Thursday, March 31, 2011

POLIS INI NAK JADI BARUA GEROMBOLAN? - SIASATAN POLIS KE ATAS ANWAR IBRAHIM

Pihak polis telah mengemukakan satu notis di bawa Seksyen 111 Kanun Acara Jenayah ke atas Ketua Pembangkang Malaysia, YB DS Anwar Ibrahim.

Notis tersebut mengarahkan beliau untuk hadir ke Pejabat Polis Daerah Ampang untuk disoalsiasat polis berkaitan ceramah yang beliau sampaikan pada hari Jumaat, 25 Mac 2011 di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak.

Polis,secara salah telah mengacau-ganggu ceramah sebaik saja Anwar memulakan ceramah, melakukan tangkapan tidak sah dan mengasari Ahli Parlimen Gombak yang juga Timbalan Presiden KEADILAN, YB Azmin Ali.

Penyiasatan terbaru ke atas Anwar ini di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 27(5) Akta Polis 1967.

Kedua akta zalim dan bercanggah dengan perlembagaan ini, lazimnya digunapakai oleh kerajaan Barisan Nasional untuk menghalang kebebasan bersuara dan berhimpun.

Kami memerhatikan BN secara terus menerus bertindak di luar batas moral dan undang-undang untuk merendahtarafkan keluhuran undang-undang dan menjadikan negara ini sebagai negara polis.

Jelas terbukti, BN sedang bersedia untuk menggunakan apa jua kaedah-kaedah yang jelek dan berniat jahat untuk mengukuhkan cengkaman mereka ke atas negara untuk kekal berkuasa. Di dalam sistem demokrasi berparlimen, adalah merupakan satu hak yang sah dalam konteks perlembagaan mengenai peranan Ketua Pembangkang untuk membuat kritikan dan menyediakan peranan 'semak dan imbang' ke atas semua tindakan dan dasar kerajaan.

Menyalahguna dan memanipulasi kuasa untuk mensasar,mencabul dan menakuti Ketua Pembangkang lebih bersifat satu bentuk serangan ke atas sistem demokrasi kita.

Penyiasatan terbaru ke atas Anwar ini jelas bermotifkan politik, berniat jahat dan satu bentuk penyelewengan kuasa polis yang terang dan jelas.

Kami mendesak agar siasatan tidak berasas ini dihentikan pada kadar segera dan semua yang bertanggungjawab menginstitusikan penyelewengan ini dihadapkan ke muka pengadilan, tanpa mengira setinggi mana kedudukan ataupun kuasa mereka.

Kami juga mendesak agar sebuah Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bertujuan untuk menyiasat penyalahgunaan dan penyelewengan Barisan Nasional atas pihak polis dan kuasa pendakwaan dalam menyerang, memalukan, menjatuhkan hukuman dan memenjarakan politisi pembangkang, aktiviti masyarakat, dan pihak-pihak yang kritis ke atas pemerintah.

N SURENDRAN
NAIB PRESIDEN
PARTI KEADILAN RAKYAT

Dicatat oleh Tukar Tiub

Imej satelit buktikan Taib bohong!


Sebuah laman sesawang alam sekitar mendakwa imej satelit yang dirakamkan tidak selari dengan dakwaan ketua menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud bahawa 70 peratus daripada hutan di negeri itu masih tidak terusik.

Imej satelit Gogle Earth yang dikumpul dan diterbitkan di portal Mongabay.com menunjukkan hutan-hutan di Sarawak semakin jarang jika dibandingkan dengan jirannya di Kalimantan, Indonesia dan Brunei.

Menurut laman sesawang itu yang dipetik oleh penerbitan Universiti Yale environment360 berhubung topik yang sama, imej-imej itu diperolehi daripada GeoEye, TerraMetrics, Tele Atlas, Europa Technologies dan program satelit yang lain.


“(Imej itu) menunjukkan jalan balak ke kawasan hutan Sarawak. Hutan sekitar sempadan antarabangsa pula kurang impak,” lapornya.

Ketika diakses oleh Malaysiakini, aplikasi Google Earth yang boleh juga dilihat oleh semua didapati selaras dengan penemuan di Mongabay.

Kerajaan Taib sejak kebelakangan ini dibidas oleh pelbagai pihak yang mendakwa imej satelit hanya menunjukkan kira-kira 10 peratus hutan di negeri itu masih tidak diusik. Ini termasuk kumpulan Bruno Manser Fund (BMF), yang berpangkalan di Switzerland.


Malaysiakini

'Pegawai SPRM tonton pornografi selepas soal Teoh'

Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikatakan memuat turun dan menonton pornografi pada komputer milik pejabat selepas sejam menyoal-siasat Teoh Beng Hock.

Perkara ini didedahkan oleh pengerusi Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh, tan Sri James Foong hari ini.

Beliau berkata demikian ketika peguam Majlis Peguam, Cheow Wee menyoal bekas timbalan pengarah SPRM Selangor, Hishamuddin Hashim berhubung memorandum dalaman yang mengingatkan kakitanganya supaya sentiasa memerhatikan pelawat, saksi ataupun suspek ketika mereka di kawasan suruhanjaya itu.

Pada satu ketika, Fong berkata penolong penguasa Mohd Ashraf Mohd Yunus sedang menonton pornografi di komputernya pada jam 1.20 pagi, 16 Julai 2009.Foong: Pada pendapat saya, adalah agak longar cara saksi diperhatikan. Kenapa? Saya ingin tahu mengapa tiada kawalan keselamatan?

Hishamuddin: Arahan diberikan (melalui memorandum dalaman) dan mesti ada pegawai (yang mengiringi saksi).

Foong: Kenapa tidak tanya pegawai awak apa yang mereka lakukan (apabila awak berada di pejabat pada waktu itu)?

Hishamuddin: (Mereka tidak beritahu saya) kecuali saya tanya.

Foong: Tahukah awak bahawa Ashraf telah memuat turun bahan pornografi sekitar jam 1.20 pagi (16 Julai 2009). Apabila operasi dijalankan, dia menonton pornografi di internet.

Hishamuddin yang terkejut dengan berita itu mengambil masa sebelum menjawap “ia di luar kawalannya”.

“Ini tiada kaitan dengan kerja... mungkin inisiatif sendiri,” katanya.

Kejadian itu berlaku kira-kira sejam selepas beliau membantu seorang lagi rakannya menyoal Teoh.

Malaysiakini

CICO UJI RASHID BERSERBAN DI MASJID ALAZIM PANDAN?? Posted by Abu Nu'man

 Kelibat Cico Uji Rashid kelihatan bersama dengan Sdr Bob Lokman dan Ustaz Zulkifli Ahmad selepas kuliah mahgrib yang dijalankan di Masjid Al Azim, Pandah semalam (30 Mac 2011)...
Bob Lokman bersama Cico Uji Rashid.

PANAS!! Gerombolan Kena Lagi!! Kah Kah Kah... Rasuah pancing undi: PKR adu kepada SPRM ?

