Monday, June 9, 2014

Mah masih tunggu janji Najib beri jawatan menteri ?? - OLEH JAMILAH KAMARUDIN

Belang MP Kamu Dah Terdedah!

Rupanya berjuang untuk jawatan, bukannya untuk rakyat?


Ahli Parlimen Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong masih belum tahu sama ada diberikan jawatan menteri Kabinet atau tidak. Gambar fail The Malaysian Insider.

Ahli Parlimen Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong masih buntu dengan statusnya sama ada akan diberikan jawatan dalam Kabinet seperti yang dijanjikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, atau tidak.
Mah berkata, beliau bertemu dengan Najib sekali selepas menang kerusi Parlimen Teluk Intan bulan lalu dan berbincang mengenai rancangan untuk melaksanakan manifestonya di kawasan itu.
Bagaimanapun, katanya, hingga kini Najib masih belum memberitahu sebarang keputusan untuk meletakkannya di Putrajaya.
"Saya tidak diberi maklumat sehingga hari ini, saya pun tidak tahu bila.
"Itu bidang kuasa perdana menteri, apa saja keputusannya kita akan akur," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. – 9 Jun, 2014.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.