli persendirian bagi meminda Akta 355 itu.

Ahli Parlimen Kota Baru Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Pandikar sedang mengkaji rang undang-undang Hadi itu dan menunggu kelulusan Putrajaya untuk membenarkannya dimasukkan ke dalam aturan urusan mesyuarat Dewan. –

29 Mei, 2015. - sumber : themalaysianinsider Komen al-Husseyn: 'Sedang dikaji dan tunggu kelulusan Putrajaya?'

Bukankah rang undang-undang tersebut merupakan hasil persetujuan melalui Jawatankuasa Teknikal yang dibentuk kerajaan negeri Kelantan dan Kerajaan Pusat?

Apa masalahnya maka ianya masih diperingkat kajian? Bukankah Jamil Khir sebelum ini di Dewan Rakyat telah menyatakan kerajaan persekutuan bersedia memberikan laluan kepada kerajaan Kelantan untuk menguatkuasakan undang-undang Hudud.

Baca di sini Jamil Khir kini seolah-olah mahu melepaskan dirinya dari kemelut hudud.

Sedangkan dialah yang mula-mula hari tu yang mencadangkan supaya PAS membawa Rang Undang Undang (RUU) hudud ke parlimen dan mencadangkan pembentukan Jawatankuasa teknikal bagi merangka pindaan.

Nik Amar perjelaskan hasil pertemuan dengan (Datuk Seri) Jamil Khir (Baharom) dan Tan Sri Ghazali Abdul Rahman yang mencadangkan supaya digubal dahulu Akta 355 Mahkamah Shariah kemudian nanti baru perkara 76a.

UMNO sebenarnya tidak serius terhadap perundangan syariah kerana usul tersebut pernah dibawa di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, tetapi ditolak. Haji Hadi , Nik Amar dan Mat Yaakob terbukti sudah kena tipu dan dimalukah oleh Umno.

Berundur adalah lebih baik bagi mereka kerana kegagalan ini memang telah diduga tapi depa tetap mahu percaya kepada Umno.

al-Husseyn.

Pelabur dari UAE selamatkan 1MDB



Sebuah syarikat dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), International Petroleum Investment Company (IPIC) akan membayar AS$975 juta (RM3.57 bilion) daripada hutang ditanggung 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Ahmad Husni Hanadzlah hari ini.

Menurut Ahmad Husni, bayaran itu dibuat kepada sebuah konsortium bank antarabangsa yang membuat tuntutan empat bulan lebih awal daripada 1MDB.

Ahmad hari ini menyerahkan satu kertas cadangan mengenai pelan penstrukturan semula 1MDB kepada kabinet hari ini.

Katanya, 1MDB kini memasuki fasa menyempurnakan perjanjian dengan IPIC dan anak syarikatnya Aabar Investments.

"Dan sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, IPIC akan membuat bayaran AS$1 bilion (RM3.66 bilion) pada atau sebelum 4 Jun 2015.

"Wang ini akan digunakan untuk membayar semula pinjaman AS$975 juta sebelum tarikh sepatutnya kepada bank peminjam," katanya.

- Malaysiakini

[VIDEO] Masa Depan & Harapan PAS & PR Bergantung Kpd Ustaz Ahmad Awang

 

Ahmad Awang ada kredibiliti satukan ahli Pas

Calon Presiden Pas, Ahmad Awang disifatkan mempunyai kredibiliti untuk menyatupadukan kembali perpecahan dalaman Pas dan PR namun kemampuannya untuk melaksanakan perkara tersebut tidak dapat dijangka lagi.

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Mohammad Fuad Othman berkata, pengalaman Ahmad kira-kira 17 tahun dalam Persatuan Ulama Malaysia menjadi antara bekalan buat bekas Naib Presiden Pas itu.

“Ahmad Awang ini mempunyai kredibiliti atau ada nama dalam ulama. Dia dulu merupakan pemimpin Persatuan Ulama Malaysia selama 17 tahun. Jadi, dari situ mungkin dia ada kapasiti atau pengaruh untuk menyatukan ketiga-tiga golongan dalam Pas (ulama, profesional dan aktivis) sebab dia dikatakan keluar daripada kelompok yang pro ulama walaupun dia ulama.

“Jadi, mungkin atas dasar itu, dia melihat sebagai orang luar yang boleh menyatupadukan ketiga-tiga golongan itu. Jika melihat kepada pengalamannya dalam Pas sebagai Naib Presiden dan Persatuan Ulama Malaysia ini, mungkin dia ada peranan yang boleh dimainkan di situ,” katanya kepada Sinar Online.

Namun katanya, sejauh mana Ahmad mampu menyatukan kelompok dalam Pas itu akan menjadi satu cabaran yang besar.