Nurul Izzah (dari kiri) bersama-sama Yusmadi, Azan Ismail,
Abdullah Sani dan Loh Gwo-Burne dalam perjalanan ke pejabat SPRM

Wilayah Persekutuan pagi tadi

Ahli parlimen PKR hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung dakwaan rasuah melibatkan pemberian bantuan segera dalam tempoh pilihan raya.

Laporan berkenaan dibuat oleh sekumpulan lima wakil rakyat parti itu di pejabat suruhanjaya berkenaan di Bangunan Persekutuan, Kuala Lumpur pagi ini.


Setiausaha politik ahli parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berkata, laporan itu dibuat berdasarkan satu kenyataan oleh pemantau rasuah Transparency International (TI-M) semalam.


Kenyataan pemantau rasuah itu menolak penjelasan oleh seorang menteri kabinet sebelum ini bahawa bantuan segera kepada rakyat ketika kempen pilihan raya tidak boleh ditakrif sebagai rasuah.


Kenyataan tersebut telah disiarkan beberapa media termasuk Malaysiakini, katanya.


Lima wakil rakyat PKR yang membuat laporan itu ialah ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Loh Gwo Burne (Kelana Jaya), Azan Ismail (Indera Mahkota), Abdullah Sani Abdul Hamid (Kuala Langat) dan Yusmadi Yusoff (Balik Pulau).

sumber: Jalan Pulang

Adun DAP Gesa Sedia Peruntukan Besar Untuk Sekolah Agama Rakyat ?

Adun Sekinchan, Ng Swee Lim menggesa Kerajaan Negeri Selangor memberikan peruntukan besar kepada semua Sekolah Agama Rakyat (SAR).

Wakil rakyat DAP itu membuat gesaan demikian ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Halimah Ali.
Menurut Swee Lim, memandangkan keadaan SAR ini agak ketinggalan, dengan kewangan yang disalurkan dalam jumlah besar itu membolehkan mereka menambahbaikkan bangunan dan persekitaran sekolah agar lebih selesa.

Hari ini masuk hari kedua persidangan Dun Selangor untuk penggal pertama sidang kedua belas yang dirasmikan Sultan Selangor pada 28 Mac lalu dan sesi sidang pula bermula semalam sehingga 5 April depan.

Dr Halimah di dalam jawapannya, menyatakan ucapan terima kasih di atas perhatian tinggi Adun Sekinchan itu meskipun bukan beragama Islam tetapi tetap prihatin dengan perihal SAR berbanding dengan pembangkang yang bersikap sebaliknya.





Terdahulu, ketika menjawab soalan asal, Dr Halimah berkata, sebanyak 769 Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) mendapat bantuan pendidikan daripada Kerajaan Negeri Selangor.

Semua bantuan itu, jelasnya, berjumlah RM32 juta bagi tahun 2009 dan 2010 dalam usaha mencapai matlamat kerajaan memperkasakan pendidikan di negeri ini sebagai Hub Pendidikan dan Hub Ilmuan.

"Sebanyak 820 permohonan dibuat 2009 dan 2010 dengan 769 permohonan diluluskan sebanyak 320 sekolah bagi 2009 manakala 449 sekolah untuk 2010 dengan pecahan mengikut sekolah adalah 160 buah bagi SAR, 77 (SJKC), 97 (SJKT) bagi 2009 manakala bagi 2010 adalah sebanyak 252 (SAR), 100 (SJKC) dan 97 (SJKT).

"Jumlah permohonan 2010 meningkat berbanding 2009 iaitu sebanyak 134 permohonan dan jumlah permohonan yang diluluskan juga meningkat sebanyak 129 permohonan.

"Bagi SJKC dan SJKT permohonan yang dibuat dapat diproses dengan baik tanpa ragu-ragu kerana sekolah yang membuat permohonan adalah berdaftar dengan Kementerian Pelajaran, namun berbeza dengan SAR yang tidak berdaftar dengan mana-mana pihak sama ada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) atau Kementerian Pelajaran," tegasnya.

Tambahnya, program bantuan agihan pendidikan sekolah-sekolah ini adalah merupakan di antara langkah-langkah diambil kerajaan negeri bagi memantapkan visi pendidikan untuk menjadikan Selangor sebagai Hub Ilmuwan dan Hub Pendidikan.

"Bagi mencapai matlamat itu, kerajaan negeri memberikan perhatian kepada beberapa perkara seperti keadaan infrastruktur dan kemudahan pendidikan yang ada di sekolah, kemahiran peningkatan pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru-guru sekolah, kualiti para pelajar terutama dari aspek akademik dan sahsiah serta kelicinan dan pengurusan sekolah yang sistematik dan efektif.

"Selain bantuan pendidikan itu, katanya, kerajaan negeri turut memberi latihan kursus perguruan kepada guru-guru SAR di mana guru-guru itu tidak pernah diberi kursus dan pihak sekolah juga tidak ada dana yang mencukupi untuk tujuan itu," jelasnya lagi.

Dalam pada itu, ujarnya, kerajaan negeri melalui Yayasan Selangor (YS) turut mewujudkan dermasiswa dan meluluskan pembinaaan Tadika Rakyat di negeri Selangor pada 2009.

Dr Halimah berharap Kerajaan Negeri Selangor akan mendapat sumber rezeki kewangan yang lebih di masa akan datang untuk memberikan lebih manfaat besar kepada rakyat negeri terutamanya dalam bidang pendidikan.

Katanya, beliau sendiri secara peribadi ingin melihat SAR yang berjumlah 500 buah itu akan dapat dibantu dalam usaha kerajaan mencapai matlamat yang diidamkan oleh kerajaan negeri, selama ini yang inginkan Selangor menjadi Hub Ilmu Hub Pendidikan. -Hrkh

UMNO MEMOTONG BANTUAN SAR SEJAK 2003 &  MENUTUP SEKOLAH AGAMA RAKYAT


Inilah satu lagi petanda betapa buruknya akhlak pemimpin UMNO sehingga sanggup memotong bantuan sekolah agama Rakyat di seluruh negara. UMNO tak mahu melihat sekolah yang diurus oleh lebih maju daripada sekolah di arus perdana. UMNO dalam konteks perjuangan Islamnya bahawa Islam pada UMNO hanyalah solat, puasa, zakat dan haji. Memperjuangkan menegakkan SAR ini bukan dalam lingkungan perjuangan Islam.


Pelbagai tohmahan Presiden UMNO Dr Mahathir Mohamed (NST 13/1/03) menyatakan
"Those educated in SAR will grow up hating everything including the government. They cannot work and are not qualifieid to do anything else"

Begitu juga dengan PM sekarang (Presiden UMNO ketika ini) yang pernah pada ketika menjadi Menteri Pertahanan membuat kenyataan di akhbar Berita Harian bertarikh 16/1/2003. Kenyataan itu berbunyi " Sekiranya ia dibiar ia boleh menjadi bom jangka yang akan meletup tidak lama lagi.menjejaskan cara hidup yang kita hargai..... Kemungkinan sekolah agama ini dijadikan pusat merekrut pengganas"

Ini adalah antara tohmahan para Presiden UMNO terhadap SAR. Mereka menyatakan bahawa SAR adalah pusat merekrut pengganas. Ini adalah tohmahan yang berat terhadap agama dan bangsa. Tetapi UMNO tanpa mengira selagi apa sahaja yang menggugat ketuanan Melayu maka UMNO akan berbuat apa sahaja untuk menghapusnya. UMNO tidak pernah membetulkan perjuangannya. Bantuan untuk SAR terus dipotong hingga hari ini.


