Followers

Saturday, December 5, 2015

Najib Sengaja Pilih Hari Terakhir Sidang Dewan Untuk Beri Penjelasan 1MDB?



SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak didakwa sengaja memilih untuk menjelaskan isu RM2.6 bilion pada hari terakhir sidang Dewan Rakyat bagi mengelak dipersoal oleh pembangkang.

Bekas Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman berkata, ia merupakan sebahagian daripada taktik Najib daripada terus ‘diserang’ dengan isu tersebut.

“Itu taktik beliau untuk meredakan isu tersebut daripada pertikaian hebat pembangkang. Dan kalau hanya itulah jawapan yang kami (rakyat) terima, kami memang hampa.

“Seluruh dunia sudah tahu isu RM 2.6 bilion, beliau tidak boleh mempersendakan kami sebegini,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Dewan Rakyat pada Khamis menyaksikan,  Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mewakili Najib untuk menjelaskan isu berkaitan dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri.

Tindakan Zahid mewakili Najib itu bagaimanapun mengundang kritikan keras pembangkang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said‎ kemudiannya menjelaskan, ketidakhadiran Najib di Dewan Rakyat bagi menjelaskan sumbangan dana RM2.6 bilion pada hari tersebut kerana telah dinasihatkan Peguam Negara untuk tidak berbuat demikian.

- sharian

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.