“Tetapi sejauh mana dia boleh menyatukan ketiga-tiga kelompok dalam Pas ini, adalah satu cabaran yang besar buat dia. Sebab apabila berlaku pemilihan parti, akan berlaku keretakan, pergeseran dan perpecahan.

“Jadi, sejauh mana dia ada kekuatan dan pengaruh untuk menyatukan kembali Pas selepas bulan depan ini adalah cabaran untuk beliau,” katanya.

Sementara itu penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berpandangan kenyataan Ahmad yang akan memperkukuhkan parti serta menyatupadukan ahli yang pelbagai latar belakang sekiranya menang jawatan Presiden itu sekadar untuk memenangi hati perwakilan yang tidak sekapal dengan Abdul Hadi.

“Mungkin tujuan beliau menyatakan sedemikian rupa untuk memenangi (hati) kumpulan yang tidak bersetuju dengan Tuan Guru Hadi. Tapi sejauh manakah beliau mempunyai sokongan dalam parti yang membolehkan beliau menang? Itu yang menjadi persoalan.

“Kerana saya rasa, beliau hadir sebagai calon yang mahu menunjukkan rasa tidak puas hati dalam kalangan yang tidak bersetuju dengan Hadi,” katanya.

Sebelum ini, Ahmad dilaporkan berkata penyatuan itu perlu kerana ia merupakan satu tanggungjawab seorang presiden parti.

Pemilihan Pas akan berlangsung minggu depan di Muktamar Pas ke-61 yang bertempat di Kuala Selangor. -SH

Ahmad Awang tidak kisah dituduh proksi DAP

Calon presiden PAS, Ahmad Awang tidak tergugat dengan dakwaan pihak tertentu yang melabelkannya proksi DAP sambil menyifatkan dakwaan berkenaan sebagai strategi pembunuhan karakter yang menghalangnya merebut jawatan nombor satu parti.

Bekas naib presiden PAS itu berkata tiada sebab untuk melabelnya sebagai proksi DAP kerana hubungan yang baik bersama parti dalam Pakatan Rakyat (PR) dapat mengukuhkan kerjasama pakatan pembangkang.

“Saya tidak tergugat dengan dakwaan menjadi proksi DAP.

“Mungkin pengalaman bersama pimpinan DAP dan PKR membentuk kerajaan pakatan di Perak sebelum ini menyebabkan saya dituduh sebagai proksi DAP.

“Ini usaha pihak tertentu membunuh karakter politik tetapi semua orang tahu peranan saya dalam memperkukuhkan parti,” katanya kepada akhbar kawalan kerajaan, Berita Harian.

Ahmad, 79, yang cuba merebut jawatan presiden PAS daripada Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa beliau mempunyai peluang cerah berdasarkan sokongan akar umbi yang diterimanya.

Katanya, cabaran kepada Hadi dibuat selepas mendapat sokongan banyak pihak dan ia semakin bertambah selepas borang pencalonan dikemukakan.

“Saya dapat banyak mesej dan panggilan yang menyokong pencalonan dan paling penting, saya sering dijemput turun ke kawasan atas permintaan mereka.

“Ia menunjukkan sokongan akar umbi kepada saya amat menggalakkan walaupun ada pihak cuba menghalang saya hadir ke program berkenaan,” katanya kepada akhbar itu.

Ahmad tampil mencabar Hadi selepas jawatan tertinggi PAS itu tidak pernah ditandingkan sejak 12 tahun lalu. -TMI

KELAB GREENBOC

Berita Mengejutkan Buat PAS

 
Ustaz Ahmad Awang Dedah Tembelang Umno. Calon presiden PAS, Ahmad Awang mempertikaikan keikhlasan Umno dalam menyokong hasrat Kelantan melaksanakan hudud di negeri pantai timur itu, mengatakan ia merupakan permainan politik parti Melayu itu.

Ahli politik veteran itu percaya, ketiadaan rang undang-undang persendirian PAS dalam aturan urusan mesyuarat sepanjang 2 minggu Dewan Rakyat bersidang sejak 18 Mei lalu, membuktikan Umno mempermainkan mereka.

"Dalam sidang Parlimen yang lepas, usul ini dikatakan akan dibincang dalam sidang kali ini. Tetapi sehingga sekarang, ia tidak ada pun. Saya yakin, kita berjaya dipermainkan Umno," kata Ahmad kepada The Malaysian Insider.

Sebelum ini, pada mesyuarat pertama penggal ketiga Parlimen ke-13 yang berakhir pada 9 April, alasan yang diberikan ialah banyak rang undang-undang perlu diutamakan.

Ia menyebabkan rang undang-undang persendirian yang dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu terpaksa diletakkan di hujung sekali, dan akhirnya tidak sempat dibincangkan.

"Kali ini pula, kerana ada Rancangan Malaysia ke-11. Kesudahannya, langsung tiada dalam jadual," kata Ahmad yang menduga rancangan 5 tahun itu mungkin dijadikan alasan untuk sekali lagi rang undang-undang itu tidak berjaya dibentangkan.