Sedangkan peruntukan jelas dalam akta Parlimen bahawa Menteri Pendidikan mempunyai hak untuk meneruskan bantuan kepada SAR. Tetapi pemimpin UMNO tidak mengendahkannya.

sumber: muslimeen united

Mahathir Bapa Kemungkaran

Kalau tidak kerana penyalah gunaan kuasa oleh Mahathir,Tan Sri Mohtar Abdullah (Allahyarham) Peguam Negara ketika itu, dan Dato Abdul Gani Patail, Peguam Negara sekarang ini; sudah tentu Daim Zainuddin, Rafidah Aziz , Rahim Thamby Chik dan Mendiang Eric Chia meringkuk dalam penjara kerana amalan rasuah.

Mat Zain bin Ibrahim ,bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) Kuala Lumpur sejak Disember 1998 sehingga bersara pilihan sendiri pada akhir 2001 telah mendedahkan bahawa ketika bertugas sebagai KJSJ Kuala Lumpur beliau juga merupakan Ketua Pegawai Penyiasat yang menyelia dan menangani kes dakwaan salah guna kuasa terhadap YAB Perdana Menteri Malaysia ketika itu, YAB Dato Seri Dr.Mahathir Mohamed (Tun Mahathir) yang terbit daripada pendedahan yang dibuat oleh Dato Shafee Yahaya ketika memberi keterangannya di Mahkamah Tinggi (Civil) Kuala Lumpur, pada 12 Jun 2000.

Beliau juga adalah Ketua Pegawai Penyiasat yang menyelia dan menangani kesemua empat (4) laporan Polis yang dibuat oleh DSAI diantara 9 July 1999 hingga 20 Ogos 1999 ( ketika DSAI dalam penjara Sungai Buloh) berkaitan dakwaan salah guna kuasa dan menghalang proses undang-undang terhadap Tun Mahathir, Tan Sri Mohtar Abdullah (Allahyarham) Peguam Negara ketika itu, dan Dato Abdul Gani Patail (kini Tan Sri Abdul Gani Patail, Peguam Negara).

Laporan-laporan yang dibuat oleh DSAI ini adalah bersangkutan dengan penyiasatan dakwaan penyelewengan dan kesalahan rasuah melibatkan Tun Daim Zainuddin,Datuk Seri Rafidah Aziz (kini Tan Sri Rafidah),Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Tan Sri Eric Chia (mendiang).
 
sumber: AlHusseyn

Sivarasa Rasiah Beri Amaran Kepada Dato "T"...!!!

Penasihat undang-undang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sivarasa Rasiah memberi amaran kepada Datuk Shazryl Eskay Abdullah supaya berhenti daripada terus mempertikaikan perjalanan Anwar di Thailand atau ke mana sahaja.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi berhubung artikel dalam Insider Malaysia yang bertajuk “Eskay wants Anwar to reveal details of Thailand trips”.

Sivarasa yang juga Ahli Parlimen Subang menasihatkan anak guamnya supaya tidak menjawab sebarang kenyataan yang tidak berasas dan sekiranya Eskay mempunyai bukti dan asas yang kukuh maka beliau perlu melaporkannya kepada pihak berkuasa.

“ Jika Eskay mempunyai membuat sebarang tuduhan, beliau perlu melakukannya mengikut lunas perundangan yang betul,” katanya.

Ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah adalah salah seorang daripada trio ‘Datuk T’ berhubung klip video seks yang didakwa melibatkan Ketua Pembangkang itu.

Dua lagi individu dalam trio ‘Datuk T’ adalah bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik dan bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim.

Beliau menambah, Eskay cuba untuk menjadi ‘hero’ melalui pendedahan yang dilakukannya dan memanfaatkan sepenuhnya kekebalan daripada sebarang pendakwaan yang diberikan oleh kerajaan walaupun secara nyata melakukan jenayah dengan menganjurkan tayangan video lucah kepada awam.

“ Sebarang tuduhan tidak berasas yang dibuat akan berhadapan dengan tindakan undang-undang yang sesuai dan tegas,” ujar beliau lagi.
Anwar sebelum ini menafikan sekeras-kerasnya beliau adalah individu dalam klip sepanjang 21 minit tersebut dan telah membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi.TVSNEWS

Isu Video Seks: Gelaran "Syaitan Bisu", Akhirnya Dua Mufti Terpaksa Bersuara !!

Isu Video Seks: Gelaran "Syaitan Bisu", Akhirnya Dua Mufti Terpaksa Bersuara Untuk Menyatakan Kebenaran Terhadap Kes Tersebut Menurut Pandangan Islam

Mungkin akibat takut dengan gelaran "Syaitan Bisu" maka akhirnya dua orang Mufti Kerajaan Negeri terpaksa bersuara menyatakan pendirian mereka tentang isu "video seks" yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini. Mereka ialah Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Mufti Perlis Dr Juanda Jaya.

Kenyataan dua Mufti itu adalah berlandaskan kepada pandangan kes berkenaan dari sudut agama Islam. Sementara itu Mufti Perak menafikan yang beliau beliau hanya berdiam diri dan tidak bersuara berhubung pendedahan rakaman video seks yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya, Mufti Perak itu menegaskan, sejak rakaman video seks itu didedahkan awal minggu lalu beliau telah mengeluarkan kenyataan dengan menegaskan pendedahan itu telah mengaibkan Anwar yang juga Ketua Umum PKR kerana ia belum dibuktikan kebenarannya.

“Siapa kata saya tidak bersuara? Siapa kata saya tidak ada cakap apa? Sejak hari pertama lagi saya sudah bercakap mengenai perkara ini dan bagi saya rakaman video seks itu telah mengaibkan Anwar kerana tidak saksi yang boleh buktikan.

“Saya ada bercakap dengan Utusan Malaysia tapi apa yang keluar sikit sahaja, mereka tidak keluarkan secara keseluruhan apa yang saya katakan... yang tertulis ia (video seks) hanya fitnah, itu sahaja... yang lain-lain tidak keluar,” katanya.

Kata Harussani, rakaman video seks itu boleh dianggap sebagai fitnah dan dosa besar kerana hukuman telah dijatuhkan terlebih dahulu terhadap Anwar tanpa bukti yang sahih. “Kita buka rahsia orang ini adalah haram, benda yang tidak betul tapi didedahkan adalah satu fitnah, dosa besar dan tidak bermoral.

