Monday, July 5, 2010

Memahami keraktor SSE dalam isu "istana air mata'


Senator Sesumpah Ezam (SSE) mengambil peluang memutar (seperti screw driver) belit dengan memutar alam bahawa lapuran "Istana Air Mata" yang dibuat oleh Malaysikini dan The Star merupakan serangan anti Melayu dan anti Istana kerana yang tinggal dalam Istana semua orang Melayu.

Sesiapa yang mengenali dan memahami karektor SSE tidaklah merasa pelik bin hairan bila beliau menyatakan bahawa dia akan lawan Malaysiakini (Steven Gan) habis-habisan dalam isu ini. Bagus juga dia buat kenyataan untuk lawan Steven Gan (SG) ini kerana dengan yang demikian adalah kerja yang dia buat dan tak makan gaji buta setelah dilantik menjadi senator dengan gelaran popular masa kini sebagai "Senator Sesumpah"

Dizaman reformasi SSE amat dikenali dan amat popular seantero Malaya. Beliau diarak dan berarak dari satu pentas kepentas Keadilan dan PAS dan pernah ditahan dibawah ISA kerana kehebatannya . Pada ketika itu beliau amat dikenali dengan jolokan nama "Mat Kotak". dengan mengusuk kota k kosong kehulu kehilir memperdaya rakyat. Dipenghujung kariernya bersama Keadilan yang banyak menimbulkan sangsi dikalangan kawan dan rakan beliau membuat 'penjenamaan semula' dengan meletak jawatan selaku ketua AMK dan memimpin 'Gerak".

Dengan memilih NGO sebagai wadah perjuangannya SSE tidak berjaya menonjolkan diri sebagai pemimpin popular. Beliau semakin tidak dikenali dan tidak popular dikalangan wartawan media arus perdana maupun media alternatif. Beliau benci menjadi orang tidak popular lantas sekali lagi SSE terpaksa membuat rebranding. Akhirnya beliau tidak membuat sebarang kejutan sebenarnya bila membuat pengumuman menyertai UmNo, parti dan pimpinannya yang dimaki hamun suatu ketika dulu. Inilah karektor SSE.

Dengan kepimpinan Umno ketandusan pemimpin yang layak menjadi pemimpin bagi mengekang kebangkitan populariti pemimpin Pakatan Rakyat dimata rakyat jelata, Umno akhirnya terpaksa "membeli" Pak Brahim yang lebih dikenali sebagai "MP Katak" dan NGO Perkasa bagi mendepani kekuatan Pakatan Rakyat.

Malangnya akhir-akhir ini populariti Pak Brahim dan NGO nya semakin pudar. Tambahan pula sikapnya yang terlalu racist membangkit kebencian dikalangan orang bukan Melayu terhadap UBN. Akhirnya Ketua Pemuda UmNo yang tidak pernah mendapat pengiktirafan DS Najib berkronfrantasi dengan Perkasa.

Serentak dengan itu SSE menggunakan kaedah dan senjata lama yang diasap kemenyankan semula oleh nya. Senjata ini diguna olehnya untuk menikam musuh politiknya.

Senjata yang diguna oleh SSE untuk menjerat Malaysiakini adalah senjati anti-Melayu dan anti-istana. Kebetulan pula Steven adalah bukan Melayu. Memang senjata anti-Melayu cukup berbisa.

Ini lah SSE bawaan UmNo yang cukup racist.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.