"Ada yang kata, speaker memaklumkan, atas arahan perdana menteri, rang undang-undang persendirian ini tidak boleh dibawa,” katanya.

Katanya, keadaan itu mungkin juga berkaitan dengan pemimpin Barisan Nasional (BN) Sabah dan Sarawak yang tidak senang dengan tindakan Kelantan dan lantang bersuara menentang pelaksanaan hudud.

"Kesimpulannya, (sokongan kepada) hudud ini hanya permainan politik Umno dan tujuan politik, bukan untuk dilaksanakan," kata Ahmad.


Bekas naib presiden PAS itu berkata, jika benar-benar ikhlas dalam isu hudud ini, wakil rakyat Umno sendiri perlu membawa cadangan pindaan tersebut ke Dewan Rakyat.

Calon presiden PAS, Ahmad Awang menjawab soalan ketika ditemubual di rumahnya di Batu Caves, Selangor, baru-baru ini.

Kalau Umno yang membentangkannya, kerja akan jadi lebih mudah, kerana ia mewakili kerajaan. Ia juga mengesahkan Umno memang menyokongnya.

Ustaz Ahmad Awang Dedah Tembelang Umno

"Tetapi keadaan sekarang ini terkontang-kanting," kata Ahmad yang juga bekas pesuruhjaya PAS Perak. 

Pada sesi Dewan Rakyat yang lepas, harapan Hadi agar rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 dibacakan, musnah apabila ia ditangguhkan ke mesyuarat kali ini.

Rang undang-undang itu bertujuan meminda akta yang juga dikenali sebagai Akta 355 itu, bagi membuka jalan kepada pelaksanaan hudud di Kelantan.

Bagi membolehkan pelaksanaannya, Kelantan memerlukan sokongan daripada ahli Parlimen BN, yang hingga kini masih belum membuat pendirian rasmi mengenai perkara itu.

Pada Mac, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan sebulat suara meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) yang disokong semua penggubal undang-undang di negeri itu, termasuk daripada Umno.

Ini membawa kepada perpecahan yang makin mendalam antara PAS dan rakan dalam Pakatan Rakyat (PR) - DAP dan PKR.

Ahmad berkata, PAS terperangkap dalam isu ini kerana terlalu percaya dengan janji Umno.

"Saya ada pengalaman sendiri dengan Umno. Saya tidak percaya kepada mereka," kata bekas presiden Persatuan Ulama Malaysia itu.


Ahmad pernah menjadi pengarah dakwah di Jabatan Perdana Menteri ketika Tun Hussein Onn menjadi perdana menteri.

Beliau pernah beberapa kali menyiapkan teks ucapan untuk Hussein pada majlis yang berkaitan dengan agama Islam.

Bagaimanapun, katanya, apabila Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil alih jawatan itu, beliau diketepikan dan dipindahkan ke Kementerian Pelajaran, tanpa diberikan sebarang tugas yang berkaitan dengan bidangnya, iaitu hal ehwal agama.

"Saya kenal sangat dengan Umno ini, tidak boleh dipercayai," katanya mengimbau kembali apa yang dialaminya ketika berkhidmat dengan kerajaan sebelum bersara.

"Hatta surat penghargaan untuk saya selepas bersara juga ditarik balik menjelang hari persaraan saya," kata Ahmad yang mendakwa beliau sepatutnya dilantik sebagai ketua pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang pertama berdasarkan kekananan perjawatannya.

Ahmad berkata hudud ialah perkara yang perlu diterima umat Islam sebagai sebahagian daripada tuntutan agama, sebagaimana umat Islam perlu menerima ibadat solat sebagai satu kewajipan.



"Solat ini wajib bagi umat Islam, tetapi ada syarat untuk solat. Begitu juga kewajipan hudud. Tetapi bagaimana ia hendak dilaksanakan, perlu ada syaratnya," katanya.
Katanya, hudud juga, bukan keutamaan dalam Islam kerana berdasarkan ilmu fikah, ia terletak terkemudian berbanding yang lain.

"Fikah Islam disusun dengan memulakan ibadat. Ibadat yang utama ialah solat. Selepas itu, barulah muamalah, dan kemudian, undang-undang jenayah, yang termasuk di dalamnya hudud," katanya.

Semalam dilaporkan pemimpin PAS mengadakan pertemuan dengan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengenai rang undang-undang ahli persendirian bagi meminda Akta 355 itu.

Ahli Parlimen Kota Baru Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Pandikar sedang mengkaji rang undang-undang Hadi itu dan menunggu kelulusan Putrajaya untuk membenarkannya dimasukkan ke dalam aturan urusan mesyuarat Dewan.
 
 
ADDIN