“Rakaman video seks itu betulkah Anwar? Laporan juga belum dapat dipastikan lagi... ini adalah fitnah dan dosa besar,” katanya.

sumber: Pahang Daily Online

Wow, Harussani Kecam Video Aibkan Anwar Ibrahim! Utusan Malaysia Berniat Jahat?

, ,

 Menarik! - 

TMI melaporkan bahawa Tan Sri Harussani Zakaria menafikan tanggapan sesetengah pihak bahawa beliau hanya berdiam diri dan tidak bersuara berhubung dengan pendedahan rakaman video seks yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. 
Sebaliknya, tuan mufti menegaskan, sejak rakaman video seks itu didedahkan awal minggu lalu beliau telah mengeluarkan kenyataan dengan menegaskan pendedahan itu telah mengaibkan Anwar kerana video itu belum dibuktikan kebenarannya.

“Siapa kata saya tidak bersuara? Siapa kata saya tidak ada cakap apa? Sejak hari pertama lagi saya sudah bercakap mengenai perkara ini dan bagi saya rakaman video seks itu telah mengaibkan Anwar kerana tidak saksi yang boleh buktikan.

“Saya ada bercakap dengan Utusan Malaysia tapi apa yang keluar sikit sahaja, mereka tidak keluarkan secara keseluruhan apa yang saya katakan... yang tertulis ia (video seks) hanya fitnah, itu sahaja... yang lain-lain tidak keluar,” katanya lagi.

Jika tuan mufti berkata demikian, maka jelaslah bahawa Utusan Malaysia berniat jahat dengan sengaja tidak menyiarkan kenyataan penuh tuan mufti ini. Adakah Utusan mahu menafikan dan melabelkan tuan mufti sebagai penipu dalam hal ini?

Sambung tuan mufti, rakaman video seks itu boleh dianggap sebagai fitnah dan dosa besar kerana hukuman telah dijatuhkan terlebih dahulu terhadap Anwar tanpa bukti yang sahih.

“Kita buka rahsia orang ini adalah haram, benda yang tidak betul tapi didedahkan adalah satu fitnah, dosa besar dan tidak bermoral.
 
 
“Rakaman video seks itu betulkah Anwar? Laporan juga belum dapat dipastikan lagi... ini adalah fitnah dan dosa besar,” katanya.

P/s: Tuan mufti mesra UMCO pun membidas tindakan pihak yang terlibat! Tetapi Utusan tetap "spinner" hebat untuk menyokong UMCO. Kasihan orang kampung kena "kencing" dengan akhbar perdana! 


* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.
 
sumber: duniacacamarba

Shuib akui terima ancam bunuh - oleh Regina Lee (Malaysiakini)

Anggota ketiga kumpulan yang menamakan diri mereka 'Datuk T' - Datuk Shuib Lazim mengaku bertanggungjawab di sebalik tayangan video seks baru-baru ini yang menujukkan aksi seorang pemimpin kanan pembangkang mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur.

NONE"Saya bertanggungjawab sepenuhnya berhubung video ini,” katanya kepada Malaysiakini, ketika dihubungi.

Sebelum ini, ahli parlimen PKR Sungai Petani, Datuk Johari Abdul (kanan) mendakwa Shuib yang juga bendahari PERKASA dan bapa saudaranya, tidak terlibat dengan video itu.

"Masa kami turun dalam lif. Dia (Shuib) kata, Pak Njang juga tidak percaya," dakwa Johari, Khamis lalu.

Namun, Shuib yang dihubungi semalam berkata segala-galanya yang didedahkan sebelum ini adalah betul.

"Saya tahu ia (video itu) adalah kebenaran. Saya tahu semua ini adalah betul dan sebab itu saya sertai kumpulan Datuk T. Jika tak betul, saya tak akan setuju,” katanya.
Lindung boss

Ditanya mengenai dakwaan Johari yang menafikan peranannya, Shuib berkata ahli parlimen itu mungkin membuat kenyataan tersebut kerana ingin “melindungi bossnya”.

NONERakaman video 22 minit itu ditayangkan kepada beberapa wartawan terpilih pada 21 Mac lalu oleh seorang lelaki misteri yang menamakan dirinya 'DatukT'. Selang beberapa hari, Datuk T diperkenalkan sebagai kumpulan tiga anggota yang terdiri daripada ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Shuib (kiri).

Bagaimanapun Shuib tidak hadir pada sidang akhbar Rabu lalu dan ini menimbulkan spekulasi bahawa mungkin beliau menyertai secara tidak rela.

Shuib, yang suaranya menunjukkan keletihan ketika perbualan telefon juga berkata beliau ada menerima ancaman bunuh.

Namun, beliau menolak laporan New Straits Times, semalam yang mendakwa beliau secara sukarela mengenakan tahanan rumah ke atas dirinya. Katanya, beliau masih keluar dari rumah.

NONE"Polis hanya beritahu saya supaya berhati-hati,” katanya sambil menafikan juga beliau diberi perlindungan polis.

Shuib juga berkata polis telah mengambil keterangannya sebanyak dua kali, yang terbaru adalah dua hari lalu.

Beliau berkata masih menghuni di rumahnya di Kuala Lumpur tetapi bergurau bahawa beliau akan 'bersembunyi' di kampung halamannya di Sungai Petani, tidak lama lagi.

"I nak sembunyi dah. I dah nak lari,” katanya sambil bergelak.

SKIM RUMAH PERTAMAKU (SRP) OLEH KERAJAAN PERSEKUTAN MENYEBABKAN TERJEBAK DENGAN HUTANG !

KUALA LUMPUR -  Skim Rumah Pertamaku (SRP) yang diperkenal kerajaan Persekutuan tidak memberi keuntungan kepada golongan muda, sebaliknya akan menyebabkan golongan ini terjebak dengan hutang piutang diusia yang muda.


 

Skim ini juga dalam diam bakal menambah golongan bankrap dinegara ini.
Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad berkata kerajaan 

Pusat disaran membentuk satu tabungan dengan kerjasama institusi-institusi kewangan kepada golongan muda yang berhasrat mahu membuat pinjaman perumahan dengan kadar dan syarat yang tidak membebankan.

Dr Dzulkefli menjelaskan, tawaran pinjaman 100 peratus untuk golongan muda dan baru bekerja berpendapatan RM3,000 ke bawah itu akan membebankan golongan muda dalam meneruskan perbelanjaan harian.

Ini kerana golongan ini juga perlu memperuntukkan sejumlah wang untuk perbelanjaan lain seperti sewa beli kenderaan, pakaian, makanan, membantu keluarga dan sebagainya.

Dr Dzulkefly menambah trend membeli rumah tanpa sebarang bayaran muka mendedahkan pembeli kepada risiko yang tinggi jika berlaku kemelesetan ekonomi.

“Saya dan kawan-kawan dalam Pakatan Rakyat merasakan perlu disemak dan dikaji oleh kami. 

