Monday, July 5, 2010

Rupa-rupanya Umno itu 'makhluk dua alam'?

Hari Jumaat baru ni, bila balik dari solat Jumaat.....raba-raba dalam poket, hand-set dah 'syahid'. Mungkin jatuh semasa naik motor.

Yang nak dirunsingkan bukan pasal handset tu......harganya pun tak seberapa pasal tak de jenama.....yang nak dipeningkan pasal nombor sahabat yang ada dalam tu.

Mana-mana sahabat yang baca posting ni, adalah dipohonkan jasa baik tuan-tuan/puan-puan sekelian dapatlah apa kiranya memberi nombor tuan/puan melalui e-mail albrangi@gmail.com.

Hari ini sehari suntuk tak dapat nak 'update' posting kerana kepala pening dan ada rasa sikit-sikit nak demam. Seharian hanya tidur. Bangkit untuk solat Zohor dan Asar sahaja. Yang peliknya selera makan masih tajam.

Terlalu berat untuk buat komen tentang isu semasa cuma ingin disentuh sikit di sini pasal Presiden kata kat Datuk Seri Anwar sebagai sesumpah politik.

Yang anihnya Naib Presidennya pulak berpesan kepada ahli Umno, jangan jadi 'makluk dua alam'.

Ini bermakna memang ramai ahli biasa Umno, pimpinan tertinggi Umno yang sudah jadi 'makluk dua alam'.

Kalau dah ahli dan pimpinan dah jadi 'makhluk dua alam', ini bermakna Umno itu sendiri adalah 'makhluk dua alam'.

'Makluk dua alam' adalah termasuk dalam kategori 'amphibian' seperti katak.

Apa makna pesanan ini diberi kepada ahli Umno?

Ini adalah perasaan cemas, curiga, gelabah, gubra Umno kerana mereka khuatir bahawa ahli dan penyokongnya akan melompat kepada Pakatan Rakyat kerana 'gendang perang' pilihanraya sudah kedengaran.

Sesungguhnya Umno memang sentiasa cemas dengan kewujudan dan kekuatan yang ada pada Pakatan Rakyat.

Bagi mereka Pakatan Rakyat tanpa Datuk Seri Anwar, adalah tiada makna apa-apa, maka bagi mereka DSAI perlu di'hapus'kan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.