Seterusnya lagi, berkaitan tentang gaji lepasan Ijazah dan diploma.
Boleh dikatakan kebanyakan syarikat swasta tidak mahu membayar gaji
mengikut qualification yang kami ada. Mereka menganggap kami lepasan
ijazah sama seperti lepasan SPM.
Gaji yang ditawarkan tidak sepadan dengan gaji yang sepatutnya.
Alhamdulillah, saya bekerja di sektor GLC dan gaji yang saya perolehi
dianggap memuaskan. Tetapi bagaimana rakan-rakan saya dan belia lain
pula? Nasib mereka tidak seperti saya.
Saya mencadangkan Dato’ Seri melihat bagaimana pekerja di US. Mungkin US telah maju sekarang ni. Kita buat perbandingan di negara Australia menerima gaji bulanan bagi lepasan ijazah. Sangat berbeza jika dibandingkan di negara kita.
Seterusnya, mengenai status penjawat awam mahupun swasta. Ini masalah yang besar kami hadapi. Kebanyakan syarikat-syarikat baik GLC mahupun Semi- Government mahupun swasta, mereka akan menetapkan setahun kontrak dan selepas itu diserap menjadi penjawat tetap dan ada juga sesetengah syarikat langsung tidak menjadikan penjawat tetap malah akan kekal sebagai penjawat kontrak.
Apa masalah yang ingin saya ketengahkan ini adalah berkaitan dengan pinjaman perumahan yang amat sukar. Walaupun sebelum ini telah lama bekerja tetap dan selepas itu mendapat tawaran lebih baik tetapi ianya kontrak, apabila membuat pinjaman perumahan, ia akan ditolak atas alasan pekerja kontrak.
Maka harga rumah semakin hari semakin meningkat. Jika ingin menunggu setahun kemudian setelah disahkan penjawat tetap, harga rumah itu juga telah melambung tinggi dan kami tidak dapat membelinya. Ini masalah yang saya hadapi sekarang ini.
Saya sebagai seorang rakyat Malaysia dan juga sebagai seorang yang berpegang kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional, saya merayu agar Dato’ Seri Najib Razak dapat memikirkan masalah yang kami hadapi sekarang ini. Sebagai pemimpin disegani di seluruh dunia, saya pasti Dato’ Seri mampu mengubah dan memperbetulkan apa yang dirasakan membebankan kami.Terima kasih
Ikhlas,
Siti Hajar binti Aladin

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.