Followers

Thursday, June 4, 2015

Sarawak Report nafi dakwaan kaitan dengan Dr M

 

Laman web pemberi maklumat Sarawak Report menafikan dakwaan sebuah kumpulan bahawa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenali wartawan Andrew Brown yang bersara baru-baru ini.

Pertubuhan Warga Untuk Tata Kelola Pemerintahan Bertanggungjawab (CAGM) telah mendakwa bahawa Mahathir mengenali Brown, yang juga suami kepada editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown.

Kumpulan yang baru ditubuhkan itu, yang muncul beberapa minggu lalu ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak Razak berdepan dengan desakan supaya berundur - juga mendakwa Brown bekerja untuk Electricite de France (EDF), yang didakwa mendapatkan bantuan Mahathir untuk mengembangkan perniagaan tenaga mereka di Asia.

"Andrew Brown bekerja sebagai pengarah komunikasi untuk EDF Energy UK, bukan dengan EDF (Electricite de France) dan tidak pernah mempunyai apa-apa penglibatan dalam operasi global kumpulan itu.

"Atau pun dia pernah bertemu dengan Mahathir," kata Sarawak Report semalam.

Brown adalah sudara kepada bekas Perdana Menteri UK Gordon Brown.

CAGM baru-baru ini mendakwa Mahathir menggelapkan dana awam sepanjang tempoh 22 tahun menjadi perdana menteri, dan malah kumpulan mampu menawarkan RM1 juta sebagai ganjaran kepada pemberi maklumat terhadap bekas PM itu.

Mahathir bagaimanapun nampaknya tidak mengambil serius dakwaan CAGM itu.

"Saya yakin mesti ada beberapa perkara yang mereka dapat cari, dan jika mereka dapat wang, mengapa tidak?" kata Dr Mahathir secara seloroh pada hari Selasa
.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.