 Perkara mengenai tanah atau rumah bukan perkara yang mudah seperti membeli motor, membeli baju baju atau membeli peralatan di rumah. Lalu kerana itu tidak ada jalan pintas dalam memiliki hartanah atau rumah,"  

"Sebabnya kerana dalam skim 100 peratus pinjaman sehingga tiada bayaran  akan membebankan pembeli Dengan tiada downpayment bererti umah itu 100 peratus milik bank, maksudna pembeli tiada ekuiti langsung dan seandainya berlku kebejaan ekonomi , merudumnya ekonomi maka pemilik akan menghadapi  hutang melebihi esetnya.”  

Beliau menambah pinjaman 100 peratus bukan bererti pembeli tidak perlu membayar kos lain. 

Urusan guaman dan yuran perpindahan secara sembunyi perlu dibayar pembeli.
Skim Rumah Pertamaku diumum Najib dalam pembentangan Bajet 2011, tahun lalu.

Skim ini mendapat kerjasama 25 institusi kewangan untuk rumah berharga antara RM100,000 dan RM200,000 dengan tempoh pinjaman sehingga 30 tahun.

TVS News

Saya ada bercakap dengan Utusan Malaysia tapi apa yang keluar sikit sahaja, Haarussani Pun dah Tahu?


“Saya ada bercakap dengan Utusan Malaysia tapi apa yang keluar sikit sahaja, mereka tidak keluarkan secara keseluruhan apa yang saya katakan... yang tertulis ia (video seks) hanya fitnah, itu sahaja... yang lain-lain tidak keluar,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.


KUALA LUMPUR, 31 Mac — Tan Sri Harussani Zakaria menafikan tanggapan sesetengah pihak bahawa beliau hanya berdiam diri dan tidak bersuara berhubung pendedahan rakaman video seks yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya, Mufti Perak itu menegaskan, sejak rakaman video seks itu didedahkan awal minggu lalu beliau telah mengeluarkan kenyataan dengan menegaskan pendedahan itu telah mengaibkan Anwar yang juga Ketua Umum PKR kerana ia belum dibuktikan kebenarannya.

“Siapa kata saya tidak bersuara? Siapa kata saya tidak ada cakap apa? Sejak hari pertama lagi saya sudah bercakap mengenai perkara ini dan bagi saya rakaman video seks itu telah mengaibkan Anwar kerana tidak saksi yang boleh buktikan.

“Saya ada bercakap dengan Utusan Malaysia tapi apa yang keluar sikit sahaja, mereka tidak keluarkan secara keseluruhan apa yang saya katakan... yang tertulis ia (video seks) hanya fitnah, itu sahaja... yang lain-lain tidak keluar,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Kata Harussani, rakaman video seks itu boleh dianggap sebagai fitnah dan dosa besar kerana hukuman telah dijatuhkan terlebih dahulu terhadap Anwar tanpa bukti yang sahih.

“Kita buka rahsia orang ini adalah haram, benda yang tidak betul tapi didedahkan adalah satu fitnah, dosa besar dan tidak bermoral.

“Rakaman video seks itu betulkah Anwar? Laporan juga belum dapat dipastikan lagi... ini adalah fitnah dan dosa besar,” katanya.

Awal minggu ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan pemimpin agama sebagai “syaitan bisu” kerana mengambil sikap berdiam diri dan tidak bersuara dalam isu fitnah moral terbaru yang ditujukan ke atas Anwar itu.

Menurut Hadi, sikap pemimpin agama yang enggan memberikan sebarang respons terhadap pendedahan rakaman video seks oleh “Datuk T” awal minggu lalu amat dikesali.

Tiga Datuk T iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim — mengakui bertanggungjawab membuat pendedahan tersebut.

Ketiga-tiga individu tersebut terlebih dahulu menayangkan rakaman video seks itu kepad media di Carcosa Seri Negara dan Shazryl secara peribadi yakin lelaki pelacur dari China itu adalah Anwar.

Menurut Harussani, rakaman video seks itu tidak boleh dijadikan sebagai bukti.

Ini kerana, jelas beliau, menurut perundangan Islam mana-mana jenayah yang membabitkan seks perlu mempunyai empat adil yang menyaksikan peristiwa itu berlaku termasuk perbuatan zina.

“Yang dilihat dalam rakaman video seks itu tidak boleh pakai, ia tidak boleh dijadikan bukti kerana ia boleh diubah atau dimanipulasikan.

“Kalau nak jatuhkan hukuman kita kena ada empat saksi yang benar-benar lihat dengan mata sendiri peristiwa itu berlaku bukan melalui gambar atau video.

“Kalau bawa ke mahkamah, video seks itu tetap tidak boleh dijadikan bukti kerana ia hanya rakaman dan menurut hukum syarak tetap kena ada empat saksi dan kalau tidak kita tidak boleh nak jatuhkan hukuman,” katanya.

Sementara itu, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya tetap berpendirian Anwar tidak boleh dituduh terlibat pelakuan seks tersebut kerana tiada saksi yang menyaksikan ia berlaku.

“Dalam soal jenayah seksual Islam menetapkan saksi empat mata dan rakaman tidak boleh dijadikan bukti, di sudut Islam kena ada empat saksi yang lihat peristiwa itu berlaku.

“Tetap kena ada empat saksi hidup yang tengok ia berlaku, kalau tiada atau tidak cukup sebagai contoh hanya tiga mereka kena hukum qazaf (tuduhan zina) kerana menuduh orang lain,” katanya.

Menurut beliau, rakaman video seks yang didakwa milik “Datuk T” tidak boleh dijadikan bahan bukti.

“Rakaman sama sekali tidak boleh dalam jenayah seksual dalam Islam, tetap perlu ada empat saksi dan orang yang jadi saksi juga perlu individu yang berkredibiliti dan tidak akan menukar pandangan mereka.

“Kita tidak boleh ikut rakaman sebab itu dalam Islam hukuman jenayah seksual ini berat dan syarat untuk jatuhkan hukuman juga berat,” katanya.

Tambah Juanda, individu yang membuat pendedahan rakaman video seks itu sepatutnya disiasat terlebih dahulu.

“Yang pertama sebarkan benda lucah orang itu yang harus disiasat dulu, tiada undang-undang atau agama yang membenarkan ia dipertontonkan kepada khalayak.

“Sepatutnya bila dapat rakaman itu mereka kena serahkan kepada polis bukan dedahkan kepada umum,” katanya.

Beliau juga menggesa agar semua pihak termasuk parti politik agar menghentikan tuduhan yang bersifat peribadi.

“Tuduhan seperti ini baik di pihak parti politik mana pun kena elakkan tuduh dalam jenayah seksual, tuduhan seperti ini patut dihentikan,” katanya.



Polis telah menahan Abdul Rahim dan Shazryl berhubung pendedahan video seks itu pada Khamis lalu — bahan bukti termasuk rakaman video turut diserahkan.

Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan, Umno tidak terlibat dalam rakaman video seks itu.
Anwar juga telah menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu dan telah membuat laporan polis.

Tengok nii...Sumbangan Menandakan "Kejatuhan" Jamaluddin..??


