DAP sudi maafkan Utusan Malaysia berhubung Tanda Putera
[TMI] DAP hari ini menerima permohonan maaf akhbar milik Umno, Utusan
Malaysia kepada Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng berhubung artikel
melibatkan filem kontroversi Tanda Putera.
Pengerusi DAP, Karpal Singh bagaimanapun berkata ini adalah kali terakhir parti itu menerima permohonan maaf akhbar tersebut.
"Kami terima permohonan maaf mereka namun Utusan tidak lagi boleh terus
berbohong. Kami berikan peluang ini untuk mereka berubah," katanya dalam
kenyataannya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Akhbar berkenaan menulis artikel bertajuk "Cuba sembunyi kebiadapan DAP"
yang mendakwa Ketua Menteri Pulau Pinang menghalang tayangan Tanda
Putera di negeri berkenaan bagi menyembunyikan perlakuan biadap pemimpin
DAP.
Pemimpin yang dipaparkan dalam laporan berkenaan adalah Lim Kit Siang,
yang didakwa kencing di tiang bendera di hadapan rumah menteri besar
Selangor ketika itu sewaktu insiden rusuhan kaum 13 Mei 1969.
"Artikel yang disiarkan di muka surat 13 pada 7 September 2013 iaitu
`Cuba sembunyi kebiadapan DAP' salah dan tidak menggambarkan apa yang
dimaksudkan oleh Dr Mohd Puad Zarkashi," memetik permohonan maaf Utusan
yang diedarkan Karpal kepada pemberita. - 26 September, 2013.
P/s: Bukan senang untuk memiliki jiwa seperti Lim Kit Siang. Walaupun
difitnah, diaibkan, difitnah sehingga menimbulkan kebencian orang ramai
terhadap dirinya, dinista, dihina, dan dikeji, namun beliau masih lagi
memberikan peluang kepada Utusan dan pihak yang memfitnahnya untuk
berubah.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.