Ketiadaan alatan memandikan jenazah di Kampung Sungai Jurong di sini, menimbulkan kesukaran kepada penduduk jika berlaku kematian di kawasan itu dan berhampiran.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi berkata, keadaan itu menyebabkan penduduk perlu meminjamkan tempat memandikan jenazah daripada masjid berhampiran.

Menurutnya, kesukaran akan timbul jika berlaku kematian serentak dan alat memandikan jenazah itu pula perlu dikongsi serta melibatkan kelewatan dari segi masa.

“Sebelum ini kawasan di bawah kelolaan Kampung Sungai Jurong tidak mempunyai alat tempat untuk memandikan jenazah. Pelbagai kesukaran akan timbul jika perkara ini dibiarkan dan kita mengambil inisiatif untuk menyelesaikannya,” katanya pada majlis penyerahan tempat memandikan jenazah dan perasmian penanaman pokok nangka madu.

Jamaluddin berkata, tempat memandikan jenazah itu akan diuruskan sepenuhnya oleh pengurusan Masjid Sungai Jurong.

Katanya, peruntukkan sebanyak RM1,600 disalurkan bagi menyediakan kelengkapan itu dan dapat memenuhi keperluan penduduk.

“Kita mengharapkan pihak pengurusan masjid ini dapat menggunakan kemudahan yang diberikan ini dengan sebaik mungkin. Diharapkan juga segala permasalahan berkaitan dengan tempat memandikan jenazah ini dapat diselesaikan,” katanya.

Eskay mahu Anwar jawab lima soalan, dakwa video seks ‘anugerah Allah’


“Datuk T”, Datuk Shazryl Eskay Abdullah mengemukakan lima persoalan untuk dijawab Datuk Seri Anwar Ibrahim sambil menyifatkan video seks didakwanya melibatkan ketua pembangkang itu sebagai “anugerah Allah.” Dalam tulisan terbaru blog Kickdefella hasil satu pertemuan semalam, ahli perniagaan itu berkata beliau yakin semua yang berlaku sekarang adalah petunjuk Allah s.w.t.

Shazryl Eskay merupakan salah seorang daripada tiga “Datuk T” mengakui terlibat dalam pendedahan rakaman video seks pada 21 Mac lalu.


Pertemuan semalam turut dihadiri seorang lagi “Datuk T” iaitu Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim dan ia disertai lima orang blogger dan seorang pengarang media alternatif.


Kata blog itu, Shazryl Eskay mengerjakan Haji pada tahun 2010 merasakan ini adalah “jawapan dari Allah s.w.t.”


“Saya mahu semua orang tahu. Saya tidak minat politik dan saya rakan karib Anwar. (Dari satu sudut) Saya lihat kehadiran Anwar dalam politik Malaysia, bagus untuk ‘check and balance’.


“Saya bukan ahli Umno dan mana-mana parti pun. Tetapi, saya suka bila pembangkang kuat supaya kepentingan rakyat terjaga,” katanya.


Bagaimanapun blog itu memetik Shazryl Eskay berkata, “tetapi Anwar bukan manusia yang rakyat kenal. Cukuplah rakyat ditipu. Anwar kena berhenti dan letak jawatan.”


Malah Eskay juga berkata, beliau tidak mahu penyokong-penyokong Anwar menyerangnya kerana jika mereka terus berbuat demikian,  Eskay mendakwa dia akan bertindak balas.


“Jangan biar saya dedahkan lebih banyak,” katanya.


Jumaat lalu, Mohamad Mahti Abdul Rahim, bekas pengawal peribadi Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub berkata, Shazryl Eskay ada memberitahunya bahawa beliau akan menjatuhkan Anwar dari arena politik sebelum mempertontonkan satu rakaman video seks kepada media, 21 Mac lalu.


Rakaman video seks itu mendakwa seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur China.


Menurut Mohamad Mahti, Shazryl Eskay marah kerana Ahli Parlimen Permatang Pauh itu enggan menjadi saksi dalam kes samannya berkaitan projek jambatan bengkok yang diluluskan ketika era Tun Dr Mahathir Mohamad.


Kes itu sedang berlangsung di mahkamah dan Megat Junid pernah menjadi menteri dalam Kabinet Dr Mahathir.


“Selepas beliau bercakap dengan marah mengenai Anwar, beliau mula bercakap buruk mengenai beliau (Anwar), berkata ‘saya akan menjatuhkan Datuk Seri Anwar, dengan apa jua cara pun,” katanya.

 
“Sekarang awak semua tanya Anwar lima soalan,” Shazryl Eskay dipetik berkata.

Menurut blog Kickdefella hari ini, soalan-soalan tersebut ialah “pertama, sejak dua tahun lalu berapa kali Anwar ke Thailand? Kedua, siapa yang menyambut Anwar di Thailand? Ketiga, di hotel mana Anwar menginap? Keempat, apa Anwar buat di bilik hotel tersebut? Dan kelima, siapa yang menyelesaikan semua bayaran tersebut?”


“Jangan paksa saya dedahkan semua itu… suruh Anwar jawab dulu soalan itu sebelum (semua) serang saya” kata Shazryl Eskay.


“Awak semua balik dan tanya soalan ini di dalam blog,” kata Eskay kepada sekumpulan blogger dan penulis media alternatif.


“Saya tidak takut kepada Anwar…” akui Shazryl Eskay, yang mengakui kekuatan penyokong-penyokong Anwar tetapi akur bahawa di dalam dunia ini, ada yang lebih berkuasa.
sumber: Pencacai SeMalaysia

PANAS!! EKSKLUSIF!! Kejahatan Taib Mahmud Dilindungi Dengan Me-RASUAH!!

BAGAIMANA TAIB MEMBALAS BUDI RAKAN-RAKAN POLITIKNYA!

Ramai yang tertanya-tanya dalam komen-komen kami kenapakah rakan-rakan politik Taib membenarkan dan meredhai kegiatan rasuahnya berterusan?

Siasatan-siasatan yang kami jalankan di pejabat pendaftar tanah telah mula memberikan jawapan.

Kebanyakan kroni-kroni politiknya, yang menjawat jawatan-jawatan menteri penuh, adalah penderma utama bagi kegiatan cabulan tanah-tanah negeri yang dilakukan oleh Ketua Menteri.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini mereka telah mula untuk menutup dan menyembunyi identiti-identiti diri mereka, namun kami juga telah berjaya untuk mengakses rekod-rekod lama!

Bagi kebanyakan YB BN itu, berakhirnya Taib bermakna berakhirlah geran-geran ladang mereka, maka dengan itu mereka harus sentiasa bekerja keras untuk mempastikan agar orang tua itu berkuasa tanpa henti!

Naroden Majais

Beliau telah membayar balik kepercayaan para pengundinya di Simunjan dengan mengambil sejumlah besar tanah-tanah adat mereka!

Kami telah mengenalpasti sekurang-kurangnya 19 geran tanah telah diberikan kepadanya menerusi syarikat-syarikat Hydroflow dan Indranika Jaya di Simunjan dalam tempoh masa 2003 – 2007.

Di samping itu, menurut rekod yang kami temui, Naroden juga telah mendapat plot berjumlah 5,000 hektar di kawasan Baram.

Kesemua serahan-serahan ini sahaja menjadikan jumlahnya 15,500 hektar yang diserahkan dengan bayaran premium RM5.7 juta.

Tetapi, jika Naroden tidak mampu membayar untuk membeli atau menjual tanah-tanah itu, maka beliau diberikan diskaun sebanyak RM500 untuk sehektar bagi sebahagian besar tanah-tanah itu, dan beliau juga boleh membayarnya dalam masa 5 hingga 10 tahun!

Penyamaran!

Sarawak Report juga telah berjaya mengesan beberapa cubaan oleh Naroden untuk menyembunyikan kawalannya ke atas geran-geran tanah ini, yang telah membuat beberapa orang blogger mengemukakan kritikan dalam tahun 2008 dahulu.

Jika anda perhatikan rekod-rekod yang terkini, anda akan mendapati bahawa kedua-dua syarikat Hydroflow dan Indranika didaftarkan di bawah nama Kong Goon Siong, berpejabat di Lot 298, Tingkat 1, Lorong 9, Jalan Rubber, Kuching.

Namun, jika anda menjejak rekod-rekod pada pendaftar tanah tahun 2007, anda akan dengan mudah dapat mengesan identiti Encik Naroden.

Anda pasti dapat melihat nama penuh beliau yang tercatat pada rekod-rekod tanah itu, bersebelahan dengan alamat yang sama yang digunakan oleh Encik Kong Goon Siong!

Apa lagi, Naroden sedang disenaraikan dengan begitu jelas selaku penerima geran bagi tanah seluas 5,000 hektar di Baram di bawah nama syarikat Harta Mastira Sdn Bhd!

Tetapi kita harus ingat bahawa, adik Taib, Onn Mahmud juga sedang berusaha untuk menjual tanah ladang kelapa sawitnya dengan harga RM30,000 seekar, di mana jumlah harga bagi kesemua 15,500 hektar ladang itu pasti akan mendatangkan keuntungan lebih satu billion ringgit!

Apakah yang orang tempatan akan dapat?

Isu hak-hak tanah NCR di kawasan tersebut telah ‘dirundingkan’ oleh Naroden di mana para pemilik tanah-tanah adat itu dilibatkan dalam ‘usahasama’, di mana pemilik-pemilik itu menjadi pemegang-pemegang saham di dalam kedua-dua syarikat yang telah diberikan 30% saham dalam Hydroflow dan Indranika Jaya.

Pada penhujung tahun lalu, suatu majlis yang cukup meriah telah diadakan di kediaman mewah Ketua Menteri, di mana orang-orang tempatan itu diberikan dividen-dividen mereka bagi keuntungan tahun pertama.

Akhbar The Sarawak Tribune (yang dikawal dan disunting oleh anak perempuan Ketua Menteri, Hanifah Taib) telah menjelaskan bagaimana 23,579 ton metrik kelapa sawit telah dikeluarkan, dan pada majlis yang sama, sekeping cek yang bernilai RM575,400 telah diserahkan kepada pemilik-pemilik tanah itu.

Dengan bilangan 2,877 orang pemegang saham yang diraikan itu, setiap orang dari mereka telah mendapat ‘dividen’ sebanyak RM200 untuk tahun itu! Bagaimana pula dengan keuntungan dari pokok-pokok yang telah ditebang, dan juga keuntungan dari jualan tanah mereka itu?

Adakah selebihnya wang hasil itu telah dimasukkan ke dalam kocek Encik Naroden, di samping itu kediamannya sahaja boleh mengambarkan tahap kemewahan hidupnya dengan gaji bulanannya sebagai wakil rakyat bukanlah besar sangat?

WFM Plantations

Kajian-kajian dan siasatan-siasatan kami menunjukkan, ya, ke situlah selebihnya keuntungan yang diperolehinya. Sementara orang-orang tempatan mendapat 30% dari saham (yang tidak dapat mereka kawal sepenuhnya), 60% dari saham-saham itu dimasukkan ke dalam sebuah syarikat persendirian yang dikenali sebagai WFM Plantations, yang sebenarnya dimiliki sepenuhnya oleh WFM Enterprise Sdn Bhd.

WFM beroperasi dari pejabat yang sama dengan syarikat-syarikat para pemegang saham dalam syarikat-syarikat yang dikenali sebagai Punggor Wibara Sdn Bhd dan Saddor Wibara Sdn Bhd.

Pemegang saham utama di WFM Enterprise adalah Kong Goon Siong dan saudaranya Kong Goon Khiing!

Kedua-dua individu ini juga bertindak selaku pengarah kepada syarikat WFM Plantations.

Kong Goon Siong juga merupakan pekerja di pejabat Naroden Majais, yang juga bertindak selaku orang yang sering berurusan dengan pejabat pendaftar tanah selepas mereka dilanda kritikan 2007 itu!

Kong Goon Siong berkongsi alamat dengan Encik Naroden Majais.

Tanah di kawasan Gedong ini telah menjadikan keluasan ladang 12,000 hektar, juga dengan potensi nilai sekitar satu billion ringgit, berdasarkan jumlah harga yang diminta oleh Onn Mahmud bagi tanahnya sendiri.

Bos kepada YB Naroden Majais hanya memintanya membayar premium tanah sebanyak RM6 juta kepada Negeri Sarawak!

Jika begitulah rupa pencuri atau perompak BN, maka, malang sungguhlah negeri ini nanti?!

Maka, sama ada Naroden telah memberikan berjuta-juta ringgit harga ladang kelapa sawit kepada Encik Kong Goon Siong dan keluarganya, atau beliau sendiri menggunakan mereka sebagai agen bagi menyembunyikan identitinya yang memiliki 60% dari saham-saham dalam perladangan di Simunjan dan kawalan penuhnya bagi keseluruhan syarikat itu.

Sungguh baik hati Encik Naroden yang telah memberikan para pemilik tanah di Simunjan itu RM200 sebagai pampasan mereka hilang hutan dan tempat mereka bergantung hidup!

Naroden ada banyak lagi

Sarawak Report kini membuat kesimpulan bahawa Encik Naroden bin Majais adalah penyokong kuat Abdul Taib bin Mahmud dan kerajaan BN-nya. Atau adakah, dengan tanah yang amat luas itu, beliau bukannya bertindak selaku proksi kepada Taib Mahmud sendiri?

Pastinya, orang seperti Naroden telah dibeli atau dibayar menggunakan tanah-tanah yang diserahkan kepadanya?

Kesangsian dan keraguan timbul dengan pendedahan rekod-rekod tanah, yang seterusnya mempelihatkan dengan jelas lebih banyak tanah yang telah diserahkan kepada menteri ini, yang dikenali sebagai orang kanan kepada Taib.

Sekali lagi, seseorang perlu mengkaji rekod-rekod tahun 2007, yang telah kami paparkan pada laman ini (sila lihat entri bahasa Inggeris).

Dicatat Oleh Jalan Pulang

TAIB MAHMUD KM Sarawak selama 30 tahun.
Data terkini daripada carian pejabat tanah. Perhatikan nama

Kong Goon Siong, dia sebenarnya adalah proksi Naroden Majais!!
Naroden Majais, sekarang menjadi "tauke"

ladang kelapa sawit!! Dari mana datangnya

semua ini?? Langit?? Contohnya Naroden Majais.

Secerah mentari!! Terpampang nama asal dalam carian pejabat tanah

TERKINI : SARAWAK : Lagi ceramah DSAI dihalang polis !!


KUCHING: Rejim Barisan Nasional terus menunjukkan keangkuhan apabila menggunakan polis untuk bertindak menghalang program Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kuching.


Tindakan itu jelas menunjukkan BN di negeri itu semakin terdesak dengan sambutan luar biasa rakyat Sarawak terhadap program yang dianjurkan KEADILAN dan Pakatan rakyat, menjelang Pilihan Raya Negeri 16 April ini.


Terbaru, Anwar yang sepatutnya melancarkan bilik gerakan di Kampung Sinjan Jaya dalam Dewan Undangan Negeri Petra Jaya, dihalang berucap secara terbuka di halaman bilik gerakan tersebut oleh pihak polis.


Terdahulu sebelum itu, di bilik gerakan Kampung Petingan dalam N8 Dun Satok, Anwar hanya dibenar berucap selama 15 minit.


Meskipun dihalang, ia tidak mematahkan semangat penduduk setempat untuk hadir mendengar penjelasan dan amanat Anwar mengenai pelbagai isu politik yang melanda tanahair - KD

Wednesday, March 30, 2011

SARAWAK : Polis serbu ceramah DSAI - Taib Dan BN Sarawak Dalam KETAKUTAN !

Berita lanjut tidak diberikan sekadar polis menyerbu ceramah DSAI di Sarawak. Lokasi dan masa kejadianjuga tidak pasti...Gambar di atas seolah-olah DSAI ditahan polis. Tapi sehingga kini tiada berita lanjut.
BERITA LANJUT MENYUSUL

DSAI sedang berucap di sebuah restoran
Penyokong yang hadir
Polis mula mendekati restoran

Polis merampas microphone dari ADUN Kuala Sepetang YB Tai
Gambar di atas seolah-olah DSAI ditahan polis. Tapi sehingga kini tiada berita lanjut.
sumber: MIMPI SENJA

HABIS ? TAK DAPAT LAGI PM DAN DATIN NAK POCO-POCO ? - karangan ~PakKaramu~

HARAMNYA MENARI NI MUNGKIN SEBAB SEORANG LELAKI DAN 20 POMPUWAN LAGIPUN KALO LIHAT DIATAS TUH ADA TULIS 'AIDILFITRI, HUUUU ALOH ! POCO-POCO 'AIDIL FITRI KOT !

LEPAS SOLAT SUNAT 'IDUL FITRI TERUUUUUS AJA BIKIN POCO-POCO PAK ! BARU IDUL FITRINYA SEMPURNAAAA !

TI-Malaysia Sanggah Nazri: Bantuan Segera Pilihanraya Adalah Rasuah

Kumpulan pemantau gejala rasuah Transparency International menolak dakwaan bantuan segera kepada rakyat ketika kempen pilihan raya tidak boleh ditakrif sebagai rasuah.

"Ini khususnya semasa kempen. Malangnya tidak ada undang-undang yang memadai bagi menangani perkara ini, terutamanya apabila ia membabitkan wang tunai dan mesin jahit,” kata presiden TI-Malaysia Paul Low.
"Banyak janji-janji ditaburkan seperti membina jambatan. Janji-janji ini tidak jelas.

"Awak hanya buat kesalahan bila berkata, 'nah ini RM1,000, undi saya',” kata Low pada sidang media di pejabatnya pagi ini.

Kenyataan TI itu jelas bercanggah dengan pendapat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

Nazri dalam jawapan bertulisnya di Dewan Rakyat, semalam berkata 'bantuan' yang diberikan kepada rakyat semasa kempen pilihan raya tidak boleh dianggap sebagai rasuah.

Beliau berkata ini kerana pelbagai bantuan yang disampaikan itu adalah sebagai memenuhi manifesto atau janji yang dibuat kerajaan jika menang pilihan raya.

"Kita dah berjanji kalau menang kita akan tunaikan (manifesto)... sebagai contoh bantuan mesin jahit, kalau kita tak bagi masa nak pilihan raya boleh segera bagi selepas pilihan raya, sama sahaja, adakah ini satu kesalahan?

"Kita juga tak boleh nak hentikan pemberian ini sebab kita akan bagi juga selepas itu (pilihan raya)," katanya ketika menjawab pertanyaan Ab Azizi Ab Kadir (PKR-Ketereh).

Bagaimanapun menurut Low, janji yang dibuat semasa pilihan raya bukan satu bentuk rasuah.

"Janji bukan rasuah dan kita tidak ambil peduli kecuali Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tampil dengan peraturan tidak membenarkannya.

"Ia mungkin tidak beretika tetapi bukan rasuah,” katanya.

Low berkata kedua-dua pihak - pembangkang dan juga parti pemerintah - melakukan kesalahan dengan menaburkan janji pilihan raya.

"Jika seseorang menjanjikan sebuah jambatan, tanya (ahli politik itu) 'bukankah hak kawasan kita mendapat pembangunan.' Kenapa tidak laksanakan sebelum pilihan raya?” katanya. -mk

Nazri: Pemberian bantuan ketika pilihan raya bukan rasuah

KUALA LUMPUR, 29 Mac — Pemberian bantuan segera kepada rakyat ketika kempen pilihan raya tidak boleh ditakrif sebagai rasuah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz.

Beliau berkata ini kerana pelbagai bantuan yang disampaikan kepada rakyat menjelang pilihan raya adalah sebagai memenuhi manifesto atau janji yang dibuat kerajaan jika menang pilihan raya.

“Kita dah berjanji kalau menang kita akan tunaikan (manifesto)... sebagai contoh bantuan mesin jahit, kalau kita tak bagi masa nak pilihan raya boleh segera bagi selepas pilihan raya, sama sahaja, adakah ini satu kesalahan?

“Kita juga tak boleh nak hentikan pemberian ini sebab kita akan bagi juga selepas itu (pilihan raya),” katanya ketika menjawab pertanyaan Ab Azizi Ab Kadir (PKR-Ketereh) pada persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Ab Aziz dalam soalannya ingin tahu sama ada pemberian bantuan segera ketika pilihan raya atau pilihan raya kecil merupakan satu bentuk rasuah dan adakah kerajaan bercadang menghentikan bantuan seumpamanya ketika kempen pilihan raya.

Menjawab soalan Ab Aziz mengenai jumlah aduan rasuah yang diterima Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) ketika pilihan raya kecil bagi tempoh 2008 hingga 2010, Nazri berkata sebanyak enam kes diterima dan disiasat dalam tempoh itu. — Bernama